Tuesday, October 16

Kelebihan 10 hari awal Dzulhijjah.




Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan keizinanNya untuk mengupdate blog lagi. Ingatlah segala idea yang kita dapat itu semua dari Allah. Dan segala apa yang kita taip samada kebaikan atau kemungkaran, lagha dan sebagainya ada pencatitnya dikiri dan kanan kita. Jika baik, cantiklah buku amalan kita nanti. Jika kemungkaran, fikir-fikirkan lah sendiri.

Ramai yang tahu kelebihan hari-hari pada bulan Ramadhan, Rejab dan Syaaban. Tetapi ramai yang terlepas pandang pada bulan ini, Dzulhijjah. Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Apa yang kita tau pada bulan ini hanyalah hari raya. Pergi surau atau masjid, solat sunat raya dan kemudian tengok pakcik-pakcik sembelih lembu, kerbau atau kambing. Kemudian kita beratur untuk ambil bahagian daging masing-masing.

Selain itu yang kita tahu adalah pada waktu ini jutaan umah manusia berkumpul di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. Itu sahaja lah pengetahuan kita tentang bulan Dzulhijjah.

Jadi entry kali ini nak menceritakan kelebihan sebenarnya pada 10 hari awal bulan Dzulhijjah yang kita tak berapa nak perasan atau tidak tahu. Jadi bila dah tahu ni, kenalah amalkan dan sampai-sampaikan, jika tidak. Besok di akhirat kelak, kita akan dipersoalkan.

Jom kita lihat kelebihan yang ada pada bulan Dzulhijjah ini :
Telah di nyatakan di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Fajr ( ayat 1 hingga 3 ).
Allah berfirman :
1 - Demi waktu fajar. 
2. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah) 
3. Dan bilangan yang genap serta yang ganjil 

Daripada Jabir r.a, dari Nabi s.a.w bahawa baginda telah bersabda :


" Sesungguhnya yang sepuluh itu ialah sepuluh hari-hari haji, dan yang ganjil itu hari arafah 
(9 Dzulhijjah), dari yang genap itu hari raya korban (10 Dzulhijjah)" 
(Riwayat Ahmad)

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

" Tiada suatu hari yang lebih utama di sisi Allah melebihi hari-hari sepuluh (awal) Dzulhijjah"
(Riwayat Ibnu Hibban)


Kemuliaan pada 10 hari awal Dzulhijjah ialah :

Daripada Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah bersabda :

"Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari tertentu yang paling disukai oleh Allah melebihi amal soleh pada hari-hari ini" (iaitu 10 hari awal Dzulhijjah).

Para sahabat bertanya : "Ya Rasulullah! Ia melebihi (semua amalan) walaupun dibandingkan dengan berjihad pada jalan Allah?"

Jawab Rasulullah : "Walaupun dengan amalan jihad pada jalan Allah. Kecuali orang yang keluar berjihad dengan nyawa dan hartanya, lalu dia tidak pulang dengan apa-apa.
(mati syahid dan hartanya habis)". 
(Riwayat Abu Daud).
Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak ada suatu hari yang lebih agung disisi Allah dan tidak pula ada amalan yang lebih baik dicintaiNya selain amal yang dikerjakan pada sepuluh awal bulan Dzulhijjah, maka perbanyakkanlah padanya tahlil,takbir dan tahmid." 
(Riwayat Ahmad)
Hari arafah adalah sebahagian dari 10 hari awal Dzulhijjah. Ia merupakan hari kebanggaan Islam, hari pengampunan, hari terbebeas dari siksaan neraka dan hari yang mempunyai kemuliaan tersendiri. Pada malam hari arafah, Rasulullah akan berdoa untuk umatnya sehingga menangis-nangis. 

Kita yang tidak mampu untuk menunaikan haji ada jugak amalan yang boleh kita lakukan. Jangan bagi alasan kita tidak melakukan haji, jadi tak perlu buat apa-apa. Setiap amalan akan dihitungkan dengan Allah. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. 

Antara amalan yang kita boleh lakukan ialah :

  1. Bertaubat dan memperbanyakkan istighfar. -Sekurang-kurangnya 70~100x sehari. Tak dapat buat banyak macam itu, kita baca penghulu segala istighfar. Sekurang-kurangnya pagi sekali dan malam sekali. 
Daripada Abdullah bin Bisr bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
" Beruntunglah orang yang mendapati (di akhirat kelak) pada suratan amalnya istighfar yang banyak"
( Riwayat Ibnu Majah )
  
      2. Memperbanyakkan zikrullah. (Tasbih,tahmid dan takbir. Bertahlil dan berdoa.) 
Doa yang paling afdal ialah pada hari arafah.

Rasulullah s.a.w bersabda
"Sebaik-baik do'a adalah do'a pada hari 'Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para Nabi sebelumku katakan adalah :
(Tiada Ilah melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha menguasai atas segala sesuatu) "
(Riwayat al-Tirmidzi).
        3. Menjaga Ibadah Solat yang Fardhu dengan berjemaah dan memperbanyakkan solat-solat 
            sunat.
        4. Berpuasa. (Berpuasa dari 1~9 Dzulhijjah)
            Hari-hari yang disukai Allah semua ada kelebihan, jadi 10 hari awal Dzulhijjah juga ada  
            kelebihan. (pada hari arafah (bagi yang menunaikan haji) dan hari raya haji tidak 
            digalakkan berpuasa.) 
        5. Membaca Al-Quran.
        6. Melakukan ibadah korban. (ibadah korban adalah seafdal-afdal sedekah)
        7. Bersedekah.
        8. Qiyamullail. (memperbanyakkan solat sunat malam).

Daripada Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" Hendaklah kamu melaksanakan qiyamullail. Sesungguhnya ia adalah amalan para salihin sebelum kamu, sesungguhnya qiyamullail itu alat mendekatkan diri kepada Allah, pencegah dari dosa, penghapus bagi kejahatan dan penolak penyakit dari jasad "
(Riwayat al-Tirmidzi)
Itu sahajalah perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat untuk semua dan dapat diamalkan. Rebutlah peluang yang ada, selagi kita masih hidup. Sebelum kita mati dan hidup semula untuk memulakan hidup yang kekal. Syurga atau Neraka?

Sekiranya kita tidak mampu untuk memperbanyakkan amalan pada hari-hari yang disukai Allah, jangan lah pula kita melakukan maksiat yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Sedar dan malulah bahawa kita ini hanya hamba dan banyak nikmat yang telah Allah berikan. Wallahualam.

dipetik dari kitab "Al-Anwar" karangan Ustaz Mohd Hazri bin Hashim al-Bindany.

p/s : esok dah 1 Dzulhijjah yea kengkawan. Selamat berpuasa.
     

4 comments:

  1. mari perbanyakkah zikrullah.....
    semoga kita tergolong dari golongan org2 yg beriman..aminn :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk perkongsian ni :)

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang sama macam dekat fb tu :) thankz nabiel, ramai yg tak tahu apa disebalik kelebihan bulan nie.

    ReplyDelete

BeSt 4 me: