Sudah ramadhan yang ke-5, rasa cepat sungguh masa berlalu. Tau-tau dah hari yang ke-5 kan. Macam mana dengan puasa kita? Berbeza dengan tahun sebelum ini atau sama je? Berbeza itu maksudnya bukan dari single kepada sudah berkahwin, dari suami bergelar bapa, dari isteri bergelar ibu. Tetapi perbezaan itu adalah ibadat kita. Puasa kita. Ada tak perkara yang kita tambahkan dalam bulan puasa tahun ini, yang kita tidak pernah buat pun sebelum ini? Itulah maksudnya perbezaan puasa.
Sebelum kita pergi erti puasa sebenar, jom tengok pada ganjaran-ganjaran yang di janjikan Allah untuk hambanya yang berpuasa :
Erti puasa sebenar. Mungkin masa kita kecil-kecil dulu, ibubapa kita tidak menerangkan lebih lanjut tentang erti sebenar puasa ini. Yang kita tau, tahan makan dan minum. Lepas itu, malam berterawih. Dalam erti kata lain, tiada pengertian sebenar didedahkan. Betul tak? Sebab itu bila dah makin membesar ni ada lagi yang liat nak berpuasa dan liat nak lakukan terawih. Subuh ape ntah lagi, memang selalu miss berjemaah sebab pentingkan lagi tidur kita.
Di situ dah nampak kita sendiri tidak faham erti puasa yang sebenar. Puasa ini sebenarnya bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum tetapi adalah alat untuk mendidik kita menjadi hambaNya yang bertaqwa. Seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah :
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah : 183)"
Supaya kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Itu maksudnya puasa ini adalah alat untuk mendidik kita, dan matlamat puasa ini dapat dicapai atau tidak adalah selepas bulan Ramadhan. Adakah puasa ini dapat mengubah cara hidup kita? atau sebaliknya?.
Antara perkara yang kita perlu lakukan selain dari menahan lapar dan dahaga, ialah :
- menjaga lisan, pandangan dan pendengaran. (mata tidak melihat perkara-perkara yang maksiat, mulut tidak mencaci maki, marah, telinge tidak mendengar lagu-lagu yang lagha terutama suara dari perempuan dan juga elakkan dari dengar umpatan.)
- memperbanyakkan membaca Al-Quran, mendengar alunan Al-Quran dan zikir.
- berzikir.
- menunaikan solat. ( ini yang paling utama ).
- qiam pada malam hari. ( solat sunat terawih itu pun juga dipanggil qiam, kalau menghidupkan lagi pula malam-malam kita selepas terawih tu, lagi afdal )
- bersedekah.
- memperbanyakkan solat sunat ( dhuha, tahajjud dan lain-lain )
Memang ganjaran itu kita dapat atau tidak adalah rahsia Allah. Kita semua tak tahu. Tapi kita dikurniakan akal untuk berfikir dan membuat bandingan. Kita lihat, Allah sendiri dan tetapkan azab-azab bagi mereka yang mendedahkan aurat, membuat fitnah, mencaci maki dan bagi mereka yang tidak solat. Jadi macam mana dalam bulan puasa kita boleh dapat ganjaran itu sedangkan kita masih melakukan perkara yang sama?
Itu bermakna puasa ini tidak dapat mendidik kita lah kan. Puasa kita hanya sia-sia. Takat tahan lapar dan dahaga sahaja. Tak rasa rugi ke macam itu sahabat-sahabat? 30 hari berpuasa, tapi sia-sia. Kita mengharapkan ganjaran, tapi kita tidak melakukan perintah Allah dengan sepenuhnya, malah kita mengingkarinya lagi. Boleh fikir kan?
Memang kita tahu Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Tapi jika kita sudah tahu perkara itu, sepatutnya diri kita lebih dekat dengan Allah. Bukannya lebih kerap melakukan maksiat. Renung-renungkan.
Jika puasa kita hanya menahan lapar dan dahaga sahaja. Memang sia-sia harapan kita untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran diatas. Nak kasih sayang dan pengampunan dari Allah, buatlah bersungguh-sungguh. Tunjukkan pada Allah, yang kita ini benar-benar hamba Dia.
Jangan kita sibuk mempersoalkan hukum-hukum yang remeh dan kecil, tetapi diri kita sendiri tidak mampu untuk mengubah perkara yang lebih besar dan berat. Muhasabah diri kita. Ambil cermin dan cermin diri kita.
BETUL KE AKU INI MENJALANKAN PERINTAH ALLAH?
BETUL KE APA YANG AKU LAKUKAN INI?
DAN PALING PENTING APA YANG AKU TELAH LAKUKAN DALAM MENGHAYATI PUASA SEBENAR?
Semoga bermanfaat untuk semua. Renung-renungkan. Jangan pahala puasa kita hilang begitu sahaja. Ingat, di bulan yang mulia ini terdapat 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Doa dimakbulkan. Semoga kita semua berkesempatan untuk bertemu dengan malam itu. Perbanyakkan ibadah.
p/s : macam mana dengan al-quran?kita dah baca?
"CAKAP BIAR TERASA"
No comments:
Post a Comment
BeSt 4 me: