Saturday, June 25

JUARA MAHARAJA LAWAK. TAHNIAH SEPAH!

Akhirnya Maharaja Lawak yang diminati tiba pada penghujungnya dan juara telah pun di nobatkan iaitu Kumpulan Sepah. Korang punya lawak memang baek punyaaa.


Ini aku selitkan sikit video masa pengumuman siapakah pemenang-pemenang bagi Maharaja Lawak.



Tahniah kepada Kumpulan Sepah yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 350,000!  Kaya korang yea.  Korang memang buat lawak tahap maharaja la! Superb.

Bagi tempat kedua ialah Jozan yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 250,000!  Tahniah kepada Jozan.  Ramai yang sangka jugak Jozan boleh jadi juara,  sebab dari mula sampai ke akhir memang ramai yang minat.  


Tempat ke-3 ialah Nabil.  Satu-satunya peserta solo yang maintain sampai ke final.  Bukan senang bhai nak buat lawak secara solo.  Memang respect la dekat mamat nie walaupun lawak dia tak berapa ummpph sekarang,  tapi boleh sampai ke final dan dapat tempat ke-3 lagi!  Tempat ke-3 dapat wang tunai berjumlah RM150,000.  Tahniah di ucapkan yea.


Dan untuk tempat ke-4 jatuh kepada Kumpulan Jambu.  Tahniah jugak di ucapkan kepada Jambu.  Korang punya lawak pun boleh tahan jugak.  Pemenang bagi tempat ke-4 membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.



Tamat sudah Maharaja Lawak.  Lepas ni bosan lah hari jumaat korang.  Rasa-rasanya siapa yang paling kaya antara semua?  sudah semestinya Nabil kan.  Sebab dia bolot semua sorang dia jek.  Nway,  bagi aku semua best.  Sebab it's not easy nak buat lawak depan orang ramai.  Tak caya?  korang cuba buat kawan-kawan korang tergelak sampai pecah perot dulu.  Kalau boleh buat la.

Tamat..

p/s : agak-agak sapa boleh lawan SEPAH lepas nie yea?

"BAEKKK PUNYAAA"

5 comments:

  1. dah rezeki Sepah. orait la kump 3org duit bahagi dapat bhgn masing2. apapun nabil paling kaya 150k bolot sorang phewww

    ReplyDelete
  2. Penuh siot poket diaorg...
    Paling terbaik Nabil la..Rm150 000 makan sorang..

    ReplyDelete
  3. weh ! haha.tahniah sepah :)

    ReplyDelete

BeSt 4 me: