Thursday, March 8

Segmen Kenali Blogger GBS ( Tirah Zairi )


Amacam? Garang tak header group GBS nie?
Jadi, sejak join group dekat FB ini memang banyak perkara baru berlaku. Kawan-kawan pun bertambah. Baru jek group ini ditubuhkan, tapi rasa macam dah lama kenal dengan semua blogger dekat dalam tu. Sehari kalau notifications aku dekat FB tak naik sampai 20,memang tak sah. Kebanyakkan nya dari group ini. Jadi tanpa cerita panjang lebar, aku telah dipanggil oleh Tok Ketua group ini untuk segmen kenali blogger lain. (sebenarnya dah lama tinggal segmen-segmen macam nie tok).
Jadi blogger yang terpilih untuk 'berduet' dengan aku dalam segmen ini ialah Tirah Zairi a.k.a Si Pengemis. (bukan Pengemis So yea)


Of coz la the most beautiful kan? kalau ada pengemis macam nie, mesti ramai masuk meminang kot Tirah Zairi?

Jadi meh aku kabor sedikit sebanyak tentang blogger femes sorang ni.  Tak kenal? Mungkin dia boleh jadi femes dari korang yang dah lama berblogging. Who know's rite?
Nama diberi - Nur Athirah Zairi.
Umur - 23 tahun berasal dari Kelantan. (mek nie weh..)
Masih lagi menuntut. Final year sudah. (UITM Shah Alam).
Mula berblogging : Tahun 2010.
Nama blog diberi masa itu : BERCINTA (rasa masa ni dia tengah hangat-hangat bercinta kot)
Nama blog bertukar tahun 2011 : Nama Pengemis. Lihat di SINI , kenapa dia boleh tukar nama blog tu. Dia cakap antara kenangan pahit masa di sekolah dulu ialah kena marah dengan cikgu masa kem pengakap sampai menangis-nangis. (Ini mesti tak hafal kawat nie, takpun ikrar pengakap tu).  Kenangan manis sewaktu dia menang pertandingan nasyid, bersyair, dan berlakon.  Ada ciri-ciri artis bukan?

Ini adalah entry ke-2 beliau selepas mula berblogging. Yang 1st dah padam katanya. Sila lah singgah entry ini. Sweetnya..DIA LELAKI.

Antara entry-entry yang ditulis oleh Tirah dengan penuh perasaan dan rasa suka masa membuat entry tersebut. Segala fokus diberi pada entry-entry ini. Jom kita tengok entry dia :




Jangan malu dan segan untuk singgah ke blog Pengemis nie yea. Yes, memang pelik nama blog dia. Tapi itulah keistimewaan blogger. Setiap orang ade kelebihannya masing-masing. Kreativiti masing-masing.

Harapan Tirah untuk blognya ialah 

"Semoga tak bersawang. Dapat menarik ramai readers. Dan menjadi lebih baik"

Sekian Terima kasih. Harap Tirah berjaya dalam dunia berblogging ini yea. Good Luck!

p/s : cuci tangan.

6 comments:

BeSt 4 me: