Saturday, November 5

WAYANG : IN TIME

Salam semua..

Rindu sangat rasa nak update blog nie. Dah banyak sangat terabai,  dulu rajin macam nak buat dekat blog nie,  sekarang dah macam terabai sangat-sangat.  Nanti ku cerita napa terabai sangat nie.

Anyway, ini movie yang paling latest aku baru tengok.  IN TIME lakonan Justin Timberlake dan Amanda Seyfried. Dan ramai lagi pelakon yang terlibat.


Meh aku ceritakan sedikit tentang sinopsis cerita ini :

Cerita yang berkisahkan masa hadapan yang betul-betul menghargai masa yang ada.  Pada zaman ini,  semua manusia akan di berikan 1 jam atau waktu pada tangan depa. ( kalau korang perasan yang kaler hijau dekat tangan justin tu ).  Waktu yang ada pada tangan tu tak kira masa,  ada yang sejam, sehari, seminggu, sebulan dan sedekad pun ada!.

Setiap orang disini akan dapat waktu mereka pada usia dorang cecah sahaja 25 tahun.  Then lepas dah dapat tu,  dorang kena bekerja untuk mendapatkan masa!  Pada zaman ini, duit memang tak penting langsung,  yang penting ada lah masa dan masa itu lah adalah duit! Dalam cerita ini ada dua tempat untuk orang miskin di Ghettos of Dayton,  dan untuk orang kaya adalah di New Greenwich.



Ini lah yang aku cakapkan,  dan setiap bank pada zaman ini bukan simpan duit tapi masa.  Orang sanggup gadaikan macam-macam untuk dapatkan masa.  Sebab bila sampai je masa di tangan tu semuanye 0,  maka dengan itu dorang akan mati.  Macam dah taulah ajal akan tiba,  so kalau taknak mati korang kena bekerja keras untuk hidup lebih lama.




Dia nie adalah The Timekeeper ( Cillian Murphy ).  Dia ini kiranya macam polis la,  menangkap orang yang mencuri masa dan lain-lain la.  Pada zaman ini, kalau orang kena tangkap kan, dendanya di bayar dengan masa di tangan tu.  Rasa macam funny jek.


Dan yang ini pula adalah Phillip Weis lakonan Vicent Kartheiser.  Seorang jutawan yang paling kayes di New Greenwich.  Bapa kepada Sylvia Weis ( Amanda Seyfried ) yang mempunyai kasino di Greenwich dan mempunyai masa yang memang terlalu banyak di tangan.  Kalau korang nak tau umur dia dah mencecah 90 tahun tapi still nampak muda.  Semua orang pada zaman ini nampak semuda 25 tahun tapi sebenarnya dorang dah hidup lama sebab dengan kekayaan masa yang ada pada tangan dorang.

Dan jutawan ni sebenarnya memegang masa selama Sejuta Tahun di dalam peti besi dia!.  Dan misi Justin Timberlake adalah untuk mengambil masa Sejuta Tahun itu untuk diberikan pada rakyat di kawasan miskin dia.  Sebabnya ibu dia mati akibat masa yang tak mencukupi, so dia nak semua orang di tempat dia dapat masa yang lebih lama.

Nak tahu Justin berjaya atau tidak?  Korang kenalah tengok sendiri.  Memang best cerita ni,  yang miskin akan hidup singkat dan yang kaya akan hidup lebih lama.  Memang banyak pengajaran dalam filem ini,  sebabnya korang boleh rasa yang sebenarnya masa itu sememangnya emas!

So, jangan korang buang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah.  Memang cerita ini tak mungkin terjadi di dunia realiti,  tapi korang kena fikir apa mesej yang nak disampaikan di sebalik cerita ini.  HARGAI MASA YANG ANDA ADA!

p/s : lepas tengok cerita ni, mesti rasa taknak buang masa dah kan?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

1 comment:

BeSt 4 me: