Assalamualaikum semua.
Kenal dengan sapa brader di atas nie? Korang mesti pernah tengok lah dekat television, paper dan pelbagai majalah lagi bukan?. Pernah korang terlintas di fikiran nak join seminar yang dia buat, mesti ada kan.? Apa yang boleh aku cakap, jangan percaya sangat pada apa yang aku nak cakap sebab korang kena pergi sendiri dan rasa. (mesti macam pelik nape aku cakap gini kan? sebab kalau korang tak rasa sendiri, korang takkan tau dan takkan belajar sampai bila-bila).
Sebelum nie aku rasa just tengok-tengok je dekat paper. Apelah yang brader nie duk letak jari dekat kepala kan, memang tak sangka yang 1 hari akan tergerak jugak hati aku nak pegi seminar dia. Makin lama tengok makin ramai yang berjaya bila dah join seminar dia nie. Maksud aku full seminar la, dari mula ikut sampai habis. Sape taknak berjaya dan kaya kan dalam hidup nie? Bukan bermaksud ko cari harta dunia sampai naik lupa, bukan. Tujuan korang cari harta dunia, untuk tolong orang-orang yang miskin, jalankan kewajipan tu. Sebab harta tu kita memang tak boleh bawa ke sana besok, tapi kita boleh tinggalkan. Faham tak?
Jom, tengok sapa yang dah berjaya :
Ini adalah antara orang-orang yang dah berjaya. Ramai lagi sebenarnya. Memang ramai yang nak berjaya sebenarnya tapi taknak buat bersungguh-sungguh untuk berjaya. Taknak mulakan langkah pun. Selalu berfikir jek bukan? (aku pun macam tuh jugak.) Fikir sampai ke sudah..
Jadi langkah yang pertama aku ambil ialah pergi ke Seminar nie. Saja nak tengok 'kick' nye macam mana kan. Jadi aku pun pergi lah ber'dua'. Masing-masing dah lemau bekerja makan gaji jek kan. Jadi masih belum terlambat untuk melakukan yang luar biasa. Sampai jek dekat sana, pendaftaran pukul 8.30pagi, tapi tengok dekat pintu utama dewan orang dah berebut nak masuk. Kitorang baru nak mendaftar. Selesai jek daftar, kitorang diberi tag dan masuk ke dewan. Bila penuh dewan tuh, aku tak terkira lah berapa ramai yang datang. Memang ramai!!
Seminar nie bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30. Bila korang berada di dalam dewan tuh, memang tak rasa lah waktu tuh berlalu. Tau-tau dah nak habis. Nampak sangat keseronokan nya kan? Bukan apa, sebab ilmu-ilmu macam nie tak diajar di sekolah-sekolah. Jangan malu dan jangan segan untuk mencari ilmu. Sebab dengan ilmu jugak kita boleh berjaya. Diikuti dengan tindakan kita. Kalau korang still macam tak endah jek apa yang aku cakap, macam tak percaya kan. Terpulang. Yang nak mengubah hidup kita, bukan orang lain. Tapi kita sendiri.
Inilah dia Seminar Kuasai Potensi Diri. Rahsia Kaya dan Kejayaan. Dalam seminar ini Doktor Azizan ade bagi tips-tips macam mana kita nak berjaya dan tahu kebolehan kita sendiri. Dan macam mana nak mulakan langkah. Memang banyak memotivasikan. Insyallah lepas nie aku akan ikuti seminar yang IMKK pulak. (3 hari). Dari IMKK nie pulak lah terhasilnya orang yang berjaya. Kiranya macam nie, basicnya ialah dari SKPD nie, dan seterusnya IMKK. Kalau korang nak tau lagi seminar-seminar lain yang dibuat oleh Doktor Azizan. Boleh la ke website nie :
Hanya anda yang boleh merubah hidup anda. Dan bukan orang lain. Sampai bila korang nak hidup biasa-biasa jek? hutang makin banyak, barang makin naik. Taknak ke hidup yang luarbiasa? atau lebih selesa lagi? Semua orang nak bukan? tapi kena ada tindakan. Dan kalau korang nak tau step-step tuh, mesti pergi sendiri rasa Seminar nie!
Semoga ilmu yang korang dapat tuh boleh dimanfaatkan pada agama dan bangsa kita sendiri. Serius korang takkan rasa menyesal. Bukan korang masuk-masuk terus kaya dan berjaya, tapi dari sini kita boleh belajar macam mana nak kaya dan berjaya.
Semoga korang tergerak hati untuk pergi yea.
p/s : korang jangan jeles, ktorang semua dapat jumpa geng BOBOI tadi. Cuba korang tanya Afdlin Shauki tuh dari mana dia dapat nama BOBOI?
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
No comments:
Post a Comment
BeSt 4 me: