Alhamdulillah, syukran. Masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk menggunakan nikmat yang ada sebaiknya. Iaitu tangan dan jari jemari untuk menaip. Itu semua adalah nikmat Allah pada kita, anggota badan. Jadi gunakan ia sebaik mungkin untuk kebaikan bersama yea. Itu untuk menunjukkan tanda syukur kita kepada Allah.
Jadi pada entry kali ini, saya nak share dari seminar yang sama jugak iaitu productive muslim. Apakah tabiat harian untuk membina kerohanian kita. Maksudnya kehidupan seharian kita akan lebih bersemangat, tenang dan penuh keberkatan. InsyaAllah.
Antara yang diberikan pada saya ialah 7 tabiat harian ini untuk membina kerohanian kita :
- Selalu solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu ( solat sunat rawatib ).
- Mengingati Allah selepas solat. (bertasbih,tahmid dan berdoa).
- Pagi,petang dan malam selalu mengingati Allah (banyakkan berzikir)
- Qiamulail (solat sunat tahajjud,hajat dan sebagainya )
- Solat sunat dhuha (jadikan sebagai amalan harian)
- Berwuduk. (selalu perbaharui wuduk anda,maksudnya pastikan kita selalu dalam keadaan berwuduk)
- Membaca Al-quran (baca Al-Quran 30minit sehari,paling minimum!.seeloknya dilakukan selepas subuh, sebelum kita keluar melihat perkara lain)
Biar kita menangis di dunia kerana dikutuk,diejek,difitnah dan sebagainya. Janji di depan Allah nanti, kita senyum semasa bertemu dengan yang Maha Esa. Bila kita tidak sabar dan rasa rindu nak bertemu dengan Allah, Allah pun sama akan rindu dan tidak sabar nak bertemu dengan kita.
Itulah dia Kekasih teragung kita. Wallahualam.
p/s : jika nak jadikan amalan ini 1 tabiat, korang buat secara konsisten selama 21 hari yea. InsyaAllah.
"CAKAP BIAR TERASA"
mesti ada bnyak lg kan??
ReplyDeleteshare lg pasal productive muslim tu...rugi plak tak dpt join..
pesanan yg baik.
ReplyDeleteterima kasih =)
nice entry. bagi peringatan kat cik itkha. terima kasih :)
ReplyDeletecimot : ade la sket2..nie tgh share la,aku nk share mse event tkleh,sbb tkde gmbo pn tgkp mse tu..hehehe
ReplyDeletesha : sesame..=)bsamalah kita amalkan.
ReplyDeletebetul cakap nabiel kita selalu malu dengan manusia.. tapi dengan Allah tak tahu malu langsung.. Kalau dapat lakukan amalan2 nie mesti hati tenang. Indahnya..
ReplyDeleteterima kasih berkongsi kawan. :)
ReplyDelete