Salam semua..
Hari ahad yang indah. Hari ahad la hari terbaik untuk korang spend time dengan family korang kan? Kalau hari sabtu tu kerja, kalau malam minggu mesti dengan member2. Jadi hari ahad ni la masanya untuk dengan family, especially yang dah ada anak nie. Bagi yang bujang-bujang nie selalunya keluar la, kalau tak pun duduk rumah hadap blog. Tengah-tengah bulan nie ramai la yang duduk rumah, fulus tak cukup. Lebih baik rehatkan diri tu, sebab besok bermula la hari STRESS sedunia. Hari ISNIN!..
* Bagi sesiapa yang tengok bola semalam, sape yang kalah tu terima jelah yea kritikan2 yang mendatang...
Dah tutup cerita pasal bola tu yea*
Sekarang kita sembang pasal madu atau macam mane nak
tambah madu.. ( Kidding ). Bab tambah-tambah ni korang kena tanye dengan Abang Jem.!
Orang selalu jugak pesan kalau suruh minum madu. Yelah tengok aku macam tak larat jek kan? Minum madu pun okey jugak. Rasullah pun amalkan minum madu.
"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Madu nie untuk pengetahuan korang dianggap sebagai ibu makanan, minuman dan ubatan. Hangpa nak tau dak khasiat-khasiat dalam madu ni? Meh sinie aku nak habaq mai sat :
- Mengembalikan / memulihkan kekuatan badan. Menambahkan tenaga.
- Membersih dan menambah darah.
- Mengurangkan darah tinggi.
- Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
- Menyembuh dengan segera cirit-birit.
- Menghindarkan badan dari letih dan lesu.
- Baik untuk perempuan bersalin
- Membantu / menerangkan pemandangan.
- Mengurangkan kesakitan bila haid.
- Meningkatkan kadar serapan kalsium.
Banyak kan? Ada lagi rasenye kelebihan-kelebihan madu nie. Sekarang kan dunia di hujung mata, so korang taip la apa saja berkenaan madu nie mesti macam-macam akan keluar. Cuba korang amalkan. Insyallah baik untuk korang.
Bila bercerita nak makan madu nie, mesti korang akan minta campur dengan air panas atau dalam makanan. Betul tak? Jarang la akan makan macam tu saje, mesti akan campur. Tapi bila yang dah berkhawin, lagi-lagi bila si suami mintak semua makanan dicampurkan dengan madu, si isteri mesti syak sumthing jek kan? Lagi-lagi kalau yang isteri pernah tengok cerita madu 3 lakonan P.Ramlee tuh. Ingat tak?
Ingat lagi kan? Semua makanannye diminta campur dengan madu. Last-last tambah sorang lagi kan? Actually takde kena mengena pun antara Madu dengan di Madukan nie. Jangan tiba-tiba si suami minta campur ngan madu, yang isterinya melenting tak tentu pasal. Suami tu makan madu untuk si isteri nye jugak. Ehem-ehem..
p/s : korang tau kan macam mane cara nak tau yang madu tu asli ke tidak?
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"