Assalamualaikum. Salam Ramadhan yang ke-7. Semoga kita semua diberkati pada hari jumaat yang penuh berkat ini. Jumaat pertama di bulan Ramadhan.
Semoga kita terus beristiqomah dengan ibadat yang kita lakukan, dapat puasa ini dapat mendidik kita menjadi hambaNya yang bertaqwa. InsyaAllah.
Jadi hari ini nak kongsikan sedikit cerita. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua yea.
Tuan Rumah Yang Budiman.
Di zaman dahulu, tersebut suatu kisah seorang Arab yang mempunyai seorang tukang gaji atau pelayan dirumahnya. Tuan rumah itu terkenal sebagai seorang yang taat mengerjakan perintah-perintah Allah, sangat santun kepada pelayannya itu.
Pada suatu hari, dia ternampak dari jauh beberapa orang pengembara sedang berjalan menuju ke arah rumahnya.
Dia mengagak bahawa kedatangan orang-orang pengembara itu tentulah bertujuan untuk mendapatkan bantuan air atau makanan darinya. Sebab demikianlah keadaan orang-orang yang berjalan di padang pasir yang berdebu lagi panas. Apa lagi makanan yang sangat mereka hajati selain dari air dan makanan.
Tuan rumah yang berbangsa Arab itu sangat tebal sifat pemurahnya. Memang demikianlah sifat semulajadi dan tabiat orang-orang Arab padang pasir, sangat sekali memuliakan tetamunya. Pengembara-pengembara tersebut pun singgah dirumah dia.
Maka tuan rumah itu segera memerintahkan pelayannya supaya menyembelih unta-untanya yang baik untuk menjamu pengembara-pengembara yang akan bertamu di rumahnya itu.
Maka tanpa membuang masa sedikitpun tukang gajinnya itu pergilah menjalankan perintah tuannya itu. Tetapi didalam hatinya dia berkata
" Siapakah orang-orang datang bertamu itu? Cuma kaum musafir sahaja. Kalau aku sembelih unta yang baik tentu merugikan tuanku sendiri. Eloklah aku sembelih sahaja unta yang telah tua bangka "
Demikian fikir tukang gaji itu makan dia pun pergilah menyembelih unta yang tua tidak unta yang muda seperti yang diperintahkan tuannya.
Tatkala tetamu-tetamu itu menghadapo santapan yang disediakan, tuan rumah sendiri nampak mereka itu seolah-olah tidak menikmati daging unta yang terhidang. Ia sendiri merasakan daging itu liat dan keras. Maka setelah tetamu-tetamu itu berangkat pergi, tuan rumah itupun segera memanggil tukang gajinya itu untuk menanyakan apa yang berlaku sebenarnya.
Apabila diketahuinya bahawa tukang gajinya tidak menurut seperti apa yang diperintahkannya maka ia dengan marah berkata :
" Wahai tukang gajiku! Engkau bukan sahaja tidak berlaku amanah bahkan berlaku kejam terhadap tetamu-tetamuku. Aku telah memelihara engkau sebaliknya telah berlaku kasar terhadap tetamu-tetamuku. Tidakkah engkau sedar bahawa memberi makan yang baik-baik kepada tetamu itu juga adalah kewajipan kita sebagai orang islam. Sungguh sikapmu itu amatlah memalukan diriku. Sekarang engkau bebaslah, tinggalkan rumah ini, aku tak dapat memelihara seorang yang curang dan tidak jujur hidup dirumahku ini."
Memuliakan tetamu yang berkunjung ke rumah kita adalah kewajipan. Jangan terlalu kita berkira dengan tetamu yang datang.
p/s : jangan lupa perbanyakkan selawat kita pada hari ini.
Memuliakan tetamu yang berkunjung ke rumah kita adalah kewajipan. Jangan terlalu kita berkira dengan tetamu yang datang.
p/s : jangan lupa perbanyakkan selawat kita pada hari ini.
No comments:
Post a Comment
BeSt 4 me: