Kenapa yea macam takde kerja? Ini nak share sumthing dengan korang yang bekerja dan bakal bekerja di luar sana. Aku dapat dari email nie. Sharing is caring kan?
So, apalagi? jom layan.. (jap..gua terdengar adik gua tengah nyanyi lagu selamat harijadi dekat gegurl dia).. tak buleh blah betul suara budak nie. Okeh sambung semula, dimana kita tadi yea....
Kata-kata ini adalah dari Dato Dr. Haji Modh Fadzilah Kamsah :
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena.
Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyaAllah..." Jadi renungkanlah...
Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA'
tapi hampa, hasilnya macam kita TAK DATANG kerja.
Ada kala kita rasa kita ‘BUSY’ giler, rupanya kita hanya KELAM KABUT.
Adakala kita rasa kita PERIHATIN, tapi rupanya kita ‘BUSY BODY’.
Adakala kita rasa kita ‘OPEN MINDED’ and ‘OUTSPOKEN’, tapi rupanya kita KURANG PENG”AJAR”AN.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS, tapi rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA, tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA-NGADA.
Adakala kita suka bertanya “KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE”, adalah lebih baik kita tanya “APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT?”
Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK dan BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri ‘tulang’ dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk daripada tanggapan asal kita tu sendiri.
Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera... tapi manusia tetap manusia... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?...
Maka untuk itu, mari kita mula SENYUM, CERIA, MESRA sesama kita dan tingkat KERJASAMA dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'KEKELUARGAAN' dalam tugasan... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat... kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki... nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...
Renungilah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...
Maka untuk itu, mari kita mula SENYUM, CERIA, MESRA sesama kita dan tingkat KERJASAMA dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'KEKELUARGAAN' dalam tugasan... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat... kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki... nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...
Renungilah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...
"Mengkritik tidak bererti menentang...
Menyetujui tidak semestinya menyokong...
Menegur tidak bermakna membenci...
Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."Renung-renungkan la yea. Kadang-kadang kita kena ingat, kerja yang di bagi tu amanah dari Allah.
Jadi buat kerja cuba kerana Allah..Insyallah apa yang kita buat tu diberkati.
Kenapa tiap-tiap bulan gaji rasa tak cukup? Gaji rasa dah cukup besar pun still tak cukup..Kenapa? Lu pikir la sendiri yea.
p/s : kdg2 kita kena belajar redha untuk sesuatu perkara tu.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
No comments:
Post a Comment
BeSt 4 me: