Monday, September 10

Program U.S.A ( Ustaz Sayang Anda )

Alhamdulillah. Pada sabtu lepas ( 8 September 2012 ) telah berlangsungnya program USA ( Ustaz Sayang Anda ) di Stadium MBPJ Kelana Jaya. Program yang menggabungkan Ustaz-Ustaz yang di kenali dan di minati ramai juga. Semuanya berkongsi pengalaman di atas 1 pentas. Jarang sekali kita dapat melihat program yang menggabungkan sebegitu ramai Ustaz. Jadi taniah kepada yang menganjurkan program ini dan juga kepada sukarelawan-sukarelawan yang menyumbang tenaga bagi menjayakan program ini.

Jom kita tengok gambar-gambar sekitar program yang berlangsung di sana.


Kehadiran Ustaz Don dan isteri di sambut oleh crew-crew program ini.


Sesudah kami solat Asar berjemaah. Program dimulakan petang itu dengan Forum bersama IM Asyraf, Ustaz Badlishah dan Ustazah Norhafizah. Pada waktu ini hujan renyai-renyai. Alhamdulillah rahmat dari Allah.


Antara yang hadir awal. ( Selamat pengantin baru Ustaz Don ).


Selesai forum, semua solat maghrib berjemaah dan bacaan yaasin yang di kendalikan oleh Syeikh AbdulKarim Omar dan Ustaz Don. Selesai saja yaasin dan bacaan doa, solat Isyak dan bermulalah acara yang dinanti-nantikan bersama dengan semua Ustaz. Dimulakan dengan :

Ustaz Zaharuddin ( zaharuddin.net )

Ustaz Syed Mohd Norhisyam.

 Ustaz Zamri.

Ustaz Haslin a.k.a Ustaz Bollywood.

Ustaz Don.

Dan penutupnya ialah Ustaz Azhar Idrus (UAI)


Dan ini antara artis-artis yang datang memeriahkan program :







Dan gambar-gambar yang lain juga :




Dan program pada malam itu di hos kan mereka berdua ni. :

 Hos : Man Raja Lawak dan Ah Chong.

Pada malam itu program ditutupkan dengan persembahan dari Mawi dan Akil Hayy. Terima kasih dan taniah di ucapkan pada semua yang hadir, dan pada mereka yang menyumbang tenaga. Dan juga ribuan terima kasih kepada para-para ustaz dan ustazah yang hadir berkongsi ilmu dan pengalaman pada kami semua. InsyaAllah, jika mendapat sambutan program ini akan diadakan lagi.

Dan kenangan untuk saya malam itu :





Alhamdulillah. Dapat juga menyumbangkan tenaga dan bertemu dengan sahabat-sahabat baru.

Dan bagi sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan program ini boleh klik di sini ( Ustaz Sayang Anda ). Dan kredit kepada MuhdArifAiman di atas gambar-gambar di atas. Semoga kita bertemu lagi InsyaAllah.

Dan sedikit perkongsian video yang dirakam. Untuk video yang lain, boleh tengok pada link yang sama ye.


p/s : dulu berada di depan pentas..sekarang belakang pentas.

5 comments:

  1. Hos Man Raja Lawak dan Ah Chong paling bodoh. lawak paling bangang.

    Antara lawak entah apa2. Pasu apa yg pecah keluar org. pasu pecah keluar tanah. jawapan pasu org sebelah. Lepas tuh, byk perkataan yang tidak sepatutnyer sepeti bangang dan sebgainyer. Terlalu byk merapu ke arah hiburan.

    Tak byk ilmu yang boleh ditimba. Sangat kecewa. Ustaz byk menceritakan latar belakang study. Mungkin disebabkan konsep terlalu santai. InsyaAllah ada penambahbaikan di masa hadapan.

    ReplyDelete
  2. Anoy : yup.biasalah baru permulaan program macam ini kan. InsyaAllah akan diperbaiki di masa akn datang. setiap yang permulaan itu msti ade kelemahannya. Terima kasih atas komen anda.=)

    ReplyDelete
  3. ang pi eh nabiel? adesh.. jeles2.

    ReplyDelete

BeSt 4 me: