Showing posts with label Gathering. Show all posts
Showing posts with label Gathering. Show all posts

Monday, March 19

1st Gathering Blogger Sengal (GBS)

Alhamdulillah. Semalam selesai 1 lagi gathering antara blogger. Geng Blogger Sengal, Tak Femes tapi Kami Sengal. Memang agak sengal abis la semua yang ade semalam. Keluar segala sengal.


Di jangka mula semalam pada pukul 11 pagi, tapi disebabkan masalah tok ketua yang sedang dalam kesibukan jadi drebar.  Jadi gathering bermula agak lewat. Perjumpaan yang di janjikan ialah di Food Court Asia Taste di Lower Ground Times Square.

Jadi setelah aku jumpa dengan blogger-blogger yang lain, aktiviti seterusnya ialah lunch time.  Disebabkan semua dah kelaparan, so bagi dorang makan dulu sementara tunggu waktu zuhur dan selepas tu terus ke tempat bowling.

Takde perkara ape pun nak cerita sangat. Jadi, biarlah gambar yang menceritakan segalanya. Jom tengok!

 Antara blogger yang sampai sangat-sangat awal. Taniah atas komitmen dorang.

 Blogger-blogger jejaka.

Blogger-blogger gadis.

Jadi untuk gambar yang candid aku tangkap, ade beberapa yang sempat di snap shot sebelum bateri kehabisan. Jom tengok :

Candid 1

Senyuman ikhlas dari Cik GKSB

Candid 2

Tok ketua sedang mengarah anak buah!

Candid 3
Posing smart Adib..macam bersyair pun ade!

Candid 4
Tengok muka minah tu. Macam pasrah je kena marah kot.

Itu sajalah gambar candid yang sempat dirakamkan. Kalau nak tau cerita-cerita dari blogger-blogger lain, insyaAllah dorang akan update jugak. Tapi lebih banyak gambar-gambar yang menarik! Nak tau blogger-blogger mana yang join lagi? Ini link depa :

www.ieyla.com ( Ieyla )
www.nadzrie.com ( Nadh Zhee Ree )
http://katakc0mel.blogspot.com ( Asma Liyana )

Bagi sesiapa yang aku tertinggal tu, nanti akan di tambah semula yea. Jadi setelah game boling pun habis, pemenang bagi pihak lelaki ialah Korn El Jr, bagi pihak perempuan tak berapa pasti. Rasenye macam Tirah Zairi.  Taniah buat mereka berdua.  Hadiah boleh claim dekat tok ketua.

Selepas permainan tamat, kami pun turun ke food court tadi untuk pertukaran hadiah masing-masing. Perancangannya nak makan kfc dekat food court tu, tapi tak jadi sebab tak boleh bawak makanan luar makan dekat situ. Dengan sadisnya, kami pusing la 1 Times Square untuk cari pot nak makan.

Nanti video masa kami nak turun ke bawah yang dirakamkan oleh Penyu akan diupload. InsyaAllah kalau dia rajin nak buat cepat katanya. At last, jumpa jugak tempat nak makan dekat Level 4. Betul-betul menghadap Kuala Lumpur.

Setelah selesai makan-makan, kami semua sambut harijadi mana yang baru dan terdekat. Then tangkap gambar beramai-ramai.

Dan gambar last untuk entry ini :

- Sampai sekarang tertanya-tanya. Nape kasut boling dekat Times Squre aku dapat macam ini. -

Inilah kami yang memang SENGAL!

Dengan itu berakhirlah gathering blogger sengal. Memang semua sengal habis! Sporting! Mula-mula macam malu-malu, tapi lama-lama tu jadi oklah. Taniah pada mereka-mereka yang menjayakan gathering ini.  Biasalah, setiap yang kali pertama dilakukan mesti ade kelemahan, dan dari situ kita boleh perbaiki lagi untuk masa akan datang.

Jadi harapan aku lepas ini akan lebih ramai yang join. Jadi lebih meriah, dan macam-macam acara lagi boleh dibuat bagi mengerakan sillaturahim antara blogger-blogger nie. 

Sekian sedikit cerita dari saya. Assalamualaikum ( Tok siak GengBlogger Sengal )

p/s : amacam? jeles tak?

"CAKAP BIAR TERASA"

Friday, August 27

Gathering Gengblogger for August. ( Berbuka Puasa )

Mari-mari akak-akak, adik-adik, abang-abang. Dah macam promo Sure Heboh.  Tapi kire nie HEBOH jugak la dengan gelagat blogger-blogger yang ada. Setelah selesai pada Gathering yang PERTAMA, kini Gengblogger datang lagi dengan Gathering ke-2!!! ( TORA DATANG LAGI~).

Sebelum ni gath diadakan di Putrajaya, so agak ramai yang 'kesesatan' dan 'kepeningan' mencari tempat tu, jadi kali ni dibuat di Dataran Shah Alam (tak sure yang sebelah PAS or sebelah Masjid tu). Semua boleh pegi, lagi2 yang berada dekat dengan area Shah Alam. Takpe, yang penting awal petang tuh kita berjumpa di Plaza Alam Sentral ( Bowling )

( Gambar dari Gathering yang pertama )

( Poster yang sempoi untuk Gath nie )


Nie adalah segala acara yang dirancang. Harap dipermudahkan segalanya..Aminnn


Tarikh :
28 Ogos 2010


Tempat :
Plaza Alam Sentral & Bazar Ramadhan & Dataran Shah Alam @ Masjid Shah Alam


Masa :
3-11 Malam


Tentatif :

Plaza Alam Sentral
3.00-3.30 : Pendaftaran (jumpaku untuk sahkan kehadiran - tujuan dokumentasi)
3.30-5.00 : Bowling Merdeka GengBlogger (pilihan-pemain atau pemerhati)


Bazar Ramadhan
5.00-6.30 : Acara Sampingan 2


Dataran Shah Alam
6.30-7.00 : Group Photo dan Bergambar kenangan
7.00-7.30 : Bersiap untuk berbuka
7.30-8.15 : Makan-makan (pot luck)


Masjid Shah Alam
8.15-9.45 : Solat Maghrib + Isya + Terawikh


Dataran Shah Alam (berubah mengikut keadaan)
9.45-10.30: Aktiviti akhir
10.30-11.00: Bersurai
 
Kalau korang nak tau lebih lanjut serta Video tentang Gath ni, boleh la ke Blog JOE

p/s : rase nak pegi pakai baju yang dulu tuh jek...miahahaha

Sunday, July 18

Gathering Gengblogger for August. (Bowling Time)

Yaaaaa. Tuuuu diaaaaa. Gath mai lagi, ( dah macam nak buat kat utara la plak ). Sila amik perhatian kali nie, dah awal-awal bagitau. So, mane yang terkejut dan terkedu or tak dapat nak join yang lepas punye silalah amik kesempatan yang ade nie, sebelum mereka-mereka yang rajin buat gath nie pulang ke tempat study masing2. Bukan senang nak jumpe dorang nie kan? Contoh macam Joe, Ariff, Long Haffiz dan yang seangkatan dengannye la.

Kali nie gath berbentuk pertandingan la, jadi hadiah nye mesti gempak2 kan? Mungkin 1 tempat bowling tuh blogger yang 'pegang' nanti! Jadi, aku tak nak bebel panjang2 pasal gathering nie. Untuk yang lebih lanjut korang jengah ke joe yea! 



Nama : GengBlogger Bowling Time
Tarikh : 7 atau 8 August 2010
Tempat : Times Square
Masa : 10 am hingga 3 pm
Tentatif :
10.00-11.00 pm : Pendaftaran Blogger
11.00-1.00 pm : 'Bowling Time!!'
1.00-2.00 pm : Rehat, solat
2.00-4.00 pm : Upacara penutup + Makan + Pertukaran Hadiah + Penyampaian hadiah
Sekian Terima Kasih.
Tunggu yea semua!
Jumpa di sana..Insyallah

p/s : Joe..times square mane nie?kang ade yang tlepas ke negeri lain kang~hahaha

Sunday, July 11

Gathering GENGBLOGGER 2010 di Putrajaya.

Salam semua..Sihat ka? Awal aku bangun hari nie, bangun2 jek terus ngadap blog! Punyelah addict kan, sampai lupe berus gigi.(sampai bro nes pun prasan awal subuh aku dah singgah blog dia).  Semalam tak sempat, yelah tido awal. Letih bai, kan ade gathering semalam ( rempit ngan moto dri Rawang smpi Putrajaya ). Kesian moto aku, jalan jauh, tapi takpe janji puas hati!! Dapat la jumpe semua walaupun tak seramai yang di bayangkan. Ade gak yang last2 minute tak dapat datang. Jum aku cerita kan sedikit pasal gathering semalam!


Nie gambar aku tangkap masa mula2 sampai sini! Lambat bai. Time dah agak separuh yang dah kenalkan diri. Masa aku sampai tuh, rase2 nye sekali dengan RED dan ANAK PERAK. Dorang pun datang lambat gak. Mule2 sampai jek, aku siap boleh lari bawah balik.haha. Pastu bila dah tengok ade yang datang lambat, baru aku naek sekali. (sape ade amik gamba aku masa kenalkan diri??..tolong jangan tunjuk~haha).

Bila dah kenal2 kan diri tuh, memang agak terkejut la sebab ada yang lain rupa dari dalam blog! Serius!. Bila jumpe2 depan, "laaaa..dia nie ke?". Kalau korang nak tau tempat nie dekat SkatePark Putrajaya tuh. Agak nun hujung disana. Lepas jek semua dah kenal2kan diri, tiba masa untuk game lak,( teka-teki dan teka aksi kot). Gambar takde sebab aku duduk belakang, so gambar agak tak cantek. Kalau korang nak tau lebih lanjut ape jadi hari tuh, tunggu la blogger2 lain update jugak yea!

Semalam JOE ade nak mintak pendapat masing2 kan? Tapi blogger kan pemalu. Cerita dalam blog jek, kat luar semua pemalu2 belaka!haha..Jadi JOE, nie aku nak bagi pendapat nie :

  • Gathering yang riuhhh! Walaupun tak capai target 150 orang tuh, tapi puas hati la. (clap2 untuk Bro Framestone sebab dapat jugak menjayakan gath nie!)
  • Tempatnye jauhhh. Hujung sangat. Lebih elok lepas nie ade cam petunjuk jalan or banner GB ke (macam orang kawin punye tuh=).
  • Game pun bleh tahan la. Lepas nie cube buat game yang boleh kuarkan peluh lak! Confirm semua letih punyee.
  • Kalau boleh pasni buat tengah2 kl ke, jadi semua boleh datang. Lepas tuh, semalam aku dengar2 ade nak buat ke negeri2 kan? Nak ikot!
  • Harap pasni boleh tambah macam2 lagi acara, makanan dan fasiliti laen ke. Rase lepas nie kalau buat Gath JOE, kena buat kutipan la. Jadi dapat la pegi tempat best ke or dapat cenderahati ke? (selain baju).
Rase tuh cukup setakat tu, nie kan Gathering yang pertama. Benda yang baru buat mesti ade kekurangan kan? So, lepas nie akan ade lagi dan akan terus dipertingkan. Sampai semua orang akan kenal ape tuh GengBlogger!! Taniah la pada mereka-mereka yang dapat menjayakan Gathering nie! Pada yang tak dapat datang tuh jangan sedih2, lepas nie akan ade lagi Gathering.

Jadi nie antara gambar2 yang aku snap kat sane. Takde la banyak gambarnye, sebab dah ramai nau jurukameranye!hehe. Mane gambar2 ade yang aku candid tuh, aku upload kat Facebook jek yea!




Okeh, cukupla tuh. Kang tambah lagi berat blog aku nie. Nway, bangga aku sebab antara batch pertama dapat pakai Baju GengBlogger tuh bai. Dan lepas nie kalau ade design baru, nak kumpul2 sampai cucu aku boleh pakai nanti. Jadi blogger2 laen, tunggu nanti bila dorang sampai ke negeri korang yea? Kalau lepas nie dorang buat kat KL, korang try la mintak sediakan transport. Hope so lepas nie dapat jumpe ramai lagi!! Hepy blogging you all.

p/s : sebelum pegi ptrajaya korang isi minyak full dlu..sebab payah sangat nak cari stesen minyak...

p/s lagi : aku tertinggal 1 benda lagi, Joe harap pasni kong ade!haha

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"