Saturday, January 14

ALLAH S.W.T sayangkan KITA, TAPI KITA sayangkan ALLAH tak?

Assalamualaikum sahabat semua.

Alhamdulillah, terasa cukup segar bila bangun pagi-pagi di hari cuti.  Kalau hari kerja tu macam malas-malas, nape yea?  Tapi kalau cuti, bangun pukul 5 pagi pun semangat jek rasa.!  Kalau bangun pagi-pagi ni rezeki murah. Insyallah. Ditambah pulak dengan solat subuh, lagi la bertambah keberkatan hari ini. Nampak tak?

Kebahagiaan anda dan keceriaan anda pada hari itu sebenarnya bukan dari anda bangun pukul 9,10 atau 11 pagi, tapi sebenarnya seawal 5 pagi.  Sebabnya anda sudah sanggup bangun awal-awal untuk 'berdating' denganNya.  InsyaAllah pada hari itu mesti akan rasa ceria dan tenang sentiasa.  Takde lakukan perkara yang sia-sia. InsyaAllah

Jadi di pagi yang indah ini, aku nak share sumthing dengan korang. Semoga ia memberi kesedaran dan sebagai peringatan pada mereka yang LUPA termasuk lah yang menulis entry ini.  Ada beberapa tandanya yang Allah sayangkan pada kita, tapi mungkin kita tak sedar. Antaranya :

Pertama, Allah akan turunkan ujian kepada kita. Kadang-kadang sehari kita alami pelbagai ujian, pelbagai rintangan dan dugaan. Lepas satu per satu. Korang mesti pernah rasa, betul?  Allah nak tengok sejauh mana iman dan ketakwaan kita pada Dia. Allah sebenarnya rindu pada kita, sebab kita bila susah mesti akan mengadu dan merintih pada Allah.  Selalu lah kita beristighfar dan rajin berzikir.  Jangan ikutkan perasaan marah, kerana MARAH itu API dan API tu adalah SYAITAN.

Kedua, apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara yang mungkar atau maksiat.  Pasti perkara itu akan mengundang kemurkaan Allah.  Tapi Allah timpakan kita dengan musibah dikala kita hendak melakukan perkara itu. Sehinggakan kita tidak berjaya untuk pergi melakukan.  Bila tiba saat macam itu, korang kena beringat kenapa aku ditimba musibah begini?  Ingat kita nak kemana dan apa niat sebenar kita. Allah taknak kita terus hanyut.

Ketiga, kalau kita ingin melakukan sesuatu perkara itu dengan niat baik atau kerana Allah. Mesti jalan itu dipermudahkan, walaupun ada sedikit ujian.  Tapi pada akhirnya kita akan dapat melakukan perkara itu. Ingat ape pun yang kita hendak lakukan mestilah niat kerana Allah. InsyaAllah akan dipermudahkan.

Jika seseorang itu rasa kesenangan di dunia, langsung tiada ujian, kaya, rezki melimpah ruah, hati senang sehingga leka.  Jangan rasa diri kita itu sebenarnya disayangi Allah. Takut masa tu sebenarnya kita telah mengundang kemurkaan Allah. Jadi beringat-ingat lah yea, jangan terus hanyut dengan dunia.

Itu tanda-tanda Allah sayangkan kita, tapi kalau kita sayangkan Allah macam mana?

Pernahkah kita tunjukkan tanda-tanda kita sayang pada Allah?  Bila orang tanya, "awak sayang tak pada Allah?" mesti ramai yang akan jawab sayang.  Tapi sayang hanya pada mulut..Hati dan Perbuatan macam mana?

Kalau kita betul-betul sayangkan Allah, pertama is ikut segala perintah-Nya dan segala larangan-Nya.  Mudah bukan? Ikut hukum Allah. Ini termasuk lah dengan solat, tutup aurat, berdakwah dan sebagainya. Kedua, perbanyakkan berzikir.  Berzikir ni bukan pada waktu-waktu tertentu saje, tak semestinya!  Waktu kita dalam kesusahan, atas bas, atas moto, atas bumbung rumah pun kita boleh berzikir lagi! kecuali dalam tandas la kan. Susah ke? Tak susah pun kan.

Tapi pernah kita tunaikan semua?  Ada rasa nak buat tak?  Tepuk dada, dan tanya iman masing-masing. Cukup sayang kah kita pada Allah, sedangkan hari-hari kita puas menikmati nikmat Allah.  Adakah cukup cara kita bersyukur?  Cukup ke sekadar dengan mengucap Alhamdulillah?  Aku pernah jumpa orang yang baru saja lepas minum Arak, then bila sendawa sebut Alhamdulillah.  Apa korang rasa waktu tu?  Rasa kita buat macam itu Allah sayang atau akan mengundang lagi kemurkaan Allah?

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.  Kita semua selalu lupa. Selalu sangat.  Lebih-lebih lagi iman yang rapuh.  Banyak perkara yang berlaku di akhir-akhir zaman ni, yang banyak menguji tahap keimanan kita.  Pandai-pandailah kita untuk membawa diri, fikirkan apa sebenarnya matlamat kita dijadikan Allah di muka bumi ini.

Wallahu'alam.. Perbetulkan jika saya silap.

p/s : cuba kita renung, oksigen kita duk sedut kuar masuk mulut tuh.  datang dari mana? kalau ditarik nikmat tu?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

7 comments:

  1. subhanallah....inni akhafullah...selangkah kita menuju Allah, beribu langkah Allah pada kita...:)

    ReplyDelete
  2. suke sangat entry nih. semoga kite dpt jadi insan yg cmerlang di dunia n di akhirat. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  3. disebalik ujian Allah S.W.T terselit 1001 rahmat sebenarnya...sentiasa bersabar hadapi semua ujian kehidupan...


    P/S : tahan nafas beberapa saat pun dah terseksa...ini kan pula ditarik nikmat oksigen tu....hmmmm

    ReplyDelete
  4. benar tu.. kita sentiasa lupa pada Allah, lagi memalukan bila senang langsung tak ingat Allah bila susah baru nak ingat, padahal rezeki itu datangnya dari Allah.

    Terima kasih kerana memperingati setiap pembaca dengan entry ini nabiel termasuklah aida :)

    ReplyDelete
  5. astaghfirullah...kita manusia selalu leka..in fact Allah sayang sgt2 kt kita..

    ReplyDelete
  6. bila kita sedar diri disayangi Allah, kita akan merasa cukup. dan bahagia. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. sebenarnya boleh meyebut nama ALLAH ( DI DALAM HATI ) SEKALIPUN DIDALAM TANDAS.....kita angkat wuduk pun sebut nama ALLAH juga " Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah " ....dalam tandas juga.....para sahabat , wali dan juga orang orang beriman 24 jam menyebut namaNYA didalam hati .....
    Adapun zikir dengan hati, mereka menyebutkan, tidak dimakruhkan dan tidak berdosa.tapi
    dimakruhkan menyebut nama Allah Ta'ala dengan lisan di kamar kecil sebagai pengagungan terhadap Allah yang tidak pas disebut di tempat ini.
    Perbedaan dua zikir ini dikuatkan dengan kesepakatan ulama, orang junub dibolehkan membaca Al-Qur'an dengan hatinya. Berbeda jika ia membaca dan melafazkan dengan lisannya, itu haram baginya. Harap anda dapat manfaat dari penjelasan diatas ...moga kita berbagi bagi ilmu dan saling menasihati

    ReplyDelete

BeSt 4 me: