Alhamdulillah. Bertemu lagi kita di hari jumaat yang mulia ini. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati. Di permudahkan segala urusan.
Pada hari ini, saya nak kongsikan 1 cerita menarik. Mungkin ramai yang tahu dan mungkin ramai yang belum tahu juga. Takpe, itu gunanya blog ini. Untuk kita kongsi / share sesuatu yang bermanfaat untuk semua. Kerana berblogging ini juga 1 kelebihan yang Allah beri pada kita. Idea dan inspirasi semua datang dari Allah, ada hikmahnya.
Jadi kepada yang bersyukur dengan nikmat Allah. Pasti dia akan memberi manfaat kepada orang lain. Itu tanda hambaNya bersyukur. Ingat tu, yang bermanfaat!
Buah Terung Haram.
Di kota Damsyik Syria, ada sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid At-Taubah. Pada 70 tahun yang lalu, masjid ini pernah didiami oleh seorang pemuda penuntut ilmu yang bernama Sulaim as-Suyuthi. Dia terkenal dengan kepandaian dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi sangat fakir. Ada sebuah bilik di masjid itulah jadi tempat teduhannya.
Pada suatu hari, Sulaim berasa sangat lapar. Sudah 2 hari dia tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ke-3, dia berasa hampir mati.
Tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan.
Dalam pemikirannya sudah sampai kepada keadaan darurat yang membolehkannya makan bangkai atau mencuri sekadar memenuhi keperluannya.
Apa yang dia lakukan? Lalu dia memilih untuk mencuri.
Masjid yang diduduki nya berada di tengah-tengah kota. Pada masa itu, rumah-rumah saling berdekatan dan atapnya saling bersentuhan. Jika seseorang mahu, ia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah. Pemuda ini segera memanjat dinding masjid, lalu terus melangkah ke atap rumah penduduk.
Dia terus melangkah mencari rumah mana yang boleh dimasuki untuk mendapatkan makanan bagi mengalas perutnya yang kosong.
Sesekali dia melihat seorang wanita dari atap tersebut, namun beliau segera menutup matanya dan menjauh.
Tiba di 1 rumah, bau harum keluar dari sesuatu makanan yang sedang dimasak. Lalu dia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Ketika mengangkat penutup kuali, pemuda yang sedang kelaparan ini melihat terung-terung yang sedang di masak.
Tangannya segera mengambil salah satu daripada terung tersebut lalu mengigitnya.
Namun, sebelum sempat dia menelan gigitan itu, akal sihat dan pelajaran agamanya kembali. Hatinya berkata
"A'uzubillah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak sepatutnya saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya".
Sulaim menyesal, lalu dia mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.
Lalu dia kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Oleh kerana terlalu lapar, dia tidak mengerti apa yang sedang dia dengari. Setelah majlis ilmu itu selesai, semua sudah kembali ke rumah kecuali yang tinggal ialah Sulaim dan syeikhnya.
Tiba-tiba seorang wanita berniqab datang dan berbicara kepada si syeikh dengan suara yang sangat halus.
Syeikh itu kemudian memanggil Sulaim lalu berkata kepadanya :
" Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada orang yang menjaganya selain pakciknya yang sudah sangat tua. Ia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Justeru, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya daripada orang jahat. Mahukah engkau menikahinya? "
Sulaim berkata " Ya "
Lalu syeikh itu bertanya kepada perempuan itu : " Mahukah engkau menerimanya sebagai suami? "
Dia menjawab " Ya ".
Lalu syeikh memanggil pakcik perempuan itu dan menghadirkan dua orang saksi. Tidak lama kemudian, akad nikah pun terlaksana dengan sempurna.
Syeikh berkata " Bawalah suamimi ini ".
Lalu perempuan itu memimpinnya ke rumah tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata dia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik. Dalam hati, Sulaim seolah-olah mengenali rumah yang menjadi tempat kediaman isterinya ini.
Ketika Sulaim kehairanan melihat rumah itu, isterinya bertanya " Mahukah engkau makan?"
Jawab Sulaim, "Ya".
Isterinya terus pergi ke dapur, dan membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya yang sedang di masak. Lalu berkata :
" Hairan sekali, siapakah yang telah masuk dan memakan terung-ku? "
Tatkala mendengar kata-kata itu, Sulaim menangis lalu menceritakan kisahnya.
Dengan senyum penuh makna, isterinya berkata :
" Inilah hasil daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, lalu Allah memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh isinya ".
Inilah 1 contoh yang baik, patut dicontohi oleh semua orang pada zaman sekarang ini.
Allah berfirman :
" Tidak ada seorang pun mengetahui pelbagai nikmat yang menanti dan yang indah dipandang., sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan " (surah as-Sajdah 32:17)
* cerita ini di tulis oleh Umar Muhammad Noor dalam bukunya ( Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia).
Kengkawan boleh cari buku ini, banyak cerita yang boleh di jadikan teladan untuk kita.
p/s : tinggalkan perkara yang haram, insyaAllah kita akan dapat masa halal.
"CAKAP BIAR TERASA"
Thanks kerana Berkongsi ..
ReplyDeleteIngin Mini Nikon 18GB?? Jom Join GiveAway ini !! Terbaikkk http://aimancool99.blogspot.com/2012/06/nikon-giveaway-by-ieqah-blog-gajah.html
Allahuakbar! banyak pengajaran dalam cerita ni... nikmat Allah yg tak terkira perinya...
ReplyDeleteAllahuakbar! tak terkata apa..
ReplyDelete