Salam semua..
Setelah beberapa minggu aku berfikir, akhirnya telah membuat keputusan untuk membatalkan saja FB Celcom SMS ini!. Rasanya makin lama bagi muka, makin naik lemak Celcom punya service nie.
Sorry to say la Celcom punya line kebelakangan ini agak WORST!!. ( nampak sangat gua marah tu kan). Biarkan depa tau macam mana line Celcom nie sebenarnya. Kalau boleh saman, gua saman dah.
Apa yang menyebabkan aku rasa macam nak tukaq line nie sebabnya. 1st is bila waktu hujan, nak send msg punya la susah!!. Mesti lambat sampai ke penerima dan kekadang tu memang selalu fail nak hantar walaupun line penuh. Then, bila korang send msg fail tu, secara tak sedar sebenarnya kredit korang pun di potong dengan tidak semena-menanya. Betul tak? Kalau tak caya, korang try la. SMS tak sampai tapi kredit potong? Apa korang rasa?
Lagi, kalau yang pakai postpaid tu paham-paham jelah kan. Ok, sebelum aku menbebel dengan lebih-lebih-lebih lagi pasai line Celcom nie. Baik aku habaq kat hangpa macam mana nak Disable SMS Celcom ni.
Mudah saja :
Untuk STOP SERVICE.
- taip STOP FB
- hantar ke 32665
Untuk STOP RECEIVING SMS
- taip STOP SMS
- hantar ke 32665
Untuk pengetahuan korang, SMS Celcom ni kan sepatutnya cas RM 1 per week. Tapi sekarang dah jadi RM 3 per week!!. Bukan nak sembang, tapi aku sendiri yang kena. Kelmarin potong singgit, pastu semalam lagi singgit.! Ahad minggu lepas singgit lagi.
Dah....Bak kata Nabil Raja Lawak.. Lu pikirlah sendiri!..
p/s : aku rasa Celcom pantang tengok orang topup kot....huh!
p/s : dengo cerita U-mobile best?
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
Saturday, October 29
Saturday, October 15
Trip to Universal Studio Singapore ( Part 2 )
Salam semua..
Ini kisah hari kedua kami berada di Singapore. Sebuah negara yang aku rasa boleh puji tahap kebersihan dia. Sayang aku tak tangkap gambar sungai-sungai dan longkang dekat Singapore. Walaupun airnya kotor sama macam dekat sini, tapi korang nak cari sampah tu memang susah!! Plastik ke tin minuman ke, memang payah nak nampak bertaburan didalam sungai.
Gua teringin sebenarnya nak tengok Sungai Gombak dengan Sungai Klang bersih.
Okeh, setelah seharian suntuk berjalan pada hari pertama. Kami kembali berjalan semula pada hari kedua.
Pada hari kedua ni, plan kami nak pegi tengok tempat-tempat menarik seperti Merlion Park, Marina Sands dan nak naik Singapore Boat Quay.
Jadi pagi-pagi tu kami breakfast dulu dekat food court area Paya Lebar tu, nama tempatnya Enak-Enak. Memang boleh tahan Enaknya!. Memang ramai makan dekat situ, aku rasa memang port orang islam makan dekat situ. Dan memang banyak choice bhaaiiii.
- Amacam breakfast guwa? Namanye Lontong nie. Serius terliur! -
- Yang ini special punye. Murtabak Singapore!!.. Serius kenyang makan wey. Harga $5 saje -
Lepas breakfast kami teruskan perjalanan ke Raffles Place. Just amik MRT dari Paya Lebar then turun ke Raffles Place. Dari situ boleh lah jenguk-jenguk pemandangan yang indah dekat situ.
- Ini adalah stesen MRT nya -
Serius turun dekat sini tempatnya memang cantik, lepas tu udara nye. Fuhh.. Takde pencemaran wey. Macam tak percaya bila berada ditengah-tengah bandar tapi takde bau asap.
Then dari stesen tadi, kami berjalan kaki sehingga Fullerton Hotel. Sampailah ke Sungai Singapore nie. Cantik kan pemandangannya?
Inilah Boat Quay yang kami naik. Memang sempoi, boleh terlelap korang dibuat nya. Tips aku kalau korang naik boat nie, cari yang bawaknya orang-orang tua. Sebab dorang bawak slow jek, layan jek. Fuhhh..
Dari boat nie dia akan bawak korang pusing semua tempat yang menarik lah. Contoh macam Merlion Park, Singapore Clock Tower, Marina Sands dan Singapore Flyer. Dia pusing ke semua tempat tu mengambil masa dalam 45minit lah. Korang boleh bergambar puas-puas.
- Merlion Park -
Orang kata kalau pegi Singapore tu mesti kena singgah sini. Kalau tak singgah tu maknanye korang tak cukup syarat korang pegi Singapore. hehe.
- Singapore Flyer-
Dekat kawasan nie ada F1 punye trek. Nanti aku bagi gambar dari Marina Sands yea.
- The Marina Sands -
Amacam? Kapal atas hotel? Tak teringin korang nak naik? Korang pernah tengok kan yang swimming pool macam infiniti tu. Meh aku tunjuk gambar sikit.
Ha, swimming pool nie la. Nampak macam airnye turun sampai ke bawah kan? Gambar ini bukan aku yang snap, sebabnya pada hari aku pergi tu pihak hotel dah tak bagi visitor masuk dekat kawasan pool nie. Just untuk customer hotel sahaja. Jadi aku boleh tengok dari jauh jek..Cedih.
- Tiket untuk naik ke Skypark Marina Sands-
Akhirnya aku berjaya naik jugak ke atas tu. Naik berdua jelah.hehe. Yang lain takmau, bagi aku dah alang-alang sampai. Bila lagi nak naik atas kan? Kalau korang nak beli tiketnye di Tower 3 dekat basement. Harga tiket $20!. Lepas tu korang akan naik lif khas sampai ke atas. Tingkat 57. Aku naik lif tu sampai atas less than 1minute! Memang laju bukan?
Yang ini adalah pemandangan dari atas, yang ada kaler-kaler tu adalah tempat duduk untuk penonton yang tengok F1. Dekat situ la treknya. Yang bangunan bentuk macam bunga tu adalah muzium kalau tak silap aku.
Inilah dia gambar swimming pool tu dari side lain. Tengok dari jauh jelah kan. (tangan sapelahh buat semak dalam pic nie!). Tak banyak gambar aku dapat tangkap dekat atas nie, sebab kebetulan sampai je dekat atas bateri kamera pun habis! Hampeh.
That's all pengalaman kami 2 hari disana, lepas pegi Marina Sands nie kami pegi ke Chinatown pulak beli cenderahati yang tak seberapa nak ada.
Amacam korang? Rasa nak pegi tak. Serius best dekat sini. Aku pelik napa udara dan tempatnya bersih. Plus, korang lepak mana-mana pun susah nak jumpa putung rokok! Sebab depa merokok ada tempat khas, dan minded orang dekat sini memang tersangat lain.
Korang lepak mamak pun tak payah susah-susah nak tutup mulut sebab tak tahan asap rokok, dekat sini takde orang merokok dekat mamak! Kalau merokok dekat tempat yang salah,memang akan kena saman. Sebab tu udaranya bersih.
Merantau ke tempat orang nie kadang-kadang ada benda kita boleh belajar dan take positif.
p/s : dekat sinie takde mat rempit..hehehe
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
TEKNOLOGI SEKARANG MAMPU 'MEMBUNUH' PERHUBUNGAN!
Baru jek lepas dengar lagu dari Encik Mimpi. Korang dah dengar kan lagu Ending Cinta Muka Buku by Encik Mimpi ni? Agak-agak apa komen Najwa Latif dekat lagu nie yea?
So, dari lagu Cinta Muka Buku dan berakhir hubungan itu di Twitter. Tak pernah terfikir lak akan jadi gitu yea En. Mimpi?
Okeh.. Cukuplah dengan kisah Cinta Muka Buku dan Cinta Twit-twit nie..Ada kebaikan dan keburukan jugak bila kita menggunakan laman-laman sosial nie. *king..
Tapi kalau zaman sekarang dengar takde Facebook tu dah macam pelik. Mesti tertanya-tanya, napa dia ni takde Fesbuk. Napa takde Twitter? Tak berkembang langsung. Ok, tak semestinya semua orang kena ada Facebook yea. Ada orang tak suka nak layan perkara-perkara macam nie, takot dia lalai nanti.
Dan sekarang macam-macam cara ada untuk korang online. Dulu-dulu ingat lagi, kalau nak online tu kumpul duit pastu lepak CC berjam-jam. Sekarang macam-macam dah ada. Berbudak sekolah rendah pun dah pegang smartphone, ipad dan macam-macam gadget lagi la.
Begitu mudah dan senang didapati dan semua mesti ada. Budak umor 6 tahun pun dah tau pakai Galaxy Tab sekarang. Aku, Galaxy Tab pun tak pernah nak sentuh. Berbeza bukan? Okeh, berbalik pada topik yang aku nak bebelkan ni. Tentang teknologi sekarang, can kills your relationships.
Pendapat aku memang betul la, cube korang tengok situasi-situasi ini. Dan bagi pendapat korang.
SITUASI 1.
Si pakwe/makwe ajak keluar berdating, setelah lama tidak berjumpa dan rindu yang membuak-buak maka keluar lah mereka berdua pergi makan dekat Mapley yang ada sediakan wi-fi free. Selesai je order dekat macha, depa pun nak borak.
Pakwe : Hye awak..macam mane keja? ok?
Makwe : Oklah..biasa lah busy sikit sekarang nie.. Tension laaa.!
Pakwe : Biasa letew..Cantik handphone? Baru beli yea?
Makwe : Kan dah habaq hari tu. Cheq pi beli. Masa dapat bonus. Awak taknak tukar hp ke?
Pakwe : Takpelah, nanti-nanti lah dulu..Eh, sini ada wi-fi free ek? Canggih gak mamak nie..
Makwe : Eh..ada tenet free la yea? nak on9 la..
Selepas dah dapat passsword wi-fi.. Keadaan tak berapa mesra macam tadi..
Pakwe : Lepas ni kita nak pegi mane yea wak?
Makwe : Ntah....
Pakwe : Kita pegi tengok wayang nak? Cerita ape ntah yang baru tu?
Makwe : Ntah la...(duk belek-belek hp).
Pakwe : Awak rasa ok tak saya pakai baju nie?
Makwe : Em...(padahal tak tengok pun).
Pakwe : Awak dengar tak saya bercakap ngan awak nie?
Makwe : Dengor..hihihi(tiba-tiba gelak tengok hp)..
Pakwe : Awak pernah tak makan sup ada hp dekat dalam?
Terus terdiam. Masing-masing mula tarik muka. Nampak tak akibatnye? Lama tak berjumpa, at last bergaduh gara-gara tumpuan hanya pada smartphone.
SITUASI 2.
Satu keluarga yang pegi makan beramai-ramai di Pizza Hut. Takde sorang pun yang tertinggal dirumah. Semua ikut. Mak dan Ayah depa buat macam nie sebab dekat rumah susah nak makan sama-sama. Ada jek yang takde dekat rumah tu. Then, bila tiba di Pizza Hut :
Ayah : Ha..korang nak makan apa. Order saje lah yea. ( sambil belek-belek Samsung S II ).
Mak : Cepat order. Ayah nak belanje tu. ( mak pulak sibuk belek Blueberry dia )
Anak Sulung : Nak yang nie yea..( sambil belek pulak Sony Xperia dia )
Anak Kedua : Nak yang ada eskem ( sambil tangan pegang Iphone )
Anak Ketiga : Nak piza tu..( sambil tangan pegang PSP )
Anak Keempat : Nyum-nyum... ( sambil tangan tekan-tekan game dekat Ipad ).
Setelah selesai order, masing-masing tunggu makanan sampai dan semua tak bercakap pun. Semua sibuk dengan gadget masing-masing. Sampai dah selesai makan pun, sama jugak. Ada persamaan tak dengan makan dekat rumah tapi tak cukup korum dengan makan diluar cukup korum tapi tak bertegur? Sama je kan.
Aku rasa cukup la 2 situasi di atas nie menunjukkan apa yang terjadi jika kita terlalu taksub sangat dengan teknologi ni. Sumtimes kita tak perasan salah kita, orang tegur pun taknak ambil kisah. Bila terjadi sesuatu yang tak baik. Baru nak sedar kan?
Bukan tak boleh langsung nak guna kemudahan yang ada, tapi berpada-pada dan tengok pada keadaan. Think about that and other people feelings. Dan aku nak nasihatkan pada parents sekarang lah kan, janganlah manjakan anak-anak korang tuh dengan gadget-gadget nie. Tunggulah sampai dia jumpa benda-benda tu sendiri, dan belajar sendiri.
Aku malas nak tegur lebih ibu bapa nie, sebab takde anak lagi kan. Besok lusa kalau aku dah ada anak, tak tau pulak jadi macam mane. Silap-silap keluar dari perut ibu jek dah tau apa tu Ipad?
Amacam? Korang pernah rasa situasi-situasi di atas?
p/s : aku takde niat nak menyinggung sapa-sapa yea.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
Friday, October 14
KENAPA DIA NI MACAM TAKDE KERJA?
Kenapa yea macam takde kerja? Ini nak share sumthing dengan korang yang bekerja dan bakal bekerja di luar sana. Aku dapat dari email nie. Sharing is caring kan?
So, apalagi? jom layan.. (jap..gua terdengar adik gua tengah nyanyi lagu selamat harijadi dekat gegurl dia).. tak buleh blah betul suara budak nie. Okeh sambung semula, dimana kita tadi yea....
Kata-kata ini adalah dari Dato Dr. Haji Modh Fadzilah Kamsah :
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena.
Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyaAllah..." Jadi renungkanlah...
Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA'
tapi hampa, hasilnya macam kita TAK DATANG kerja.
Ada kala kita rasa kita ‘BUSY’ giler, rupanya kita hanya KELAM KABUT.
Adakala kita rasa kita PERIHATIN, tapi rupanya kita ‘BUSY BODY’.
Adakala kita rasa kita ‘OPEN MINDED’ and ‘OUTSPOKEN’, tapi rupanya kita KURANG PENG”AJAR”AN.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS, tapi rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA, tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA-NGADA.
Adakala kita suka bertanya “KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE”, adalah lebih baik kita tanya “APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT?”
Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK dan BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri ‘tulang’ dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk daripada tanggapan asal kita tu sendiri.
Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera... tapi manusia tetap manusia... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?...
Maka untuk itu, mari kita mula SENYUM, CERIA, MESRA sesama kita dan tingkat KERJASAMA dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'KEKELUARGAAN' dalam tugasan... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat... kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki... nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...
Renungilah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...
Maka untuk itu, mari kita mula SENYUM, CERIA, MESRA sesama kita dan tingkat KERJASAMA dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'KEKELUARGAAN' dalam tugasan... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat... kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki... nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...
Renungilah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...
"Mengkritik tidak bererti menentang...
Menyetujui tidak semestinya menyokong...
Menegur tidak bermakna membenci...
Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."Renung-renungkan la yea. Kadang-kadang kita kena ingat, kerja yang di bagi tu amanah dari Allah.
Jadi buat kerja cuba kerana Allah..Insyallah apa yang kita buat tu diberkati.
Kenapa tiap-tiap bulan gaji rasa tak cukup? Gaji rasa dah cukup besar pun still tak cukup..Kenapa? Lu pikir la sendiri yea.
p/s : kdg2 kita kena belajar redha untuk sesuatu perkara tu.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
Thursday, October 13
Trip to Universal Studio Singapore ( PART 1 )
Salam semua.
Goshhh..Agak lama jugak aku tak mengupdatekan blog nie, minta maaf pada semua readers yea. Bukan sengaja, tapi memang sangat-sangat takde masa. ( Alasan yang sama je aku bagi kan? ). Biasalah mencari sesuap nasi, mesti la sibuk sikit.
Lagipun sekarang macam dah terlalu ramai blogger, banyak pesaingan. Cari jek tajuk yang hangat, mesti nanti keluar sampai 50 blogger yang menceritakan benda yang sama. Am i rite? So mesti korang akan baca blog yang menarik isinya dan pandai nak olah ayat-ayat dalam tu kan? Takpun blog yang dah biasa korang singgah.
The point is sekarang kena rajin update dan selalu update isu-isu semasa or perkara yang orang jarang akan cerita dekat blog. Aku tak buleh membebel banyak sangat ni, nanti lari tajuk.
Sekarang nak kejar masa je...Masa tak lari sebenarnya, tapi kita yang duk terkejar-kejar..
Ini nak habaq mai kat hangpa semua..
Weekend lepas, akhirnya aku dapat jugak jejakkan kaki ke Universal Studio Singapore (USS). Walaupun keadaan poket yang agak sesak masa tu, tapi alhamdulillah dapat jugak pegi. Nasib baik flight, hotel dan tiket USS semua dah bayar awal. So, ada lah masa nak simpan duit untuk buat aktiviti lain.
Kami bertolak hari Sabtu pagi. Pepagi buta sebelum subuh dah terpacak dekat lcct tu. Yelah kena awal sejam dari flight kan? Flight pkul 6.15 pagi. Sampai ke Changi Airport around pukul 7.15 jugak. Tapi cepat terlebih.. Aku rasa pilot tu dah melanggar had laju tu..Sampai cepat sangat..
Anyway, tersengih-sengih aku melihat gelagat orang baru 1st time naik flight.. Ntah-ntah aku dulu pun lagi terok kot..
Then, tiba je di Changi Airport tu kami terus amik MRT sampai ke Paya Lebar. Ada lah dalam 5 stesen ke Paya Lebar. Bagusnya MRT dekat Singapore ni, korang boleh tau korang berada di mana dan stesen tu berakhir dimana. Sebab bila kita tiba jek 1 stesen akan ada lampu merah menyala dekat map MRT tu sendiri. Jadi korang takyah nak tanya orang sekarang stesen mana. Senang bukan?
Sampai je di Paya Lebar, kami beramai-ramai jalan kaki sampai ke hotel. Lebih kurang 1km jugak la berjalan. Dengan mengantuk dan kelaparannya masing-masing. Kenapa di Paya Lebar kami stay? sebab dekat sini banyak stall yang menyediakan makanan halal untuk orang Islam. Memang banyak sangat, so korang tak perlu risau yea. Cakap jek nak makan apa.
Lepas dah letak beg masing-masing dekat hotel then kami terus gerak ke USS. Takde rehat pun, lepak kejap untuk makan je, lepas tu teros gerak ke USS. Sebab takut nanti tak cukup sehari nak pusing USS tu.
The point is sekarang kena rajin update dan selalu update isu-isu semasa or perkara yang orang jarang akan cerita dekat blog. Aku tak buleh membebel banyak sangat ni, nanti lari tajuk.
Sekarang nak kejar masa je...Masa tak lari sebenarnya, tapi kita yang duk terkejar-kejar..
Ini nak habaq mai kat hangpa semua..
Weekend lepas, akhirnya aku dapat jugak jejakkan kaki ke Universal Studio Singapore (USS). Walaupun keadaan poket yang agak sesak masa tu, tapi alhamdulillah dapat jugak pegi. Nasib baik flight, hotel dan tiket USS semua dah bayar awal. So, ada lah masa nak simpan duit untuk buat aktiviti lain.
Kami bertolak hari Sabtu pagi. Pepagi buta sebelum subuh dah terpacak dekat lcct tu. Yelah kena awal sejam dari flight kan? Flight pkul 6.15 pagi. Sampai ke Changi Airport around pukul 7.15 jugak. Tapi cepat terlebih.. Aku rasa pilot tu dah melanggar had laju tu..Sampai cepat sangat..
Anyway, tersengih-sengih aku melihat gelagat orang baru 1st time naik flight.. Ntah-ntah aku dulu pun lagi terok kot..
Then, tiba je di Changi Airport tu kami terus amik MRT sampai ke Paya Lebar. Ada lah dalam 5 stesen ke Paya Lebar. Bagusnya MRT dekat Singapore ni, korang boleh tau korang berada di mana dan stesen tu berakhir dimana. Sebab bila kita tiba jek 1 stesen akan ada lampu merah menyala dekat map MRT tu sendiri. Jadi korang takyah nak tanya orang sekarang stesen mana. Senang bukan?
Sampai je di Paya Lebar, kami beramai-ramai jalan kaki sampai ke hotel. Lebih kurang 1km jugak la berjalan. Dengan mengantuk dan kelaparannya masing-masing. Kenapa di Paya Lebar kami stay? sebab dekat sini banyak stall yang menyediakan makanan halal untuk orang Islam. Memang banyak sangat, so korang tak perlu risau yea. Cakap jek nak makan apa.
Lepas dah letak beg masing-masing dekat hotel then kami terus gerak ke USS. Takde rehat pun, lepak kejap untuk makan je, lepas tu teros gerak ke USS. Sebab takut nanti tak cukup sehari nak pusing USS tu.
Akhirnya kami sampai ke sini. Biasa lah tempat sekali ni jek pegi kan, so dekat sini jek dah habis masa 30 minit hanya untuk bergambar. Dah macam-macam posing dah kami buat neh.
Jadi aku macam biasa la, suka snap picture randomly. So, bagi sesiapa yang tak rasa teringin nak pegi tu, lepas tengok gambar-gambar ni mesti nak pegi kan?
- Ini dah dekat pintu masuk ke USS -
Ini tempat pertama korang akan jumpa selepas dari pintu masuk. Best jugak dekat sini, jalan-jalan naik bot. Tapi akan basah la nanti!!
This is the 2nd place. Nie ada tayangan 4D bhaii.. Memang best, rasa macam real!.. Tapi nanti korang agak pening sikit lah. Kerusi nya goyang-goyang sekali wey..hehe
Dekat sini memang best wey. Ada lakonan macam dalam cerita Waterworld. Korang pernah tengok kan? Ini bukan 3D ke hape, tapi orang berlakon betul-betul. Memang best, ada masa-masanye show nie. Rezki korang la kalau dapat tengok.
Dekat sini tak banyak yang menarik, cuma ada Canopy Flyer jek. Korang patut try!!..Agak rasa macam nak fly jugak la. Tapi belum extreme lagi yang nie, but can make u scream laa!!..
Kembali ke zaman mesir. Yup selepas the lost world tadi, tiba masa untuk zaman Firaun pulok. Dekat dalam ni takde banyak yang menarik. Tapi yang 1 nie jelah yang membuat anda rasa nak muntah jugak la. Rollercoaster!! Untuk rollercoaster tu aku takde gambar sebabnye rollercoaster tu ada di dalam, dan bila korang naik rollercoaster tu memang tak nampak pape. Sebab dia bergerak dalam gelap!! Tapi serius...memang mengeletar lah lutut hangpa..sebab kena kejar dengan mumia jahat dalam, cerita The Mummy tu.
Next is Battlestar Galatica. Rollercoaster paling seraammmm di USS! Ada 2 rollercoaster nya, 1 colour merah then kaler biru. Yang rasa korang boleh nak naik is colour Merah, sebabnya korang still boleh duduk macam rollercoaster biasa, tapi yang colour Biru tu kaki korang agak tergantung-gantung di udara!!.. Tapi kedua-duanya pun aku tak naik, tak sanggup. Takot nanti aku tak boleh dah nak teruskan perjalanan. hehe.
Lepas dari tempat ini, ada bangunan-bangunan di New York la lebih kurang. Nanti aku akan view gambar-gambarnye pada last entry tentang USS nie. Rasanye memang tak cukup sehari pusing USS nie. Better korang datang sinie sehari awal, then baru jalan-jalan di USS. Kalau buat macam kami, memang longlai la semua. Lupa nak habaq mai, tiket nak masuk sini RM140. (Around that laa..kalau tak silap).
Kalau korang nak masuk ke sinie dari MRT Harbour Front, korang boleh naik shuttle bas $2 jek. Atau by train monorel yang kecik dari VivoCity Mall. Kalau korang rajin, jalan kaki pun buleh, agak jauh la jugak. Tapi USS dah sediakan laluan pejalan kaki dan pakai escalator. Senang bukan?
And last picture untuk tatapan bos aku, kalau la dia baca blog aku nie kan.
- Harap semua majikan dapat buat award macam nie, barulah semua bersemangat nak bekerja -
Sekian, terima kasih. Dah habis ke? Belum lagi.. Ada part 2, pada hari ke-2 kemana pulak kami pergi yea? Tunggu ok. Next entry.
p/s : korang nak pegi tak? aku buleh jadi guide. haha
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
Subscribe to:
Posts (Atom)