Salam semua bloggers.
Kita sudah pun masuk tahun baru dalam islam, 1433. Selamat tinggal tahun 1432 yang meninggalkan banyak kenangan dan kesan kepada kita. Supaya dengan tahun baru ini kita akan lebih bersemangat dan ber'hijrah'!
Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah? Hijrah ini adalah perpindahan atau perubahan dari sesuatu perkara yang tidak baik kepada yang lebih baik. Sebenarnya tahun islam ini lah yang patut dihayati,bukannya 'New year' tuh.
Sempena dengan tahun baru islam ini, marilah kita semua menanamkan azam ini berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik. Daripada kurang ibadat kepada lebih beribadat. Beringat la sebelum kita terlambat. Insyallah kalau kita berazam ingin berubah, ada jalannya.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :
- KAYA sebelum MISKIN
- SIHAT sebelum SAKIT
- MUDA sebelum TUA
- LAPANG sebelum SEMPIT
- HIDUP sebelum MATI
Sumber : Maksud Maal Hijrah
p/s : apa azam korang?
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
mcm biasa, nak jadi lebih baik dr sebelumnya , tp bila dah tua2 ni kena specifik skitlah kot...
ReplyDelete