Friday, February 24

Tazkirah Jumaat : Hanya Kerana Seekor Lalat.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Berjumpa kita di hari yang penuh berkat. Penghulu segala hari. Jumaat!

Saya nak berkongsi 1 cerita dari sebuah buku yang di beli sebulan yang lepas, memang menarik buku ini dan banyak mesej-mesej dan cerita-cerita dari sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W dulu.


Cerita mengenai hanya seekor lalat, 2 orang sahabat boleh masuk syurga dan neraka.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Salman al-Farisi " Seorang lelaki masuk ke Syurga kerana seekor lalat, dan seorang lagi lelaki masuk ke Neraka kerana seekor lalat."

Beliau bercerita " Dua orang lelaki berjalan melalui sekelompok orang yang sedang menyembah berhala. Mereka tidak membiarkan sesiapa berlalu dari tempat itu sebelum mempersembahkan korban untuk berhala mereka. Kaum itu berkata kepada salah seorang daripada kedua-duanya,

"Persembahkanlah sesuatu untuk berhala"  

Dia menjawab "Aku tak memiliki apa-apa".

Mereka berkata " Persembahkanlah walau seekor lalat".

Lalu dia mengorbankan seekor lalat kepada berhala dan mereka pun melepaskannya. ( Orang ini masuk neraka).

Mereka berkata kepada lelaki yang lain "Persembahkanlah walau seekor lalat"

Dia menjawab " Aku tidak akan mempersembahkan apa-apa kepada selain Allah SWT!"

Lalu mereka memenggal kepalanya. (Orang ini masuk Syurga).

Rasulullah bersabda
" Jangan meremehkan sedikitpun tentang makruf (baik) meskipun hanya menjumpai kawan dengan berwajah ceria (senyum)". (HR. Muslim) 

Jangan kita meremehkan perkara yang kecil, walaupun hanya dengan senyuman. Amalan yang kecil itulah sebenarnya besar di sisi Allah. Sebab bukan semua orang boleh buat, betul tak?

Renung-renungkan.

p/s : hatta dengan solat sunat 2 rakaat pun kalau dibuat nampak besar disisi Allah. walaupun hanya 2 rakaat.

"CAKAP BIAR TERASA"

9 comments:

  1. Senyum sedekah y paling ringan sbenanrnya, in fact.. y org susah nk buat bila jumpe sesama muslim skrg bkn senyum je, tp BAGI SALAM. salah satu tanda kecil kiamat ialah bila sesama muslim, rasa berat utk bg salam walhal salam tu adalah doa sesama muslim.

    ReplyDelete
  2. solat dua rakaat ni umpama penghapus dosa2 kecil ustaz aku cakap..rajin2kanlah diri tuk solat sunat..

    ReplyDelete
  3. nice word:) teruskan menyampaikan walaupun hanya sepatah ayat:)

    ReplyDelete
  4. alhamdullilah tazkirah jumaat yg berguNA =)

    ReplyDelete
  5. Yea..kalau sedekah yang kecil pun sangat susah nak sedekahkan, apa lagi yang besar kan..

    kisah dua ekor lalat itu pun sangat menarik..nice sharing :)

    ReplyDelete
  6. ermmm...interesting bro! keep it up...

    ReplyDelete

BeSt 4 me: