Wednesday, November 30

HP SAUCE & TOBASCO SAUCE TIDAK HALAL?

Sedap jugak sos ni, sedap jugak sos tu. Makan dengan sos memang penuh kenikmatan yea?

Kadang-kadang tu kalau takde sos, memang takde selera la nak makan dan macam-macam lagi alasan. Dan bila dah dapat sos tu memang dah tak pandang kiri kanan, jenis sos apa yang kita makan pun kita taktau kan? Janji sedap, perut kenyang. Dah selesai.

Korang tau kan apa kesan kalau kita makan makanan yang mempunyai kandungan yang bukan-bukan? Dan besar kemungkinan akan memberi impak pada hati dan tingkah laku kita.  Dan jugak pada keturunan kita.  Perkara yang sama jugak, kalau kau dah tau benda tu haram di makan or minum tapi kau redah jugak, cuba tengok ape akibatnye?  Begitu jugak dengan sebaliknya.

Tapi tulah, zaman sekarang nie.  Macam-macam boleh jadi dan banyak sangat agenda untuk merosakkan umat islam nie kan. Kadang-kadang kita kena lihat kenapa keturunan kita ada yang degil, nakal, buat perkara yang tak tentu arah, dan macam-macam lagi lah.  Jangan tengok perkara yang senang nampak jek, tapi tengok pada yang tersirat.  Maybe faktor dari pemakanan dia. Betul tak?

Contohnya macam nie.  Isu HP Sauce dan Tobasco Sauce nie.  Aku terima dari email. Dan telah pun disebarkan.






Pernah nampak sos nie? Tapi aku rasa masing-masing tau kot dekat mana sos nie selalu digunakan.

Pemakanan nie korang jangan buat main-main. Makanan tu nak jadi darah daging kita.  Seumur hidup kesannya nanti.  Jadilah pengguna yang bijak memilih, bukan main bedal ikut perot kita jek.  Zaman sekarang nie ramai orang lebih rela kejar untung dari jaga benda-benda semua ni.  Sebab yang penting keuntungan, orang ramai datang kedai.  Itu yang kebanyakkan tauke nak kan?

Jadi korang kena pandai-pandai tengok, jaga diri.  Tak semestinya dekat situ ramai Melayu makan, dah kira restoran tu Halal.  Ada 1 restoran dekat IOI Mall Puchong, kalau korang nak tau kebanyakkan pekerja adalah Melayu, dan ada jugak Melayu yang makan dekat situ. Siap masa bulan puasa ada buat buffet untuk berbuka puasa lagi. Perkara yang mengelirukan, ialah restoran tu tak diiktiraf kan lagi halal.!  Ini sendiri diakui oleh dorang dekat fan page Little Pantry.  Memang dia cakap yang tukang masak tu chef Melayu, tapi korang sendiri boleh pikirkan kandungan bahan lain macam mana?

Renung-renungkan.  Tapi serius memang ramai orang Melayu makan situ.  Aku pun hampir-hampir tapi sebab ragu-ragu akan status halalnye, so aku tak jadi makan situ.

Jadi umat islam sekalian, korang kena jadi pengguna yang bijak.  Bukan untuk sekarang tapi untuk generasi akan datang.  Aku rasa sekarang dah makin menjadi-jadi isu bahan makanan ada DNA Babi. Banyak sangat.  Korang still ingat dengan Kluang Rail Station?

p/s : korang rasa macam mana nak makan sekarang dekat luar? ada kepercayaan tak?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"


Dugaan Allah datang tanpa kita duga..

Sekarang masa bergerak terlalu pantas. Seminggu dah rasa macam sehari, terlalu cepat. Tak lama lagi dah nak berakhir tahun 2011. Cepat. Itulah tanda-tandanye akhir zaman.

Semalam rasa macam hari isnin, pejam celik dah nak habis hari ahad dah. Jumpa balik hari isnin. Kesibukan sekarang nie terlalu berbeza dengan waktu dulu. Kalau dulu dirasakan waktu siang terlalu singkat, dan kalau tidur malam pun rasa lama jek. Tapi sekarang tidak lagi. Mungkin nikmat dah ditarik sikit demi sikit.

Sekarang pun dah makin ramai orang yang baik-baik meninggal dunia.  Allah lebih sayangkan mereka semua, bagi kita yang hidup nie bukan Allah tak sayang, tapi Allah still bagi peluang dekat kita untuk berubah, dan beramal soleh dengan lebih baik.

Hari ini saje, aku dapat berita 2 orang sekali meninggal dunia.  Siapa dia, tak perlu la korang tau.  Apa yang penting, kita yang masih hidup ni mestilah teruskan perjuangan.
 
Allah menarik sesuatu daripada kita tu bukan bermaksud dia ingin kita menderita.  Tapi Allah taknak kita jauh dari Dia, lupakan Dia.  Kerana kita mesti selalu mencintaiNya.  Hebat bukan?  Allah tidak kejam, janganlah anggap bila orang yang kita terlalu sayang di tarik nyawanya, itu bermakna Allah kejam. Bukan!..
Kalau kita nie seorang yang beriman dan bertaqwa padaNya, insyallah akan dapat memahami kenapa Allah lakukan begitu. Kenapa mesti orang yang paling kita sayangi, dia akan menjauhkan dari kita.  Mungkin ada hikmah disebaliknya. Allah nak uji setakat mana kekuatan iman kita dan cintanya kita padaNya.

Panjang sangat aku beleter nie,  harap korang faham apa yang aku maksudkan. Kita sama-sama lah renung-renungkan dan beringat.  Dugaan yang datang tu cuba kita fikirkan arah yang positif, dan jangan rasa macam diri korang tu malang, diluar sana adalah lagi dugaan yang lebih besar dari korang. Bersyukur lah dengan apa yang ada, tak semua kita nak tu boleh dapat dan tak semua benda yang kita dapat tu boleh kekal.

INGAT TU!

p/s : boleh ingat semua tu?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, November 28

Karangan Pilihan waktu Sekolah...Masih Ingat?

Isnin cuti. Sungguh nikmat.  Pada yang bekerja tu, teruskan usaha anda untuk menghabiskan waktu yea.

Rasa dah lama berblogging, tapi macam tak percaya yang aku bila dah besar-besar gini akan menaip jugak. Maksudnya korang secara tak langsung akan terlibat dalam dunia penulisan.  Cuma kali nie korang menulis di alam maya. Bukan?
 
 
Tiba-tiba rasa teringat waktu buat karangan dulu. Masa sekolah rendah, beli pensel 2B yang kayu tuh, taknak langsung pensil jenis lain.  Nak yang tu jugak kan. Lepas tu tak boleh tengok tumpul sikit, mesti selalu nak tajam jek. Sampai berebut-rebut sharpener dengan member.

Okeh. Itu nanti aku kisahkan di entry yang lain. 

Korang masih ingat jenis-jenis karangan masa waktu sekolah dulu? Mesti ada pilihan masing-masing bukan? Tak silap aku karangan nie ada terbahagi kepada 2- karangan berformat dan karangan tidak berformat.

Antara karangan berformat is :
  • Surat rasmi
  • Surat tidak rasmi
  • Ucapan / Perbahasan
  • Dialog / Temuramah
  • Berita / Laporan
Antara karangan tidak berformat is :
  • Karangan pengalaman / Cerita
  • Fakta / Penerangan
  • Perbincangan
  • Autobiografi / Biografi
  • Karangan Peribahasa
  • Pantun / Puisi
  • Bina Ayat
Inilah antara jenis-jenis karangan yang ada. Karangan yang berformat tu adalah karang yang jarang disukai ramai, sebab kena ingat format nak buat kan.  Macam leceh sikit.  Kalau aku dulu, nak senang ingat amik karangan surat rasmi jek ataupun dialog.  Senang sikit.  Kalau yang lain tu memang payah.

Dan untuk karangan tidak berformat ni memang kesukaan ramai, sebab banyak jenis.  Paling disukai dan senang nak karang panjang lebar is karangan Autobiografi tu kan? Itu paling best aku rasa, sebab menceritakan sesuatu.  Antara tajuk untuk karangan Autobiografi nie :
  • Aku sebatang pen.
  • Aku sebentuk cincin
  • Aku sebuah buku novel.
  • Tentang saya
Dan macam-macam lagi kan. Rasanye waktu tu nak menulis panjang-panjang macam dekat blog pun tak boleh kot.  Rasenye ada had limit perkataan kan? Ke itu hanya untuk rumusan?  Ntahlah aku tak berapa nak ingat dah.

Karangan ni lah yang membantu kalau nak score dalam Bahasa Melayu. Tulis panjang lebar.  Masa tuh cikgu nak check mesti mencabar jugak,  sebab tulisan masing-masing macam bot kena pukul ombak. Kejap ke kiri, kejap ke kanan.  Lastly bila cikgu tuh dah pening, dapat markah sikit terus.

Jarang aku terjumpa entry tajuk "Aku sebatang Pen". Rasanya macam nak buat je. Lepas tuh suruh cikgu tengok kan, mesti leh dapat markah penuh la kalau sekarang buat.

Ok.sekian.

p/s : ape pulak jenis karangan kesukaan korang?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, November 27

Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia 2 - 3 Bahrain.

Gol!!!..
Rase seperti di stadium bila tengok Malaysia menjaringkan gol. Memang bersemangat dan berharap yang Malaysia akan menang malam nie.  Dengan kelebihan 2 gol dan pemain Bahrain hanya bermain dengan 10 pemain, memang ada harapan Malaysia akan menang. Serius.!


Tapi dengan semangat juang yang ada pada Bahrain, dalam sekelip mata saje Malaysia dibolosi 3 gol!.  Sungguh tak sangka, memang ramai yang terkesima dengan keputusan itu sehingga wisel penamat ditiupkan. Malaysia tumpas pada Bahrain di laman sendiri.
Ramai yang cakap salah percaturan pada pertukaran pemain, dan juga ramai pemain Malaysia yang injured.  Korang tengok jelah Harimau Muda main macam mana kan? Bermati-matian sampai tak kisah kaki dorang tu terdedah pada bahaya.

Walau macam mana kekalahan Malaysia pun, perjuangan mereka belum berakhir.  Ada lagi peluang cuma kena berusaha lebih keras lepas nie.  Dan jangan lagi menghampakan lagi peminat-peminat Harimau Muda. Semoga semangat juang mereka terus berdiri mantap!!

Go!Go!Go Malaysia!.

p/s: Malaysia boleh menang sebenarnye kan?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Blog Aku Bertukar Wajah!

Hari ahad. Macam biasa port dekat rumah parents, anak mithali la katakan (padahal takde duit nak kluar dating). Jimat wey, jimat. Rumah dekat ni, senang la sikit kan.  Boleh jek balik gitu.

On the way balik tadi hujan lebat pulok dekat highwat guthrie, memang dah kebiasaan lah nasib pembonceng motosikal nie kena hujan.  Dah lumrah mat-mat rempit diluar sana kena hujan.  Adatlah kan, takkan kau nak letak bumbung plak dekat moto.  Tak rempit la macam tu der.

Orang kata kena biasa redah hujan nie, nanti daya ketahanan fizikal dan mental kita kental!!. ( aku pun tak sure samada betui ke tidak nie ).

Sampai jek dekat rumah, macam biasa. Rehat, makan, buat apa yang patut dulu, then menghadap laptop kesayangan sampai lah larut malam. Anak teruna suci bhaaii, jarang keluar malam.(haha!)  Itulah kebaikan blog nie, korang takde rasa lah nak keluar selalu.  Kalau keluar pun sebab ada aktiviti yang berfaedah yang boleh korang buh dalam blog bukan?

**********

Sekarang dah nak masuk akhir tahun 2011.  Tak lama lagi akan tiba 2012.  Kejap jek rasa.  Jadi rasanya dah lama sangat aku pakai layout blog nie.  Rasa nak tukaq bia simple lagi sikit.  Buang apa yang tak diperlukan sudah.  Cukuplah dengan apa yang ada,  rasa letak banyak-banyak benda pun tak penting rasanya.

Sekarang nak fokus pada penulisan jek, perkara-perkara lain tu.  Emm, maybe nanti lah letak.  Kalau-kalau ada yang tegur kan.  Tapi banner tu aku still kekalkan, sebab aku rasa bukan senang nak buat banner macam tu,  lagi-lagi macam aku nie.  Dulu rajin la, sekarang dah malas, so gunakan ajelah apa yang ada.

Sekian. Gwa dah guna berukband hijau.  Mantap jugak, pasni terjaga sikit lah blog ni.

p/s : cuba korang komen sikit blog aku nie. ok tak?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Salam Maal Hijrah 1433. Apa azam kita?

Salam semua bloggers.

Kita sudah pun masuk tahun baru dalam islam, 1433. Selamat tinggal tahun 1432 yang meninggalkan banyak kenangan dan kesan kepada kita. Supaya dengan tahun baru ini kita akan lebih bersemangat dan ber'hijrah'!

Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah?  Hijrah ini adalah perpindahan atau perubahan dari sesuatu perkara yang tidak baik kepada yang lebih baik. Sebenarnya tahun islam ini lah yang patut dihayati,bukannya 'New year' tuh.

Sempena dengan tahun baru islam ini, marilah kita semua menanamkan azam ini berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik.  Daripada kurang ibadat kepada lebih beribadat. Beringat la sebelum kita terlambat.  Insyallah kalau kita berazam ingin berubah, ada jalannya.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :
  • KAYA sebelum MISKIN
  • SIHAT sebelum SAKIT
  • MUDA sebelum TUA
  • LAPANG sebelum SEMPIT
  • HIDUP sebelum MATI
Semoga kita semua dapat hidayat dan petunjuk dariNya. Insyallah. Aku dah pun tanam beberapa azam ini. Insyallah akan buat semua.

Sumber : Maksud Maal Hijrah

p/s : apa azam korang?

p/s lagi : masuk tahun baru, pagi-pagi lagi aku dah dengar orang dekat flat aku berkarok!!huh!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, November 16

Cerita Semenjak Dua..

Agak sempoi jugak tajuk entry aku hari ni. Begitu jugak dengan kesempoian tempat aku ber'online' sekarang ni. Nak tau di mana? Nanti aku ceritakan bab lain dulu.

Semenjak dua ni, aku dah memang susah sangat nak update blog, blogwalking blog kengkawan, tegur sana, tegur sini. Kesibukan melanda selepas aku dapat melanjutkan pelarian pelajaran derr.  Rasa macam blur sekejap sebab dah lama tak jadi student, then tiba-tiba otak aku dipaksa menerima celotehan dari pensyarah. Memang ke laut..

Agak lemas jugak la sebab bila buat PJJ nie agak susah sebab kita keseorangan.  Kengkawan pun masing-masing sibuk dengan kerja.  Jadi memang susah nak ada masa bersama untuk study group macam dulu-dulu time diploma kan.  Semua kena usaha sendiri, dan memang aku agak lembap untuk pikap benda-benda gini, bukan apa banyak benda nak kena fikir.  Kerja, rumah, study dan macam-macam lagi lah.  Belum masuk perkara-perkara yang akan memeningkan pale lagi.  Serius dalam keadaan stress sangat-sangat.

Sebelum nie gwa hanya online di lereng-lereng bukit, di kedai-kedai mamak (sampai mamak dah cop muka aku dah), di cawangan-cawangan mcdonal yang berdekatan.(sampai duduk meja hujung-hujung sebab nak online saje, tapi taknak makan..bapak segan!) Sekarang aku dah dapat grab 1 broadband untuk digunakan.*U-mobile!*.

Tempoh percubaan dalam masa seminggu, tapi baru sehari pakai gwa dah menyirap.  Kata tempat gwa bleh dapat line, memang dapat....tapi kena keluar rumah.  Apa cerita?  Taknak komplen sangat pasai berukband ni, perkara biasa la tak dapat line tuh.  Kena usaha nak dapat line, sampai kekadang tu ada yang online dekat dapur la, penjuru rumah la, dekat taman, atas pokok dan pot lain seperti aku pilih sekarang ialah dalam kereta.

Terbaik, aircond pun ada dan boleh dengar radio sekali.  Orang sekeliling gwa mesti cam pelik jek tengok pasaipa budak nie bawak laptop dalam kereta.  Tengok 'blue skrin' ke hape? agak-agak sikit makcik and pakcik yea.  Anak muda ini sedang berusaha untuk berjaya nie! haha..

Aku gelak sorang-sorang dalam kereta ni, dan diselubungi ketakutan.  Yelah mana tau tiba-tiba ada yang terjah kan?  Mau pengsan dalam kereta nie kang.  Tapi sebabkan nak update blog dan cari apa yang sepatutnya ada dalam internet ini,  gwa gagahkan jugak diri ini. *Bangga kejap*


So, sekian sudah cerita yang nak diceritakan pada hangpa semua.  Harap korang setia membaca blog aku nie walaupun dah banyak merapu dah sekarang nie. 

U-mobile dah cuba, pasni nak try maxis pulok.

p/s : ce korang bagi komen broadband mane yang bagus?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, November 7

Bila dapat bercuti hari ISNIN..

Salam semua dan selamat tengahari..

Rasanya macam best je dapat cuti hari isnin bukan?.  Bukan selalu dapat cuti hari isnin,  dan kebanyakkan orang memang tak suka yea hari isnin. Permulaan hari pada setiap minggu sepatutnya lebih bersemangat, tapi ini jadi sebaliknya kan.  Sebab hari isnin segala macam kerja ada,  cuti 2 hari tuh macam cuti 2 bulan.  Kerja berlambak-lambak.

Dan macam biasa la korang bila dah dapat cuti 2 hari, baru 2 hari pun bila nak mula kerja balik dah malas kan.  Kebiasaan memang la yang mula tuh mesti malas,  tapi untunglah pada siapa yang dapat cuti 2 hari tu tanpa gangguan.  Ada yang Sabtu dan Ahad pun kerja,  rasa hari isnin tuh dorang dah tak rasa sangat dah kot.

Well, memang seronok sangat sebenarnya dapat cuti ISNIN nie!  Kalau korang tak percaya cuba tengok dekat facebook, wall kawan-kawan korang mesti ada yang cakap best hari ISNIN nie sebab cuti.

Nie aku selitkan sikit dekat korang macam mana muka masing-masing bila ISNIN tak cuti.







Betul tak macam nie perasaan korang bila ISNIN tak cuti? Ada orang asal hari isnin jek MC terus, itu lagi hebat penangannye tu.  Hari ISNIN je sakit. Normal la tu kan.  Nanti kalau hari ISNIN cuti, tak suka pulok SELASA.  Tak mungkin jadi kot macam tu.

Sekian..

p/s : kalau hari Isnin tu dibuat kerja half-day je pun ok jugak kan?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, November 6

Contest Gadget Impian by Denaihati.com

Salam semua.
Rasa lama sangat dah aku tak join contest ni.  Rasanya ini maybe akan jadi contest terakhir untuk aku join pada tahun ini. Paling mudah, takde aku nak kena edit-edit gambaq ke hape.  Dah takde masa nak buat gitu sekarang nie. ( faktor usia..haha ). Usia blog okeh..

Dan untuk contest terakhir ini juga adalah contest terakhir dari Denaihati untuk tahun 2011. Mari ramai-ramai join contest ni. Manalah tau ada peluang untuk menang Gadget Impian korang kan?  Janji dah mencuba.

Jadi untuk contest ini,  gadget impian aku adalah :



Fuhh. Bila agaknya impian ini akan jadi kenyataan.  Alhamdulillah kalau dapat.  Inilah dia gadget impian gwa nie. D3100, dan yang paling penting is kalernya tuh!  Merah Maroon.  Memang warna kesukaan aku nie.  Sekarang dah dapat 2 barang kaler merah motor dan laptop.  (memang addict dengan kaler ini). DSLR ni ada jugak dalam kaler hitam, if dapat hitam pun ok jugak. (tapi bro kalau boleh kaler merah.hehe).

Jom pada sesiapa yang rasa nak join, boleh pegi ke blog denaihati yea. Contest Gadget Impian Denaihati.

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak
 
p/s : amacam, takkan korang nak tengok jek?
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Salam Aidiladha 2011

Salam aidiladha di ucapkan kepada semua umat islam.


Macam biasa, raya korban ni aku tak balik mane pun.  Rumah parents pun dekat je kan.  Jadi memang berpeluang untuk menghabiskan masa on9 sahaja.  Sempena hari raya ini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Selamat menyambut ibadat Qurban dengan sempurna, Insyallah.

Bukan asal raya jek korang melantak dengan sepuas hati yea.  Yelah, sebab masa nie lah makanan banyak kan,  ingat orang lain.  Bukan semua orang dapat nikmat macam korang yea.  Dan selalu lah beringat bahawa ibadah Qurban ini bukan sahaja sembelih binatang,  tapi apa tersirat disebalik peristiwa Qurban itu.

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari ibadah Qurban ni.  Dan pada siapa yang berkemampuan yang terlebih-lebih tu, boleh la beli lembu sekor dua untuk dijadikan Qurban,  yang kurang kemampuan pun boleh buat sebahagian. Insyallah.

Salam Aidiladha~

p/s : ingat..sebelum darah binatang yang korang Qurban kn tu cecah ke bumi, Allah dah ampunkan segala dosa, dan sebanyak mana darah itu mencecah bumi sebanyak itulah dosa kita terhapus..Insyallah~

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, November 5

WAYANG : IN TIME

Salam semua..

Rindu sangat rasa nak update blog nie. Dah banyak sangat terabai,  dulu rajin macam nak buat dekat blog nie,  sekarang dah macam terabai sangat-sangat.  Nanti ku cerita napa terabai sangat nie.

Anyway, ini movie yang paling latest aku baru tengok.  IN TIME lakonan Justin Timberlake dan Amanda Seyfried. Dan ramai lagi pelakon yang terlibat.


Meh aku ceritakan sedikit tentang sinopsis cerita ini :

Cerita yang berkisahkan masa hadapan yang betul-betul menghargai masa yang ada.  Pada zaman ini,  semua manusia akan di berikan 1 jam atau waktu pada tangan depa. ( kalau korang perasan yang kaler hijau dekat tangan justin tu ).  Waktu yang ada pada tangan tu tak kira masa,  ada yang sejam, sehari, seminggu, sebulan dan sedekad pun ada!.

Setiap orang disini akan dapat waktu mereka pada usia dorang cecah sahaja 25 tahun.  Then lepas dah dapat tu,  dorang kena bekerja untuk mendapatkan masa!  Pada zaman ini, duit memang tak penting langsung,  yang penting ada lah masa dan masa itu lah adalah duit! Dalam cerita ini ada dua tempat untuk orang miskin di Ghettos of Dayton,  dan untuk orang kaya adalah di New Greenwich.



Ini lah yang aku cakapkan,  dan setiap bank pada zaman ini bukan simpan duit tapi masa.  Orang sanggup gadaikan macam-macam untuk dapatkan masa.  Sebab bila sampai je masa di tangan tu semuanye 0,  maka dengan itu dorang akan mati.  Macam dah taulah ajal akan tiba,  so kalau taknak mati korang kena bekerja keras untuk hidup lebih lama.




Dia nie adalah The Timekeeper ( Cillian Murphy ).  Dia ini kiranya macam polis la,  menangkap orang yang mencuri masa dan lain-lain la.  Pada zaman ini, kalau orang kena tangkap kan, dendanya di bayar dengan masa di tangan tu.  Rasa macam funny jek.


Dan yang ini pula adalah Phillip Weis lakonan Vicent Kartheiser.  Seorang jutawan yang paling kayes di New Greenwich.  Bapa kepada Sylvia Weis ( Amanda Seyfried ) yang mempunyai kasino di Greenwich dan mempunyai masa yang memang terlalu banyak di tangan.  Kalau korang nak tau umur dia dah mencecah 90 tahun tapi still nampak muda.  Semua orang pada zaman ini nampak semuda 25 tahun tapi sebenarnya dorang dah hidup lama sebab dengan kekayaan masa yang ada pada tangan dorang.

Dan jutawan ni sebenarnya memegang masa selama Sejuta Tahun di dalam peti besi dia!.  Dan misi Justin Timberlake adalah untuk mengambil masa Sejuta Tahun itu untuk diberikan pada rakyat di kawasan miskin dia.  Sebabnya ibu dia mati akibat masa yang tak mencukupi, so dia nak semua orang di tempat dia dapat masa yang lebih lama.

Nak tahu Justin berjaya atau tidak?  Korang kenalah tengok sendiri.  Memang best cerita ni,  yang miskin akan hidup singkat dan yang kaya akan hidup lebih lama.  Memang banyak pengajaran dalam filem ini,  sebabnya korang boleh rasa yang sebenarnya masa itu sememangnya emas!

So, jangan korang buang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah.  Memang cerita ini tak mungkin terjadi di dunia realiti,  tapi korang kena fikir apa mesej yang nak disampaikan di sebalik cerita ini.  HARGAI MASA YANG ANDA ADA!

p/s : lepas tengok cerita ni, mesti rasa taknak buang masa dah kan?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"