Monday, February 28

AKU DAN FOLLOWERS ( 14 ) : TAZ JAAFAR'S

Assalamualaikum semua!!

Datang kembali dengan followers aku.  Dan di kesenangan ini,  sekali lagi aku bawak korang jalan-jalan tengok blog followers aku nie.  Untuk followers bertuah kali nie ialah TAZ JAAFAR!!.  Korang kenal sama blogger ini?  Tak kenal jum kita terjah kejap yea.

Nie banner blog tersebut :


( Smart tak banner nye? )

Aku tak berapa ingat dari mana aku kenal blogger nie. Sebab sebelum aku ada blog lagi dah selalu singgah-singgah blog dia nie.  Dia nie dah berblogging selama 4 tahun bhaiii.. Lame kan?  Dia nie blogger yang jenis sempoi-sempoi jek, takde nak kejar traffic pun walaupun dah lama berblogging.  Nice kan?

So, bagi sape-sape yang pi menegur blogger nie.  Meh klik di sini yea ->  Blog TAZJAAFAR.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, February 21

'OTAI' SEBAGAI MENTOR.

Sekarang aku rasa dah start nak jerebu balik.  Mula asap berkepul-kepul di udara.  Bagi korang yang dah biasa sedut asap bas,lori, sampah tuh takpelah,  tapi bagi orang yang lelah/ asma nie?  Dorang kan cepat sesak napas,  cepat semput kalau udara penuh dengan asap.  Pantang kalau hujan tuh tak turun beberapa hari,  mesti ada yang duk gatai bakaq macam-macam.  Takde cara lain ke nak buang semua tuh,  selain dari membakar.  Pikiaq sikit kesihatan orang lain nie.

Kalau asap dari BBQ tuh takpe,  tapi semolek-moleknya panggil la jiran sebelah sekali join.  Kesian depa,  dapat bau jek. Zaman sekarang nie manusia susah nak ditegur,  kalau ditegur atas kesalahan dia memang susah nak terima.  Silap-silap kita yang kena tengking,  tapi tengok orang jugaklah.  Bukan semua macam tu,  ada yang cool jek dah memang tau tu salah dia.  Mengaku kan senang.

Kalau nak cerita pasal tegur-menegur nie,  mesti kebanyakkan yang menegur korang adalah 'orang lame' or 'oldtimer' la.  Sebab dorang dah tau apa yang akan jadi kelak,  sebab dah terlebih makan garam, gula, aji-no-moto dan sebagainya la.


Sekadar hiasan

'Old timer' tuh lebih kurang macam brader dekat atas nie la,  berkedut-kedut dah kan?

Memang kadang-kadang korang tak tahu apa salah korang tiba-tiba kena sound dengan pakcik sebelah.  Menganggu dia katanya,  padahel berbudak nie just berlari-lari anak jek dekat depan rumah takde pun nak pi kaco pakcik tuh.  Macam tuh la,  kadang-kadang yang 'otai' nie pun bukan betul sangat.  Bangga sangat dengan title 'orang lama' tuh.  Sampai yang muda nie menegur pun taknak terima,  konon dorang lagi hebat.  'Otai' kan?

Selain di kawasan rumah,  perkara macam nie terjadi jugak di tempat belajaq.  Bagi korang yang duduk hostel tu mesti penah merasa saat-saat di 'ragging' Senior.  Di cemuh dan dimaki.  Tak kurang jugak yang kena kroyok (belasah) ramai-ramai.  Gara-gara tak dengor cakap SENIOR.  Contohnya :
Senior hidung tinggi : Lu buat ape snie?  Tau tak dalam bilik tak boleh merokok...bodoh!

Junior keras kepala : Gwa tak tau plak..sebab takde tande Dilarang Merokok pun?  so gwa sedut jek dalam nie.

Senior hidung tinggi : Lu tak baca buku peraturan ke bhaii?  Ke nak gwa ajarkan lu membaca?

Junior keras kepala : Gwa baca,  tapi takde plak dalam buku tuh tertulis yang pelajar Senior di kecualikan?

Senior hidung tinggi : Di kecualikan untuk apa?

Junior keras kepala : Dikecualikan dari merokok..Tertulis dalam buku tu semua tak boleh merokok.  Betul tak?  kalau gwa tak rabun la kan.

Senior hidung tinggi : Memang semua tak dikecualikan..Tapi..( takdan sambung ayat, dan kena pangkah )

Junior keras kepala : Tapi apa??  The point is gwa merokok sebab Senior2 dekat sinie pun merokok termasuk lu sendiri!!  Sekarang lu nak bsing-bsing dengan gwa pasal isap rokok dalam bilik?

Senior hidung tinggi : Oke!  Sukati lu laaaa!!..Bak rokok sebatang!  ( muka tak malu betul )

Korang faham tak situasi dekat atas nie?  Kalau tak faham, korang baca la banyak-banyak kali sampai faham yea.  Apa yang aku nak sampaikan is 'orang lame' nie tak semestinya semua dia betul.  Dan yang penting kena tengok diri sendiri dulu sebelum ko nak menegur orang.  Kalau diri sendiri pun tak betul,  macam mane orang lain mencontohi korang?  Think bout it!

Perkara yang sama jugak akan berlaku di tempat kerja.  Kalau di tempat kerja nie agak mencabar sedikit,  sebab kebanyakkan yang buat perangai macam nie ialah orang-orang atasan or orang yang dah berpengalaman disitu.  Memang kalau sape yang bukan kaki melawan tuh,  memang korang kena buli jek bila di alam pekerjaan nie.  Yelah, nerd jek kan?  tak tau pape lagi. 

Tapi kena ingat,  petang tak selalunya cerah macam sekarang.  Kadang-kadang tuh ada gak ribut melanda.  Serius kan?  kadang-kadang sick lah tengok orang macam nie.  Bukan main lagi, sound sini sana macam dia buat semua benda dengan betul.  Marah memang tak ingat lah. 

Lepas tuh, maki-maki kata napa tak boleh nak ikot.  Macam mane nak ikot kalau yang 'otai' pun tak betul?  Itu yang di maksudkan aku 'otai' sebagai Mentor!.  Untuk dijadikan contoh pada yang baru-baru nie,  kalau yang 'otai' pun tak betul,  macam mane depa nak follow hang.

Bukan nak suruh hangpa melawan orang-orang tua nie,  tapi sampai bila nak ikot benda yang dorang buat pun salah jugak.  Bagi orang lama pun kalau yang muda-mudi nie menegur,  terima dan think positif lah.  Jangan cepat melenting.  Remember, what goes around cames around.

p/s : hangpa penah kena tak situasi macam nie?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, February 17

WAYANG : SINI ADA HANTU!!

Teringat lagi masa kecik-kecik dulu,  selalu takot bila tibanya waktu MALAM JUMAAT!  Dalam kepala otak kanak-kanak yang bawah umuq seperti aku dulu akan terbayang-bayang hantu yang pelbagai genre dan spesis.  Hantu 1 Malaysia, semua hantu ada kan?  Kalau dulu tyme MALAM JUMAAT jek mesti masing-masing pakat taknak keluar rumah, taknak main kejor-kejor, taknak main sorok-sorok.  Duduk umah baek punye,  tak pun lepak surau kaco orang.  Nakal sungguh.  Pastu tau plak takot nak balik sorang-sorang. 


Kalau ada tuisyen masa Malam Jumaat, ni dah memang jadi kemestian semua bukak mulut nak cerita pasai hantu.  Hantu pocong la, toyol la, hantu sekolah dan macam-macam lagi, macam aku cakap tadi pelbagai genre.  Semua kawan-kawan pakat duk mendengar yang menceritakan,  padahal tak tahu yang masing-masing basah kena kencing.  Bukan taknak percaya pasal perkara-perkara ghaib nie,  kadang-kadang dorang nie saje nak tokok tambah cerita asal.

Anak-anak cerita pasai hantu,  mak dan ayah?  sibuk tambahkan rakyat jelata.  Itulah yang dorang tau pasai MALAM JUMAAT.. Pelik nape mesti kaitkan dengan MALAM JUMAAT..  Oke, aku dah kelaot.  Bukan nak sampaikan kisah MALAM JUMMAT sebenarnya..tapi cerita hantu yang baru-baru nie aku gedik pegi ushar.  Dekat wayang la,  bukannya aku pi cari hantu.  ( bukan seekers..ok..).

Apa yang pasti aku pegi tengok cerita nie bukannya MALAM JUMAAT.  Malam lain..


SINI ADA HANTU!!

Cerita terbaru yang di arahkan oleh James Lee, yang sebelum nie mengarahkan cerita Histeria.  Cerita yang mengabungkan 3 hantu dalam 1 cerita. ( 3 in 1 ).  Cerita yang bermula apabila 2 orang pemandu van Ah Meng dan Bakri yang ditugaskan menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di kampung.  Dimana mereka kena sampai pagi esoknya.  Mula-mula mereka tolak,  tapi dah ditawarkan dengan upah yang lumayan. Dorang buat jugak.  Yelah, tengah-tengah malam buat bawak keranda dengan isi di dalam.  Tak scary ke korang?

Dalam perjalanan mereka ke sana la bermula cerita dari mulut masing-masing pasai hantu yang dorang pernah dengar.  Antara hantu yang dorang ceritakan ialah HANTU POKOK PISANG,  HANTU NOMBOR EKOR dan HANTU ASRAMA.  Pada pemikiran aku cerita nie agak seram la mula-mula,  tapi bila start jek cerita Hantu Pokok Pisang tuh aku dah mula rasa kelakar.  Ni macam cerita  zaman-zaman balik mengaji dulu waktu Malam Jumaat.

Nanti kalau korang tengok betul-betul cerita nie.  Korang akan perasan dalam cerita Hantu Pokok Pisang tuh ada sorang pakcik yang akan menceritakan pasai Hantu nie.  Tapi yang buat konfius nye mula-mula nama dia Pak Ali, then tiba-tiba jadi Pak Abu dan bila dah jumpa pakcik tuh dia jadi Pak Hamid pulok.  ( kalau korang prasan la). Then dalam cerita Hantu Nombor Ekor pun ada lain, pasal darah dorang nak guna untuk paksa hantu tu keluar ( darah ayam or darah anjing ).  Tapi yang nie dorang gunakan dua-dua darah sekali.

Nie aku selitkan sikit scene-scene dalam cerita nie :


 - Hantu Pokok Pisang Fasha Sandha!!-
- Part nie ramai orang tergelak-gelak..gua paham kenapa -


- Hantu Nombor Ekor -
- Cantik kan?  Tak silap aku Ratu Malaysia kot -


- Hantu Asrama -
- Of coz la Hostel akan dikaitkan dengan Tentera Jepung -


- Ni la Ah Meng dan Bakri -


- Antara pelakon - pelakon dalam ini cerita -

Kalau korang rasa boring-boring boleh la pegi tengok dengan rakan-rakan.  Membuat kan korang teringat masa kecik-kecik dulu bila bercerita dengan member-member yang belum bersunat.  Seram weyh, serius Seram..  Dah, jum kita layannnnn.. Sekian

p/s : disebalik cerita-cerita nie ada  terselit pengajarannya.

p/s lagi : masa kecik-kecik dulu korang mesti biasakan dengar cerita-cerita hantu macam nie?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, February 14

ANTI HARI VALENTINE 14 FEBUARY...JOM SAMBUT?

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua..

Firstly nak ucapkan terima kasih berbanyak-banyak pada yang wish birthday aku semalam.  Rasa tahun nie wish paling banyak.  Makin naik umoq hangpa,  makin ramai orang yang wish.  Maybe ikot umoq hangpa kot.  Aku takde nak sambut2 bagai birthday ni,  cukuplah setakat diingati oleh orang yang tersayang.  Dulu kecik-kecik boleh la nak buat sambutan dekat mcd ke, kfc dan sebagainya la.  Tapi bila dah besau macam nie,  nak sambut dekat mcd bagai,  rasa macam 'tak lama' jek tuh.  Buang tebiat ke hape.  


( Sumber )

14 Febuary memang hari yang dinanti-nantikan oleh semua couple2 seluruh dunia yea?  Tak payah la amik dunia,  besaq sangat.  Amik Malaysia cukup.  Mesti ramai yang tunggu-tunggu hari ni,  sebab boleh 'bersedap-sedapan' kan.  Hari dimana banyak maruah akan tergadai.  Bila tiba jek hari nie,  mula la masing-masing cari bunga la, coklat dan sebagainya.  Untuk di beri pada kekasih masing-masing,  lepas dah bagi hadiah dapatlah 'habuan' lain.  Pastu hangpa tunggu 9 bulan lagi,  tengok populasi rakyat Malaysia bertambah tak.  Faham tak kenapa tak boleh sambut?  Kalau tak faham,  meh cheq habaq sket :

Sejarah disebalik Hari Kekasih(Valentine Day)

Valentine adalah nama seorang paderi yang dipenjarakan oleh Kerajaan Rom semasa pemerintahan Cladius II.. Valentine merupakan seorang paderi yang tegar dalam menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut.

Walaupun Valentine telah dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama kristian di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Aku dapat info ni dari SINI .

Faham dah?  Hari untuk memperingati PADERI!  Banyak lagi kisah disebalik 14 Febuary yang korang duk suka sangat nak sambut.  Info ada di SINI.  Kenapa kita perlu nak sambut?  sedangkan takde kena mengena pun dengan ajaran Islam.  Jadi tidak perlu la nak sambut perayaan ini,  buang masa,  buang duit dan buang...

Tapi sememangnya kita ni suka buat benda yang dilarang kan?  Makin ditegur, makin jugak nak buat.  Bukan sekadar nak sambut Valentine sahaja,  tapi macam-macam lagi benda lain.  Yang lebih dashyat dari Valentine Day pun ada kan?  Tepuk dada dan tanya iman korang,  dekat mana korang sebenarnya.  Masing-masing ada buat kesilapan.  Nama pun manusia,  takde yang sempurna.

Sebelum aku beredar,  ingat-ingat lah yea pasal 14 Febuary ni.  Pesan pada kawan-kawan korang.  Semoga kita semua terselamat dari terus terjebak.  Insyallah.

p/s : baik korang ingat 13 Febuary tu hari hape..haha

p/s lagi : jangan lupa yea, esok Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.  Lebih baik sambut yang ini,  dapat jugak keberkatan dari Allah.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, February 10

KENAPA TANDAS AWAM DI PANDANG HINA?

Salam semua dan selamat sejahtera..

Melantak kari daging Mamak memang menarik beserta pulak dengan nasi yang panas dan ayam goreng yang baru keluar dari kuali. Pehhh.  Dekat sebelah pinggan pulak tersedia air Sirap Bandung yang berkilau-kilau dan air kesejukannya meleleh-leleh di tepi gelas.  Membuat kan hati rasa tak sabar nak merasa kenikmatannya Sirap Bandung yang sejuk.

Setelah kekenyangan, bermula kembali perjalanan merayap ke sana dan ke sini mencari pelbagai barang. Sedang khusyuk memilih barang, tiba-tiba saat yang kita tidak nanti-nantikan pun tiba jugak.  Sakit Perot!!  Perot mula memulas-mulas,  tandanya ada 'barang baik' nak keluar.  Potong betul orang nak pilih barang,  nak-nak pulak time tuh 'Happy Hour',  barang murah-murah pulak tu.

Nak ke taknak kena jugak pegi ke Tandas.  Kalau di ikotkan jugak 'Happy Hour' tu,  maknanye melabur dekat situ jugak jawabnye.  Kita pun terkejar-kejar mencari Tandas,  pusing sana pusing sini.  At last, jumpa jugak.  Dengan hasrat dapat 'melabur' dengan cepat.  Jumpa tandas awam, bayaq 20sen.  Tiba di muka pintu, bau memang dah tak sedap la ( name pun tandas awam ),  buka jek pintu tandas.  Jeng...Jeng..Jeng..

Hangpa paham-paham na..Part nie memang semua tak suka,  boleh membantut kan 'pengeluaran' orang kata.


Hangpa penah kan masuk Tandas Awam?  Tandas Awam nie bermaksud sapa-sapa pun boleh check in dan chekout.  Bila-bila masa, takde terhad.  Dah nama pun Public,  so macam-macam jenis orang yang keluar masuk Tandas nie.  Memang Tandas tu tempat syaitan,  tapi janganlah sampai kebersihan pun tak dijaga.

Antara perkara yang menyebabkan Tandas Awam di pandang serong selalu :
  • Tisu bersepah-sepah dekat lantai. Siap dekat tong sampah dah tahap penuh sampai melimpah.
  • 'Port' nak melabur tuh ada kesan peninggalan 'hantu raya' yang baru jek melepas. (nie memang meluat!)
  • Pintu dengan dinding dekat dalam tuh penuh dengan grafiti yang menyakitkan mata memandang.
  • Dekat 'port' tuh penuh dengan rokok dan kotak rokok.
  • Bau-bauan yang datang entah dari mana,  macam dah seminggu tandas tu tak dibasuh.
Korang semua mesti pernah alami keadaan macam nie kan?  Kesan 'peninggalan' tuh memang selalu ada la,  itu yang selalu menyebabkan kita terbantut nak 'melabur' tuh.  Mana taknya, buka-buka pintu jek nampak 'barang baik' tu.  Tak faham setengah manusia yang macam nie,  tak geti nak gunakan kemudahan ke?  Kan ada tempah nak flush tu.  Bukan kerja susah,  just tarik jek benda tuh.  Dah tua-tua pun nak kena ajar lagi?
Kadang terpikir jugak,  maybe rumah dorang takde tempat flush kot.  Biaq pi macam tuh ja.  Yang buang tisu dan tuala-tuala lain dalam lubang jamban tuh toksah cakap la. Memang namanya tandas awam,  tapi jagalah sikit.  Minded tuh cuba ubah.  Jangan ikot sedap jek,  bila orang luar datang Malaysia dan kata Malaysia negara yang kotor nanti,  masing-masing naik melenting.  Padahal diri sendiri salah.

Tandas dekat rumah tu korang jaga elok-elok kan?   Bersih kan?  Jadi amalkan pada tandas-tandas yang dekat luar jugak.  Jangan nak harapkan cleaner je nak bersihkan sisa-sisa korang tuh.  So, jagalah kebersihan tandas tu untuk kegunaan bersama.  Bagi yang tangan gatai nak menconteng tu, cuba korang buat blog.  Taip jek apa yang korang nak cerita.  Dedahkan saje semua no telefon yang korang nak tunjuk tu.  Lagi baguih.  Takde mata sakit tengok.

p/s : pernah tak korang dah 'melabur' dekat dalam tu,  tiba-tiba tengok kepala paip takde? haha

p/s lagi : jagalah kebersihan tandas tu...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

    Wednesday, February 9

    AKU DAN FOLLOWERS ( 13 ) : MYLIFE AS QISHIE

    Salam semua dan selamat sejahtera..

    Masih ingat lagi dengan aktiviti yang aku buat dulu?  Terjah-terjah blog followers nie.  Aku masih belum lupa lagi,  jangan risau aku akan pergi jugak ke blog-blog hangpa semua.  Antara lambat dengan cepat je.  Rase macam terlalu lama sangat aku tertinggal.  Followers pun makin bertambah.

    Jadi untuk followers kali nie. Ialah blog Qishie :



    Well, sape-sape rase nak berkenalan dengan blogger yang merupakan bakal menjadi doktor nie,  boleh la klik dekat LINK di atas tu yea.  Korang tengok jek tagline dia dekat banner tuh dah tau dia ambil jurusan apa kan? " my life is affected by biologically,physically,environmentally n ma habit. "

    Seorang kenalan maya yang aku kenal dari Tagged lagi.  Korang pegi ke blog dia,  dan akan tau dia belajar di mana.  Dan yang pasti bukanlah di Malaysia.

    Aku rasa cukup la setakat nie,  perot dah berbunyi menandakan masuk waktu makan.  Walaupun tekak seperti tidak mengizinkan makanan masuk ke dalam perot aku,  tapi aku kena paksa jugak.  Kalau tak nanti,  aku yang parah menanggung.

    Jumpa lagi followers seterusnya ya...

    p/s : bagi yang aku tak terjah tu,  maybe korang tak tinggalkan link. or blog korang tuh memang dah takde.

    p/s  lagi : korang sanggup tak study jauh-jauh dari family selama bertahun-tahun?

    "FRIENDSHIP IS PRICELESS"

    Tuesday, February 8

    1Tube 1 Malaysia vs Youtube.

    Salam semua..

    Zaman makin canggih dah sekarang,  macam-macam adaaa! (macam dalam iklan astro tu?).  Manusia pun sekarang semakin lama semakin bijak mencari peluang dan mencipta sesuatu yang lain dari yang lain.  Sekarang semua nak berlumba-lumba.  Lambat, lu akan tercicir bhaii.  Kalau idea yang bagus-bagus janganlah simpan-simpan, keluarkan dan tunjukkan.  Nanti hangpa jugak yang untung!

    Hangpa semua penah dengor pasai youtube?  Tau tak apa youtube tu?  Kalau ada yang tak tau,  hangpa toksah duduk dekat cc or pasang internet dekat rumah.  Memang buta IT kot kalau youtube pun tak tahu.  Rasa berbudak umoq 7 tahun pun dah tau youtube tu hape.  Tapi sekarang ada yang baru,  nie nak habaq mai dekat hangpa semua.  Pernah dengaq 1 TUBE?  bukan REDTUBE yea,  TAPI 1 TUBE.


    Pernah tengok?  Nampak kan lambang 1 Malaysia tu?  Tuh tandenya memang asal orang Malaysia la yang buat.  Tak bangga ke korang?  Macam-macam ada dekat 1Tube nie.  Korang boleh upload apa saja yang korang nak,  macam Youtube jugak.  Rasanya masih hangat lagi web nie.  Kalau korang nak tengok,  boleh la klik di sini 1TUBE.  


    Jom beramai-ramai kita support 1Tube nie,  upload la sebanyak mungkin video-video yang ada.  Mungkin sekarang nie tak ramai sangat yang kenal.  Tapi 1 hari nanti?  Kemungkinan akan jadi macam Youtube jugak kan? Jom ramai-ramai support. 1Tube 1Malaysia.

    p/s : korang tau tak sapa pencipta 1TUBE nie?

    p/s lagi : kalau korang nak tahu,  vc gathering sahabat blogger yang lepas pun ada jugak!

    "FRIENDSHIP IS PRICELESS"

    Saturday, February 5

    Lirik : 150 Juta - Fynn Jamal

    Salam semua..

    Selamat hari Sabtu!  Besok dah ahad, lusa dah isnin..Grrrr!!  Cepatnye rasa bila bercuti kan?  Kalau bekerja tuh nak tunggu ke hujung minggu memang lama.  Takpelah,  nak buat macam mane kan? dah memang lumrah bila bekerja macam tuh. Oke stop cite pasal KERJA!

    Korang kenal pada Fynn Jamal? Lecturer tau dia nie,  asal dari Kota Tinggi Johor. Kalau korang nak tahu dia nie blogger jugak.  Dah 5 tahun berblogging rasanya.  Nie blognya FynnJamal.  Rase dah lame lagu nie,  tapi sekarang macam ramai lak baru nak heboh-heboh.  Selalu macam tu kan?

    So, jom kita layan lagu 150 Juta by Fynn Jamal nie :


    Untuk kali ke seratus lima puluh juta
    Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
    “Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
    “Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

    Di seratus lima puluh juta kali itu
    Di depan semua engkau tarik tangan aku
    Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
    Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

    “Dia mungkin bengis seperti singa”
    “Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
    “Dia mungkin keras bila bersuara”
    “Tapi dia jelas jujur apa adanya”
    “Aku lagi kenal dia”

    Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
    Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
    Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
    Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

    Di setiap seratus lima puluh jutanya
    Aku pun dalam hati semacam tak percaya
    Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
    Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

    “Sayang mungkin baran tak kira masa”
    “Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
    “Sayang mungkin saja keras kepala”
    “Tapi sayang manja bila kita berdua”
    “Saya kenal sayang saya”

    Buat apa di cerita
    Bahagia kita rasa
    Biar tak dipercaya
    Peduli orang kata

    Baju ronyok tak apa
    Asal pakai selesa
    Berkilau tak bermakna
    Kalau hati tak ada

    Aku lebih bengis dari sang naga
    Tapi bisa nangis semata demi cinta
    Suaraku keras tak berbahasa
    Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

    Aku mudah baran tidak semena
    Mana boleh tahan angin cemburu buta
    Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
    Aku punya manja kau saja boleh rasa
    Rahsia kita berdua




    Sempoi!...

    p/s : korang tau tak website mane ada lagu indie? dulu senang cari..sekarang macam susah sikit..

    "FRIENDSHIP IS PRICELESS"

    Thursday, February 3

    Gong Xi Fa Chai...Tahun untuk Arnab!

    Salam semua..
    Selamat tahun baru cina diucapkan pada semua kaum cina di Malaysia ni.  Mesti semua dah 'makan besar' punye kan?  Mercun toksah cakap la.  Memang macam nak sambut tahun baru dah.  Kebanyakkan orang dah mula cuti semalam.  Tadi masa aku dalam perjalanan balik,  highway still penuh lagi.  Rasa macam jalan bandar daa,  keta semua rapat2. Naseb baik bawak moto,  boleh jugak menyelit-selit.  Jangan selit-selit bhai kalau tak terer,  silap langkah nanti terkena side mirror keta owg.  Tak pasal2 jek korang dapat maki free nanti.


    Tahun Baru Cina memang terkenal dengan tarian Singa dan jamuan seperti yee sang dan kuih bakul.  Selain dari tu,  'hujan buah limau'!  Mesti dekat pejabat korang penuh jek dengan limau yang berkotak-kotak dengan macam-macam kategori.  Sampai naik muntah dah korang makan.  Tapi jangan makan lebih-lebih buah limau,  sebabnya limau kan ada asid. So bila asih banyak sangat dalam perot korang,  paham-paham sendiri la yea.  Tandas tu di buka 24 jam.  Non-stop nanti!




    Tarian Singa yang sememangnya bukan menggunakan singa yang betui.  Teringat zaman aku belum khatan lagi,  masa tu sebut jek Tarian Singa.  Aku mesti bajet Singa yang dekat Zoo tu yang dorang guna!  tapi sangkaan aku memang meleset sama sekali.  Rupenye 2org manusia yang bergabung pakai patung bibir besar kat atas ni.  Ingat lagi masa 1st tyme aku pegi tengok,  masa tu dekat Jaya Jusco Wangsa Maju. Tyme tu port paling best nak lepak dengan mak pun dekat JJ la.  ( Klcc masa tu baru nak pacak tiang ).

    Dengan kemampuan yang ada kitorang pun berjalan kaki.  Terkedek-kedek aku jalan nak pi tengok tarian Singa tu, dari jauh dah dengar bunyi gendang tu.  Rasa gemuruh dalam hati nie mula la melonjak-lonjak.

    Aku : Mak, singa tu tak makan orang ke?

    Mak : Takdelah. Dia makan buah limau jek.

    Aku : Tapi nape dia makan limau jek?  Kenyang ke?

    Mak : Tuh bukan singa betul la.  Singa olok-olok jek.

    Aku : Singa olok-olok tu hape?

    Tiba-tiba mak aku diam jek.  Malas nak layan aku gamaknye.  Dan kitorang pun tibe di perkarangan JJ tu.  Memang ramai orang keliling masa tu, aku lak terlompat-lompat nak tengok.  Serius takut plak bila dengor gendang tuh dekat-dekat.  Tengah semua duk khuysuk melihat,  tiba-tiba singa tuh datang ke arah aku!  Serius wey, aku rasa nak nangeh jek masa tu.  Takot tengok Singa tu terlompat-lompat.  Parents aku buleh lak tinggalkan aku sendirian dengan singa tu.

    Agaknya dah dorang tengok muka aku macam nak nangeh jek,  tiba-tiba keluar lah buah limau dari mulut singa tu.  Pandai nak amik hati aku yea.  Tak jadi aku nak nangeh masa tu,  sebab dapat buah limau.  Tapi memang la,  since dari tu aku jadi suka lak tengok Tarian Singa.  Pernah jugak la dulu buat demo dalam bilik dengan adik aku.  Selalunya kitorang pakai selimut dengan bantal jek.  Aku yang akan jadi kepala,  adik aku jadi ekor nye.  Tapi selalu tak lama,  sebab dia pun duk berebut nak jadi kepala. Lepas tuh jadi lah pergaduhan antara kepala dan ekor Singa.haha.


    ( Sumber )

    Tahun nie tahun Arnab kan?   Meh aku share sikit dengan korang pasai depa yang lahir tahun Arnab nie :
    Tahun depa lahir : 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011 

    Perwatakan :
    Hati mudah tersentuh dan kaya kasih sayang. Anda gemarkan ketenangan dan kedamaian. Sifat diri yang tenang membuatkan anda jarang bertindakbalas pada cabaran dan musuh. Anda tidak gemar bersaing dan lebih rela mangaku kalah daripada hidup dalam tekanan. 

    Percintaan :
    Bergantung harap dan hidup pada insan yang disayangi bukan cara yang bijak dalam hubungan kasih sayang. Sesekali anda harus bertegas dan membuktikan anda mampu berdikari agar orang disayangi lebih menghormati anda. 

    Pasangan serasi :
    Kambing, Babi. ( Agak kasar bunyinya nie ).haha

    Selamat Tahun Baru Cina semua!

    p/s : korang pernah tak dapat angpau?

    p/s lagi : sape antara korang yang lahir tahun Babi nie?ngeh2

    "FRIENDSHIP IS PRICELESS"

    Tuesday, February 1

    Terkini: Krisis di Mesir. Keadaan sebenar pelajar Malaysia @NajibRazak

    Salam semua..

    Selamat datang ke bulan baru ( Febuari ).  Pejam celik sekejap jek rasa dah sebulan. Tak panas lagi badan rasanye bila berada di bulan Januari dah tiba bulan Febuari.  Masa sekarang berlalu terlalu cepat,  jadi gunakan lah sebaik yang  mungkin yea.  Jadikan hari-hari anda selalu ceria dan penuh bermakna.  Dan selalu berubah ke arah yang lebih baik.  Takkan life korang nak jadi macam tu jek kan?  Sampai bila?  Think about it.
     
    Sekarang aku rasa semua dah baca kisah nasib pelajar kita yang berada di Mesir.  Kan? Krisis yang melanda Mesir menyebabkan banyak kerosakan dan kemusnahan yang berlaku.  Pernah korang terpikir nasib pelajar Malaysia yang berada di sana?  Bayangkan saja keadaan tu berlaku pada korang,  dengan family jauh,  nak Contact pun tak boleh...Harapkan kawan-kawan yang ada disana saja untuk bantu sesama sendiri.
     
     
    Aku rasa semua dah tahu pasal nie,  tapi aku nak juga sampaikan.  Supaya semua orang tahu,  dan harap blogger-blogger lain pun turut sampaikan.  Petikan ni aku baca dari blog BroNescafeAis dan asalnya adalah dari blog AriffShah

    Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

    Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:


    Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.


    Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.


    Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog
    Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

    Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

    Atau melalui:

    Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
    Twitter: DyyaDizarch
    Blog: Nadia-ism
    YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

    Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.


    - Nadia

    So what can you do now?

    Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.

    Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.

    Share this on Facebook.
     
    Harap sangat perkara ni dipandang serius.  Sebelum perkara yang tak di ingini berlaku.  Ada yang orang kata pasal kes rogol tu tak tahu betul ke tidak.  Maybe khabar angin.  Walaupun khabar angin,  tapi ada kemungkinan akan terjadi kan?  Sebelum nasi menjadi bubur,  baiklah bertindak.
    Negara-negara lain banyak yang dah pergi ke sana dan mengambil rakyat mereka pulang.  Malaysia bila lagi?

    p/s : korang ada kapalterbang lebih?  jom kita pegi sana..

    p/s lagi : berdoalah yea supaya saudara kita yang berada disana selamat dan tidak di apa-apakan. Aminnn...

    "FRIENDSHIP IS PRICELESS"