Baru jek lepas dengar lagu dari Encik Mimpi. Korang dah dengar kan lagu Ending Cinta Muka Buku by Encik Mimpi ni? Agak-agak apa komen Najwa Latif dekat lagu nie yea?
So, dari lagu Cinta Muka Buku dan berakhir hubungan itu di Twitter. Tak pernah terfikir lak akan jadi gitu yea En. Mimpi?
Okeh.. Cukuplah dengan kisah Cinta Muka Buku dan Cinta Twit-twit nie..Ada kebaikan dan keburukan jugak bila kita menggunakan laman-laman sosial nie. *king..
Tapi kalau zaman sekarang dengar takde Facebook tu dah macam pelik. Mesti tertanya-tanya, napa dia ni takde Fesbuk. Napa takde Twitter? Tak berkembang langsung. Ok, tak semestinya semua orang kena ada Facebook yea. Ada orang tak suka nak layan perkara-perkara macam nie, takot dia lalai nanti.
Dan sekarang macam-macam cara ada untuk korang online. Dulu-dulu ingat lagi, kalau nak online tu kumpul duit pastu lepak CC berjam-jam. Sekarang macam-macam dah ada. Berbudak sekolah rendah pun dah pegang smartphone, ipad dan macam-macam gadget lagi la.
Begitu mudah dan senang didapati dan semua mesti ada. Budak umor 6 tahun pun dah tau pakai Galaxy Tab sekarang. Aku, Galaxy Tab pun tak pernah nak sentuh. Berbeza bukan? Okeh, berbalik pada topik yang aku nak bebelkan ni. Tentang teknologi sekarang, can kills your relationships.
Pendapat aku memang betul la, cube korang tengok situasi-situasi ini. Dan bagi pendapat korang.
SITUASI 1.
Si pakwe/makwe ajak keluar berdating, setelah lama tidak berjumpa dan rindu yang membuak-buak maka keluar lah mereka berdua pergi makan dekat Mapley yang ada sediakan wi-fi free. Selesai je order dekat macha, depa pun nak borak.
Pakwe : Hye awak..macam mane keja? ok?
Makwe : Oklah..biasa lah busy sikit sekarang nie.. Tension laaa.!
Pakwe : Biasa letew..Cantik handphone? Baru beli yea?
Makwe : Kan dah habaq hari tu. Cheq pi beli. Masa dapat bonus. Awak taknak tukar hp ke?
Pakwe : Takpelah, nanti-nanti lah dulu..Eh, sini ada wi-fi free ek? Canggih gak mamak nie..
Makwe : Eh..ada tenet free la yea? nak on9 la..
Selepas dah dapat passsword wi-fi.. Keadaan tak berapa mesra macam tadi..
Pakwe : Lepas ni kita nak pegi mane yea wak?
Makwe : Ntah....
Pakwe : Kita pegi tengok wayang nak? Cerita ape ntah yang baru tu?
Makwe : Ntah la...(duk belek-belek hp).
Pakwe : Awak rasa ok tak saya pakai baju nie?
Makwe : Em...(padahal tak tengok pun).
Pakwe : Awak dengar tak saya bercakap ngan awak nie?
Makwe : Dengor..hihihi(tiba-tiba gelak tengok hp)..
Pakwe : Awak pernah tak makan sup ada hp dekat dalam?
Terus terdiam. Masing-masing mula tarik muka. Nampak tak akibatnye? Lama tak berjumpa, at last bergaduh gara-gara tumpuan hanya pada smartphone.
SITUASI 2.
Satu keluarga yang pegi makan beramai-ramai di Pizza Hut. Takde sorang pun yang tertinggal dirumah. Semua ikut. Mak dan Ayah depa buat macam nie sebab dekat rumah susah nak makan sama-sama. Ada jek yang takde dekat rumah tu. Then, bila tiba di Pizza Hut :
Ayah : Ha..korang nak makan apa. Order saje lah yea. ( sambil belek-belek Samsung S II ).
Mak : Cepat order. Ayah nak belanje tu. ( mak pulak sibuk belek Blueberry dia )
Anak Sulung : Nak yang nie yea..( sambil belek pulak Sony Xperia dia )
Anak Kedua : Nak yang ada eskem ( sambil tangan pegang Iphone )
Anak Ketiga : Nak piza tu..( sambil tangan pegang PSP )
Anak Keempat : Nyum-nyum... ( sambil tangan tekan-tekan game dekat Ipad ).
Setelah selesai order, masing-masing tunggu makanan sampai dan semua tak bercakap pun. Semua sibuk dengan gadget masing-masing. Sampai dah selesai makan pun, sama jugak. Ada persamaan tak dengan makan dekat rumah tapi tak cukup korum dengan makan diluar cukup korum tapi tak bertegur? Sama je kan.
Aku rasa cukup la 2 situasi di atas nie menunjukkan apa yang terjadi jika kita terlalu taksub sangat dengan teknologi ni. Sumtimes kita tak perasan salah kita, orang tegur pun taknak ambil kisah. Bila terjadi sesuatu yang tak baik. Baru nak sedar kan?
Bukan tak boleh langsung nak guna kemudahan yang ada, tapi berpada-pada dan tengok pada keadaan. Think about that and other people feelings. Dan aku nak nasihatkan pada parents sekarang lah kan, janganlah manjakan anak-anak korang tuh dengan gadget-gadget nie. Tunggulah sampai dia jumpa benda-benda tu sendiri, dan belajar sendiri.
Aku malas nak tegur lebih ibu bapa nie, sebab takde anak lagi kan. Besok lusa kalau aku dah ada anak, tak tau pulak jadi macam mane. Silap-silap keluar dari perut ibu jek dah tau apa tu Ipad?
Amacam? Korang pernah rasa situasi-situasi di atas?
p/s : aku takde niat nak menyinggung sapa-sapa yea.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
TOTALLY AGREE!
ReplyDeleteKdg2 terasa kita susah2 g bilik kwn yg jauh (tggl kat asrama), tetapi kemudian dia menghadap laptop ja, layan FB, mcm ckp dinding ja aku. Hu. Sedih. Terasa main renggang. Tp dalam Fb, bkn kuat lagi komen2. hm. manusia berubah seiring dgn teknologi.
smartphone merosakkan interaksi secara berdepan :P.. last2 msg2 walaupon dok bdepan T_T
ReplyDeletesebab tu aku tak suka sgt nak bawak fon..tp susah plak org nak kontek nanti..
ReplyDelete