Wednesday, March 28

Ibu Bapa Jangan Buang Anak Anda.



Anak-anak memerlukan perhatian ibu bapa. Dan mereka memang suka diberi perhatian. Siapa lagi kalau bukan ibu bapa sendiri. Bukan nak salahkan ibu bapa, yes memang susah dalam mendidik anak zaman sekarang ini. Sebab mereka pengaruh rakan-rakan. Tapi lihatlah pada diri sendiri. Kenapa mereka boleh mencari hiburan diluar? mencari kawan-kawan lain.?

Jangan bila ditegur didik anak tidak betul, nak melenting.  Bila ditegur oleh orang lain, itu tandanya Allah nak ingatkan kita. Jadi kita kena lihat lah mana salah dan silap.  Memang saya tak tahu sebab tak kahwin lagi dan tidak ada anak pun, tapi realitinya saya melihat. Dan saya rasa.

Kebanyakkan budak yang nakal ni sebenarnya nakkan perhatian, dan jarang diberi perhatian. Sebab itu mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan perhatian ibu bapa. Tapi bila dia buat macam itu, dimarah, ditengking depan orang ramai.  Apa agaknya budak tu rasa?

Samalah macam kita yang dah dewasa. Katakan korang tengah makan, tiba-tiba cawan korang minum jatuh. Dan pelayan kedai tu marah korang, tauke kedai pun marah, suami /  isteri korang pun marah. Apa rasa? malu tak?  Rasa tersisih bukan?  Seperti itulah yang kanak-kanak rasa, bila ibu bapa yang dia sayang ni marah-marah dia, tengking dan adakala tu sampai tampar dia.

Besok bila korang dah tua, kaki dia tu nanti hinggap ke badan korang. Jangan terkejut.  Bukan tak boleh nak ajar, tapi tengok keadaan. Ikut cara yang sepatutnya. Hidupkan sunnah!!

Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah (suci). Kedua ibu bapanya lah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"

Bila Sunnah itu sendiri tidak dihidupkan dalam rumah, tiada perkara yang boleh mengingatkan kita sekeluarga kepada Allah dan Rasulullah. Maka bagaimana rumah itu nak temui kebahagiaan? Biarlah kita miskin dengan harta benda, janji ikatan sesama keluarga kita kuat.  Jangan kaya dengan harta benda, rumah besar tapi anak duduk dibilik masing-masing dan buat hal sendiri.

Tangan kita sebagai ibu bapa lah yang akan menjadikan anak itu sebagai khalifah di muka bumi ini atau hanya sebagai perosak di muka bumi ini.  Itu pilihan anda, jangan hanya mengharap pada ustaz, ustazah atau cikgu-cikgu disekolah dalam mendidik anak anda.  Jika tiada usaha sendiri dari ibu bapa, macam mana?

Sayang anak bukan membiarkan dia. Sayang anak bukan hanya melihat perbuatan dia. Sayang anak bukan tidak sanggup memukulnya bila tidak solat! Itu namanya memakan diri sendiri.  Sayang sangat. Pernah tengok kan cerita Anakku Sazali?  Itu contoh sayang yang tidak berpada, semua diberikan.

Anak ini adalah rezeki Allah beri pada kita, macam mana kita corakkan dia. Macam itulah kelakuan dia kelak.  Rasulullah dah pesan, jika nak selamat ikutlah Al-Quran dan Sunnah.  Bukannya suruh ikut semua Sunnah, ikut sikit-sikit dulu takpe.

Didik anak itu dengan baik, kalaupun anda tidak tahu nak didik. Boleh pergi menuntut ilmu.  Bawak anak tu sekali takpe.  Jangan sombong.  Tak tahu tapi tiada usaha untuk pergi belajar.  Susah sikit pun tak boleh.  Kerana anak-anak anda itulah bakal jadi pemimpin di negara ini dan bakal menjaga amanat Islam itu.  Menjadi khalifah di muka bumi ini. InsyaAllah.

Ingat! Hidupkan Sunnah! Wallahualam.

Sekian.

p/s : bersyukurlah dengan kurniaan Rezeki.

Nak menang voucher buku RM5300<KLIK SINI>

"CAKAP BIAR TERASA"

5 comments:

  1. bersyukur sgt parent sentiasa ada bila memerlukan mereka :)

    ReplyDelete
  2. Hari tu Ustaz Don ade wat ceramah kat meru.. :)

    ReplyDelete
  3. maslah buang anak sukar nak bendung...kena upkan lagi motivasi dan ceramah2...

    ReplyDelete
  4. zina dah satu doso. pastu bila buang anak dah tambah dosa lagi. haishh

    ReplyDelete
  5. kalau yang ada ank secara sah pulak. anak tu kena lah didik dan jaga dari kecik. jangan sampai nnt dah besar. bila depa dah naik kepala. baru nak salah kan. ibu bapa pencorak anak anak. :))

    peace. wa nk komen byk2..:)

    ReplyDelete

BeSt 4 me: