Thursday, December 29

WAYANG : MISSION IMPOSSIBLE 4 di IMAX!

Mission Impossible Ghost Protocol.

Filem yang memang aku minat dari mula MI keluar lagi.  Hero yang sama iaitu Tom Cruise! Aku rasa kalau tukar hero lain, mesti cerita MI nie akan hilang 'kick' nya.  Sebab Tom Cruise nie memang ada stail dia tersendiri. Antara pelakon-pelakon lain yang membintangi cerita ini ialah Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton dan ramai lagi.

Filem kali ini, Ethan Hunt (Tom Cruise) dan kumpulannya terpaksa menghadapi pengganas paling merbahaya iaitu Hendricks, yang ingin melancarkan nuklear ke atas US. Bermacam-macam cara digunakan mereka untuk menghentikan niat Hendricks nie. Sehingga lah Presiden terpaksa tunduk pada Ghost Protocol dan IMF jugak tidak akan memberi bantuan kepada mereka dari apa jua sumber. Ini bermakna Ethan dan kumpulannya terpaksa menggunakan apa jua sumber yang ada untuk menghalang niat jahat mereka.  Dapatkah mereka menghalang Hendricks dari menghalang niat jahatnya itu? Korang mesti kena pegi tengok!

Jom tengok trailer cerita ni :



Cerita ini memang best lah kalau tengok! Penuh dengan aksi yang mendebarkan, sampai ada yang melatah la tengok. Paling mendebarkan scene yang dimana Tom Cruise kena panjat Dubai Burj Tower! Memang terbaik. Rugi lah kalau korang tak pi tengok cerita ni.

Then lagi best kalau korang tengok dekat IMAX. Mesti ramai yang dah tau kan, dekat Malaysia dah ade IMAX Cinema ni.  Tau tak kenapa namenye IMAX? Sebab skrinnya tersangat-sangat la besau! lebih besau dari cinema yang biasa.  Kalau korang tengok cerita mesti mata tuh terbeliak jek tengok. Leka lah kejap.  Sebab besau sangat!.  Setakat ni yang aku tau IMAX ada dekat Sunway Pyramid. Korang kena pergi ke TGV, beli tiket untuk IMAX disana.  Harga tiket untuk seat biasa RM22.00, premium RM24.00 dan couple seat RM50.00.

Seat memang banyak dan selesa. Aku nasihatkan korang kalau nak amik seat, amik yang biasa jek. Sebab yang biasa dan premiun takde bezanya pun.  Sama jek view, aku pun tak tahu apa perbezaannya.  Better beli yang biasa, then korang pilih dekat tengah-tengah. Memang puas tengok!!


Nampak dalam gambar macam kecik jek kan? Tapi korang sendiri pergi rasa.  Memang best mata korang tengok. Tak sedar apa, tau-tau cerita dah habis.  Kalau korang nak tengok cerita dekat skrin besau macam ni, better tengok cerita yang aksi-aksi, fantasi atau 3D ker.  Memang boleh layan.

Amacam, taknak pergi try ke?

p/s : sound system nye pada mula-mula akan mengejutkan korang.sebab kuat!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

2 comments:

BeSt 4 me: