Sunday, March 11

Cabaran Hidup Di Akhir Zaman.




Akhir Zaman.

Seperti yang semua tahu, bahawa kita sekarang berada di umat akhir zaman. Zaman di mana banyak berlaku kemungkaran. Dari semua sudut kita boleh nampak maksiat itu berlaku. Zaman teknologi. Zaman dunia di hujung jari. Disebabkan ia dihujung jari la maka Iman kita juga hanya pada hujung-hujung tanduk. Hanya tunggu untuk jatuh.  Jika tidak dapat dijaga dengan betul, maka kita akan hanyut dalam kegelapan.

Bagi mereka yang beriman, hidup di zaman ini adalah sangat mencabar keimanan mereka. Di zaman ini, islam adalah sangat asing. Perkara-perkara yang sunnah kita lakukan akan di pandang pelik, malah kita di katakan ketinggalan zaman.  Contohnya bersugi,berserban,memberi salam pada semua orang dan sebagainya.  Bagi orang yang tidak faham ilmu agama, mereka akan memandang pelik perkara-perkara ini.

Banyak perkara yang berlaku pada akhir zaman ini, sepertimana yang dinyatakan dalam hadis :
  • DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUNSNAH.
  • SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM.
  • ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG.
  • UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI.
  • GOLONGAN ANTI HADITH
  • GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
  • PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU.
  • ISLAM KEMBALI DAGANG.
  • BAHAYA KEMEWAHAN.
  • UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG-ORANG YAHUDI.
  • SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
  • ORANG YANG BAIK AKAN BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH.
  • HARTA RIBA WUJUD DI MERATA TEMPAT.
  • ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR.
  • SEDIKIT LELAKI DAN BANYAKNYA PEREMPUAN.
  • BANGUNAN TINGGI MENCAKAR LANGIT.
  • ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN
  • ISLAM HANYA PADA NAMA.
Islam hanya pada nama. Itu ternyata banyak sekali hari ini.  Hanya ISLAM pada kad pengenalan, tapi langsung tidak berbangga,bersyukur dan menunjukkan yang anda itu ISLAM. Berbanggalah dan bersyukurlah wahai sahabat bila kita ini dilahirkan sebagai seorang Islam. Itu adalah nikmat paling besar Allah beri pada kita. Kenapa kita tidak mahu bersyukur? malah membenci pula hidup sebagai orang Islam. Kerana semua tak boleh, tidak bebas. Dengan kebebasan yang korang nak tu, dapat membawa kebaikan ke? Lihat pada diri itu. Hati jadi tak tenang, selalu gelisah, selalu merungut, mengeluh, semua yang kita buat tak kena.

Zaman sekarang memang mencabar kerana terlalu banyak hiburan melanda kaum islam. Baik di dalam radio mahupun di televisyen, kebanyakkanya menjadikan kita lalai dan leka. Aurat tidak lagi dijaga, malah yang menutup pun belum tentu dia menutup aurat sepenuhnya. Makin ramai yang terpengaruh dengan cara-cara hidup orang Yahudi dan Nasrani.

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Banyak sudah terbukti sekarang bukan? Apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar. Begitu juga dengan perkara-perkara lain. Kenapa kita masih lagi tak sedar dengan kebenaran ini?

Allah telah berfirman :

[1]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[10]
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
[11]
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


( surah Al-Mukminun ayat 1 ~ 11 ).

Jadi bagi orang yang beriman dan percaya,yakin pada Allah Subhanahu Wa Taala jangan kamu berputus asa. Teruskan perjuangan, dakwah dan sebagainya dalam mengajak manusia ke arah kebenaran. InsyaAllah Allah akan tolong. Segala musibah yang berlaku itu adalah ujian dari Allah itu lihat jauh mana keimanan kita. Sedangkan Rasulullah yang dikasihi jugak di uji dengan begitu banyak sehingga di baling batu. Apa lagi kita umatnya yang lemah ini?

Biarlah kita menangis di dunia, di hina, dikutuk, dipinggirkan. Tapi di akhirat yang kekal kelak, kita adalah manusia yang paling bahagia untuk bertemu dengan Allah.  Indah bukan? Kenapa kita perlu rasa rugi di dunia? Sedangkan dunia ini adalah sementara dan banyak penipuan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa menyeru ke jalan petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikit pun daripada pahala-pahala amal mereka sama sekali. Barangsiapa menyeru kepada jalan yang menyesatkan, maka baginya dosa semisal (sama) dosa orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikit pun daripada dosa-dosa mereka sama sekali." - Sahih Ibnu Majah: 0172


Semoga kita semua tergolong di antara orang-orang yang beriman dan mukmin. Wallahualam.


p/s : dunia ini adalah penjara bagi orang-orang mukmin. 

"CAKAP BIAR TERASA"

7 comments:

  1. darii list y ada tu byk y dah kite nampak




    bersedia & beringat ..



    info y sgt berguna =)

    ReplyDelete
  2. semoga perjalanan kita dipermudahkan...

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang zaman yg amat menakutkan..segala yg baik itu nampak aneh di mata mereka..yg haram dihalalkan, yg halal diharamkan,hmm~

    smoga kita sentiasa dlm lindungan Tuhan~


    *singgah dari blog Tira pengemis~

    ReplyDelete
  4. dah banyak tanda2 kiamat yg ada sekarang ni....

    tapi manusia? masih mcm tu juga..

    ReplyDelete
  5. ("Umat" "akhir" "zaman")FUHHH!!!subhanAllah..hanya dengan menghayati setiap satu maksud daripada perkataan ini kita dapat merasakan adanya satu keistimewaan tersendiri,keunikan dan juga tanda tanya dari perkataan tue sendiri.Ini ialah dimana hanya umat yang bertuah sahaja dipilih daripada yang terpilih layak dengan izin Allah S.W.T diberikan kesempatan menjadi umat pada akhir zaman yang unik dan mencabar ini.(Lebih mendalam dan cepat difahami lg umpama "sperma" dimana yang "betul-betul cun,paling top,pantas,lasak dan berani" sahaja mampu ke ovum untuk disenyawakan dari berjuta-juta sperma yg lainnya).fenomena ini dengan erti kata lain juga umat yang benar-benar serius dan berani sahaja yang mampu survive dalam zaman yang penuh cabaran nie untuk memperjuangkan agama dengan sebenar-benarnya,iaitu dimana menjunjung agama Allah S.W.T diatas dan sampaikan dunia terpaksa jatuh jauh kebawah juga segala yang boleh mendatangkan keburukan sebagai contoh nafsu jahat dipijak..diulangi DIPIJAKK!!! terus,mudah-mudahan ini memberi sedikit manafaat berguna kepada sahabat-sahabat dikasihi sekalian.insyaAllah..

    ReplyDelete
  6. Golongan yg pandai berkata kata ..mmg byk..dan suka menasihati..tetapi ...

    ReplyDelete

BeSt 4 me: