Tuesday, February 1

Terkini: Krisis di Mesir. Keadaan sebenar pelajar Malaysia @NajibRazak

Salam semua..

Selamat datang ke bulan baru ( Febuari ).  Pejam celik sekejap jek rasa dah sebulan. Tak panas lagi badan rasanye bila berada di bulan Januari dah tiba bulan Febuari.  Masa sekarang berlalu terlalu cepat,  jadi gunakan lah sebaik yang  mungkin yea.  Jadikan hari-hari anda selalu ceria dan penuh bermakna.  Dan selalu berubah ke arah yang lebih baik.  Takkan life korang nak jadi macam tu jek kan?  Sampai bila?  Think about it.
 
Sekarang aku rasa semua dah baca kisah nasib pelajar kita yang berada di Mesir.  Kan? Krisis yang melanda Mesir menyebabkan banyak kerosakan dan kemusnahan yang berlaku.  Pernah korang terpikir nasib pelajar Malaysia yang berada di sana?  Bayangkan saja keadaan tu berlaku pada korang,  dengan family jauh,  nak Contact pun tak boleh...Harapkan kawan-kawan yang ada disana saja untuk bantu sesama sendiri.
 
 
Aku rasa semua dah tahu pasal nie,  tapi aku nak juga sampaikan.  Supaya semua orang tahu,  dan harap blogger-blogger lain pun turut sampaikan.  Petikan ni aku baca dari blog BroNescafeAis dan asalnya adalah dari blog AriffShah

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:


Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.


Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.


Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog
Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.


- Nadia

So what can you do now?

Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.

Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.

Share this on Facebook.
 
Harap sangat perkara ni dipandang serius.  Sebelum perkara yang tak di ingini berlaku.  Ada yang orang kata pasal kes rogol tu tak tahu betul ke tidak.  Maybe khabar angin.  Walaupun khabar angin,  tapi ada kemungkinan akan terjadi kan?  Sebelum nasi menjadi bubur,  baiklah bertindak.
Negara-negara lain banyak yang dah pergi ke sana dan mengambil rakyat mereka pulang.  Malaysia bila lagi?

p/s : korang ada kapalterbang lebih?  jom kita pegi sana..

p/s lagi : berdoalah yea supaya saudara kita yang berada disana selamat dan tidak di apa-apakan. Aminnn...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

11 comments:

  1. aku benci la kerajaan ambik mudah benda nih..hurm...

    aku banyak sedara kat sana...tapi depa dah warganegara sana..camna nak bawak balik..tepon tak berangkat pon..hurm..

    ReplyDelete
  2. harap-harap semua student msia dekat sana dapat keluar dengan segera sehingga masalah dekat sana selesai.

    ReplyDelete
  3. bole copy ya?

    nak copy naa

    nak retweet skali

    ReplyDelete
  4. betul ke ada kes rogol? dgr kata x betul berita tu

    ReplyDelete
  5. ngerinyee bace...moge semuanya selamat~~~

    ReplyDelete
  6. vio : tuh laaa..tapi dgo cerita PM dah plan nak bawak dorang balik ikot laut..harap2 dapat la bawak balik~!

    ReplyDelete
  7. piston : huhuhu..harap2 macam tuh la~aminnn

    ReplyDelete
  8. yong : boleh jek copy~di alu2kan~hehehe

    ReplyDelete
  9. berto : tk tahu lagi kesahihannya~tpi mcm aku ckp..kmungkinan nk jadi tu ade kan?

    ReplyDelete
  10. BH : huhuhu..tau xpe!ngeri sgt dgo..xtau la nk ckp cmner lagi~

    ReplyDelete

BeSt 4 me: