Sunday, July 14

Roomates Baru Saya.



Alhamdulillah. Lama nak update blog pasal ni sebenarnya, tapi takde masa. Tak sempat plus idea tak mai. Dah masuk ramadhan ke-5 dah, semoga korang semua dapat berpuasa dengan lebih baik dari tahun sebelumnya. Bertambah amalan dan iman.

Nak habaq dekat korang ni. Dah dekat sebulan sebenarnya, saya telah melangsungkan perkahwinan saya. Tanggal 25 Mei 2013. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Kebanyakkan yang tau ni sahabat-sahabat di facebook saja. Jadi bagi readers-readers blog yang taktau,sekarang dah tau bukan? :)

Ini majlis kenduri sebelah perempuan, insyaAllah mungkin selepas raya akan saya adakan kenduri sebelah lelaki. Doakan kami yea. Maaf jika ada salah dan silap.

Hidup sebagai seorang suami baru saja bermula. Setakat sebulan ini, Alhamdulillah banyak juga ujian yang diterima. Tapi semua dipermudahkan oleh Allah. Biasalah kan, hidup suami isteri mesti banyak dugaan. Dugaan itu menjadikan kita kuat. Jika kita rasa susah, sentiasa lah fikir yang ada orang lain lebih susah dari kita.

Selalulah ingat pada firman Allah :

“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

Yang penting semakin susah hidup kita itu semakin dekat kita pada Allah. Allah suka dengar rayuan hambanya. Kasih sayang Allah sangat luas.

Dan sebelum tamat entry ini, saya nak bagitau yang roomates kami paling baru. Baru je tiba tadi. Dipisahkan sebentar dari adiknya (OLIE). 


Let me introduce to you all - ABOI!

p/s : saya ada lelah sebenarnya, tapi cuba jugak untuk bela kucing sebab suka sangat pada kucing. Sunnah bukan? =)

Salam Ramadhan buat semua readers. Jangan lupa tambahkan amalan yang sunat yea. 

10 comments:

  1. syukur alhamdulillah...ooo..xtau la plak ada lelah..sbb tgk dkt adtec ok jer..huhu...nti knduri belah laki2 syed p..insya'allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ak tk smpi tahap pki inhaler lagi syed. Cuma klu kena bulu kucing tu, haa..dia mai lah..hehe

      Delete
  2. nanti nk langsung tempat ko jgn lupa jemput aku ye!

    Valser Calibration

    ReplyDelete
  3. tahniah bro.. semoga berbahagia hinggalah ke syurga..amin :)

    ReplyDelete

BeSt 4 me: