Saturday, December 31

TOP ENTRY SEPANJANG 2011!(Last Entry 2011)





Assalamualaikum semua.
Rase sekejap sangat setahun, rasa macam baru semalam aku buat blog ni. Rupenye sudah hampir 3 tahun aku berblogging. Punyalah lama, tak sangka bertahan selama tu. Memang tak sangka!!  Walaupun sudah hampir 3 tahun, still banyak perkara aku kena belajar, banyak lagi perkara aku kena improve tentang blog ni.  "Dah 3 tahun, tapi followers baru 1k jek?". Memang sikit, tapi sebenarnya aku tak berapa nak kejar sangat kumpul followers ni.  Masa mula-mula berblogging jek, tapi lama-kelamaan baru aku sedar followers ramai tak penting sebenarnya.  Yang penting pengisian di dalam blog tu. Dan cara nak menarik perhatian orang membaca blog itu lebih penting.

Tak semestinya followers ramai blog itu tak bagus, dan tak semestinya blog itu bagus followersnye ramai. Tapi sebenarnya silent reader blog itu ramai, kita taktau bukan?  Yang penting apa yang kita sampaikan itu ikhlas dan benar, serta menarik minat orang nak membaca.
Dari mula aku memang bukan jenis yang suka nak menaip or menulis. Tak percaya,tengoklah entry aku yang lama-lama.  Penulisan macam budak tak cukup umur jek, yela sebabnya masa tu tak tahu apa fungsi blog nie.  Apa nak ditulis.  Tapi tulah, tak kenal maka tak cinta bukan?  Sikit demi sedikit belajar.  Dari guna 'shot form' sekarang dah 'long form'!  Bila korang dah terbiasa menaip di blog dengan bahasa baku atau penuh penulisannya secara tak langsung bila dekat luar pun korang akan bercakap menggunakan bahasa yang betul.  Tak percaya?  Aku alaminya sendiri derr..

Yang penting kita kena faham, sebab apa kita berblogging nie, apa yang kita nak sampaikan sebenarnya. Ingat segala apa yang kita taip, kita sampaikan samada benar atau tidak, samada ia menyesatkan ataupun tidak, samada ia sebenarnya perkara yang mengundang dosa atau pun tidak!!..semua ini nanti akan disoalkan di hari kita dihisab nanti. Jadi pandai-pandai lah korang bawak diri.  Jangan sampai perkara yang tak sepatutnya ditayangkan,korang tayangkan.

Rasanya tahun 2011 nie aku tidak banyak buat entry seperti tahun sebelum ni, ada penurunan.  Tahun 2011 ni banyak menduga aku sebenarnya.  Banyak sangat.  Permulaan tahun saja dah macam-macam jadi, tapi sekarang alhamdulillah. Aku sudah belajar banyak perkara, dan ini menjadikan aku lebih matang dan berhati-hati dalam hidup nie.  Yang penting kita kena selalu muhasabah diri.

Korang nak tengok entry paling top view aku pada tahun ni? Jom tengok!!


Entry mengenai VIDEO KUCING DIBUNUH!

Ingat tak berita ni pernah masuk dalam berita.  Dan orang tuh dah pun minta maaf.  Aku pun tak tau macam mana entry nie boleh jadi banyak views macam nie sejak akhir-akhir nie.  Takdelah banyak pun kan, 400 lebih jek.  Rasanya blogger lain lagi banyak kot entry view sampai beriban-riban.

Jadi itulah entry aku yang paling banyak view.  Alhamdulillah boleh cecah sampai begitu sekali secara tiba-tiba. Ok, rasanya cukuplah setakat ini entry yang last untuk 2011.  Besok kita akan bertemu di entry yang baru dan di tahun yang baru 2012.  Aku harap semoga tahun ini akan mengubah aku menjadi yang lebih baik,berjaya, dan tabah mengharungi segalanya.  Insyallah kalau diizinkan Allah, mungkin zaman bujang akan berakhir tahun ini. Mungkin ok, aku belum kata confirm lagi..haha

Akhir kata, terus kan berblogging dan semoga korang diluar sana berjaya dan terus membaca dan support blog HEBAT ini yea!  Kita kena selalu katakan blog kita HEBAT, sebab apa yang kita cakap itukan doa?  Jangan sesekali mengatakan blog korang adalah SAMPAH! nanti kalau dimakbulkan? korang pun taknak kan.  Jadi cakap yang baik-baik. Setiap blogger dan blognya yang aku jumpai selama ini memang ada keistimewaan masing-masing dan identitinya.

Semoga semua panjang umor dan kita akan bertemu kembali di tahun hadapan. Insyallah. Bye!  Good Luck for u all.  Tingkatkan ilmu berblogging, jangan malu dan segan untuk menimba ilmu.

p/s: amacam? nice tak entry aku?
 
p/s lagi : jom kita beramai-ramai join Ustaz Azhar malam ini dengan kempen anti-zinanya!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

10 Lubang Terbesar di Dunia!

(1) Diamond Mine, Siberia

(2) Turkmenistan


(3) Great Blue Hole - Belize


(4) Bingham Canyon Mine -Utah

(5) Kimberley Big Hole - South Africa

(6) California

(7) Canada


(8) Guatemala Sinkhole

(9) Copper Mine, Chile

(10) Russia

Have a nice day!


p/s: tahun baru 2012 bakal menjelma..azam?macam mane?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, December 29

WAYANG : MISSION IMPOSSIBLE 4 di IMAX!

Mission Impossible Ghost Protocol.

Filem yang memang aku minat dari mula MI keluar lagi.  Hero yang sama iaitu Tom Cruise! Aku rasa kalau tukar hero lain, mesti cerita MI nie akan hilang 'kick' nya.  Sebab Tom Cruise nie memang ada stail dia tersendiri. Antara pelakon-pelakon lain yang membintangi cerita ini ialah Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton dan ramai lagi.

Filem kali ini, Ethan Hunt (Tom Cruise) dan kumpulannya terpaksa menghadapi pengganas paling merbahaya iaitu Hendricks, yang ingin melancarkan nuklear ke atas US. Bermacam-macam cara digunakan mereka untuk menghentikan niat Hendricks nie. Sehingga lah Presiden terpaksa tunduk pada Ghost Protocol dan IMF jugak tidak akan memberi bantuan kepada mereka dari apa jua sumber. Ini bermakna Ethan dan kumpulannya terpaksa menggunakan apa jua sumber yang ada untuk menghalang niat jahat mereka.  Dapatkah mereka menghalang Hendricks dari menghalang niat jahatnya itu? Korang mesti kena pegi tengok!

Jom tengok trailer cerita ni :



Cerita ini memang best lah kalau tengok! Penuh dengan aksi yang mendebarkan, sampai ada yang melatah la tengok. Paling mendebarkan scene yang dimana Tom Cruise kena panjat Dubai Burj Tower! Memang terbaik. Rugi lah kalau korang tak pi tengok cerita ni.

Then lagi best kalau korang tengok dekat IMAX. Mesti ramai yang dah tau kan, dekat Malaysia dah ade IMAX Cinema ni.  Tau tak kenapa namenye IMAX? Sebab skrinnya tersangat-sangat la besau! lebih besau dari cinema yang biasa.  Kalau korang tengok cerita mesti mata tuh terbeliak jek tengok. Leka lah kejap.  Sebab besau sangat!.  Setakat ni yang aku tau IMAX ada dekat Sunway Pyramid. Korang kena pergi ke TGV, beli tiket untuk IMAX disana.  Harga tiket untuk seat biasa RM22.00, premium RM24.00 dan couple seat RM50.00.

Seat memang banyak dan selesa. Aku nasihatkan korang kalau nak amik seat, amik yang biasa jek. Sebab yang biasa dan premiun takde bezanya pun.  Sama jek view, aku pun tak tahu apa perbezaannya.  Better beli yang biasa, then korang pilih dekat tengah-tengah. Memang puas tengok!!


Nampak dalam gambar macam kecik jek kan? Tapi korang sendiri pergi rasa.  Memang best mata korang tengok. Tak sedar apa, tau-tau cerita dah habis.  Kalau korang nak tengok cerita dekat skrin besau macam ni, better tengok cerita yang aksi-aksi, fantasi atau 3D ker.  Memang boleh layan.

Amacam, taknak pergi try ke?

p/s : sound system nye pada mula-mula akan mengejutkan korang.sebab kuat!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, December 26

Blouse Eksklusif For Sale!!

Salam. Kali ini stok blouse pula untuk dijual.  Jom kita tengok blouse nya :








Ini saja ke? Bukan ADA LAGI banyak di page SUKA-SHOP.  Korang singgah lah sana tengok.  Banyak lagi design-design yang lain. Jom-jom cepat selagi stok masih ada.  Lagi banyak beli, lagi MURAH!.  Untuk sesiapa pun sesuai. Apa lagi tunggu?

JOM SINGGAH SUKA-SHOP!! Harga boleh dirunding lagi. Segala detail ada di pagenya yea.

p/s : cantik bukan baju nie?hehehe

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Seminar Kuasai Potensi Diri (SKPD). Anda Bila Lagi?

Assalamualaikum semua.


Kenal dengan sapa brader di atas nie? Korang mesti pernah tengok lah dekat television, paper dan pelbagai majalah lagi bukan?.  Pernah korang terlintas di fikiran nak join seminar yang dia buat, mesti ada kan.?  Apa yang boleh aku cakap, jangan percaya sangat pada apa yang aku nak cakap sebab korang kena pergi sendiri dan rasa. (mesti macam pelik nape aku cakap gini kan? sebab kalau korang tak rasa sendiri, korang takkan tau dan takkan belajar sampai bila-bila).

Sebelum nie aku rasa just tengok-tengok je dekat paper.  Apelah yang brader nie duk letak jari dekat kepala kan, memang tak sangka yang 1 hari akan tergerak jugak hati aku nak pegi seminar dia.  Makin lama tengok makin ramai yang berjaya bila dah join seminar dia nie. Maksud aku full seminar la, dari mula ikut sampai habis.  Sape taknak berjaya dan kaya kan dalam hidup nie?  Bukan bermaksud ko cari harta dunia sampai naik lupa, bukan.  Tujuan korang cari harta dunia, untuk tolong orang-orang yang miskin, jalankan kewajipan tu.  Sebab harta tu kita memang tak boleh bawa ke sana besok, tapi kita boleh tinggalkan.  Faham tak?

Jom, tengok sapa yang dah berjaya :



Ini adalah antara orang-orang yang dah berjaya.  Ramai lagi sebenarnya. Memang ramai yang nak berjaya sebenarnya tapi taknak buat bersungguh-sungguh untuk berjaya.  Taknak mulakan langkah pun. Selalu berfikir jek bukan? (aku pun macam tuh jugak.) Fikir sampai ke sudah..

Jadi langkah yang pertama aku ambil ialah pergi ke Seminar nie.  Saja nak tengok 'kick' nye macam mana kan. Jadi aku pun pergi lah ber'dua'.  Masing-masing dah lemau bekerja makan gaji jek kan. Jadi masih belum terlambat untuk melakukan yang luar biasa.  Sampai jek dekat sana, pendaftaran pukul 8.30pagi, tapi tengok dekat pintu utama dewan orang dah berebut nak masuk. Kitorang baru nak mendaftar.  Selesai jek daftar, kitorang diberi tag dan masuk ke dewan.  Bila penuh dewan tuh, aku tak terkira lah berapa ramai yang datang. Memang ramai!!

Seminar nie bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30. Bila korang berada di dalam dewan tuh, memang tak rasa lah waktu tuh berlalu.  Tau-tau dah nak habis.  Nampak sangat keseronokan nya kan?  Bukan apa, sebab ilmu-ilmu macam nie tak diajar di sekolah-sekolah.  Jangan malu dan jangan segan untuk mencari ilmu.  Sebab dengan ilmu jugak kita boleh berjaya. Diikuti dengan tindakan kita.  Kalau korang still macam tak endah jek apa yang aku cakap, macam tak percaya kan.  Terpulang.  Yang nak mengubah hidup kita, bukan orang lain. Tapi kita sendiri.


Inilah dia Seminar Kuasai Potensi Diri.  Rahsia Kaya dan Kejayaan. Dalam seminar ini Doktor Azizan ade bagi tips-tips macam mana kita nak berjaya dan tahu kebolehan kita sendiri. Dan macam mana nak mulakan langkah.  Memang banyak memotivasikan.  Insyallah lepas nie aku akan ikuti seminar yang IMKK pulak. (3 hari). Dari IMKK nie pulak lah terhasilnya orang yang berjaya. Kiranya macam nie, basicnya ialah dari SKPD nie, dan seterusnya IMKK.  Kalau korang nak tau lagi seminar-seminar lain yang dibuat oleh Doktor Azizan. Boleh la ke website nie :


Hanya anda yang boleh merubah hidup anda. Dan bukan orang lain. Sampai bila korang nak hidup biasa-biasa jek? hutang makin banyak, barang makin naik.  Taknak ke hidup yang luarbiasa? atau lebih selesa lagi? Semua orang nak bukan?  tapi kena ada tindakan.  Dan kalau korang nak tau step-step tuh, mesti pergi sendiri rasa Seminar nie!

Semoga ilmu yang korang dapat tuh boleh dimanfaatkan pada agama dan bangsa kita sendiri.  Serius korang takkan rasa menyesal.  Bukan korang masuk-masuk terus kaya dan berjaya, tapi dari sini kita boleh belajar macam mana nak kaya dan berjaya.

Semoga korang tergerak hati untuk pergi yea.

p/s : korang jangan jeles, ktorang semua dapat jumpa geng BOBOI tadi. Cuba korang tanya Afdlin Shauki tuh dari mana dia dapat nama BOBOI?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, December 24

Jom Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam!





Tahun 2012 bakal menjelma, macam biasa mesti ada sambutan di tempat-tempat yang 'femes' untuk remaja-remaja, orang-orang tua dan kanak-kanak melihat kemeriahannya. Bermacam-macam rupa bunga api yang diletup-letupkan. Meriah!

Memang menjadi kesukaan semua orang pergi menyambut tahun baru ni, lebih-lebih lagi para remaja sebab dapat 'cuci mata', dapat tambah dosa.  Seronok bukan? " Alaa, macam la kau dulu tak pernah pegi sambut! "..  Memang aku pernah pun pergi sambut, masa tuh hati buta.  Tak sedar lagi kesalahan yang dilakukan.  Alhamdulillah sekarang nak berubah sikit demi sedikit.  Lebih baik ade perubahan ke arah kebaikan dari kau terus melakukan kesalahan yang sama sepanjang hidup kau. Memang tak berbaloi!

Di sebabkan pengalaman yang lepas lah banyak mengajar.  Bukan tak boleh kita nak tengok bunga api tuh, tak salah pergi tengok.  Tapi cara yang kita sambut tuh tak kena.  Melampau-lampau sampai bangsa lain tengok akan tertanya-tanya.. " Islam ke dia nie?? ".  Kalau bangsa lain tanya macam tu, korang mesti marah kan?  tapi lihat pada diri sendiri tu.

Cukup la setakat tu, taknak nak berleter panjang-panjang.  Next time aku akan cerita lebih panjang lagi apa yang menyebabkan sambutan kita tu salah.

Nie aku nak mengajak korang-korang semua nie.  Dari pergi ke tempat-tempat macam tuh dan dengar muzik-muzik yang melalaikan.  Better kita pergi sambut di majlis ilmu. 31 Disember ini sambutan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.




Inilah majlisnye. Starring Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Syed Norhisham, Imam muda Ashraff, Sham Kamikaze dan Zizan Raja Lawak.  Tapi yang menarik sesi soal-jawab antara Ustaz Azhar dan Zizan.  Tak sabar rasa nak tengok.  Jangan risau dekat sini pun korang boleh tengok bunga api, tapi bunga api tuh dari tempat lain lah.

Amacam?  Mana lebih baik?  Korang dah besar dan bijak. Jom kita meramaikan lagi sambutan countdown nie yea.  Semoga dapat jumpa korang disana!!

p/s : korang suka ke pergi tempat yang bersesak-sesak orang dengan bau arak, rokok, pastu dengan budak-budak yang tak tentu arah?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Friday, December 23

Masih Ingatkah Lagi Dengan Kaum Nabi Luth?

Tahun 2011 semakin hampir ke penghujungnya, dan tak lama lagi akan tiba tahun 2012. Tahun baru untuk ditempuh. Banyak perkara baru akan berlaku.

Dan dengan perkara yang banyak berlaku sekarang ni, aku rase dunia dah makin tua. Sudah semakin tiba masanya. Manusia semakin jauh dan lalai, makin cintakan dunia.  Kadang-kadang aku pun tak dapat nak lari jugak dari kelalaian nie.  Kita hanya manusia biasa, hidup di akhir zaman ni kalau tak kuat iman memang akan hanyut.  Apa yang penting hati kita dan berdoa agar dikuatkan iman setiap hari. Selalu perbanyakkan muhasabah diri. Insyallah.

Sekarang semua sibuk mengejar hal dunia.  Duit di depan, islam di belakang. Sampai sanggup mengadaikan apa saja hanya untuk sekeping kertas yang hanya sementara. Bila dah dikoyakkan langsung tak boleh nak digunakan lagi.

Jadi pada entry aku kali ini, nak sampaikan sedikit tentang Kisah Kaum Nabi Luth.  Mungkin ramai yang dah tahu, tapi aku sekadar untuk mengingatkan kembali kepada kita kisah ni.  Sebab sekarang dah ada kaum yang seperti kaum Nabi Luth.  Inilah tanda-tanda kiamat kecil. Nauzubillah!





Nabi Luth ni diutuskan oleh Allah kepada Rakyat Sadum.

Kaum Sadum nie memang rendah akhlaknya, tidak mempunyai pegangan agama dan tidak beradab. Mereka suka melakukan kemaksiatan dan kemungkaran dalam kehidupan. Pencurian dan rampasan harta berlaku hampir setiap hari dan dimana yang berkuasa akan menindas yang lemah. Kemungkaran yang paling mereka gemar lakukan ialah homoseks ( lelaki dan lelaki, wanita dan wanita ), sehinggakan ia menjadi budaya mereka.

Sampaikan jika ada pendatang yang datang ke tempat mereka, akan dirampas barang yang dibawa dan jika yang datang itu lelaki maka dia akan jadi mangsa pada lelaki lain. Dan jika dia adalah wanita maka dia akan jadi mangsa pada wanita lain.

Sehinggalah pada suatu ketika, Allah utuskan Nabi Luth ke tempat kaum Sadum ini.  Nabi Luth mengajak mereka melakukan perkara kebaikan, ajaran agama islam, beriman dan beribadah kepada Allah.  Menyuruh mereka meninggalkan kemaksiatan yang berleluasa. Hari demi hari Nabi Luth menyuruh mereka melakukan kebaikan. Menghormati hak masing-masing. Menyuruh mereka supaya meninggalkan perkara yang sudah biasa mereka lakukan.

Tapi apakan daya Nabi Luth, kaum-kaum Sadum itu sudah pekak telinga bagi ajaran-ajaran Nabi Luth sedang hati mereka sudah tersumbat rapat dengan ajaran-ajaran syaitan dan iblis.  Sehinggakan mereka menyuruh Nabi Luth memberhentikan dakwahnya dan mereka akan mengusir Nabi Luth dari lembah itu. Segala usaha Nabi Luth sia-sia sahaja, kerana mereka tiada lagi harapan untuk diangkat dari lembah kesesatan dan kemungkaran.

Akhirnya Nabi Luth membuat keputusan untuk melenyapkan mereka dari muka bumi ini agar tidaklah menular akhlak yang rosak ini ke tempat-tempat lain. Maka Nabi Luth pun berdoa pada Allah agar masyarakat ini diberi pengajaran iaitu azab di dunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak. Permohonan Nabi Luth dan doanya diperkenankan dan dikabulkan oleh Allah. Dikirimkanlah kepadanya tiga orang malaikat yang menyamar sebagai manusia biasa. Mereka adalah malaikat yang bertemu Nabi Ibrahim dengan membawa berita gembira atas kelahiran Nabi Ishaq, dan memberitahukan kepada mereka bahwa mereka adalah utusan Allah dengan tugas menurunkan azab kepada kaum Luth, penduduk kota Sadum. Dalam pertemuan tersebut Nabi Ibrahim memohon agar penurunan azab kepada kaum Sadum ditunda, kalau-kalau mereka kembali sadar, kemudian mendengarkan dan mengikuti ajakan Luth serta bertobat dari segala maksiat dan perbuatan mungkar. Juga dalam pertemuan itu Nabi Ibrahim mohon agar anak saudaranya, Luth diselamatkan dari azab yang akan diturunkan kepada kaum Sadum, permintaan itu oleh para malaikat tersebut diterima dan dijamin bahwa Luth dan keluarganya tidak akan terkena azab.

Para malaikat tersebut sampai di Sadum dengan menyamar sebagai lelaki muda yang berparas tampan dan badan yang berotot, serta tegap tubuhnya. Nabi Luth memutuskan untuk menerima lelaki-lelaki muda itu sebagai tamu di rumahnya. Nabi Luth berpesan pada isteri dan anak-anaknya agar tidak diberitahu kepada orang lain tentang tamunya itu, takut akan menjadi mangsa kepada kaumnya. Namun, isteri Nabi Luth membocorkan berita kedatangan tamu Luth kepada mereka.

Maka datanglah beramai-ramai lelak-lelaki Sodom, yang buta seks ini, ke rumah Nabi Luth, berkeinginan untuk memuaskan nafsu seksual mereka, setelah lama tidak mendapat anak muda. Berteriaklah mereka memanggil Nabi Luth untuk melepaskan anak-anak muda itu, agar diberikan kepada mereka untuk memuaskan nafsu.

Malaikat-malaikat itu menyuruh Nabi Luth membuka pintu rumahnya seluas mungkin agar dapat memberi kesempatan bagi orang-orang yang haus seks dengan lelaki itu masuk. Mereka pun menyerbu masuk. Namun malangnya ketika pintu dibuka dan para penyerbu menginjakkan kaki mereka untuk masuk, tiba-tiba gelaplah pandangan mereka dan tidak dapat melihat sesuatu pun. Malaikat-malaikat tadi telah membutakan mata mereka. Lalu, diusap-usap dan digosok-gosok mata mereka, ternyata mereka sudah menjadi buta.

Para malaikat tersebut berseru kepada Nabi Luth agar meninggalkan segera perkampungan tersebut bersama keluarga dan pengikutnya, karena telah tiba waktunya azab Allah ditimpakan. Para malaikat berpesan kepada Nabi Luth dan keluarganya agar dalam perjalanan ke luar kota jangan ada seorang pun dari mereka menoleh ke belakang. . Akan tetapi si isteri yang menjadi musuh dalam selimut bagi Nabi Luth tidak mahu meninggalkan kaumnya. Ia berada di belakang rombongan Nabi Luth berjalan perlahan-lahan tidak secepat langkah suaminya dan tidak henti-hentinya menoleh ke belakang kerana ingin mengetahui apa yang akan menimpa atas kaumnya, seakan-akan meragukan kebenaran ancaman para malaikat yang telah didengarnya sendiri

Sewaktu fajar menyingsing, bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri Nabi Luth yang munafik itu. Getaran tersebut kemudian diikuti gempa bumi yang dahsyat disertai angin yang kencang dan hujan batu yang menghancurkan kota Sadum berserta semua penghuninya. Bertebaran mayat-mayat yang dilaknat oleh Allah SWT di kota Sadum, dan hancurlah kota tersebut.

Demikianlah kebesaran Allah yang nak ditunjukkan dan sebagai ingatan pada kita sehingga ke hari ini. Beringatlah sebelum terlambat.  Allah turunkan azab bukan untuk yang melakukan saja, tapi pada semua akan kena.  Semoga kisah kaum Sadum ini akan menjadi PERINGATAN kepada mereka yang mengamalkan homoseks diluar sana tu.  Azab Allah akan tiba.  Kenikmatan dunia ni sementara jek, sekali Allah tarik nikmat semuanya.  Masa tu nak menyesal pun dah tak sempat.

Sekian. Terima kasih.

p/s : aku harap pemimpin-pemimpin kita dapat buka mata dan ambil tindakan. sebab di akhirat kelak, pemimpin yang akan disoal dahulu sebelum kita.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, December 19

Perkara Yang Agak Menjengkelkan Kalau Di Buat Depan Mata!

Jom tengok. Hari nie entry tak berapa nak ada mukadimah sangat yea.

Agak-agak perkara nie mesti korang tak suka nak tengok atau buat atau korang sendiri yang buat?

MENGUAP
- Kalau kucing yang buat takpe kan, nampak comel walau macam mane rupa pun.  Tapi kalau manusia yang menguap seluas mulut kucing nie tanpa tutup mulut tu,memang agak tak sopan ok.  Serius, kalau menguap tu cuba lah korang tutup mulut, bukan semua orang boleh terima. Muka hensem / cantik, tapi bila time nguap tak tutup mulut memang semua tuh takde nilai dah.

BERSIN.
- Ah, ini 1 lagi perangai yang takde kesopanan sungguh! Bersin tanpa tutup mulut. Uhh, rase nak sepak jek.  Takde, kalau korang tu bersin menghadap la ke bawah walaupun taknak tutup mulut kan. Ini tidak, selagi boleh nak sebarkan virus tu ke orang ramai dengan bersin menghadap muka orang!  Ade yang sampai siap bersepah 'cendol' tuh. Adeh, memang spoil la kalau mase tu tengah makan aiskrim!

GIGIT KUKU
- Ini 1 lagi habit, gigi kuku. Serius mengelikan, lebih-lebih lagi kalau kuku yang di gigit tu panjang. Adehh, tau tak kuman paling banyak ada pada jari kita?  Kalau just habit kopek kuku tu, takpe lah sebab kuman tu takde lah masuk ke perut. Tapi sampai mengigit nie yang jangkit dengan kuman.  Buatlah dekat rumah kalau yea pun, janganlah tunjuk depan orang ramai. Tak manis cik kak.

KOREK HIDUNG
- Aha! Ini adalah habit feberet orang ramai aku selalu tengok. Mengorek bijih timah. Yes, tersangat la tak sanggup nak tengok.  Kadang-kadang tu ada yang sampai tengok sendiri hasil korekan dorang tu. Adehh, buat dalam train macam orang sekeliling takde. Bila dah 'syok' tuh memang tak pandang kiri kanan dah, segala tenaga digunakan di situ.

MELUDAH
- Uh, meludah nie agak bahaya jugak. Kadang-kadang ada setengah orang tu dia ludah dari kereta,lori dan sebagainya lah.  Tanpa lihat orang yang lalu-lalang. Aku rasa mesti yang pernah kena kes macam nie, bila orang tuh meludah then kena kita. Serius rase nak sepak jek muka orang yang buat macam ni. Tak boleh fikir ke?  Dulu aku penah kena mase duduk hostel, tuala sidai dekat luar. Baru basuh, then bila dah kering nak amik, tengok-tengok ade kesan 'cendol'. Memang menyirap habis lah rasenye. Terpakse cuci balik.  Jaga sikit mulut yang Allah bagi tu yea.

Sekian. Tahun 2011 makin ke penghujungnya, korang macam mana? dah buat persediaan untuk tahun depan?  Kalau ada kawan-kawan korang yang buat perangai macam ni tolong lah nasihatkan yea. Takut nanti jadi ikutan anak-anak kecik pulak.

p/s : korang ada nak tambah pape lagi?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, December 12

T-shirt Muslimah dan Skirt Labuh For Sale!!

Salam isnin semua. Sungguh seronok bagi penduduk di Selangor, sebab semua bercuti!! Dan semua turun ke KL dan menyebabkan kesesakan.  Biasa lah cuti-cuti nak pegi mane lagi kan? Bershopping lah masing-masing.

Jadi bagi korang yang maleh nak menghadap kesesakan di Kuala Lumpur tu, boleh buat online shopping jek kan? Lagi senang dan mudah, korang boleh taip je jenis barang yang korang nak.  Dan macam-macam akan keluar.  Senang bukan? Korang boleh shopping sambil menikmati aiskrim di hadapan laptop. Takde nak bersesak-sesak. Cuma perbezaannya kalau shopping online dengan shopping di KL korang dapat pegang barang tu kan. Dapat lihat sendiri depan mata sebelum beli.

Tapi di online sekarang pun kualitinya sama je dengan yang berada diluar.  Bagi korang yang takde masa dan tak suka kesesakan tu boleh shopping online yea.

Cukuplah mukadimah aku tu, dan sekarang ada sesiapa berminat nak beli pakaian ini?  Jom tengok pakaian apa yang nak dijual nie yea :





- SKIRT LABUH -

Dan T-shirt Muslimah :







Bukan ini saja yea, ada banyak jenis dan rekaan yang berlainan.  Selain T-shirt Muslimah dan Skirt Labuh ni ada lagi aku jual T-shirt Branded untuk lelaki, Baju Kanak-kanak dan Jubah.

Jom. Kalau korang nak tahu detail dan pakaian yang lebih banyak lagi boleh la ke page ini SUKA-SHOP.  Nanti aku akan updatekan lebih banyak lagi pakaian yea. 

Belilah tanpa was-was..Cewah! 

p/s : Jangan lupa singgah yea.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, December 11

NIKON D3100 GADGET IMPIAN SEPANJANG ZAMAN!

Salam semua!!

Aku kembali dengan entry untuk contest yang terbaik tahun ini! Alhamdulillah, blog aku terpilih untuk membuat tugasan ini sekali lagi bersama-sama dengan 103 blogger yang lain.  Dari 114 blogger yang telah mencuba, dan ini adalah yang terpilih. 103 blogger yang hebat-hebat dan memang gadget dorang pun semua mantap-mantap. 

Jadi sebelum terlambat, aku inginkan lakukan tugasan seterusnya.  Iaitu menceritakan apa yang sepesel sangat pasai gadget yang kitorang impikan itu.

Dan seperti yang korang tau dari entry sebelum ini, gadget impian aku ialah NIKON D3100 yang berwarna merah!  Merah yang sama dengan laptop aku miliki sekarang ini.  Selain itu, aku memang dah lama teringin untuk mempunyai DSLR sendiri. (memang dah minat snap2 gambo..tapi takde kesempatan).


Fuhhh..setiap kali aku memandang kamera ni rasa macam terhenti mata nak berkelip-kelip.  Tenung jek dekat lensa kamera tu.  Dengan berangan bahawa aku akan dapat memegang dan memilikinya 1 hari nanti.  Mana tau kan?  Meh aku cerita dekat hangpa biodata pasai kamera nie naa :

Jenis : Single-lens reflex digital camera
Image Size : 4,608 x 3,072 [L], 3,456 x 2,3404 [M], 2,304 x 1,536 [S]
Shooting mode : 1) Single frame shooting mode, 2) Continuous shooting mode: approx. 3fps, 3)  
                                 Self-timer mode, 4) Quiet Shutter Release 
LCD monitor : 3.0", 230,000-dot, low-temperature polysilicon TFT LCD
Autofocus
TTL phase detection by Nikon Multi-CAM 1000 autofocus module with AF-assist (range approx. 0.5-3m); 11 focus point; Detection range: -1 to +19 EV (ISO 100 at 20°C/68°F)
Rasenye cukuplah setakat itu aku kenalkan biodata kamera ni.  Nanti panjang berjelar-jelar,  korang dengan aku sekali duk garu-garu kepala nanti sebab tak paham.  Yang penting pada nama tu DSLR, dan korang dah faham macam mana kamera itu berfungsi dan hasil gambarnye bukan?



 Dan ada jugak aku terjumpa blogger yang mempunyai impian gadget sama warna dengan aku.  Korang terjah sinie yea Myra MJ.

Apa lagi kengkawan bloggerku, korang rajin-rajin la yea komen entry ni, retweet2 kan seberapa banyak yang boleh.  Sebab itu semua adalah markah yang diambil untuk aku lebih dekat lagi dapat mencapai impian ini.  Cewahh.

Last, aku nak ucapkan semoga berjaya pada semua blogger yang melibatkan diri dalam contest yang terbaik untuk tahun ini.  Semoga semua dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh yea.

Good luck!!..Walaaahhhhhh~

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.
Terima kasih pada dorang sebab memberi peluang pada blogger-blogger untuk mencapai impian gadget dorang!
p/s : rajin-rajin klik dekat button like,retweet dan google +1 tu yea kengkawan.

 p/s lagi : lupa plak gwa nak letak gambaq nie..baru lah semangat sikit nak dapatkan kamera nie..walawey..



 
Pasni aku buat posing macam nie pulak yea? Dan cakap " Di setiap gambar...ada lagu "

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"