Sunday, November 27

Blog Aku Bertukar Wajah!

Hari ahad. Macam biasa port dekat rumah parents, anak mithali la katakan (padahal takde duit nak kluar dating). Jimat wey, jimat. Rumah dekat ni, senang la sikit kan.  Boleh jek balik gitu.

On the way balik tadi hujan lebat pulok dekat highwat guthrie, memang dah kebiasaan lah nasib pembonceng motosikal nie kena hujan.  Dah lumrah mat-mat rempit diluar sana kena hujan.  Adatlah kan, takkan kau nak letak bumbung plak dekat moto.  Tak rempit la macam tu der.

Orang kata kena biasa redah hujan nie, nanti daya ketahanan fizikal dan mental kita kental!!. ( aku pun tak sure samada betui ke tidak nie ).

Sampai jek dekat rumah, macam biasa. Rehat, makan, buat apa yang patut dulu, then menghadap laptop kesayangan sampai lah larut malam. Anak teruna suci bhaaii, jarang keluar malam.(haha!)  Itulah kebaikan blog nie, korang takde rasa lah nak keluar selalu.  Kalau keluar pun sebab ada aktiviti yang berfaedah yang boleh korang buh dalam blog bukan?

**********

Sekarang dah nak masuk akhir tahun 2011.  Tak lama lagi akan tiba 2012.  Kejap jek rasa.  Jadi rasanya dah lama sangat aku pakai layout blog nie.  Rasa nak tukaq bia simple lagi sikit.  Buang apa yang tak diperlukan sudah.  Cukuplah dengan apa yang ada,  rasa letak banyak-banyak benda pun tak penting rasanya.

Sekarang nak fokus pada penulisan jek, perkara-perkara lain tu.  Emm, maybe nanti lah letak.  Kalau-kalau ada yang tegur kan.  Tapi banner tu aku still kekalkan, sebab aku rasa bukan senang nak buat banner macam tu,  lagi-lagi macam aku nie.  Dulu rajin la, sekarang dah malas, so gunakan ajelah apa yang ada.

Sekian. Gwa dah guna berukband hijau.  Mantap jugak, pasni terjaga sikit lah blog ni.

p/s : cuba korang komen sikit blog aku nie. ok tak?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

2 comments:

  1. ehem.. jom thun baru, template blog baru gak. kasi fresh..hehe =)

    ReplyDelete
  2. yaa..anak teruna y bagus..huhu
    anyway blog ni ok dah..susunan kat tepi tu je kne kemas kan lagi..
    tu je cadangannye..

    *1st time dtg sni :P

    ReplyDelete

BeSt 4 me: