Salam semua..
Ini kisah hari kedua kami berada di Singapore. Sebuah negara yang aku rasa boleh puji tahap kebersihan dia. Sayang aku tak tangkap gambar sungai-sungai dan longkang dekat Singapore. Walaupun airnya kotor sama macam dekat sini, tapi korang nak cari sampah tu memang susah!! Plastik ke tin minuman ke, memang payah nak nampak bertaburan didalam sungai.
Gua teringin sebenarnya nak tengok Sungai Gombak dengan Sungai Klang bersih.
Okeh, setelah seharian suntuk berjalan pada hari pertama. Kami kembali berjalan semula pada hari kedua.
Pada hari kedua ni, plan kami nak pegi tengok tempat-tempat menarik seperti Merlion Park, Marina Sands dan nak naik Singapore Boat Quay.
Jadi pagi-pagi tu kami breakfast dulu dekat food court area Paya Lebar tu, nama tempatnya Enak-Enak. Memang boleh tahan Enaknya!. Memang ramai makan dekat situ, aku rasa memang port orang islam makan dekat situ. Dan memang banyak choice bhaaiiii.
- Amacam breakfast guwa? Namanye Lontong nie. Serius terliur! -
- Yang ini special punye. Murtabak Singapore!!.. Serius kenyang makan wey. Harga $5 saje -
Lepas breakfast kami teruskan perjalanan ke Raffles Place. Just amik MRT dari Paya Lebar then turun ke Raffles Place. Dari situ boleh lah jenguk-jenguk pemandangan yang indah dekat situ.
- Ini adalah stesen MRT nya -
Serius turun dekat sini tempatnya memang cantik, lepas tu udara nye. Fuhh.. Takde pencemaran wey. Macam tak percaya bila berada ditengah-tengah bandar tapi takde bau asap.
Then dari stesen tadi, kami berjalan kaki sehingga Fullerton Hotel. Sampailah ke Sungai Singapore nie. Cantik kan pemandangannya?
Inilah Boat Quay yang kami naik. Memang sempoi, boleh terlelap korang dibuat nya. Tips aku kalau korang naik boat nie, cari yang bawaknya orang-orang tua. Sebab dorang bawak slow jek, layan jek. Fuhhh..
Dari boat nie dia akan bawak korang pusing semua tempat yang menarik lah. Contoh macam Merlion Park, Singapore Clock Tower, Marina Sands dan Singapore Flyer. Dia pusing ke semua tempat tu mengambil masa dalam 45minit lah. Korang boleh bergambar puas-puas.
- Merlion Park -
Orang kata kalau pegi Singapore tu mesti kena singgah sini. Kalau tak singgah tu maknanye korang tak cukup syarat korang pegi Singapore. hehe.
- Singapore Flyer-
Dekat kawasan nie ada F1 punye trek. Nanti aku bagi gambar dari Marina Sands yea.
- The Marina Sands -
Amacam? Kapal atas hotel? Tak teringin korang nak naik? Korang pernah tengok kan yang swimming pool macam infiniti tu. Meh aku tunjuk gambar sikit.
Ha, swimming pool nie la. Nampak macam airnye turun sampai ke bawah kan? Gambar ini bukan aku yang snap, sebabnya pada hari aku pergi tu pihak hotel dah tak bagi visitor masuk dekat kawasan pool nie. Just untuk customer hotel sahaja. Jadi aku boleh tengok dari jauh jek..Cedih.
- Tiket untuk naik ke Skypark Marina Sands-
Akhirnya aku berjaya naik jugak ke atas tu. Naik berdua jelah.hehe. Yang lain takmau, bagi aku dah alang-alang sampai. Bila lagi nak naik atas kan? Kalau korang nak beli tiketnye di Tower 3 dekat basement. Harga tiket $20!. Lepas tu korang akan naik lif khas sampai ke atas. Tingkat 57. Aku naik lif tu sampai atas less than 1minute! Memang laju bukan?
Yang ini adalah pemandangan dari atas, yang ada kaler-kaler tu adalah tempat duduk untuk penonton yang tengok F1. Dekat situ la treknya. Yang bangunan bentuk macam bunga tu adalah muzium kalau tak silap aku.
Inilah dia gambar swimming pool tu dari side lain. Tengok dari jauh jelah kan. (tangan sapelahh buat semak dalam pic nie!). Tak banyak gambar aku dapat tangkap dekat atas nie, sebab kebetulan sampai je dekat atas bateri kamera pun habis! Hampeh.
That's all pengalaman kami 2 hari disana, lepas pegi Marina Sands nie kami pegi ke Chinatown pulak beli cenderahati yang tak seberapa nak ada.
Amacam korang? Rasa nak pegi tak. Serius best dekat sini. Aku pelik napa udara dan tempatnya bersih. Plus, korang lepak mana-mana pun susah nak jumpa putung rokok! Sebab depa merokok ada tempat khas, dan minded orang dekat sini memang tersangat lain.
Korang lepak mamak pun tak payah susah-susah nak tutup mulut sebab tak tahan asap rokok, dekat sini takde orang merokok dekat mamak! Kalau merokok dekat tempat yang salah,memang akan kena saman. Sebab tu udaranya bersih.
Merantau ke tempat orang nie kadang-kadang ada benda kita boleh belajar dan take positif.
p/s : dekat sinie takde mat rempit..hehehe
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
apa ni asek travel jaaaaa.
ReplyDeletedah la xde souvenir. T_T
nak ole-ole..siyes ni!!hehehe
ReplyDeletedah pergi tapi best....
ReplyDelete