Sunday, July 10

Antara weekend dan BERSIH 2.0 ( 9 Julai 2011 )

Rasa-rasanya mesti ramai yang mengeluh kan semalam?Banyak program-program yang hangpa nak atur semua tak menjadi, mesti ada yang lambat ke kenduri kahwin, lambat ke tempat kerja, lambat nak berdating.  Semua jadi haru la sebab sekatan jalan raya memang banyak,  dan jalan nak ke Kuala Lumpur pun banyak yang tutup.

Semalam aku pun boleh sangkut dekat highway,  padahal jauh lagi dari KL.  Tapi sekatan dah bermula dari Tol Batu 3.  Fed up jugak rasanye,  tak boleh nak kemana.  Last-last pergi ke putrajaya lagi elok,  takde sekatan.

Rasanya semua orang tau kisah perhimpunan BERSIH yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur semalam kan?  Ingatkan perhimpunan itu diadakan di stadium,  tapi setelah tidak dibenarkan maka di jalanan lah perhimpunan itu diadakan.  Antara 'hot spot' dorang nie ialah di sekitar Puduraya,  Jalan Bukit Bintang,  Jalan Tunku Abdul Rahman dan KL Sentral.

Aku taknak ulas kenapa perhimpunan BERSIH ini diadakan,  takut-takut nanti ada pihak yang salah faham.  Lebih baik mendiamkan diri saja,  korang sendiri tengok video-video yang dirakamkan semalam dan korang sendiri buat lah penilaian yea.






Cukup lah aku rasa setakat itu.  Dan untuk pengetahuan korang antara pemimpin-pemimpin yang ditangkap ialah :

  • Presiden PAS,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang ( KL Sentral ).
  • Timbalan Presiden PAS,  Mohamad Sabu ( Jalan Mahameru ).
  • Naib-naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayu ( KL Sentral ).
  • Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fauziah Salleh (KL Sentral) .
  • Naib Presiden PKR, Tian Chua (KL Sentral)
  • Penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga (KL Sentral)
  • Datuk Abdul Azeez Rahim (Jalan Bukit Bintang)
  • Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (Jalan Bukit Bintang)
  • Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdaus Megat Junid.
  • Exco Pemuda Umno, Lokman Adam.     
 
Korang tak rasa sedih ke bila tengok keadaan macam dalam video tu?  Siapa sebenarnya dalang semua nie?  Takde siapa pun tahu kan.  Tapi yang pasti keadaan sebegini akan jadi lebih teruk lagi di masa akan datang.  Wait and see.  Bukan cerita tipu,  tapi kalau korang tengok yang libatkan diri dalam perhimpunan BERSIH ni ramai jugak yang muda-muda dan kanak-kanak pun ada.  So?  kemungkinan di masa akan datang nanti akan terjadi yang lebih besar dan semakin ramai yang akan libatkan diri.
 
Mungkin sekarang dapat dikawal dan polis dapat elakkan dari berlaku perkara-perkara yang boleh mengugat keamanan negara,  tapi di masa akan datang?  Bila pelapis-pelapis BERSIH yang muda-muda ini bangkit 1 hari nanti, macam mane?  Bayangkan apa yang akan berlaku...
 
Walau macam mane pun sebahagian lagi rakyat Malaysia semalam masih ada lagi yang cintakan keamanan dan kemakmuran negara ini.  Mesti bersebab perkara ini berlaku..Renung-renungkan lah yea.

p/s :  korang rasa akan lebih ramai tak libatkan diri di masa akan datang nanti?

p/s lagi : aku tak nampak pun ada parang melayang dan sesiapa pun diantara mereka yang pegang parang?  kadang-kadang berita dekat tv pun tak boleh percaya sangat...

2 comments:

  1. hai biel..

    aku pn tak amik tau sgt psl bersih ni. tapi bersih have their own good and bad actually.

    p/s: lama aku tak jenguk blog ko nih..

    ReplyDelete
  2. xnak komen pasal bersih.. nk komen pasal ke putrajaya.. datang tak bagi ttauuuuuuu~~? ishhh..

    ReplyDelete

BeSt 4 me: