Monday, November 28

Karangan Pilihan waktu Sekolah...Masih Ingat?

Isnin cuti. Sungguh nikmat.  Pada yang bekerja tu, teruskan usaha anda untuk menghabiskan waktu yea.

Rasa dah lama berblogging, tapi macam tak percaya yang aku bila dah besar-besar gini akan menaip jugak. Maksudnya korang secara tak langsung akan terlibat dalam dunia penulisan.  Cuma kali nie korang menulis di alam maya. Bukan?
 
 
Tiba-tiba rasa teringat waktu buat karangan dulu. Masa sekolah rendah, beli pensel 2B yang kayu tuh, taknak langsung pensil jenis lain.  Nak yang tu jugak kan. Lepas tu tak boleh tengok tumpul sikit, mesti selalu nak tajam jek. Sampai berebut-rebut sharpener dengan member.

Okeh. Itu nanti aku kisahkan di entry yang lain. 

Korang masih ingat jenis-jenis karangan masa waktu sekolah dulu? Mesti ada pilihan masing-masing bukan? Tak silap aku karangan nie ada terbahagi kepada 2- karangan berformat dan karangan tidak berformat.

Antara karangan berformat is :
  • Surat rasmi
  • Surat tidak rasmi
  • Ucapan / Perbahasan
  • Dialog / Temuramah
  • Berita / Laporan
Antara karangan tidak berformat is :
  • Karangan pengalaman / Cerita
  • Fakta / Penerangan
  • Perbincangan
  • Autobiografi / Biografi
  • Karangan Peribahasa
  • Pantun / Puisi
  • Bina Ayat
Inilah antara jenis-jenis karangan yang ada. Karangan yang berformat tu adalah karang yang jarang disukai ramai, sebab kena ingat format nak buat kan.  Macam leceh sikit.  Kalau aku dulu, nak senang ingat amik karangan surat rasmi jek ataupun dialog.  Senang sikit.  Kalau yang lain tu memang payah.

Dan untuk karangan tidak berformat ni memang kesukaan ramai, sebab banyak jenis.  Paling disukai dan senang nak karang panjang lebar is karangan Autobiografi tu kan? Itu paling best aku rasa, sebab menceritakan sesuatu.  Antara tajuk untuk karangan Autobiografi nie :
  • Aku sebatang pen.
  • Aku sebentuk cincin
  • Aku sebuah buku novel.
  • Tentang saya
Dan macam-macam lagi kan. Rasanye waktu tu nak menulis panjang-panjang macam dekat blog pun tak boleh kot.  Rasenye ada had limit perkataan kan? Ke itu hanya untuk rumusan?  Ntahlah aku tak berapa nak ingat dah.

Karangan ni lah yang membantu kalau nak score dalam Bahasa Melayu. Tulis panjang lebar.  Masa tuh cikgu nak check mesti mencabar jugak,  sebab tulisan masing-masing macam bot kena pukul ombak. Kejap ke kiri, kejap ke kanan.  Lastly bila cikgu tuh dah pening, dapat markah sikit terus.

Jarang aku terjumpa entry tajuk "Aku sebatang Pen". Rasanya macam nak buat je. Lepas tuh suruh cikgu tengok kan, mesti leh dapat markah penuh la kalau sekarang buat.

Ok.sekian.

p/s : ape pulak jenis karangan kesukaan korang?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

3 comments:

  1. bukan senang nak tulis karangan ni..
    idea paling payah nak cari...

    ReplyDelete
  2. aku sebatang pensel..
    akhirnya aku telah dibuang ke dlm tong sampah..

    haha!

    ReplyDelete
  3. aku suke merepek je lebih dlm karangan..

    aku sebuah beg paling femes kat sekolah dolu..

    ReplyDelete

BeSt 4 me: