Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah. Ada lagi kesempatan untuk membuat entry pada hari ini, ada lagi kesempatan untuk menikmati nikmat Allah pada hari ini. Masih lagi bernafas, masih lagi mampu berjalan, masih lagi mampu berlari dan buat macam-macam perkara. Tak rasa bersyukur dengan apa yang Allah beri? Allah tak pernah lupa kita, tapi kita sering lupa dia. Betul?
Jadi isu hari ini adalah tentang membuka aib orang lain.
( Sumber )
Kadang-kadang kita memang kena mengingati antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi sesama islam. Tapi ada cara yang tidak berlebih-lebihan untuk mengingati sesama lain agar tidak sampai menjatuhkan maruah orang lain. 'AIB' itu sebenarnya ialah mengatakan sesuatu kekejian atau keburukan seseorang. Kita tidak boleh mendedahkan keburukan seseorang itu. Ia akan lebih menunjukkan kelemahan dia kepada orang ramai.
Sesuatu perkara itu kalau boleh kita jangan buat terburu-buru, kalau boleh siasat dulu. Contohnya macam kalau jiran sebelah rumah ada sekumpulan gadis tinggal didalam. Then tiba-tiba 1 hari ada seorang perempuan ni bawa balik teman lelaki dia. Kita mungkin akan terus telefon Jabatan Agama, betul tak? Tau-tau dorang ni adalah suami,isteri. Dan memang mereka berdua saja didalam rumah waktu tuh. Ini dah dikira membuka aib orang. Jadi kena siasat dulu. Jangan terburu-buru.
Dan jugak elakkan dari membuka aib sendiri. Contohnya berbangga dengan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Suka menceritakan pada orang lain, bukan sebagai iktibar tapi untuk merasa bangga diri ini pernah melakukan dosa.!
Membuka aib dan mengumpat ni adalah perkara yang sama. Sebab bila korang mengumpat, secara tak langsung korang akan menceritakan tentang keburukan orang lain. Jadi disitu telah mengaibkan seseorang. Tak kisah perkara yang korang cakap samada ada betul atau tidak ia tetap TIDAK BOLEH! TIDAK BOLEH!
Sebab perkara yang kita cakapkan sebenarnya TIDAK BETUL jatuh jadi FITNAH!. Dan kalau perkara yang kita cakap itu adalah BETUL akan jadi jadi MENGUMPAT atau GHIBAH.
Tapi ada beberapa keadaan yang dimana kita boleh membuka aib. Antaranya,
Pertama, orang yang dizalimi dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku.
Kedua, untuk meminta fatwa mengenai hukum-hakam, dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan.
Ketiga, untuk memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan, bolehlah dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.
Keempat, menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain.
Tapi ingat, tak boleh berlebih-lebihan. Berpada-pada orang kata. Tak perlu sampai kita nak meyebut nama penuh, berbin kan apa dan berbinti kan apa. Sebab semua itu akan menjatuhkan maruah orang lain. Nampak tak? NAMPAK TAK?
Nasihat aku, kalau sesuatu perkara tuh korang nak jadikan iktibar pada orang lain. Boleh menceritakan dalam keadaan lain, atau korang olah lah ayat tuh supaya pembaca boleh tafsir sendiri siapa perlakunya. Janganlah terang-terangan.
Beringat lah kawan-kawan semua. Kita sama-sama belajar dan ambil iktibar. Jangan sampai terburu-buru buat sesuatu. Semua manusia di dunia ini pernah melakukan kesilapan, tak kiralah samada ada besar atau kecil. Semua tak sempurna. Janganlah sesuatu kesilapan itu, kita terlalu cepat menghukum orang. Lihatlah sekeliling anda, muhasabah diri.
ADAKAH KITA BETUL-BETUL SEMPURNA UNTUK MENGAIBKAN ORANG LAIN? JANGAN SAMPAI NANTI 1 HARI KITA AKAN DIAIBKAN DEPAN ORANG RAMAI.
Sama-samalah kita beringat yea. Korang yang baca boleh tafsir sendiri apa yang aku katakan ni. Sendiri fikir dan sendiri renung diri sendiri. Dan ingat, HARI INI APA YANG TELAH KITA LAKUKAN UNTUK ALLAH?
SUMBER :
p/s : sama-sama mengingati antara 1 sama lain.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
insaf bila baca . huhhhh .
ReplyDeletetak baik malukan orang dan fitnah , kalau kita kena , apa kita rasa ??? kan . ish3 . hukum memfitnah lagi besar drpd membunuh . kan ?
semoga kita semua dijauhi perkara2 yang mcm tu .
HATI MESTI MAHU BAIK -->dreklok
selalu elakkan diri dari terjebak fitnah2 nie.. dosa besar...
ReplyDeletemassage entri ni best!! =)
ReplyDeletebetul tu...macam kes yg tengah hangat sekarang ni....memang la terang2an die salah, but, bukan tugas kita nk menghukum dia...bukan tugas kita nak membuka aib org...sekali kita buka aib org, 10x aib kita akn terbuka...
ReplyDeletebtw, entry ni sngt2 berinfomasi dan best! menginsafkan...
nauzubillah, harap2 diri ini terpelihara drpd perangai mcm tu
ReplyDeletesebelum kita mula menaip tentang isu yang melangkau beribu batu dari hidup kita, kita belek2 dulu org sekitar kita, tanggungjawap kita...dah betul ke? dah kita tegur ke? dah kita buat apa yg patut.
ReplyDeletekalau dah..alhamdulillah. itu yg sebaiknya.
nak tegur benda2 dlm internet ini payah.... masing2 ada kekuatan jari utk menepis
nice post,
ReplyDeletesubhanallah..entry yg bg0s..=)
ReplyDelete“Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)
~ sharing is caring..(^_~) ~