Saturday, August 6

MY RAPID TRANSIT CONTEST!...Please vote!

Selamat berpuasa semua.. Sekarang dah masuk puasa ke-6.  Alhamdulillah, setakat nie masih dapat menyempurnakan puasa.  Korang macam mana?  ada yang dah tertewas ke?  Harap-harap dapat puasa penuh la tahun ni yea.  Insyallah.

Jadi bulan-bulan puasa nie makin kurang la aktiviti nak update blog,  sebab masa terluang hanya hujung minggu je.  Nampaknye sekarang Sale dah meletup-letup di merata-rata tempat,  minggu lepas sebelum puasa aku turun kl dah sesak jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) tu.  Itu sebelum puasa,  belum sekarang lagi.  Orang dah sibuk shopping raya.  Nasihat aku beli awal-awal is better la dari korang beli nak dekat-dekat raya nanti,  sebab sekarang still banyak choice takut nanti dah dekat raya dah tak banyak choice sangat.

Ini aktiviti aku minggu lepas,  mencipta logo untuk MRT!  Korang mesti dah tau kan yang MRT bakal dibina di sekitar Lembah Klang nanti.  Jadi sempena pembinaan MRT tuh,  diadakan pertandigan mencipta logo untuk MRT.  Rasanye dah lama contest ini berlangsung,  tapi aku baru tau minggu lepas.  Dan cuba lah nasib,  mana tau dapat Grand Prize ( RM10,000) kan?  Boleh tunaikan hajat.

Tak silap aku pemenang akan dipilih berdasarkan undian paling tinggi.  Dan aku nak minta jasa baik readers-readers semua untuk vote logo aku nie.  Jom ramai-ramai vote untuk logo aku.
Biasa-biasa je kan?  Mana la tau nanti boleh menang.  Cara untuk vote :
  • Korang klik link ini MRT.
  • Tapi sebelum vote korang kena Login ke Facebook dulu yea.
  • Then baru boleh vote.
Mudah jek kan?  Jom ramai-ramai vote!!  Tarikh tutup untuk contest ini ialah besok ( 7.8.2011 ) harap-harap korang semua boleh vote untuk aku yea. 

  
p/s : sapa-sapa yang nak join sempat lagi nie.  tapi memang agak sengit la.  sebab sekarang logo yang dihantar pun dah cecah 5646!! banyak bukan?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

3 comments:

BeSt 4 me: