Sunday, July 18

Kesetiaan Seorang Suami Susah Dijangka!

Salam..Korang ape kabar? Macam mane blog aku sekarang? Laju tak korang nak bukak? Kalau ade ape2 kekurangan sila komplen kat Jabatan Pendaftaran Negara yea. Bawak siap la IC korang sekali. Pape jadi lepas tuh, aku tak tanggung. Aku rase macam ade petunjuk jek minggu nie. Tapi tak tau ape maknenye, takde pape rasenye. Mungkin aku yang fikir bukan-bukan. Yelah, dalam minggu nie jek dah 4x aku tengok eksiden depan mata. Adehh, siap tadi buleh plak lori bawak gula terbalik. (tuh la,kdekut gula lagi!)..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Jadi, hari nie aku nak share 1 email yang aku dapat dengan korang. Tentang kesetiaan seorang lelaki! Selalu dengar perempuan jek setia yea? lelaki nie curang jek kan? So, kali nie tengok betapa setianye seorang lelaki. Bukan semuanye tak setia, tapi yang sedikit nie la sebenarnye berharga sangat2 pada kaum wanita. Beruntung la badan bagi sape2 yang dapat laki macam nie kan?

Mari korang hayati cerita nie..Agak2 rase tak paham tuh, bace la banyak kali yea. Tak paham gak? mai jumpe aku na.


AL - KISAHNYE

Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya. 

Aku menyiapkan peralatan dan memintanya menunggu, sebab semua doktor masih sibuk, mungkin giliran dia dalam masa sejam kemudian.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah dan macam tak keruan jek, selang seminit mesti dia tengok  jam tangannya.

Aku rasa tak sampai hati. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang balutan baru. 

Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, nak menunggu doktor lain untuk buat memang agak lambat, jadi aku putuskan untuk melakukannya sendiri..

Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga tampak terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan tengahari bersama istrinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari. 

Dia menceritakan bahawa istrinya sedang dirawat di sana sejak dari dulu lagi dan isterinya mengidap penyakit Alzheimer.( macam penyakit pelupa laa..dalam bahase laen nyanyuk)


Lalu aku tanya apakah isterinya akan marah kalau dia terlambat?. Dia menjawab bahwa isterinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Hari-hari pakcik nie melawat isterinya tanpa jemu. Meluangkan masa selagi hayatnye ade.

Aku sangat terkejut dan berkata, "Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun isteri pakcik tidak kenal lagi?? "

Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata, "Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia, kan?"

Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku rase kagum dengan kesetiaan pakcik tadi. Cinta dan kasih sayang seperti itulah yang ramai inginkan. Beruntung isteri pakcik tuh mendapat kasih sayang seperti ini.

Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang tidak akan pernah terjadi.

Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting: Orang yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.

Sesungguhnye Cinta tuh tak cukup dengan hanya memberi dan menerima, tapi lebih bermakna dengan pengorbanan yang dilakukan!

p/s : baru2 nie ade akak ipar kawan aku meninggal(sakit ape aku tak ingat). Tapi kesian kat suami nye yang tunggu sampai isteri nye sedar dari koma( agak lame gak la dia koma) Tapi akhirnye isteri dia 'pegi' dulu tinggalkan suami dan anak2 dia.. Al-fatihah...

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

6 comments:

  1. betul ape yg ko ckp 2.. cinta x ckp sekadar memberi n menerima.. salah sorg mesti bertolak ansur n cuba baiki mane yg kurg..

    ReplyDelete
  2. susah nak cari lelaki yg mcm nih sekarang.. if boley jadi lah salah seorang lelaki yg mcm nih.. :) hehee..

    ReplyDelete
  3. huhuuu...aku xnak ckp pasal hal ni. Cinta tu....kdg2 terlalu sakit. Sakit yg amat!!!!! huhuuuu....xmo ckp da...xmo3 (T_T)

    ReplyDelete
  4. nabiel kalau kau lelaki sebegitu..jOm kawen dgn aku..wahahaha~gurau2


    http://www.faezahannahalbaj.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. sweet.. tapi biasanya lelaki nak menjangkau 40an perangai dia pelik sikit. Ade orang cakap 'umur2 macam ni time dia nak mengatal balik'
    betul ke sensei? :P

    ReplyDelete
  6. ni le entry pling terbaek pnh aq bace.. tenkz ..

    ReplyDelete

BeSt 4 me: