Wednesday, November 16

Cerita Semenjak Dua..

Agak sempoi jugak tajuk entry aku hari ni. Begitu jugak dengan kesempoian tempat aku ber'online' sekarang ni. Nak tau di mana? Nanti aku ceritakan bab lain dulu.

Semenjak dua ni, aku dah memang susah sangat nak update blog, blogwalking blog kengkawan, tegur sana, tegur sini. Kesibukan melanda selepas aku dapat melanjutkan pelarian pelajaran derr.  Rasa macam blur sekejap sebab dah lama tak jadi student, then tiba-tiba otak aku dipaksa menerima celotehan dari pensyarah. Memang ke laut..

Agak lemas jugak la sebab bila buat PJJ nie agak susah sebab kita keseorangan.  Kengkawan pun masing-masing sibuk dengan kerja.  Jadi memang susah nak ada masa bersama untuk study group macam dulu-dulu time diploma kan.  Semua kena usaha sendiri, dan memang aku agak lembap untuk pikap benda-benda gini, bukan apa banyak benda nak kena fikir.  Kerja, rumah, study dan macam-macam lagi lah.  Belum masuk perkara-perkara yang akan memeningkan pale lagi.  Serius dalam keadaan stress sangat-sangat.

Sebelum nie gwa hanya online di lereng-lereng bukit, di kedai-kedai mamak (sampai mamak dah cop muka aku dah), di cawangan-cawangan mcdonal yang berdekatan.(sampai duduk meja hujung-hujung sebab nak online saje, tapi taknak makan..bapak segan!) Sekarang aku dah dapat grab 1 broadband untuk digunakan.*U-mobile!*.

Tempoh percubaan dalam masa seminggu, tapi baru sehari pakai gwa dah menyirap.  Kata tempat gwa bleh dapat line, memang dapat....tapi kena keluar rumah.  Apa cerita?  Taknak komplen sangat pasai berukband ni, perkara biasa la tak dapat line tuh.  Kena usaha nak dapat line, sampai kekadang tu ada yang online dekat dapur la, penjuru rumah la, dekat taman, atas pokok dan pot lain seperti aku pilih sekarang ialah dalam kereta.

Terbaik, aircond pun ada dan boleh dengar radio sekali.  Orang sekeliling gwa mesti cam pelik jek tengok pasaipa budak nie bawak laptop dalam kereta.  Tengok 'blue skrin' ke hape? agak-agak sikit makcik and pakcik yea.  Anak muda ini sedang berusaha untuk berjaya nie! haha..

Aku gelak sorang-sorang dalam kereta ni, dan diselubungi ketakutan.  Yelah mana tau tiba-tiba ada yang terjah kan?  Mau pengsan dalam kereta nie kang.  Tapi sebabkan nak update blog dan cari apa yang sepatutnya ada dalam internet ini,  gwa gagahkan jugak diri ini. *Bangga kejap*


So, sekian sudah cerita yang nak diceritakan pada hangpa semua.  Harap korang setia membaca blog aku nie walaupun dah banyak merapu dah sekarang nie. 

U-mobile dah cuba, pasni nak try maxis pulok.

p/s : ce korang bagi komen broadband mane yang bagus?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

3 comments:

  1. broadband tak pernahnya bagus. membazir je beli :D

    ReplyDelete
  2. kte dah berukband..mmg beruk laaaa..fed up laaaaa..servis cam shit je...kalo bab duit je cepat..lmbt bayor bising..tp line cam hampeh jugak..cesssss

    ReplyDelete
  3. xpyh guna berukband...gunala streamix!haha...

    ReplyDelete

BeSt 4 me: