Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan keizinanNya untuk mengupdate blog
lagi. Ingatlah segala idea yang kita dapat itu semua dari Allah. Dan
segala apa yang kita taip samada kebaikan atau kemungkaran, lagha dan
sebagainya ada pencatitnya dikiri dan kanan kita. Jika baik, cantiklah
buku amalan kita nanti. Jika kemungkaran, fikir-fikirkan lah sendiri.
Baru je rasa join team hijrah nie, mungkin ada antara korang yang dah join lama kan. Kebetulan masa baru je join, tengok dorang ada organize 1 kempen iaitu Kempen Tutup Aurat dan StreetDakwah. Sebenarnya bukan dari teamhijrah saja, tapi dari teamkhemah pun ada juga. Nanti saya akan link kan ke group ini di akhir entry yea.
Jom kita tengok dulu gambar-gambar di sekitar kempen ni.
Dan gambar yang terakhir ini salah seorang daripada mereka di interview dari AlHijrah. InsyaAllah akan keluar pada berita di Al Hijrah pada pukul 8 malam ini.
Macam mana ramai bukan? InsyaAllah nanti mereka akan buat lagi kempen-kempen sebegini di negeri-negeri yang lain jika di beri kesempatan. Semoga segala usaha mereka ini diberkati, dipermudahkan dan semoga dapat membuka hati ramai remaja diluar sana untuk berubah.
Banyak lagi kempen yang akan dilakukan, bukan hanya Kempen Tutup Aurat sahaja. Kalau ada antara korang yang berminat untuk mengetahui lagi kempen-kempen yang lain. Atau untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Boleh la singgah ke group mereka di facebook yea.
Di ucapkan taniah kepada semua yang menjayakan kempen ni. InsyaAllah nanti jika ada kesempatan saya pun akan turut serta. Kredit pada yang share gambar-gambar ini. Dan ada ujian mereka semasa melakukan kempen ini. Nak tau ceritanya? Boleh singgah ke blog nie yea.
Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan keizinanNya untuk mengupdate blog
lagi. Ingatlah segala idea yang kita dapat itu semua dari Allah. Dan
segala apa yang kita taip samada kebaikan atau kemungkaran, lagha dan
sebagainya ada pencatitnya dikiri dan kanan kita. Jika baik, cantiklah
buku amalan kita nanti. Jika kemungkaran, fikir-fikirkan lah sendiri.
Ramai yang tahu kelebihan hari-hari pada bulan Ramadhan, Rejab dan Syaaban. Tetapi ramai yang terlepas pandang pada bulan ini, Dzulhijjah. Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Apa yang kita tau pada bulan ini hanyalah hari raya. Pergi surau atau masjid, solat sunat raya dan kemudian tengok pakcik-pakcik sembelih lembu, kerbau atau kambing. Kemudian kita beratur untuk ambil bahagian daging masing-masing.
Selain itu yang kita tahu adalah pada waktu ini jutaan umah manusia berkumpul di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. Itu sahaja lah pengetahuan kita tentang bulan Dzulhijjah.
Jadi entry kali ini nak menceritakan kelebihan sebenarnya pada 10 hari awal bulan Dzulhijjah yang kita tak berapa nak perasan atau tidak tahu. Jadi bila dah tahu ni, kenalah amalkan dan sampai-sampaikan, jika tidak. Besok di akhirat kelak, kita akan dipersoalkan.
Jom kita lihat kelebihan yang ada pada bulan Dzulhijjah ini :
Telah di nyatakan di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Fajr ( ayat 1 hingga 3 ).
Allah berfirman :
1 - Demi waktu fajar.
2. Dan malam yang
sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)
3. Dan bilangan yang
genap serta yang ganjil
Daripada Jabir r.a, dari Nabi s.a.w bahawa baginda telah bersabda :
" Sesungguhnya yang sepuluh itu ialah sepuluh hari-hari haji, dan yang
ganjil itu hari arafah
(9 Dzulhijjah), dari yang genap itu hari raya
korban (10 Dzulhijjah)"
(Riwayat Ahmad)
Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" Tiada suatu hari yang lebih utama di sisi Allah melebihi hari-hari sepuluh (awal) Dzulhijjah"
(Riwayat Ibnu Hibban)
Kemuliaan pada 10 hari awal Dzulhijjah ialah :
Daripada Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah bersabda :
"Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari tertentu yang paling
disukai oleh Allah melebihi amal soleh pada hari-hari ini" (iaitu 10
hari awal Dzulhijjah).
Para sahabat bertanya : "Ya Rasulullah! Ia melebihi (semua amalan) walaupun dibandingkan dengan berjihad pada jalan Allah?"
Jawab Rasulullah : "Walaupun dengan amalan jihad pada jalan Allah.
Kecuali orang yang keluar berjihad dengan nyawa dan hartanya, lalu dia
tidak pulang dengan apa-apa.
(mati syahid dan hartanya habis)".
(Riwayat
Abu Daud).
Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tidak ada suatu hari yang lebih agung disisi Allah dan tidak pula ada
amalan yang lebih baik dicintaiNya selain amal yang dikerjakan pada
sepuluh awal bulan Dzulhijjah, maka perbanyakkanlah padanya
tahlil,takbir dan tahmid."
(Riwayat Ahmad)
Hari arafah adalah sebahagian dari 10 hari
awal Dzulhijjah. Ia merupakan hari kebanggaan Islam, hari pengampunan,
hari terbebeas dari siksaan neraka dan hari yang mempunyai kemuliaan
tersendiri. Pada malam hari arafah, Rasulullah akan berdoa untuk umatnya
sehingga menangis-nangis.
Kita yang tidak mampu untuk menunaikan haji ada jugak amalan yang boleh kita lakukan. Jangan bagi alasan kita tidak melakukan haji, jadi tak perlu buat apa-apa. Setiap amalan akan dihitungkan dengan Allah. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Antara amalan yang kita boleh lakukan ialah :
Bertaubat dan memperbanyakkan istighfar. -Sekurang-kurangnya 70~100x sehari. Tak dapat buat banyak macam itu, kita
baca penghulu segala istighfar. Sekurang-kurangnya pagi sekali dan malam sekali.
Daripada Abdullah bin Bisr bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
" Beruntunglah orang yang mendapati (di akhirat kelak) pada suratan amalnya istighfar yang banyak"
( Riwayat Ibnu Majah )
2. Memperbanyakkan zikrullah. (Tasbih,tahmid dan takbir. Bertahlil dan berdoa.)
Doa yang paling afdal ialah pada hari arafah.
Rasulullah s.a.w bersabda "Sebaik-baik do'a adalah do'a pada hari 'Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para Nabi sebelumku katakan adalah :
(Tiada Ilah melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya
lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha menguasai atas segala
sesuatu) "
(Riwayat al-Tirmidzi).
3. Menjaga Ibadah Solat yang Fardhu dengan berjemaah dan memperbanyakkan solat-solat
sunat.
4. Berpuasa. (Berpuasa dari 1~9 Dzulhijjah).
Hari-hari yang disukai Allah semua ada kelebihan, jadi 10 hari awal
Dzulhijjah juga ada
kelebihan. (pada hari arafah (bagi yang menunaikan haji) dan hari raya haji
tidak digalakkan berpuasa.)
5. Membaca Al-Quran.
6. Melakukan ibadah korban.(ibadah korban adalah seafdal-afdal sedekah)
Daripada Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" Hendaklah kamu melaksanakan qiyamullail. Sesungguhnya ia adalah amalan para salihin sebelum kamu, sesungguhnya qiyamullail itu alat mendekatkan diri kepada Allah, pencegah dari dosa, penghapus bagi kejahatan dan penolak penyakit dari jasad "
(Riwayat al-Tirmidzi)
Itu sahajalah perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat untuk semua dan dapat diamalkan. Rebutlah peluang yang ada, selagi kita masih hidup. Sebelum kita mati dan hidup semula untuk memulakan hidup yang kekal. Syurga atau Neraka?
Sekiranya kita tidak mampu untuk
memperbanyakkan amalan pada hari-hari yang disukai Allah, jangan lah
pula kita melakukan maksiat yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Sedar
dan malulah bahawa kita ini hanya hamba dan banyak nikmat yang telah
Allah berikan. Wallahualam.
dipetik dari kitab "Al-Anwar" karangan Ustaz Mohd Hazri bin Hashim al-Bindany.
Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan keizinanNya untuk mengupdate blog lagi. Ingatlah segala idea yang kita dapat itu semua dari Allah. Dan segala apa yang kita taip samada kebaikan atau kemungkaran, lagha dan sebagainya ada pencatitnya dikiri dan kanan kita. Jika baik, cantiklah buku amalan kita nanti. Jika kemungkaran, fikir-fikirkan lah sendiri.
Sekarang ini ramai yang sudah dekat dengan agama. Ramai yang sudah kunjungi masjid,surau untuk mendengar ceramah, kuliah atau belajar agama dengan guru-guru seperti di atas. Alhamdulillah. Syukur sangat dapat berguru dengan mereka semua.
Kita semua memang saya pada para guru. Sayang sangat. Ada yang kita sekarang suka bergambar dengan mereka sebagai kenang-kenangan. Bersalaman untuk keberkatan. Tapi ada yang diantara kita lupa adab kita pada guru. Sebab terlalu seronok dan sayang pada guru sampaikan kita lupa untuk menjaga hati guru kita. Jangan sesekali bagi guru kita berkecil hati, takut keberkatan ilmu kita dapat tu hilang nanti.
Jadi apa kata kita menjaga adab kita dengan guru. Jangan kerana terlalu 'sayang' itu sampai kita lupa akan adab-adabnya. Antara adab-adab yang perlu kita jaga bila dengan guru ialah :
Apabila bertemu dengan guru maka hendaklah ia memberi salam terlebih dahulu.
Jangan memperbanyakkan percakapan di hadapan guru.
Jangan bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
Jangan bertanya kepada guru sebelum ia meminta izin.
Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata si fulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.
Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui dari gurunya.
Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk di tepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.
Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.
Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan Nabi Musa A.S bagi Nabi Khindir A.S seperti yang disebutkan dalam Al-Quran :
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke
sebuah perahu, ia
membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau
membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan
penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara
yang besar". ( surah al-Khafi ayat 71)
Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkarannya itu. Kerana ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja.
Jadi itulah antara adab-adab kita dengan guru. Semoga ia bermanfaat untuk semua, dan supaya kita semua dapat menjaga adab kita dengan guru. Jangan buat macam kawan-kawan, cakap tak berlapik. Bergambar kita pun sampai letak tangan atas bahu guru. Kan tak beradab tu. Walaupun guru kita itu mesra dan nampak macam tidak kisah, tetapi kita tidak tahu hatinya macam mana. Guru ni akhlak dia mulia, takkan dia nak tolak saja-saja permintaan anak murid dia. Mesti dia akan tunaikan.
Tapi bila dia dah tunaikan, jangan pula kita ambil kesempatan. Semoga kita semua memperolehi keberkatan dalam mencari ilmu. Dan semoga semua istiqomah dan dapat beramal dengan ilmu yang kita perolehi yea. InsyaAllah.
Sumber : Kitab Bidayatul Hidayah.
p/s : Bila pergi menutup ilmu tu, tinggalkan lah dunia ni kejap. Tutup atau silentkan handphone anda tu.
Alhamdulillah. Diberi kesempatan lagi untuk update blog.
Rasa dah lama tak bercerita tentang progress gigi saya ni. Sebenarnya dah jauh dari kisah yang PART 3 dulu. Yup dari treatment masa tu, gigi saya belum diketahui lagi dicabut sebelah mana. Dan setelah beberapa minggu lepas itu barulah gigi dicabut.
Dan untuk pengetahuan semua, gigi saya telah pun hilang 4 batang sekali. Minggu pertama, doktor cabut 2 batang dulu, dan masuk minggu seterusnya 2 batang lagi. Semuanya bersebelahan dengan gigi taring. ( maaflah gambar takde, segan aihhh.. macam orang tua dah )
Cabut gigi ni di hospital kerajaan, sebabnya murah. Sebatang seringgit je. Kalau dekat klinik swasta paling rendah RM80. Beza kan? Padahal sakitnya sama jek, takde beza pun. Cuma cara cabutan tu, doktor dari hospital kerajaan ni dia ranggi sikit. Jadi sukahati pulas gigi tu nak bagi cabut. Serius ngeri tengok!
Tapi memandang masa tu dapat doktor perempuan muda, pandai lak pujuk jangan takut. Sejuk hati. Tapi serius kalau tengok playar nak cabut tu, mau angkat kaki je.
Haa..itu lah playarnya!
Tapi jangan risau, takkan sakit. Sebab dah ada bius kan, tapi 24jam lepas itu pandai-pandai korang lah tanggung sakitnya. Nak makan susah, minum jelah. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Selesai saja ke semua gigi dicabut, maka hilang lah penderitaan yang dinantikan.
Kalau setakat gigi sengal-sengal bila tukar wire baru tu dah biasa, tapi hilang gigi nie luarbiasa sikit. Kena banyak-banyak bersabar.
Perkara yang biasa akan kena pada pemakai braces ni ialah bibir luka sebab bergesel dengan besi, dan selalu jugak akan tumbuh ulser, jadi banyakkan minum air, pastu bibir akan selalu kering, lidah pun boleh luka,dinding pipi yang kat dalam tu pun boleh luka. Macam-macam lah. Susah nak makan, cakap kadang-kadang macam pelat sikit. Itu normal la.
Dan sekarang nie, alhamdulillah dah pasang wire baru selepas cabutan gigi. Dan sekarang nak maintain sampai semua tersusun je. Makan masa setahun lebih jugak. InsyaAllah, kalau rasa nak upload gambor wire sekarang ini, nati saya upload la yea. Sebab wire yang baru nie doktor pasang semacam, sebab ada pintal-pintal nk bagi gigi rapat.
Dan juga ada glue diletakkan di gigi belakang, supaya gigi saya atas dan bawah tidak berlaga. Tidak boleh mencengkam dalam erti kata lain. Jadi boleh bayangkan macam mana nak makan bila kita tidak boleh nak mengunyah? Haa. Bayangkan lah sendiri yea.
InsyaAllah nanti akan ada sambungan lagi.
p/s : siapa yang nak pakai braces tu, bila lagi? hehe. (azab cabut gigi dah lepas)
Alhamdulillah. Dapat lagi berpeluang untuk update blog. Harap penulisan ini dapat memberi manfaat pada semua. Amiin.
" Apalah dosa aku nie sampai Allah duga macam ini skali? "
" Allah tidak Adil! Kenapa teruk sangat aku kena! "
" Lepas satu satu dugaan datang.."
" Ya Allah, tak larat dah kena macam nie..tolong lah bagi kebahagiaan "
Dialog di atas mungkin sering kita dengar bagi yang menerima musibah dari Allah. Banyak lagi lah rungutan kita bila terkena sesuatu ujian atau musibah. Ada yang boleh tahan,sabar dan selalu bersangka baik pada Allah. Ada juga yang kecundang, makin menjauhkan diri dari Allah.
Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Tiada sebab untuk Dia berlaku kejam. Allah sayang sangat pada hamba-hambanya tanpa korang sedar. Contoh macam ibubapa marahkan anak mereka jika buat salah, tak mungkin ibubapa itu benci anak mereka. Mereka marah sebab sayang.
Jadi Allah sayang kita, Dia akan uji kita. Lihat kekasih kita Rasulullah? Adakah Rasulullah hidup senang lenang dengan harta yang banyak? Tidak. Tetapi Rasulullah hidup penuh dengan kesusahan dan ujian. Memang jalan kita untuk dapat dekatkan diri dengan Allah penuh dengan duri dan liku-liku yang susah.
Sebenarnya dari setiap ujian dan musibah itu ada mesej Allah yang tersembunyi samada kita sedar atau tidak sedar. Antara mesej tersebut ialah :
Melatih agar kita bersabar.
Menyucikan hati dari sifat-sifat mazmumah.
Menguatkan iman seseorang Mukmin.
Agar manusia lebih dekat dengan Allah.
Mungkin Allah rindu untuk mendengar rintihan hambaNya.
Supaya darjat umat dapat ditingkatkan.
Musibah juga ditimpakan akibat manusia memutuskan hubungan dengan Allah.
Supaya manusia dapat mengambil pengajaran dari musibah tersebut.
Musibah menguji tahap iman seseorang.
Indikator bahawa Allah itu Maha Perkasa dan manusia pula hamba yang sangat lemah dan tidak mampu lari dari musibah.
Bagi menjadikan doa dan taubat itu betul-betul ikhlas. Manusia yang baru saja ditimpa musibah berada dalam keadaan yang lemah dan berharap di hadapan Pencipta-Nya. Ini boleh menghadirkan doa dan taubat yang tulus.
Membangkitkan orang yang diuji dari kelalaian atau terlalu fokus pada nikmat dunia.
Kadangkala orang yang ditimpa musibah akibat perbuatan orang lain. Keadaannya kini dikira orang teraniaya. Maka Allah telah merahmati dengan mengurniakan doa yang makbul.
Musibah sumber pahala dan kebaikan.
Musibah juga menunjukkan dunia ini hina dan tiada apa-apa jika dibandingkan dengan akhirat. Dunia hanya jambatan ke syurga atau neraka.
Sesungguhnya pilihan Allah ialah pilihan terbaik berbanding pilihan seorang hamba. Begitu juga dengan musibah, ia adalah pilihan Allah buat hambaNya.
Kadangkala manusia tidak tahu akibat dari sesuatu perbuatan. Dengan adanya musibah, manusia dapat mempelajari sesuatu iaitu "akibat".
Lihat betapa sayangnya Allah pada kita kan? Ada hikmah di segala apa yang terjadi pada kita. Jadi bila sesuatu perkara itu terjadi, hendaklah kita muhasabah diri. Kita sedar kita masih melakukan dosa yang sama, tapi dalam masa sama kita tidak mahu kena pada musibah. Tidak boleh macam itu.
Allah boleh membiarkan kamu tanpa musibah. Boleh! Tapi Allah sayangkan kita, Dia tidak mahu kita terus leka dengan dunia dan akhirnya melupakan Dia. Ingatlah wahai sahabat, setiap musibah Allah turunkan itu pasti ada hikmahnya. Yang penting kita sepatutnya lebih dekati diri dengan Dia, bukan makin menjauhkan diri. Selalulah bersangka baik pada Allah.
Jika kita rasa hidup kita susah, ingat diluar sana ada yang lebih susah dari kita. Dan jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih senang dari kita, tapi bandingkan dengan orang yang lebih susah dari kita. Dari situ nanti kita akan belajar bersyukur dengan apa yang kita ada.
Semoga bermanfaat buat semua. Wallahualam.
Sumber : Solusi.
p/s : selalu tenung diri kita, adakah betul-betul kita sudah menjalankan apa yang Allah perintah?
Semoga kita dapat jadikan ini sebagai amalan. Berdoa, yakin dan bertawakal kepada Allah.
Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di
bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui
tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam
kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang
berkenaan.” – (Surah Hud:6)
Menurut Hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam
r.a, beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy’ariyyin yang
baru sampai daripada perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka
mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan makanan
daripada Nabi S.A.W.
Apabila para utusan kaum tersebut tiba di rumah baginda Rasulullah
S.A.W, beliau mendengar baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ke-6
daripada surah Hud ini. Utusan tersebut pulang semula kepada keluarganya
dan tidak jadi meminta makanan daripada Rasulullah kerana berasa yakin
dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah.
Setibanya beliau kepada kaum keluarganya tanpa diketahui kaum
keluarganya , datanglah dua orang lelaki membawa roti dan daging untuk
mereka. Walaupun mereka telah menikmati makanan tersebut sepuas-puasnya
masih banyak lagi baki yang tnggal. Akhirnya mereka meminta agar
diberikan kepada Rasulullah S.A.W untuk diagihkan kepada orang lain yang
memerlukan makanan.
Selepas itu mereka bertemu dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah S.A.W menafikan penghantaran makanan itu.
Sahabat yang merupakan utusan keluarga tersebut akhirnya membuat
pengakuan yang dia tidak meminta makanan daripada Nabi Muhammad S.A.W.
Rasulullah S.A.W kemudiannya menyatakan itulah dia rezeki Allah yang
Allah janjikan buat makhluk-Nya. (Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur,
tafsir ayat ke-6 surah Hud)
InsyaAllah, sama-samalah kita amalkan dan sampai-sampaikan yea.
Alhamdulillah. Pada sabtu lepas ( 8 September 2012 ) telah berlangsungnya program USA ( Ustaz Sayang Anda ) di Stadium MBPJ Kelana Jaya. Program yang menggabungkan Ustaz-Ustaz yang di kenali dan di minati ramai juga. Semuanya berkongsi pengalaman di atas 1 pentas. Jarang sekali kita dapat melihat program yang menggabungkan sebegitu ramai Ustaz. Jadi taniah kepada yang menganjurkan program ini dan juga kepada sukarelawan-sukarelawan yang menyumbang tenaga bagi menjayakan program ini.
Jom kita tengok gambar-gambar sekitar program yang berlangsung di sana.
Kehadiran Ustaz Don dan isteri di sambut oleh crew-crew program ini.
Sesudah kami solat Asar berjemaah. Program dimulakan petang itu dengan Forum bersama IM Asyraf, Ustaz Badlishah dan Ustazah Norhafizah. Pada waktu ini hujan renyai-renyai. Alhamdulillah rahmat dari Allah.
Antara yang hadir awal. ( Selamat pengantin baru Ustaz Don ).
Selesai forum, semua solat maghrib berjemaah dan bacaan yaasin yang di kendalikan oleh Syeikh AbdulKarim Omar dan Ustaz Don. Selesai saja yaasin dan bacaan doa, solat Isyak dan bermulalah acara yang dinanti-nantikan bersama dengan semua Ustaz. Dimulakan dengan :
Dan ini antara artis-artis yang datang memeriahkan program :
Dan gambar-gambar yang lain juga :
Dan program pada malam itu di hos kan mereka berdua ni. :
Hos : Man Raja Lawak dan Ah Chong.
Pada malam itu program ditutupkan dengan persembahan dari Mawi dan Akil Hayy. Terima kasih dan taniah di ucapkan pada semua yang hadir, dan pada mereka yang menyumbang tenaga. Dan juga ribuan terima kasih kepada para-para ustaz dan ustazah yang hadir berkongsi ilmu dan pengalaman pada kami semua. InsyaAllah, jika mendapat sambutan program ini akan diadakan lagi.
Dan kenangan untuk saya malam itu :
Alhamdulillah. Dapat juga menyumbangkan tenaga dan bertemu dengan sahabat-sahabat baru.
Dan bagi sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan program ini boleh klik di sini ( Ustaz Sayang Anda ). Dan kredit kepada MuhdArifAiman di atas gambar-gambar di atas. Semoga kita bertemu lagi InsyaAllah.
Dan sedikit perkongsian video yang dirakam. Untuk video yang lain, boleh tengok pada link yang sama ye.
p/s : dulu berada di depan pentas..sekarang belakang pentas.
Semua makhluk menginginkan Cinta dari Pencipta kita. Cinta yang teragung. Sebab bila kita dapat meraih cinta dari Dia, semuanya akan dipermudahkan. Dan kita sendiri akan dapat menempuh segala dugaan dengan tenang, hati bahagia. Tiada rasa gundah gulana dengan hal duniawi.
Dari setiap sudut Allah tunjukkan jalan kepada kita. Berbahagialah pada orang yang mendapat cinta dan kasih sayang dari Allah.
Alhamdulillah, diberi juga daya dari Allah untuk membuat entry. Maaflah yea membiarkan blog ini tidak berupdate. Kadang-kadang nak menulis nie memerlukan idea juga, bila mencurah-curah datang dah tak tahu plak nak taip yang mana satu, jadi semua dalam draft je.
Jadi saya nak update yang ini dulu lah, sebab dah lama sangat.
Antara faktor-faktor bagi kita meraih cinta Allah S.W.T ialah :
Dengan Al-Quran Al Karim.
Antara faktor yang besar manfaatnya dan disukai Allah. Ialah kita berpegang pada Al-Quran. Kitab yang sangat agung dan yang di wasiatkan oleh kekasih kita Rasulullah Shallallahu'Alaihi Wasallam kepada umatnya. Kita tidak akan berjaya dan beruntung kecuali dengan membaca, merenung dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.
Kita akan hidup dalam kemerosotan nilai dan kehancuran prinsip dan pendidikan, jika kita berpaling daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.
Bila kita berpaling dari Al-Quran, hati kita akan mati dan kita akan kehilangan cahaya yang berkilauan, kehilangan sinar yang gemerlapan dan kehilangan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah, kecuali orang yang dirahmati Allah.
Bila kita membaca Al-Quran sebenarnya seolah-olah kita membaca sejarah kehidupan Rasulullah.
Rasulullah seolah-olah Al-Quran yang berjalan di permukaan bumi ini.
Rasulullah sentiasa memposisikan darjat manusia sesuai dengan kadar kedekatan dan interaksi mereka dengan Al-Quran, dan baginda juga memuliakan dan menghargai mereka sesuai dengan kadar hafazan mereka terhadap Al-Quran.
Anas bin Malik R.A berkata " Suatu ketika Rasulullah S.A.W mengirimkan pasukan tentera untuk berperang di jalan Allah.
Maka Rasulullah bertanya kepada mereka,
"Siapakah di antara kalian yang telah menghafaz Al-Quran (seluruhnya)?"
Mereka semua diam. Baginda bertanya lagi
" Adakah diantara kalian yang telah menghafaz beberapa surah daripada Al-Quran?"
Salah seorang daripada mereka menjawab
"Saya wahai Rasulullah."
Baginda bertanya lagi.
"Apa yang sudah kamu hafaz?"
Dia menjawab,
"Saya sudah menghafaz surah Al-Baqarah"
Maka Rasulullah berkata kepadanya.
"Kalau begitu, berangkatlah dan kamulah pemimpin mereka."
(At-Tirmidzi, no 2876; Ibnu Khuzaimah,no.2524,Ibn Hibban,no 2007,2553; An-Nasa'i dalam As-Sunan Al-Kubra,no.8656 dan Al-Hakim,no.1657. Lihat Dha'if At-Tirmidzi,no.1036)
Beginilah kriteria pemimpin yang diajarkan oleh Islam. Orang mendekati dirinya dengan Allah, Al-Quran dan Al-Sunnah. Baginda sendiri solat membaca sehingga 3-4 surah 1 rakaat. Sahabat-sahabat dulu semua berinteraksi dengan Al-Quran. Jika masuk ke rumah mereka, pasti akan dapat melihat Al-Quran tergantung.
Jadi faktor yang pertama ialah mendekatkan diri kita dengan Al-Quran, membaca, hidup sentiasa berinteraksi dengan Al-Quran, mentadabburinya dan mengulang-ulanginya serta mengamalkannya.
2. Melepaskan Dunia (Tajarud'Aniddunya) dan Zuhud Terhadapnya.
Tidak terlalu berkeinginan terhadap kehidupan dunia dan dia sentiasa bersikap zuhud.(meninggalkan kesenangan duniawi).
Salah 1 peringkat yang paling agung dalam mendekatkan seorang hamba kepada Allah Ta'ala adalah ketika dia mengeluarkan kecintaannya terhadap dunia daripada dalam hatinya.
Ketika kita keluarkan kecintaan kita terhadap dunia dari hati kita dan gantikan dengan kecintaan kepada Allah semata, nescaya Allah akan mencintainya.
Janganlah kita menjadi hamba kepada kemewahan dan kesenangan di dunia.
Rasulullah bersabda :
" Celakalah orang yang menjadi penghamba dinar, celakalah orang yang menjadi penghamba dirham, celakalah orang yang menjadi penghamba kemewahan dan celakalah orang yang menjadi hamba kemegahan, celaka dan binasalah mereka semua, kalau dia sudah jatuh tersungkur, maka dia tidak akan boleh untuk bangkit kembali"
(Al-Bukhari,no 2887).
Mengapa mereka celaka? Kerana dia telah menjadi hamba hawa nafsunya. Allah berfirman :
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah
Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah
Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil
pelajaran? " (surah al-jatsiyah ayat 23)
Janganlah kita menjadi hamba dunia sehingga tidak boleh menghadiri majlis-majlis ilmu dan dakwah Islamiyyah dan tidak sempat lagi untuk berzikir dan membaca Al-Quran kerana kecintaan kita kepada dunia.
Dalam kita sahih Al-bukhari, Abdullah bin Umar R.A berkata, Rasulullah memegangi kedua bahuku seraya berkata :
" Jadilah kamu seolah-olah seorang yang asing atau seorang musafir di dunia ini "
(Al-Bukhari,no6416 dan Ahmad,no 4750,4982)
Maksud meninggalkan kemewahan dunia di sini adalah kamu mengambil sesuatu yang bermanfaat bagimu daripada dunia ini, sehingga tidak terlalu menyibukkan dan melalaikanmu, tetapi menjadi penolong bagimu dalam berbuat ketaatan kepada Allah.
3. Qiyamullail (Solat Malam).
Faktor ketiga untuk meraih cinta Allah ialah dengan solat di malam hari. Solat-solat sunat seperti tahajjud dan solat witir. Mengadukan keadaan kita yang sesungguhnya kepada Allah.
Allah menyebutkan salah satu karakteristik hambaNya yang bertaqwa adalah gemar melakukan qiamullail. Seperti dalam firmanNya :
" Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohon keampunan di waktu pagi sebelum fajar" (Surah Adz-Dzariyat 17-18)
Rasulullah sangat mengalakkan umatnya untuk sentiasa melakukan qiamullail. Qiamullail boleh di laksanakan walaupun kita hanya menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh tiba. sekitar setengah atau sepertiga jam sebelum subuh. Agar kita tergolong didalam golongan yang sentiasa mengingati Allah pada saat-saat indah itu.
Daripada Abu Hurairah R.A berkata ; Rasulullah S.A.W bersabda :
" Allah S.W.T turun ke langit dunia, tatkala sepertiga waktu malam masih tersisa, Allah menyeru. "Adakah di antara hambaKu yang berdo'a kepadaKu, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah di antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya? Adakah di antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya"
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Untuk mudah bangkit qiamullail ialah dengan tiada melakukan dosa di siang hari, perbanyakkan bertasbih,bertahmid dan bertakbir sebelum tidur itu. Tidur di siang hari, dan juga kita kena tekad untuk bangun malam untuk melakukan solat.
Qiamullail ini adalah sunnah Rasulullah dan sebagai lambang kejayaan Islam.
Peluang ini kita ambil, untuk luahkan segalanya kepada Allah, kerana pada waktu ini Allah sangat-sangat dekat pada kita.
4. Merenungkan ayat-ayat Allah.
Merenung seketika ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran Allah.
Setiap kali kita melihat sesuatu ciptaan Allah, maka hal itu akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah dan kita akan selalu mengingatiNya.
Lihat dan renung bagaimana kita diciptakan, langit bagaimana ia ditinggikan. Dan macam-macam lagi kebesaran Allah S.W.T.
Ini adalah salah satu faktor terpenting yang dapat menolong kita untuk mencintai Pencipta, Allah telah menciptakan segala sesuatu dan menunjukkan tanda-tanda kebesaranNya kepada kita semua, sehingga kita dapat merenunginya dan menambah kedekatan denganNya.
Cukup sekadar 4 itu, InsyaAllah kita akan dapat meraih cinta Allah. Pentingkah cinta dari Allah? Ia memang penting, sebab ia dapat menyelamatkan kita didunia dan di akhirat. Tak perlulah kita hanya mengejarkan cinta-cinta yang dusta didunia sedangkan kita tidak pernah tenang dan tenteram dengannya.
Bila kita mencintai Allah dan Allah mencintai kita, nescaya segala makhluk ciptaanNya akan mencintai kita. Percayalah. Usaha dan gapai dulu cinta dari Allah, baru kemudian akan datang cinta lain kepada kita. Jangan terlalu terpedaya dengan kehidupan dunia. Ingat itu wahai sahabat semua.
p/s : mana lebih penting? Cinta Allah atau Cinta Manusia?
sumber : buku "Jagalah Allah, Allah menjagamu.." karangan Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni.
Alhamdulillah. Sudah hampir sebulan umat islam berpuasa. Semoga segala amalan kita semua diterima Allah, dan mendapat apa yang telah dijanjikan iaitu "TAQWA". Setelah bertungkus lumus kita berusaha untuk mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan, kini tiba masanya untuk kita menyambut kemenangan. Kemenangan apa? Kemenangan yang menjadikan kita lebih bertaqwa. Dan bulan Ramadhan ini dapat mendidik kita untuk menjadi hamba Allah yang benar-benar berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
Itu la sebenar-benarnya kemenangan. Bukannya kemenangan itu adalah menahan lapar dan dahaga sahaja. Menahan lapar dan dahaga saja belum tentu kita akan dapat pahala dan apa yang dijanjikan Allah dalam bulan Ramadhan ini.
1 Syawal. Hari Raya Aidil Fitri. Hari di mana semua saling bermaaf-maafan, bersalam-salaman dan berkunjung-kunjungan. Mungkin ada setengah orang bergembira ketika menyambut Syawal, malah ada yang 3 hari sudah tidak sabar untuk menyambut Syawal, sedangkan waktu itu adalah 10 malam terakhir Ramadhan. Bagi mukmin sejati, mereka akan menangisi pemergian bulan Ramadhan dan pertambahkan amal ibadat pada 10 malam terakhir, bagi mereka belum tentu lagi tahun depan akan bertemu lagi dengan Ramadhan.
Orang-orang yang macam inilah yang benar-benar berjaya mendidik diri mereka untuk menjadi hamba Allah dan bukannya hamba Ramadhan. Kebiasaan orang yang menjadi hamba Ramadhan ini, hanya semangat pada seminggu awal Ramadhan dan akhirnya akan kecundang hingga ke akhirnya dan berikutnya. Maka sia-sia sahaja puasanya selama sebulan.
Tak salah kita untuk sambut Hari Raya, islam tidak melarang. Tapi yang menjadi kesalahan ialah kita melupakan segala yang wajib dan yang ditegah Allah. Perkara semasa bulan puasa tidak perlulah saya jelaskan mana yang patut atau tidak patut kerana hanya ada hari ini saja yang tinggal. Apa yang boleh kita ubah dan buat ialah esok. Pada 1 Syawal inilah ramai umat islam yang lalai dan leka. Lupa segalanya apa yang ditegah pada bulan Ramadhan.
Antara perkara-perkara yang ditegah kita lakukan ketika di 1 Syawal. Perkara-perkara sebegini sebenarnya akan menghapuskan segala pahala kita di bulan Ramadhan dalam kita sedar atau tidak. Sebabkan ini telah menjadi kebiasaan kita, kita pun ambil tak kesah saja.
1) Sentuhan
; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika
berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat
para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila
melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar
; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika
berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat
di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur
secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan
abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita
; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan
lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan
mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5)Kubur
; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang
lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan
jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai
dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga
dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7) Dosa Bertempoh ;
Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah
memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai
contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal
bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat
berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh
berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh
kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya
jauh-jauh.
Benar bukan? Perkara-perkara di atas sudah berapa lama kita buat dalam tidak sedar. Rupanya boleh menghapuskan segala amalan kita di bulan puasa. Tak rasa rugi ke anda berpuasa?
Jadi, mohon pada sahabat-sahabat semua. Jagalah yea apa yang telah kita jaga pada bulan Ramadhan. Kita memang boleh berseronok dan bergembira tapi jangan lupa yea. Setelah habis berpuasa dan tamat bulan Ramadhan, Syaitan laknatullah di lepaskan, kita berpuasa sebulan dan mereka semasa diikat sudah merancang bagaimana hendak menghapuskan pahala umat Muhammad yang berpuasa selama sebulan di hari raya yang pertama iaitu 1 Syawal.
Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat pada kita semua. Berdoalah semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Salam Eidul Fitr dari saya. Maaf jika ada tersalah kata dan menguris hati pembaca-pembaca semua.
Saya kongsikan video ini untuk anda semua. Semoga kita berolehi kemenangan yang sebenar. InsyaAllah.
Alhamdulillah, kita sudah pun masuk separuh bulan Ramadhan. Rasa begitu cepat masa berlalu, sayang untuk meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini. Jika ada yang terlupa kita sudah pun masuk fasa yang kedua iaitu fasa Pengampunan dari Allah. Jadi digalakkan kita perbanyakkan istighfar, amalan dan bertaubat agar kita mendapat keampunan Allah bila keluar dari bulan Ramadhan nanti.
Sempena hari turunnya Al- Quran pada hari ini, kita jangan lupa juga pada perang pertama umat islam di zaman Rasulullah. Iaitu Perang Badar. Perang penentuan pertama dalam sejarah islam.
Sebagai peringatan pada yang tidak tahu dan juga sebagai ulangkaji kita tentang perang yang amat bermakna buat umat islam ini. Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Sebab Berlakunya Perang Badar.
Rasulullah mengetuai tentera dan bergerak di sepanjang jalan menuju ke Makkah. Kemudian belok ke kiri ke arah Badar dan apabila tiba di al-Safra. Baginda mengirim 2 orang peninjau untuk memerhati pergerakan unta-unta Quraisy.
Tentera Islam seramai 300 ke 317 orang, 82-86 Muhajirin, 61 daripada Aus dan 170 daripada Khazraj. Mereka tidaklah begitu lengkap bersenjata juga tidak begitu bersedia. Mereka cuma mempunyai 2 ekor kuda kepunyaan al-Zubair bin al-Awwam dan al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi, 70 unta untuk ditunggangi 2 atau 3 orang secara bergilir-gilir. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri, Ali dan Murthid bin Abi Murthid al-Ghanawi mempunyai seekor unta.
Mereka ingin memintas sebuah kafilah kepunyaan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan. Kafilah itu yang sedang bergerak tidak jauh dari Madinah itu membawa 50ribu wang emas dinar yang dikawal oleh 40 orang sedang bergerak. Abu Sufyan yang sentiasa bersedia, dan menyedari bahawa laluan yang diikutinya amat merbahaya. Dia juga ingin tahu pergerakan Nabi sallallahu alaihi wasallam. Dan orangnya menyampaikan maklumat mengenai tentera Islam yang sedang merancang serang hendap ke atas kafilahnya. Untuk menjamin keselamatannya, dia mengupah Damdam bin Amr al-Ghifari untuk meminta bantuan daripada orang Quraisy. Lalu dia menuju ke Makkah.
" Oi, Quraisy! Dagangan kamu berada dengan Abu Sufyan! Kafilah kamu sedang dipintas Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan sahabat-sahabatnya. Aku tak dapat nak cakap apa akan berlaku ke atas mereka. Tolong! Tolong! "
Lantas mereka mengumpulkan bala tentera sehingga tiada pun yang tertinggal kecuali Abu Lahab, yang mewakilkan dirinya kepada seorang yang pernah berhutang dengannya. Tidak lama kemudian, sepasukan tentera seramai 1300 orang termasuk 100 pasukan berkuda dan 600 askar perisai dengan jumlah unta yang banyak dapat di kumpul.
Semasa mereka bergerak ke arah utara menuju ke Badar, mereka mendapat maklumat baru daripada Abu Sufyan yang menyuruh mereka pulang kerana kafilah telah dapat melepaskan diri daripada tentera Islam. Abu Sufyan secara kebetulan apabila mendapat tahu niat orang Islam, lalu dia melarikan kafilahnya ke arah Laut Merah. Dengan muslihat ini, dia berjaya melepaskan diri dari serangan hendap.
Bagaimanapun, Abu Jahal yang bongkak dan sombong mendesak agar terus maju ke Badar, serta tinggal di sana selama 3 malam untuk bersuka ria. Tentera Quraisy kini berjumlah 1000 orang setelah ada yang berpecah dan pulang ke Makkah.
Rasulullah sedar ini adalah situasi yang serius kerana Abu Jahal tidak akan berpatah balik. Lalu baginda mengadakan mesyuarat dan meminta pandangan dari sahabat-sahabat yang lain. Abu Bakar adalah orang pertama bercakap dan berjanji mematuhi perintah Nabi sallallahu alaihi wasallam. Diikuti Umar dan yang lain berikrar janji setia bersama Rasulullah.
Mereka berkata :
" Pergilah kamu dan Tuhan kamu untuk berlawan dan kami akan berlawan bersama kamu! "
Nabi sallallahu alaihi wasallam terharu dengan sumpah setia dan semangat bekorban yang ditunjukkan para sahabat. Baginda bersabda
" Mari kita mara dan beri sorakan, kerana Allah telah berjanji kepadaku salah satu di antara dua (jalan yang menguntungkan melalui rampasan perang atau berjuang pada jalan Allah menentang orang kafir) dan dengan izin Allah sekarang aku ternampak seolah-olah musuh kita bergelimpangan lemah"
Nabi sallallahu alaihi wasallam menghabiskan masanya pada malam sebelum pertempuran dengan bersolat dan berdoa. Tentera Islam yang keletihan kerana perjalanan jauh, dapat tidur nyenyak secukupnya, dan ini menandakan anugerah Allah agar fikiran mereka tidak terganggu.
Hal ini berlaku pada hari Jumaat malam 17 Ramadhan, tahun kedua Hijrah.
Pada keesokan hari, Nabi sallallahu alaihi wasallam mengajak pengikut-pengikutnya bersolat serta berdoa dan menggesa mereka berperang demi Allah.
Setelah semua barisan tentera di susun, maka mulalah pertempuran. Orang kafir pertama yang melepaskan panah ketika bertempur juga menjadi mangsa pertama ialah al-Aswad bin Abdul Asad al-Makhzumi, seorang penyembah berhala yang garang lagi panas baran. Dia bertarung dengan Hamzah bin Abdul Mutalib.
Apabila peperangan menjadi sengit Baginda mula bersolat dan memohon kepada Allah, katanya :
" Ya Allah! Sekiranya golongan Islam ini tewas pada hari ini, maka tiada lagi mereka menyembah-Mu"
Baginda terus menangis bermohon sehingga serbannya jatuh dari bahunya.
Allah menyambut segera dengan mengirim malaikat dari langit untuk membantu dan menolong Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para sahabatnya. Al-Quran ada menyebut :
" (Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada malaikat, Sesungguhnya aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang kafir dengan perasaan gerun, oleh itu pancunglah leher mereka (musuh) dan tetaklah tiap-tiap anggota mereka " (Surah al-anfal : 12)
Allah berfirman :
"Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut" (Surah al-anfal : 9)
Sebaik sahaja perang berakhir, Nabi sallallahu alaihi wasallam hendak melihat musuh Islam, Abu Jahal. Abdullah bin Mas'ud menjumpainya ketika menghembuskan nafas terakhir. Sambil memijak lehernya dan berkata :
" Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah mengaibkan kamu?"
Musuh Islam ini masih berdegil dan menjawab
" Aku tidak malu. Aku terbunuh oleh orang aku sendiri di medan perang "
Kemudian dia bertanya, "Siapa yang menang perang?"
Ibn Mas'ud menjawab
"Allah dan Pesuruh-Nya"
Kemudian Abu Jahal berkata lagi dengan dendam kesumatnya.
"Kau telah ikut jalan paling sukar, kau pengembala! "
Ibn Mas'ud memenggal kepalanya dan membawanya ke hadapan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang memuji-muji Allah apabila melihatnya.
Lalu Baginda keluar melihat mayat Abu Jahal. Dan bersabda :
" Inilah Firaun negeri ini "
Maka itu berakhir lah Perang umat islam yang suci ini. Dengan tertewasnya Abu Jahal. Istimewanya peperangan ini ialah bantuan dari Allah dan juga kesetiaan para sahabat Rasulullah yang sanggup berkorban walaupun mereka dalam kuantiti yang sedikit.
Dan yang paling penting ialah keyakinan mereka pada pertolongan dan janji Allah. Semoga kita dapat menghayati erti sebenar peperangan ini, lebih-lebih lagi ia berlaku didalam bulan puasa. Di mana kita keletihan hanya menahan lapar dan dahaga, tapi Rasulullah berjuang dengan para sahabat mempertahankan Islam. Wallahualam.
Selawat ke atas Baginda dan para sahabat.
p/s : semoga kita semua mempunyai semangat seperti para sahabat dalam peperangan ini.
Assalamualaikum. Salam Ramadhan yang ke-7. Semoga kita semua diberkati pada hari jumaat yang penuh berkat ini. Jumaat pertama di bulan Ramadhan.
Semoga kita terus beristiqomah dengan ibadat yang kita lakukan, dapat puasa ini dapat mendidik kita menjadi hambaNya yang bertaqwa. InsyaAllah.
Jadi hari ini nak kongsikan sedikit cerita. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua yea.
Tuan Rumah Yang Budiman.
Di zaman dahulu, tersebut suatu kisah seorang Arab yang mempunyai seorang tukang gaji atau pelayan dirumahnya. Tuan rumah itu terkenal sebagai seorang yang taat mengerjakan perintah-perintah Allah, sangat santun kepada pelayannya itu.
Pada suatu hari, dia ternampak dari jauh beberapa orang pengembara sedang berjalan menuju ke arah rumahnya.
Dia mengagak bahawa kedatangan orang-orang pengembara itu tentulah bertujuan untuk mendapatkan bantuan air atau makanan darinya. Sebab demikianlah keadaan orang-orang yang berjalan di padang pasir yang berdebu lagi panas. Apa lagi makanan yang sangat mereka hajati selain dari air dan makanan.
Tuan rumah yang berbangsa Arab itu sangat tebal sifat pemurahnya. Memang demikianlah sifat semulajadi dan tabiat orang-orang Arab padang pasir, sangat sekali memuliakan tetamunya. Pengembara-pengembara tersebut pun singgah dirumah dia.
Maka tuan rumah itu segera memerintahkan pelayannya supaya menyembelih unta-untanya yang baik untuk menjamu pengembara-pengembara yang akan bertamu di rumahnya itu.
Maka tanpa membuang masa sedikitpun tukang gajinnya itu pergilah menjalankan perintah tuannya itu. Tetapi didalam hatinya dia berkata
" Siapakah orang-orang datang bertamu itu? Cuma kaum musafir sahaja. Kalau aku sembelih unta yang baik tentu merugikan tuanku sendiri. Eloklah aku sembelih sahaja unta yang telah tua bangka "
Demikian fikir tukang gaji itu makan dia pun pergilah menyembelih unta yang tua tidak unta yang muda seperti yang diperintahkan tuannya.
Tatkala tetamu-tetamu itu menghadapo santapan yang disediakan, tuan rumah sendiri nampak mereka itu seolah-olah tidak menikmati daging unta yang terhidang. Ia sendiri merasakan daging itu liat dan keras. Maka setelah tetamu-tetamu itu berangkat pergi, tuan rumah itupun segera memanggil tukang gajinya itu untuk menanyakan apa yang berlaku sebenarnya.
Apabila diketahuinya bahawa tukang gajinya tidak menurut seperti apa yang diperintahkannya maka ia dengan marah berkata :
" Wahai tukang gajiku! Engkau bukan sahaja tidak berlaku amanah bahkan berlaku kejam terhadap tetamu-tetamuku. Aku telah memelihara engkau sebaliknya telah berlaku kasar terhadap tetamu-tetamuku. Tidakkah engkau sedar bahawa memberi makan yang baik-baik kepada tetamu itu juga adalah kewajipan kita sebagai orang islam. Sungguh sikapmu itu amatlah memalukan diriku. Sekarang engkau bebaslah, tinggalkan rumah ini, aku tak dapat memelihara seorang yang curang dan tidak jujur hidup dirumahku ini."
Memuliakan tetamu yang berkunjung ke rumah kita adalah kewajipan. Jangan terlalu kita berkira dengan tetamu yang datang.
p/s : jangan lupa perbanyakkan selawat kita pada hari ini.