Friday, July 27

Tuan Rumah Yang Sangat Budiman.

Assalamualaikum. Salam Ramadhan yang ke-7. Semoga kita semua diberkati pada hari jumaat yang penuh berkat ini. Jumaat pertama di bulan Ramadhan.

Semoga kita terus beristiqomah dengan ibadat yang kita lakukan, dapat puasa ini dapat mendidik kita menjadi hambaNya yang bertaqwa. InsyaAllah.

Jadi hari ini nak kongsikan sedikit cerita. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua yea.

Tuan Rumah Yang Budiman.

Di zaman dahulu, tersebut suatu kisah seorang Arab yang mempunyai seorang tukang gaji atau pelayan dirumahnya. Tuan rumah itu terkenal sebagai seorang yang taat mengerjakan perintah-perintah Allah, sangat santun kepada pelayannya itu.

Pada suatu hari, dia ternampak dari jauh beberapa orang pengembara sedang berjalan menuju ke arah rumahnya.





Dia mengagak bahawa kedatangan orang-orang pengembara itu tentulah bertujuan untuk mendapatkan bantuan air atau makanan darinya. Sebab demikianlah keadaan orang-orang yang berjalan di padang pasir yang berdebu lagi panas. Apa lagi makanan yang sangat mereka hajati selain dari air dan makanan.

Tuan rumah yang berbangsa Arab itu sangat tebal sifat pemurahnya. Memang demikianlah sifat semulajadi dan tabiat orang-orang Arab padang pasir, sangat sekali memuliakan tetamunya. Pengembara-pengembara tersebut pun singgah dirumah dia.

Maka tuan rumah itu segera memerintahkan pelayannya supaya menyembelih unta-untanya yang baik untuk menjamu pengembara-pengembara yang akan bertamu di rumahnya itu.

Maka tanpa membuang masa sedikitpun tukang gajinnya itu pergilah menjalankan perintah tuannya itu. Tetapi didalam hatinya dia berkata 
" Siapakah orang-orang datang bertamu itu? Cuma kaum musafir sahaja. Kalau aku sembelih unta yang baik tentu merugikan tuanku sendiri. Eloklah aku sembelih sahaja unta yang telah tua bangka "

Demikian fikir tukang gaji itu makan dia pun pergilah menyembelih unta yang tua tidak unta yang muda seperti yang diperintahkan tuannya.

Tatkala tetamu-tetamu itu menghadapo santapan yang disediakan, tuan rumah sendiri nampak mereka itu seolah-olah tidak menikmati daging unta yang terhidang. Ia sendiri merasakan daging itu liat dan keras. Maka setelah tetamu-tetamu itu berangkat pergi, tuan rumah itupun segera memanggil tukang gajinya itu untuk menanyakan apa yang berlaku sebenarnya.

Apabila diketahuinya bahawa tukang gajinya tidak menurut seperti apa yang diperintahkannya maka ia dengan marah berkata :

" Wahai tukang gajiku! Engkau bukan sahaja tidak berlaku amanah bahkan berlaku kejam terhadap tetamu-tetamuku. Aku telah memelihara engkau sebaliknya telah berlaku kasar terhadap tetamu-tetamuku.  Tidakkah engkau sedar bahawa memberi makan yang baik-baik kepada tetamu itu juga adalah kewajipan kita sebagai orang islam. Sungguh sikapmu itu amatlah memalukan diriku. Sekarang engkau bebaslah, tinggalkan rumah ini, aku tak dapat memelihara seorang yang curang dan tidak jujur hidup dirumahku ini."

Memuliakan tetamu yang berkunjung ke rumah kita adalah kewajipan. Jangan terlalu kita berkira dengan tetamu yang datang.

p/s : jangan lupa perbanyakkan selawat kita pada hari ini.

Thursday, July 26

Erti Puasa Sebenar.

Assalamualaikum.

Sudah ramadhan yang ke-5, rasa cepat sungguh masa berlalu. Tau-tau dah hari yang ke-5 kan. Macam mana dengan puasa kita? Berbeza dengan tahun sebelum ini atau sama je? Berbeza itu maksudnya bukan dari single kepada sudah berkahwin, dari suami bergelar bapa, dari isteri bergelar ibu. Tetapi perbezaan itu adalah ibadat kita. Puasa kita. Ada tak perkara yang kita tambahkan dalam bulan puasa tahun ini, yang kita tidak pernah buat pun sebelum ini? Itulah maksudnya perbezaan puasa.

Sebelum kita pergi erti puasa sebenar, jom tengok pada ganjaran-ganjaran yang di janjikan Allah untuk hambanya yang berpuasa :




Banyak kan ganjaran yang Allah berikan pada kita. Pintu Neraka ditutup, tapi masih lagi ada yang nak menuju ke neraka. Itu persoalannya.

Erti puasa sebenar. Mungkin masa kita kecil-kecil dulu, ibubapa kita tidak menerangkan lebih lanjut tentang erti sebenar puasa ini. Yang kita tau, tahan makan dan minum. Lepas itu, malam berterawih. Dalam erti kata lain, tiada pengertian sebenar didedahkan. Betul tak? Sebab itu bila dah makin membesar ni ada lagi yang liat nak berpuasa dan liat nak lakukan terawih. Subuh ape ntah lagi, memang selalu miss berjemaah sebab pentingkan lagi tidur kita.

Di situ dah nampak kita sendiri tidak faham erti puasa yang sebenar. Puasa ini sebenarnya bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum tetapi adalah alat untuk mendidik kita menjadi hambaNya yang bertaqwa. Seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah :

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah : 183)" 

Supaya kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Itu maksudnya puasa ini adalah alat untuk mendidik kita, dan matlamat puasa ini dapat dicapai atau tidak adalah selepas bulan Ramadhan.  Adakah puasa ini dapat mengubah cara hidup kita? atau sebaliknya?.

Antara perkara yang kita perlu lakukan selain dari menahan lapar dan dahaga, ialah :

  • menjaga lisan, pandangan dan pendengaran. (mata tidak melihat perkara-perkara yang maksiat, mulut tidak mencaci maki, marah, telinge tidak mendengar lagu-lagu yang lagha terutama suara dari perempuan dan juga elakkan dari dengar umpatan.)
  • memperbanyakkan membaca Al-Quran, mendengar alunan Al-Quran dan zikir.
  • berzikir.
  • menunaikan solat. ( ini yang paling utama ).
  • qiam pada malam hari. ( solat sunat terawih itu pun juga dipanggil qiam, kalau menghidupkan lagi pula malam-malam kita selepas terawih tu, lagi afdal )
  • bersedekah.
  • memperbanyakkan solat sunat ( dhuha, tahajjud dan lain-lain )
Rasa perkara ini semua boleh dilakukan kecuali yang ditempat pertama itu, dan juga yang ke-4. Memang perkara yang ini selalu dapat mengurangkan pahala kita, dan besar kemungkinan kita tidak mungkin akan dapat ganjaran-ganjaran yang dijanjikan Allah.

Memang ganjaran itu kita dapat atau tidak adalah rahsia Allah. Kita semua tak tahu. Tapi kita dikurniakan akal untuk berfikir dan membuat bandingan. Kita lihat, Allah sendiri dan tetapkan azab-azab bagi mereka yang mendedahkan aurat, membuat fitnah, mencaci maki dan bagi mereka yang tidak solat. Jadi macam mana dalam bulan puasa kita boleh dapat ganjaran itu sedangkan kita masih melakukan perkara yang sama?

Itu bermakna puasa ini tidak dapat mendidik kita lah kan. Puasa kita hanya sia-sia. Takat tahan lapar dan dahaga sahaja. Tak rasa rugi ke macam itu sahabat-sahabat? 30 hari berpuasa, tapi sia-sia. Kita mengharapkan ganjaran, tapi kita tidak melakukan perintah Allah dengan sepenuhnya, malah kita mengingkarinya lagi. Boleh fikir kan?

Memang kita tahu Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Tapi jika kita sudah tahu perkara itu, sepatutnya diri kita lebih dekat dengan Allah. Bukannya lebih kerap melakukan maksiat. Renung-renungkan.

Jika puasa kita hanya menahan lapar dan dahaga sahaja. Memang sia-sia harapan kita untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran diatas.  Nak kasih sayang dan pengampunan dari Allah, buatlah bersungguh-sungguh. Tunjukkan pada Allah, yang kita ini benar-benar hamba Dia.

Jangan kita sibuk mempersoalkan hukum-hukum yang remeh dan kecil, tetapi diri kita sendiri tidak mampu  untuk mengubah perkara yang lebih besar dan berat. Muhasabah diri kita. Ambil cermin dan cermin diri kita.

BETUL KE AKU INI MENJALANKAN PERINTAH ALLAH?

BETUL KE APA YANG AKU LAKUKAN INI?

DAN PALING PENTING APA YANG AKU TELAH LAKUKAN DALAM MENGHAYATI PUASA SEBENAR?

Semoga bermanfaat untuk semua. Renung-renungkan. Jangan pahala puasa kita hilang begitu sahaja. Ingat, di bulan yang mulia ini terdapat 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Doa dimakbulkan. Semoga kita semua berkesempatan untuk bertemu dengan malam itu. Perbanyakkan ibadah.

p/s : macam mana dengan al-quran?kita dah baca?

"CAKAP BIAR TERASA"

Saturday, July 21

10 Tips untuk menjadi produktif di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al- Mubarak. Selamat berpuasa, puasalah kita dengan sebenar-benar puasa yea. InsyaAllah. Jaga akhlak, solat, pandangan, pendengaran dan penglihatan supaya puasa kita tidak menjadi sia-sia. 

Anggaplah yang puasa ini adalah yang terakhir buat kita.

Hari ini tak berapa banyak nak menaip, just nak share tips ini untuk korang. Sempena bulan puasa ini.

Info ini korang boleh dapati di website ini www.productivemuslim.com

Beberapa Tips / Amalan untuk korang gunakan di bulan Ramadhan. Doodle ini dibuat oleh Aneesah Satriya


Selamat Berpuasa semua.

p/s : korang boleh pergi website productivemuslim ni, banyak info yang menarik.