Tuesday, June 22

KERJA atau KESIHATAN??

Adeh..Aku dah stat tergaru-garu jari aku nie. Dah stat gatal balik, bukan sebab nak dapat duit yea kawan2! Sebabnye baru-baru nie aku baru jek di 'attack' seekor BEE yang nakal terbang sane snie, pastu pandai2 landing kat jari manis aku nie, maybe sebab darahnye manis, so dia punye tinggalkan 'jejak' dia kat situ!!

Ape lagi? Meraung la aku atas moto tuh, dah la aku jentik tak mau pegi..Adehhh. Naseb baek aku kena ngan lebah kecik2 jek, kalau kena yang pangkat 'otai2' punye? Mau ke hospital lagi kot. Jadi sekarang, bila dah stat garu-garu, mula la membengkak balik. Hari tuh dah hilang, nie naek balik. Tapi aku still nak menaip gak! Memang aku dah jatuh 'cinta' kat blog nie. Korang penah kena sengat lebah??
 ( Gambar dari Pokcik Guggle )

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okeh, tutup cerita tentang lebah tadi. Duduk balik semua, bace ape yang aku nak cerita balik nie. Kalau rase2 nak pegi buat air tuh, pegi dulu yea? Sambil minum air, sambil layan blog ( sambil nyelam minum air la ).
Macam2 istilah kan? istilah nie boleh gak korang gune masa ngah rase nak ponteng ( ngulor ) kerja tuh kan? Alang-alang dah dapat keluar dari opis tuh, singgah la mane2 jap kan? Bukan senang. Tuh jek masa yang ade.

Zaman sekarang nie memang zaman 'Duitan' kan? Semua kejor duit! duit! duit! ( teringat lagu yang duit2..di mana kau duit ) Dari mane datang duit? Kerja la kan? so, nak dapat duit banyak cukop bulan mesti mau kerja macam nak 'GILA!'. Betul tak? Tapi kebanyakkan nye aku tengok berlaku kat sektor swasta la ( cam tak caye aku akan taip sektor tuh!haha ).


Bukan nak kate Gov punye kerja takde yang 'GILA2', tapi setakat yang aku tengok Gov rileks sikit la, lagipun kerja stabil kan? Tak macam swasta nie, kadang2 tak dapat nak jangka. Tapi yang penting la kan, kerja ape sekali pun mesti ada cabarannye. Ye dak?? Tak salah kalau kerja korang memang banyak, tapi jangan sampai kerja 7 hari seminggu.

Serius, kalau korang try buat la selama sebulan kerja 7 hari kan? Lepas tuh macam hari biase, korang balik la dalam pukul 10. Tiap2 hari!! Lepas tuh, tengok ape efeknye pada badan korang. Aku tak tipu. ( cam ade pengalaman je ). Mesti rase macam sengal2 badan, kepale pun macam tak dapat nak terima sangat ape orang cakap, pastu hormon pun macam tak stabil. ( rase2 nak marah2 jek ). Kan bahaya tuh? Leh dapat darah tinggi macam tuh.

Kerja, kerja jugak baiii..Tapi kesihatan tuh mesti mau jage, korang nak pakai 'badan' tuh dalam tempoh masa yang lama. Nanti bila dah 'lapuk', orang buang macam tuh jek. ( lapuk = tak larat ). Dah tak nak pakai korang dah. Masa tuh, sape nak tanggung semua? Lu pikir la sendiri!! Cube korang pikir, nape yea zaman sekarang ramai sangat yang mati muda sebab sakit jantung?? darah tinggi?? dan penyakit2 yang lain la. Sebabkan 'stress' nie. Memang boleh bagi efek! Sekarang tak nampak, tapi bila umor korang dah stat 30 ke atas, masa tuh baru 'dapat' rase!

Okeh, sebelom aku 'mengarut' dengan lebih panjang, baek aku stop kat snie jek. Nasihat aku lah buat korang dan diri aku sendiri ( same2 share la ) Jage kesihatan tuh, ( mak aku selalu pesan nie ). Jangan terlalu ikotkan kerja tuh sangat, sebab kerja memang takkan abis. Bak kate kawan aku la " Kalau kerja ko tuh dah abis, kau mesti kena buang tau! " hehehe. Best tak ayat dia?

Jage kesihatan, kalau boleh selalu bersenanam ke, amik vitamin ke kan? Pergi bercuti sekali sekale. Jangan terlalu stress kerana boleh mengundang bahaya. Pesanan dari Jabatan Kesihatan Nabiel! ( suka2 aku jek ).

Rileks-rileks suda=). Pada yang study, takpe stress. Sebab tuh korang memang kena hadapi!!hahaha ( gelak jaat )

p/s : petua nak kurus..kerja la tanpa henti!hahaha ( jangan ikot )

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

11 comments:

  1. ahahahahha
    jaga kesihatan petua awet muda!
    keje2 gak bro...

    ReplyDelete
  2. sket ker jari k0 2??
    ahhhhakkkkk' besh2!!
    kui3

    ReplyDelete
  3. boleh ikut petua nk kurus tu!! kerja kerja kerjaa!! sumi bertambah lagi kg.. aduyaii~ eyh.. kena lebah??

    ReplyDelete
  4. patotla ika tgk biel makin kerepot.. fokus kat kje tu sgt kowt ekeke

    ReplyDelete
  5. hish. nak buat la. darah tinggi dapat, kurus pun dapat. ngee~

    ReplyDelete
  6. paria : hehehe~tau xpe!tgk jelah ak~lalala

    ReplyDelete
  7. humaira : huhuhu~sakit sgt2 lorr~

    ReplyDelete
  8. sumi : hehehe~klu tensen jgn g mkn lak?hehehe

    ReplyDelete
  9. aku lagi best ... boleh gi masuk dalam helmet aku .. memang sedap arr telingga aku jadi mangsa

    ReplyDelete
  10. petua nak kurus tu sgt bgos r,hahah tp x elok gak cam tu,, tgh crk cara nak gemok,wahaha
    >> 'Model' Surat Khabar??!

    ReplyDelete
  11. erk! tu macam aku bila tengah2 tahun camni...penat dok.tapi puas bila off peak.

    ReplyDelete

BeSt 4 me: