Saturday, January 21

RUGINYA HIDUP INI.!


RUGINYA HIDUP ini jika kita ada ILMU tapi tidak mengamalkannya..

RUGINYA HIDUP ini jika kita tahu SOLAT tapi tak pernah melakukannya..

RUGINYA HIDUP ini jika kita tidak tahu SOLAT tapi langsung tidak mahu belajar menunaikannya..

RUGINYA HIDUP ini jika kita tidak pernah rasa untuk membaca AL-QURAN...

RUGINYA HIDUP ini jika kita tahu baca AL-QURAN tapi tidak pernah nak ambil tahu maksud ayatnya...

RUGINYA HIDUP ini jika kita kaya di dunia tapi tidak pernah ada masa untuk membaca AL-QURAN...

RUGINYA HIDUP ini jika kita ada IBU BAPA tapi tidak mahu berbakti pada mereka...

RUGINYA HIDUP ini jika ada peluang untuk BERTAUBAT tapi kita masih tidak mahu melakukannya...

RUGINYA HIDUP ini jika kita ada peluang untuk menuntut ILMU AGAMA tapi kita tidak mahu mengejar nya...

RUGINYA HIDUP ini jika kita langsung mahu menegakkan AGAMA ISLAM ini...

RUGINYA HIDUP ini jika kita tidak menentang KEZALIMAN yang berlaku sedangkan kita mampu untuk melakukan sebenarnya...

RUGINYA HIDUP ini jika kita mampu BERDAKWAH tapi langsung tidak mempergunakan peluang yang ada...

RUGINYA HIDUP ini bila terlalu cintakan DUNIA dan terus hanyut tanpa memikirkan tentang AKHIRAT...

RUGINYA HIDUP ini bila diberi peluang untuk BERAMAL dan BERIBADAT tapi kita selalu melepaskannya...

Kerugian yang amat besar jika kita tidak melakukan semua perkara ini.  Kerugiannya lebih teruk berbanding dengan kerugian dunia yang hanya rugi oleh wang ringgit. Ingat la sahabat semua, wang ringgit ini bukanlah bekal untuk kita bawa di padang mahsyar nanti.  Yang boleh menyelamatkan kita adalah amalan kita di dunia. Segala harta dan kekayaan di dunia ini hanyalah sementara.  Cuba lah sahabat semua koyakkan wang ringgit tu, lepas tu mesti dah tak laku kan?  Amalan kita? Boleh dikoyak-koyakkan?  Hanya di catit dan di nilai oleh Allah nanti.  Amalan itu lebih hebat dari wang ringgit sebabnya ia boleh bawa kita sampai ke syurga yang kekal!

Fikirkanlah sahabat, muhasabah diri kita sebelum tidur.  Ada amalan kita hari ini dah cukup sempurna untuk kita berada di sisi Allah nanti.  Kalau belum, pertingkatkan lagi selagi ia masih belum terlambat.  Jangan hanya menunggu hidayah dan petunjuk dari Allah.  Siapa kita untuk minta Dia beri hidayah? Jika kita sendiri tidak pernah untuk sujud dan merendah-rendahkan diri di depanNya.

Jangan SOMBONG, ANGKUH, TAKBUR di muka bumi ini. Ingat, ia semua milik ALLAH! milik ALLAH!!


2 comments:

  1. ermm..rugi..mengadap blog lebih lama dr membaca alquran..

    ReplyDelete
  2. bagus post ni.. byk yg kita rugi sebenarnya dlm hidup ni kan,,

    ReplyDelete

BeSt 4 me: