Wednesday, October 3

Sehari Bersama THE DENTIST (part 4)





Alhamdulillah. Diberi kesempatan lagi untuk update blog.

Rasa dah lama tak bercerita tentang progress gigi saya ni. Sebenarnya dah jauh dari kisah yang PART 3 dulu. Yup dari treatment masa tu, gigi saya belum diketahui lagi dicabut sebelah mana. Dan setelah beberapa minggu lepas itu barulah gigi dicabut.

Dan untuk pengetahuan semua, gigi saya telah pun hilang 4 batang sekali. Minggu pertama, doktor cabut 2 batang dulu, dan masuk minggu seterusnya 2 batang lagi. Semuanya bersebelahan dengan gigi taring. ( maaflah gambar takde, segan aihhh.. macam orang tua dah )

Cabut gigi ni di hospital kerajaan, sebabnya murah. Sebatang seringgit je. Kalau dekat klinik swasta paling rendah RM80. Beza kan? Padahal sakitnya sama jek, takde beza pun. Cuma cara cabutan tu, doktor dari hospital kerajaan ni dia ranggi sikit. Jadi sukahati pulas gigi tu nak bagi cabut. Serius ngeri tengok!

Tapi memandang masa tu dapat doktor perempuan muda, pandai lak pujuk jangan takut. Sejuk hati. Tapi serius kalau tengok playar nak cabut tu, mau angkat kaki je.

Haa..itu lah playarnya!

Tapi jangan risau, takkan sakit. Sebab dah ada bius kan, tapi 24jam lepas itu pandai-pandai korang lah tanggung sakitnya. Nak makan susah, minum jelah. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Selesai saja ke semua gigi dicabut, maka hilang lah penderitaan yang dinantikan.

Kalau setakat gigi sengal-sengal bila tukar wire baru tu dah biasa, tapi hilang gigi nie luarbiasa sikit. Kena banyak-banyak bersabar.

Perkara yang biasa akan kena pada pemakai braces ni ialah bibir luka sebab bergesel dengan besi, dan selalu jugak akan tumbuh ulser, jadi banyakkan minum air, pastu bibir akan selalu kering, lidah pun boleh luka,dinding pipi yang kat dalam tu pun boleh luka. Macam-macam lah. Susah nak makan, cakap kadang-kadang macam pelat sikit. Itu normal la.

Dan sekarang nie, alhamdulillah dah pasang wire baru selepas cabutan gigi. Dan sekarang nak maintain sampai semua tersusun je. Makan masa setahun lebih jugak. InsyaAllah, kalau rasa nak upload gambor wire sekarang ini, nati saya upload la yea. Sebab wire yang baru nie doktor pasang semacam, sebab ada pintal-pintal nk bagi gigi rapat.

Dan juga ada glue diletakkan di gigi belakang, supaya gigi saya atas dan bawah tidak berlaga. Tidak boleh mencengkam dalam erti kata lain. Jadi boleh bayangkan macam mana nak makan bila kita tidak boleh nak mengunyah? Haa. Bayangkan lah sendiri yea.

InsyaAllah nanti akan ada sambungan lagi.

p/s : siapa yang nak pakai braces tu, bila lagi? hehe. (azab cabut gigi dah lepas)

15 comments:

  1. klau tgk tools dentist pun da nk tercabut lutut ni kan cabut gigi ggggrrrr

    ReplyDelete
  2. cemana glue diTELAKkan tu. cer buat tutorial sikit.. TELAK. TELAK. TELAK.







    :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau dah..nie msti bini si dr cendawan mai dtg komen snie kan?=P

      Delete
    2. kenapa ruang komen reply kita sama ni? awak curi coding saya ke? arghh teruja rasa komen bila sama pattern ni. ada orang reply bawah komen pulak tu.





      hewhew :p

      Delete
    3. aish..ada lagi awak nie.?pesen takde blog lain nk baca ke hape?g kutip cendawan sana..nyibuk jek..=P

      Delete
  3. huhuhuhuh...tak berani nak jumpa dentist...seriau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pown..masa nk g jmpa tu berdebar tk ingat lahai..hehe

      Delete
  4. kunyah pakai gusi ke sekarang?? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kinah,xdelah pki gusi.tapi mcm mne eh nk ckp..susah nk bygkan..haha

      Delete
  5. seksa woo pakai braces. tunggu la time dah nk cabut braces time nk cuci gigi tu. itu lagi sakit gileee

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..kira masa cabut tu dia bt scalling lagi la kan?mmg perit la klu scalling..sampai luka2..adehh..

      Delete
  6. patut wa bau gigi kat sini.. hahaha.. mesti cute lu kan nabiel tak ada gigi. keh3.. lepas nie gigi lu tersusun mohon senyum luas2 na. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.ada bau gigi eh?cehh. insyaAllah,bleh senyum tnpa segan silu pasni..=P

      Delete
  7. uiii...seramnye tengok playar tuh....

    ugguuguguguguug =D

    ReplyDelete

BeSt 4 me: