Wednesday, October 27

Lirik : 'Kalau Berpacaran' Sohaimi Mior Hassan Ft Ana Raffali & Altimet



Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Video yang best aku selitkan untuk korang.  Mane tau ade yang tak tengok lagi...




Tajuk lagu nie Kalau Berpacaran or Jika Berpacaran?  Aku semacam konpius.  Nway,  korang enjoy la yea this song.  Memang best!  Sejak-sejak nie aku dah tak sempat nak update blog,  so update dengan lirik lagu jek.  Cepat sikit.  Sory yea kengkawan,  aku akan mula menaip semula nanti.  Sama-sama doakan aku panjang umor untuk terus berblogging lagi!  Insyallah.

p/s : aku baru terbaca pasal konspirasi fida tu,  korang tau cite ke? share2 sikit...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Friday, October 22

WAYANG : THE CHILD EYE (2010)

Salam..
Korang semua kaki wayang tak?  Maksud aku memang kalau keluar jek cerita baru,  memang muka korang jek la yang selalu ade kat cinema tuh.. Sampai budak-budak kat kaunter tuh dah boleh hafal,  korang datang mesti nak tengok cerita baru...

Budak kaunter : Ye bang!!..saya tau dah abang nak tengok cite ape!

Customer : Aikkk..dah tau?  Bagi cerita.......... ( tak habis cakap budak kaunter nie mencelah lagi )

Budak kaunter : Ye..cerita baru lagi kan?  Untuk 2orang kan?  Saya tau dah.. semuanya 12 inggit bang..

Customer : Bagus la ko nie...senang macam nie, takyah aku cakap banyak2 dah..

Budak kaunter : Yelah..dah tiap-tiap kali muka abang jek..

Customer : Ko perli aku yea??

Okeh..tamat disitu perbualannya.  Meh aku sambung balik,  nak cerita kat hangpa ape sebenarnya kisah CHILD EYE ni...


Cerita genre Seram nie.  Cerita nie mengisahkan sekumpulan remaja dari Taiwan,  rasenya pergi bercuti ke Thailand.  Dan disebabkan disana ade pergolakan, so dorang nie tak boleh balik sebab airport semua tutup. ( lebih kurang macam darurat la ).  Pada masa tu,  dorang kena tinggal di hotel yang agak buruk dan usang.  Takot gak tengok hotel dia nie,  kalau korang rasenya memang tak sanggup nak check-in la.  Baru jek tengok,  dah meremang bulu rome-ku.

Dorang nie ada lebih kurang dalam 5-6 orang la.  Tak ingat berapa laki dan berapa perempuan.  Nak dijadikan cerita,  di hotel tersebut ada kisah disebaliknya.  Dan mereka ni sering diganggu oleh hantu 'wanita'!.  Yang memang menakutkan.  

Hari demi hari berlalu,  sorang demi sorang daripada mereka ni hilang.  Sebab diculik oleh hantu 'wanita' tersebut.  Di kacau, di rasuk dan sebagainya sehingga pada suatu masa tinggal beberapa orang sahaja.  Dengan bantuan seorang budak perempuan dan anjingnya,  dorang nie dapatlah bertemu dengan 'wanita' tersebut.  Dan bermula dari situ la berbagai-bagai aksi kejutan sehingga menyebabkan sakit dada korang tengok!!

Nak tahu cerita selanjutnya?  Korang pegilah tengok minggu nie yea,  serius beb tak rugi kalau pegi tengok.  Pesan aku untuk korang-korang yang memang kuat semangat tuh,  tengok la pakai spek 3D tu.  Bagi yang lemah semangat,  di nasihatkan jangan.  Sebab kalau pecah spek 3D tu,  korang kena ganti RM 200.00 beb..Sanggup?  Jum tengok-tengok gambar sat. :



Sedikit Trailer untuk korang yea :


Serius,  dah lame rasenya aku tak tengok cerita seram yang boleh membuat aku sakit dada.  Semput bhaii.  Korang pegi tengok sendiri jelah nanti,  confirm sampai ke rumah korang akan terasa lagi 'kehadirannya'!

Thanks to my cousin ( Shiera ) yang temankan aku tengok cite nie yea.  Dia pun sama naek!

p/s : sekarang bulu rome korang berdiri tak?  ada tak rasa sumthing belakang korang?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, October 18

LAWAK : Mimik Muka Bila Waktu Kerja

Salam..
Kita bertemu lagi di Pagi Isnin yang membosankan,  macam mane nak buat bila tak suka isnin yea?  Kena redha, tak buleh hangpa nak lari dah.  Sebab apa tak suka? sebabnya yang paling sibuk mesti hari isnin, semua nk buat hari yang sama. Lepas tuh isnin adalah hari selepas 2 hari bercuti Sabtu & Ahad.  Jadi penyakit 'M' tuh mesti akan datang.

Kalau dibuat 7 hari tuh bahagi 2, contoh 3hari untuk bekerja dan balance tuh untuk cuti. Ok tak cadangan aku?  Jadi takdelah cuti 2 hari jek, kadang-kadang hari cuti tu pun kena kerja.  Silap-silap sampai rumah sebelah korang dah tukar owner sampai 5x pun korang tak sedar rasenye.  KLCC tuh tiba-tiba jadi 3 tower pun korang tak tahu kot,  sebab kerja saje kan.  Dah cukup aku membebel.

Jadi ade funny pics untuk korang aku nak bagi tonton,  dapat dari email.  Memang sesuai untuk korang yang sudah bekerja!!  Jom layan :



- Muka bila tiba hari ISNIN... rase nak marah-marah jek..muka tekanan -
- " Apa lu tengok-tengok? " -



- Dah mula rasa ngantok-ngantok..dah jadi boring..menunggu hari JUMAAT plak -
- " Aaaaaa...kalau dapat bantal kan best " -



- Mula buat muka-muka pelik..Rase macam cepat plak dah hari RABU -
- " Baru hari RABU? takpe2..sikit lagi nak JUMAAT" -



- Dah mula keluar senyuman 'jahat' tuh..Petanda baek tuh..kalau hari KHAMIS mintak balik awal..Mesti bos bagi! -
- " Ngeh2...dah hari KHAMIS..tinggal sehari lagi jek. Malam Jumaat plak tu,..terbaek!" -



- Gembira tak terkata!!..senyum sampai ke telinga..Memang kalau hari JUMAAT minta belanja makan mcd, mesti dapat! -
- " Yes!! akhirnya sudah tiba hari JUMAAT dan SABTU..malam minggu buleh pegi karoke!" -


- Di petang AHAD, muka sedikit berubah kerisauan..Rase terlalu cepat masa berlalu..keja ade yang tertangguh tuh -
- " Cepatnye dah hari AHAD...betui ke nie?  Alaaaaaaaaaaaa..." -



- Bila tiba malam AHAD...muka agak sedikit menakutkan di selangi dengan jeritan-jeritan yang tak sepatutnya -
- " Argggh!!!!...tidakkkkkk..besok dah hari ISNIN!!!...tak mau..tak mau..." -



Aku syak korang semua pernah buat macam nie kan?  Betul tak?  Kalau ada yang semangat pun maybe seminggu dua saje.  Lepas tuh akan jadi macam kat atas nie.  Tapi nak buat macam mane,  takde kerja takde la duet.  Nak masuk toilet pun takde duit nanti.  Jadi,  think positif yea! 

Have a nice day everyone!

p/s : aku pun sedang cuba untuk berfikiran positif bila ahad malam tuh..korang macam mane?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, October 17

Cerita Sebuah Perkhawinan...

Salam..
 Macam mane yea nak minat pada benda yang kita tak suka nak buat?  Korang ada cara tak?  Contoh macam korang punya kerja tu, korang tak minat nak buat...tapi kena buat jugak..Mesti macam-macam cara nak buat bagi sampai minat kan?  Itu saje tentang minat.

Korang minat tak pasal kawen-kawen nie? Mesti kan..Dulu masa kecik-kecik korang mesti selalu maen pondok-pondok, pastu maen kawin-kawin.  Mesti nak pilih antara gadis-gadis yang comel korang nak kawin.  Betui kan?  Lepas tu mula la ade anak dan sebagainya la.  Bila budak-budak, kawen olok2.. Sekarang dah besau nak kawin betui-betui..Tapi kawin bukan perkara yang mudah. Kan?

Banyak betui persoalan dekat mukadimah aku nie.  Agak-agak macam mane korang nak jawab.  Cerita aku nak sampaikan ni,  tentang perkhawinan jugak la.  Dapat dari email baru-baru ni,  nak share dengan korang pasal cerita nie.  At the end, korang tau la the moral of this story yea.
 
 

Ceritanya berbunyi begini..........

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.  Sungguh meriah!!

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia"
kata isterinya lagi yang cukup bersemangat ingin melakukan...

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya....
 
"Saya akan mulai dulu ya", kata isteri yang ingin memulakan dengan penuh semangat...
 
Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat!!

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir..  Tak sangka begitu banyak sekali...

"Maaf, apakah saya harus berhenti?" tanyanya.
 
"Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

"Sekarang giliran abang membacakan senarai abang"....

 
 Dengan suara perlahan suaminya berkata...
 
 
"Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya...bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Dia tertunduk malu dan menangis..dan terus menangis...


p/s : the moral is jangan nak cerita pasal keburukan orang lain, sedangkan anda sendiri tuh belum perfect lagi..so cermin-cermin kan diri tuh,  sebelom mengate orang!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Friday, October 15

AKU DAN FOLLOWERS ( 11 ) : BLOG DUNIA TANPA HENTI

Salam.
Nampaknya kita kembali lagi dengan terjahan aku nie. Baru 11, takpe benda nie masih berjalan. Korang jangan risau, aku akan pegi sorang demi sorang nanti yea. Terajin la sangat.
Dan untuk followers kali nie ialah pemilik Blog Dunia Tanpa Henti! Mesti korang tak kenal kan?


Ini adalah header blogger tersebut.

Dunia Tanpa Henti diberi nama,  tuannya pllak bernama Anuar.  Tapi name glamor dia Cgu Nuai,  sebab dia nie adalah seorang Cikgu!.  Asal dari Sabah dan memang mengajar pun di Sabah,  dekat kan dengan kampung?  So, senang la.  Cari jodoh pun senang.

Dia nie kira dah lama juga berblogging. since 2008.  Lame dah kan?  Tapi sekarang suda tidak aktif,  tak tahu la kalau blog nye sudah bertukar.  Aku kenal jugak Mamat nie,  kenal dari Tagged.  Umor dirahsiakan,  nanti berebut pulak nak ngorat.  Kira selalu juga contact masa aku berada di Tagged, di Facebook dah kurang.  Untuk pengetahun korang,  dia nie kalau bab game kat FB tuh memang champ la,  aku tak penah menang dengan dia nie.
Korang ingat tak patung yang aku dapat dulu?



Haa..Ni kan dari dia dan seorang lagi kawan aku Vivienita.  Dorang anta patung nie dari Sabah tau!  Betul-betul rasa terharu,  kawan yang tak pernah berjumpa  sampai macam nie sekali kan?

Pada sesiapa yang nak pegi jenguk blog dia, boleh klik SINI.

p/s : nak tau tak sape selepas nie?tunggu!!..nak iphone 3g free tak? SINI.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Rahsia Sebenar Coklat!

Salam..
Bila emo rase tak stabil, gini la caranye. Nak update blog pun takde mood, blogwalking jelah. Kadang-kadang naek menyampah tengok blog sendiri (kidding). Tuh tipu, mane bleh nyampah. Aku sayang gila dengan blog nie. Tak caye? Tanye jiran sebelah aku.

Selain ngadap blog nie, banyak lagi benda aku buat nak release tension nie. Salah satu dari cara korang nak release ialah dengan memakan cokelat! COKELAT! COKELAT!.. Memang sebenarnye dapat mengurangkan stress korang tuh. Meh aku nak kongsi sikit pasal Cokelat nie dengan korang yea.


Untuk pengetahuan korang,  Coklat sebenarnya :
  • Dapat mengurangkan stress.
  • Membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.
  • Menguatkan sistem pertahanan badan.
  • Meningkatkan keinginan seks anda! (budak2 jangan mkn lebih2)
  • Elok untuk kulit muka anda..selalu lah makan coklat dan anda akan nampak muda!
Banyak juga kan kelebihan coklat nie?  Dan sebenarnya coklat nie tak menyebabkan kegemukan pun tau.  Segala kegemukan tuh sebenarnya berasal dari pengambilan kalori yang banyak.  So, korang buleh makan cokelat banyak-banyak lepas nie!
So, bagi peminat-peminat coklat..Ini untuk anda :


15 to 17 October 2010

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2010


Time: 10am – 8pm

Location
Hall 2 Mid Valley Exhibition Centre
Mid Valley Megamall
Kuala Lumpur
Malaysia


Apa lagi korang tunggu?  Semua jenis coklat ada di sana rasenya.  Mari kita sama-sama hilangkan STRESS!!..  Ada sapa-sapa sudi temankan aku?

p/s : korang nak iphone 3g free tak? Klik SINI.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, October 13

Awak...Ingat Tak Dulu? ( part 3 )



Awak...Ingat tak dulu?
Bila nak dekat peperiksaan,  awak selalu tunjuk ajar kat saya.  Walaupun saya tanya banyak kali,  awak tetap ajar tanpa rasa jemu...

Awak...Ingat tak dulu?
Masa saya demam panas dulu..Terlantar jek kat rumah,  hari-hari awak datang lawat saya.  Siap buatkan bubur lagi..Terima kasih awak..

Awak...Ingat tak dulu?
Kita janji nak belajar di menara gading yang sama..Dan akhirnya memang rezki kita dapat sambung belajar di tempat yang sama...Memang tak buleh jauh dengan awak..

Awak...Ingat tak dulu?
Saya pernah nangis-nangis masa mula-mula duk asrama dulu?  Nak sangat balik ke kampung jumpe mak abah..Tapi tak buleh..Lepas tuh awak telefon, dan tenangkan saya...Awak tau2 jek saya tengah susah hati..

Awak...Ingat tak dulu?
Masa tu birthday saya...awak bawa saya ke 1 tasik yang tak pernah saya pegi, tengok-tengok dekat situ dah siap meja dan makanan yang ada, siap ada lilin lagi..Kita makan bersama, habis jek makan..Tiba-tiba awak nyanyikan lagu untuk saya, sambil petik gitar!..Romantiknya!...

Awak...Ingat tak dulu?
Awak selalu pesan kat saya jaga makan dan minum,  jaga kesihatan..Sebab awak nak saya teruskan hidup dengan sihat..Kalau boleh awak kata nak tengok saya hari-hari sampai awak tutup mata nanti...

Awak...Ingat tak dulu?
Saya selalu ajak awak tengok wayang cerita katun-katun..Saya tau awak tak suke,  tapi awak tetap akan temankan saya..Buatkan saya rasa bahagia pada hari tu..

Awak...Ingat tak dulu?
Awak janji akan sayang dan jaga saya walau ape pun terjadi..Walau apepun halangan..awak janji akan tetap bersama..Sayang sangat awak kat saya yea?

Awak...Ingat tak dulu?
Masa awak kena pegi oversea, saya sedih sangat masa tuh..Terkedu..Tak sangka..Takot..Takot kehilangan awak..Takot bila awak berjauhan dengan saya..Tapi awak memberikan saya harapan yang awak akan balik dengan senyuman dari awak sebelum pergi..

Awak...Ingat tak dulu?
Tiap-tiap hari mesti ada email saya send dekat awak kan..Hari-hari berbalas email..tanpa rasa jemu, rasa macam kita berdua dekat sangat..Jauh di mata, tapi dekat dihati la..

Awak...Ingat tak dulu?
2 hari awak tak reply email..saya sangkakan awak terlalu busy,  tapi bila saya tanya family2 awak..Dorang kata awak busy sangat...Tak sempat kot..Takpe,  saya faham..

Awak...Ingat tak dulu?
Masuk hari ke-5 saya dah tak senang duduk..Tak penah awak macam nie,  saya cuba contact kawan-kawan awak..Tanye dan tanye,....dan baru lah saya dapat tau awak masuk hospital...sakit..bersungguh-sungguh saya paksa kawan awak supaya bagitau..Sebenarnya awak nak rahsiakan apa yea?

Awak...Ingat tak dulu?
Awak kan dah janji akan balik jumpa saya..Awak dah janji kan..Tapi saya tak sangka, rupa-rupanya itulah senyuman terakhir saya dapat tengok dari awak....Selama ini awak rahsiakan penyakit kanser awak tu dari saya..Awak pegi ke sana pun atas sebab nak operation, tapi tak sangka operation tu gagal...

Awak...Ingat tak dulu?
Janji awak..Kenangan awak..Senyuman awak...Dan semua tentang awak, akan saya simpan dan semat dalam hati nie,  walaupun rindu rasa nak berjumpa...Saya redha dengan pemergian awak ni...Temani hidup saya sehingga saya berjaya..Terima kasih awak..Terima kasih.....

p/s : asal tacing lebih-lebih nie..harap-harap tak melalut..hehehe

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, October 10

TOP REFERRER CONTEST! ( Menang iPhone! )

Salam..
Blog update lagi..Kadang-kadang banyak benda kita jumpa bila berblogwalking nie kan?  Tiba-tiba kang jumpa contest yang macam menarik perhatian.  Jumpa entry yang tak sangka kita akan terbaca dan macam-macam lagi la.  Kebaikkannya kita pun dapat idea nak buat entry.  Berjumpa dengan macam2 jenis blog dan rupa.

Jadi aku baru jek terlihat contest nie, hadiah iPhone tuh!  Tapi bukan iPhone 4 la, iPhone 3 16GB.  Okeh kan? Kalau nak harap duit sendiri beli, tak tahu la tahun bila.  Jadi ada yang bermurah hati nak bagi nie,  kita join jelah kan?  Mane tau ada rezki kan.



Mantap kan?  Just promote contest nie dan kalau referrer terbanyak datang dari blog korang, memang berpeluang la nak menang.  Jadi bagi sape-sape yang banyak followers dan trafik tiap-tiap hari mencanak tuh, taknak join?

Contest ini bermula dari 1 Oktober 2010 sehingga 31 Oktober 2010. Cepat-cepat!  Siapa cepat..dia yang punya.


Perhatian:

1. Point akan dikira berdasarkan jumlah pengunjung. Jadi self-click (klik pada link sendiri untuk menambah point) tidak akan berhasil.

2. Pihak kami berhak untuk menukar hadiah yang menyamai nilai asal sekiranya terdapat sebarang perubahan.

3. Pemenang tidak boleh menukar hadiah kepada wang ringgit.

Tunggu apa lagi?  Peluang korang nie. Jom-jom!  Korang pegi ke snie yea  CONTEST.

p/s : kalau tak silap aku, orang klik dari fb korang mmg referrer tak dpt detect..so kena klik dari blog jugak.  Nanti korang tengok pada komen-komen kat blog contest nie yea.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Justin Bieber ( Bibir ) Tak Wujud?

Salam..
Sekarang aku dah tukar career jadi paparazi, haha ( kidding ). Kalau betul la aku jadi paparazi, memang habis semua blogger aku terjah. Snap gambar dari jauh kan? Tengok sape skandal dia. Semua pasal blogger tuh aku hamek tau, tapi tak mungkin la kan? Sebab blogger nie bukan artis, orang nak tau sangat. Mungkin nak jumpe tuh adalah, tapi nak amik tau semua pasal blogger tuh. Takde kot.

Dah, jauh sangat aku membebel tuh. Sebenarnya nak bagitau korang yang Justin Bieber tuh tak wujud!! Frust tak gadis-gadis? Percaya tak?


Betul ke? OMG!!.. Aku baru jek terlihat 1 video dekat facebook tentang Mamat Bibir yang menjadi pojaan hati ramai tu sebenarnya adalah seorang Lelaki berusia 51 tahun!  Dari 16 tahun bertukar ke 51 tahun.  Believe it!

Aku baca dari Website nie, dan memang terbongkar selepas polis jumpa topeng serupa dengan muka Justin Bieber nie.  Dan serius suara orang tua nie memang macam budak 16 tahun!  Korang tengok full video nie yea.




Aku rase macam terkejut bila tengok lelaki tua tuh boleh buat suara macam tuh.  Dan macam mane dia boleh shuffle macam orang muda?  Pelik kan?  Antara nak percaya atau tidak jek.  Tunggu jelah lepas nie, kalau-kalau Justin Bibir keluar album lagi,  maknanye Justin Bibir memang wujud.  Kalau senyap tanpa khabar berita,  memang betul orang tua tulah Justin Bibir yang menjadi pojaan korang selama nie.

Agak-agak ada tak artis lain yang palsu?

p/s : kalau diberi peluang untuk vote orang tua tuh jadi Justin Bibir..korang nak vote tak?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Apa Yang Ada pada 10.10.10?

Salam..
Kita dapat bertemu lagi, terima kasih sebab tanpa jemu korang membaca blog aku nie. Korang memang 'ulat blog' la. Selalu orang duk habaq 'Ulat Buku' sebab rajin baca buku kan? Jadi untuk readers, panggil 'Ulat Blog'. Ok tak macam tuh?

Rasenya dari tahun demi tahun orang berebut nak pilih tarikh 'best' untuk perancangan dorang. Dari 01-01-01, sampai lah ke sekarang 10-10-10. Cantik bukan tarikh macam tuh? Aku rase, pemilihan tarikh ni akan berlanjutan sampai ke tahun 2012. Sebab bulan terakhir ialah 12 kan?


10-10-10!!
Memang tarikh nie menjadi rebutan dan pujaan hati masing-masing.  Kalau korang nak tahu,  bila tiba tarikh 'best' macam nie, ape yang akan selalu berlaku?

1st :
Perkhawinan.
  • Orang akan berebut dan selagi boleh adjust kenduri persandingan tuh ke tarikh tersebut.  Supaya dorang senang ingat kot?  Kalau dah sampai jodoh pada tarikh tuh, alhamdulillah la. Mungkin sebab tarikh nie takkan kita dapat jumpa lagi selepas ini kan?  Sebab itu menjadi rebutan. ( Besok pun ada kenduri khawin kawan aku dan jugak Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina )
  • Semoga berbahagia lah pada sesiapa yang akan melangsungkan perkhawinan besok.

2nd :
Kelahiran.
  • Uwek..Uwek.. Dapat dah adik baru.  Suka kan?
  • Untuk melahirkan anak nie pun ada gak sampai yang duk pening pikir macam mana nak bajet kuaq anak tuh betui-betui tarikh tuh.  Korang ingat senang ke nak adjust?  Cuba tanya mak abah korang..
  • Perlu perancangan yang rapi dan tepat.  Takde yang tertinggal, so waktu yang dirancang dapat di ikoti.
  • Bertuah pada bayi mana yang dapat lahir pada Tarikh sebeginii.  Jangan sampai dapat nama Sepuloh dah la.
3rd :
Hari Istimewa.
  • Hari Istimewa nie banyak maksudnya kan?  Korang pun boleh pelbagai-bagai kan nak buat macam mane hari tuh nampak istimewa.
  • Bagi hadiah istimewa ke dekat pasangan, kawan-kawan baik korang ke.  Jadi dia akan ingat tarikh nie kan?  Ada ke yang declare relationship korang tuh malam nie?  Tunggu aje kan detik pukul 12, terus saje telefon!
  • Dan pada yang birthdaynya pada hari esok, Happy Bufday yea!  Semoga panjang umor.
Aku rase cukup la setakat tuh,  korang ada nak tambah lagi?  Setakat nie, kat atas nielah yang paling top orang duk berebut.  Mana yang agenda lain-lain tuh maybe sampingan saje la,  takde la se'top' kat atas nie. 
Korang nak buat apa pada 10.10.10 besok?  Aku belum pape dah kena kerja. Adeh.
Jangan lupa besok pada sesiapa yang berada di Shah Alam ada Sambutan Pengisytiharaan Bandar Shah Alam. ( 10-10-10 jugak kan? ).

Kita jumpa di 11-11-11 tahun depan pulak yea?

p/s : korang buat la kerja gila sikit bsok..so akan dikenang sampai bila-bila.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Friday, October 8

Gambar Kucing Comel [ U ]

Salam..
Hari nie last aidilfitri kan? Macam mane? Puas tak beraya? Kalau tak puas juga, sila lah sambung tahun depan yea.

Lepas jek open house berakhir, mula la kad kenduri kahwin bersepah-sepah masuk peti surat aku. Sampai naek pelik la posmen yang hantar surat tuh. Asai kad kawin jek, rumah aku. Asal rumah aku jek, ada kad kawin. Tapi tuannya tak sampai seru lagi. Kalau posmen tuh perempuan, mesti aku dah buleh ngorat dia. Ada ke posmen gegurl?

Tengah duk belek-belek, aku terjumpa pic kucing-kucing nie. Memang comel kucing kan? Penawar hati dikala bosan tuh, tapi aku tak buleh bela kucing. Sebab aku sensitif sikit dengan bulu-bulu depa yang tak mandi nie. Rugi jek. Jom share apa yang aku jumpa :

PICTURE 1 :


- "Aku rase nie penyamaran terbaek aku...sampai geng-geng lain tak cam! " -
- " Malas dah gua dapat telinga kecik..jeles dengan Cik Nab " -

PICTURE 2 :


- " Dekat mane aku nie..rase macam dah terlalu tinggi aku panjat " -
- " Ohhh...itu pun aweks aku..dah nampak dari atas nie " -

PICTURE 3 :


- " Mane Jaket bulu aku basuh tadi?  Rasenya macam dalam nie " -
Patut lah ekor nye macam tuh,  mesti selalu masuk Mesin Basuh kan?

PICTURE 4 :


- " Lu nak bagi gua hidung lu yang comel nie ke idak? " -
- " Sory bro..tak buleh bagi2 macam tuh jek..bayar la!!.. Mane ade benda free " -

PICTURE 5 :

Serius nie kucing gangster....


- " Nah..Hamek!!..Lu nak sangat kan?  Gua dah cakap jangan tangkap gambar gua " -
- " Jangan sampai jari gua nie masuk lubang hidung lu..ok? " -

Sekian..Kucing memang binatang yang comel!!

p/s : korang ade tak kucing2 macam nie?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, October 7

Awak...Ingat Tak Dulu? ( part 2 )




Awak...Ingat tak dulu?
Kalau masa nak pergi mengaji,  mesti kita naik basikal sama-sama.  Awak yang jadi pengayuhnya,  saya tumpang jek kat belakang..Kesian tengok awak bawak saya..Berat..

Awak...Ingat tak dulu?
Bila dah habis mengaji jek,  awak mesti bawak saya pegi kedai runcit Pak Abu.  Selalu jek awak belanja saya aiskrim potong..  Balik ke rumah sambil makan aiskrim.

Awak...Ingat tak dulu?
Awak penah bagi saya Tedy Bear kecik,  awak kata barang tuh menang kat 'Fun Fair'.  Memang awak nak hadiahkan kat saya tanda persahabatan kita..So sweet!
Awak...Ingat tak dulu?
Kita belajar pada kelas yang sama masa Darjah 6.  Ke mana saja kita bersama,  study pun bersama.  Tapi masa result UPSR keluar..Awak dapat cemerlang dari saya..Taniah awak!

Awak...Ingat tak dulu?
Awak selalu pesan..Kita akan selalu bersama-sama susah dan senang sampai ke menara gading nanti..Dari sekolah Rendah sampai la ke Menengah,  kita berada di sekolah yang sama jek.

Awak..Ingat tak dulu?
Awak selalu hadiahkan Novel bila tiba harijadi saya.. Dari kecik sampai la dah dewasa,  awak tak pernah miss nak bagi hadiah.. Selalu ade aje Novel baru, sampai penuh dah Novel dari awak saje.

Awak..Ingat tak dulu?
Awak selalu belikan makanan untuk saya kalau nampak saya busy study masa rehat.  Senyap-senyap jek awak datang library bagi roti. Tapi dekat library tak boleh bawak makanan,  sanggup awak sorokkan dalam poket sebab nak bagi saya.  Terima kasih!

Awak...Ingat tak dulu?
Ade sekali tuh hujan lebat sangat. Kita nak balik redah sama-sama,  awak ada 1 baju hujan jek yang awak punye nak pakai.  Tapi awak sanggup bagi saya pakai, dan awak gayuh basikal dalam hujan-hujan tuh.  Habis basah lenjun!..Besoknya awak yang demam..

Awak..Ingat tak dulu?
Awak selalu datang pada saya bila saya dalam kesusahan atau kesedihan.  Nampak je saya monyok sikit,  awak mesti datang membawa harapan, pujuk saya balik..Berjaya pulak tu!

Awak...Ingat tak dulu?
Awak selalu celebrate saya bila saya dapat keputusan yang cemerlang.  Pegi bawak makan mcd ke,  jalan-jalan ke.  Awak nie memang pencetus semangat saya lah..

Awak...Ingat tak dulu?
Saya penah jatuh terlentang dekat kantin,  masa tu semua orang gelakkan saya.  Kawan-kawan saya pun sama.. Saya malu dan nangis kat situ, tapi tiba-tiba awak datang urut-urut kepala saya yg sakit tuh dan ajak saya pegi dari situ.  Sikit pun awak tak gelakkan saya..Alahai...

Awak...Ingat tak dulu??
Bersambung lagi la kawan-kawan.. Aku taip entry nie sambil layan lagu Yang Sempurnakan Ku by Sixth Sense!....

p/s : tiba-tiba hari ni aku pulak yang jadi ngantok...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Tuesday, October 5

Awak...Ingat Tak Dulu?





Awak..Ingat tak dulu?
Saya sebenarnya berjiran dengan awak?..
Rase nak tegur..tapi masa tuh masih budak-budak..

Awak..Ingat tak dulu?
Masa kita mula-mula kenal..Awak angkatkan basikal saya, masa tuh saya terjatuh..
Betul-betul depan rumah awak..Masa tuh awak diam jek..Cute!

Awak..Ingat tak dulu?
Kita naik bas sekolah sama-sama..Kadang-kadang tuh awak tolak saya dari belakang sebab saya lambat sangat.. Yelah, masa tuh rajin sangat bawa banyak buku..Beg jadi berat..

Awak..Ingat tak dulu?
Kita penah kongsi makanan sama-sama?  Masa tuh saya bawak roti sandwich ( mak buatkan ).  Awak takde duit nak beli makanan,  jadi saya bagi separuh roti tuh kat awak..Kita makan sama-sama!

Awak..Ingat tak dulu?
Saya selalu kena buli kat sekolah dengan budak laki-laki yang laen,  dan masa tu awak akan datang protect saya.  Wah..macam superhero saya lah awak nie..

Awak..Ingat tak dulu?
Awak selalu pesan supaya jangan duduk sorang-sorang.. Kena selalu ikot awak..Kena kuatkan semangat!

Awak..Ingat tak dulu?
Asal balik sekolah saje,  awak mesti berkejar-kejar dengan saya.  Sampai dua-dua letih,  lepas tuh awak akan pegi belikan aiskrim dan kita makan sama-sama sebelom naek bas..

Awak..Ingat tak dulu?
Awak penah buatkan kad harijadi untuk saya?  Walaupun awak tak secantik di kedai,  tapi saya sungguh menghargainya..Sebabnya itu usaha awak sendiri.

Awak..Ingat tak dulu?
Awak selalu ejek saya gemok..sebab pipi saya tembam..Saya pulak selalu ejek awak ronggak,  sebab ada gigi awak yang takde...Awak suka sangat makan gula-gula, tuh sebabnya..

Awak..Ingat tak dulu?
Kita pegi panjat pokok rambutan sama-sama, lepas tuh saya terjatuh dan kaki terseliuh.  Awak dukung dan bawak saya balik.  Seronok sangat rase didukung..

Awak..Ingat tak dulu?
Kita penah main hujan sama-sama..Lepas tuh kita main lecak kat padang sekolah sampai habis baju kotor.
Balik-balik je kena marah dengan mak.  Lepas tuh awak ngaku yang awak pakse saya maen skali.  Kesian awak kena marah juga dengan mak saya..

Awak..Ingat tak dulu?.....
Korang rase apa sambungannye?  Saje nak bagi suspen sikit..Tunggu la yea for next episod. Cewah!

p/s : rase-rase bila aku bercerita, boleh tidurkan korang tak?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, October 4

Mesin ATM yang macam mane?

Salam semua..
Rasenye tinggal lagi seminggu untuk kita beraya kan? Minggu depan rasenya dah takde yang buat open house, bermula la musim kenduri kawen plak. Berduyun-duyun la kad khawin akan sampai ke rumah. Jangan lupa jemput kawan-kawan yea. ( Selamat Pengantin Baru pada kawanku Farhan Hani, sory yea tak dapat menghadirkan diri ).

Jadi entry kali nie aku maleh nak taip panjang-panjang.  Saje nak cuci mata,  dah lama rasenya aku tak buat entry buh gambaq pelik2.  Jadi kali nie takdak la pelik sangat.  Cuma agak kelakar bila di lihat.  Korang rase kalau keadaan mesin ATM nie ada kat Malaysia, macam mane?  Jom ramai-ramai bulatkan mata :

Mesin ATM 1 :


- Aku rase ATM nie ade keluar emas kot..sampai berebut macam nie -

Mesin ATM 2 :


- Nie memang kena la dengan mesin ATM yang penuh dengan duit -

Mesin ATM 3 :


- Welcome!!  Siap ada tukang jaga lagi,  nie rase2 buleh hilang tak? -

Mesin ATM 4 :


- Kalau macam nie,  silap-silap mesin tuh buleh kena kencing binatang nanti -
Mesin ATM 5 :


- Tak dapat nak keluar kan duit,  pegi bakor benda tuh... Memang menyusahkan orang lain -
- Ada sesape nak try? -

Mesin ATM 6 :


- Boleh dibawa ke mana-mana saja kan?  Silap-silap bawak balik rumah pun boleh -
- Tak silap aku nie dorang panggil 'Mobile ATM' -

Sudah, sekian terima kasih.  Kalau tiap-tiap hari cerita sedih,  korang pun jadi mual-mual..ye dak?  Jadi sekali sekale kena bubuh gambaq jugak kat blog aku nie,  baru la meriah sikit.

p/s : ade sape-sape nak order mesin ATM?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, October 2

Itulah dia SAHABAT...

Bila kita sedih..
Dia datang gembirakan kita..
Itulah dia SAHABAT..

Bila kita susah..
Dia datang membantu tanpa meminta balasan..
Itulah dia SAHABAT..

Bila kita perjuangkan sesuatu..
Dia datang menyokong kita..
Itulah dia SAHABAT..

Bila kita sakit..
Dia datang dengan membawa harapan..
Itulah dia SAHABAT..

Bila kita kesunyian..
Dia datang menemankan kita..
Itulah dia SAHABAT..

Bila kita ingin meluahkan sesuatu..
Dia datang untuk mendengarnya dengan setia..
Itulah dia SAHABAT..

Bila kita melakukan sesuatu yang salah..
Dia datang menasihati kita..
Itulah dia SAHABAT..

Bila kita tak tenteram..
Dia datang menenangkan kita..
Itulah dia SAHABAT..

Bila kita dalam ketakutan..
Dia datang memberi semangat..
Itulah dia SAHABAT..


Bukan senang sebenarnya untuk mencari seorang SAHABAT kan?

p/s : mintak SAHABAT sekilo!!  boleh cam tuh?huh...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Friday, October 1

DiGi iPhone 4 Life

iPhone 4??


Salam..
Sudah sampai ke task yang terakhir, harap blogger-blogger yang lain pun dah submit yea. Semoga berjaya untuk korang semua.

Untuk task yang terakhir nie, semua Nuffangers diminta untuk membuat sehabis kreatif untuk task kali ni. Jadi sebelum kita pegi ke penghujung nya, meh cerita sedikit ape alasan aku tentang iPhone 4 LIFE nie!

Yang pertama :
1) Membolehkan kita untuk berhubung dengan sesiapa sahaja walau dimana jua. Korang mesti kaki gayut kan? Dah tengok plan DiGi sebelom nie? Murah bukan? Jadi mesti nak gayut saja dengan orang tersayang kan? Itulah dia DiGi!!


- Di mana-mana pun ada 'yellow man nie kan? -

Yang kedua :

2) Boleh surf internet di mana-mana.  Nama pun blogger kan?  mesti selalu nak update blog dengan benda-benda yang terbaru or aktiviti korang masa tuh kan?  Jadi dengan adenya iPhone 4 dan DiGi Plans nie,  maybe korang akan duduk dan sengih sorang-sorang lepas ni!


Dan selama aku join contest nie,  sememangnya my heart can't stop beating!!.. Untuk gambar yang terakhir.  

Jauh di mata iPhone 4 tuh..
Tapi dekat di hati tau!

Sekian sudah,  terima kasih sebab bagi aku join.  Nway,  bagi blogger-blogger yang join semoga berjaya untuk korang!!  Kita lihat siapa pemenang nya nanti yea?  Gudluck! and wish for me to.

p/s : ade sumthing wrong dengan pic aku tuh...aaaaa..

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"