Monday, January 16

Jangan Kerana Kerja KITA LUPA. (part 1)

Memang tidak dinafikan sekarang memang zaman orang kuat bekerja, mencari sesuap nasi yang rasa tak pernah cukup.  Siang dan malam bekerja, sanggup penatkan badan untuk kerja lebih masa (OT). Semata-mata kerana duit, nak kumpul duit hantaran, nak kumpul duit sebab nak beli barang idaman, nak simpan duit untuk masa depan atau nak setelkan segala hutang yang ada.

Maklumlah, sara hidup sekarang memang sangat tinggi.  Lebih-lebih lagi bagi mereka yang duduk dekat 'town'.  Memang kalau setakat gaji 3k tuh, takkan langsung mencukupi.  Dulu rasanya masa zaman 90-an, gaji RM1200 dah dianggap besar dan cukup kaya. Tapi sekarang?  Sampai ada yang terpaksa cari kerja sampingan untuk menampung hidup.  Berusaha lebih sehingga terleka dan alpa.  Tak perasan apa yang berlaku disekeliling anda.  Tak perasan apa yang sepatutnya anda buat selain dari kumpul harta dunia.

Takkan nampak kan? sebab diri terlalu sibuk..sibuk dan sibuk.  Kalau korang perasan, masa sekarang terlalu pantas. Betul? Sampai kita tak sempat nak lakukan perkara yang kita suka atau menambah amalan yang ada.  Ini semua adalah nikmat yang ditarik sikit-sikit.





Setiap hari bangun Subuh, mandi, gosok baju, beli sarapan, pergi kerja, balik kerja, beli makan, solat Magrib & Isyak, tidur.  Lepas itu diulangi pada besoknya sehingga lah kita pencen. Isnin hingga Jumaat masa diisi dengan perkara itu saja.  Sabtu dan Ahad jelah pun masa untuk kita lakukan sesuatu dalam Hidup kita. Itu pun kalau Sabtu dan Ahad tidak bekerja, ada juga orang kerja Sabtu dan Ahad.  Tak kenal dah hari cuti.

Perkara yang sama berulang-ulang sehingga korang akan merasa bosan.  Bila dah bosan, tapi tak berani nak lakukan ape-ape, jadi kita akan redha sampai lah pencen.  Bak kata pakar motivasi, kita kena suka jugak dengan pekerjaan yang kita ceburi supaya kita tenang hati buat kerja.  Tapi kalau dah kerja yang kita lakukan memang kita tak suka, banyak penipuan, tindas-menindas yang lemah, hati rasa tak tenang bekerja.  Tapi masih lagi disitu?  Nanti takut lakukan kerja dengan tak ikhlas, bila hati kita dah terdetik tak ikhlas, maka gaji hujung bulan memang takkan sempat merasa.  Rezeki tak berkat.  Penting tak sebenarnya kita lakukan apa yang kita suka?  Penting bukan..

Aku tau ramai yang berpendapat, zaman sekarang tak boleh nak memilih kerja sangat.  Betul tu.  Tapi kena fikir balik bila korang dapat kerja tu, tapi buat sampai bila-bila pun hati kita tak ikhlas.  Susah nak berkat rezeki tuh.  Jadi tak salah sebenarnya kita memilih kerja yang betul-betul kena dengan minat dan jiwa kita.  Sebab dari situ terhasil kerja yang ikhlas, bermutu, dan penuh tekun!  Sebab masa kita melakukan tu, jiwa kita rasa tenang dan bahagia.  Yelah, buat perkara yang disukai, mesti lah bahagia!  Apa pun masalah yang datang, kita dapat tempuhi dengan tabah.

Kalau orang yang beriman dan tidak langsung mengejar harta dunia ni, dia jual cendol tepi jalan pun, hati tenang jek walaupun income bulan-bulan tak seperti CEO syarikat-syarikat besar.  Sebabnya? Didalam hati dia tidak tertanam langsung nak mengejar harta dunia, yang dia tahu hanyalah bekalan ke akhirat sana.  Dia tidak akan merasa gusar dengan hutang atau pape saje pun.  Sebabnya dia banyak masa untuk diluangkan kepada Allah.

Bagi dia rezeki itu datang dari Allah, dan keyakinan dia amat tinggi pada Allah.  Dia tidak kisah kerja apa yang dia dapat buat, janji hubungan dia dengan Allah banyak dan semakin rapat.  Itu lebih penting.  Bukan aku suruh korang pergi berniaga, tapi lakukan sesuatu perkara yang kita suka dan lebihkan masa kita dengan Allah.  Sebab masa sekarang bergerak terlalu pantas, takut nanti masing-masing tak sempat nak kumpul amalan.

Suasana kerja korang sekarang, ada masa nak buat solat tahajjud? mungkin pada hujung minggu saja.  Sempat tak nak bersolat jemaah? sekarang lebih ramai suka solat sorang-sorang, sebab masing-masing sibuk kan. ada masa nak solat dhuha? mengaji Quran? baca Yassin? pergi belajar agama Allah? pergi kuliyah? menegakkan agama Allah? 

Memang tak sempat nak buat semua. Rugi sangat rasanya.  Waktu hidup itu hanya dihabiskan dengan mengejar harta DUNIA yang sementara.  Yang akan musnah dan hilang.  Dimana suatu ketika nanti harta-harta DUNIA ini tidak dapat menolong anda semua di padang masyhar.  Yang dapat menolong masa itu hanyalah amalan. AMALAN! AMALAN!

Pernahkah korang terfikir perkara itu semua?  Sampai bila aku nak kerja teruk-teruk macam ni ?  Apa aku nak bagi untuk anak-anak aku nanti.  Zaman mereka nanti mungkin lagi mencabar.  Takkan nak bagi mereka kemewahan yang sementara ini.  Takkan nak biarkan mereka jauh dengan Allah.  Nanti aku sendiri yang akan jawab didepan Allah. Aku yang akan tanggung dosa-dosa mereka semua.

Pernah terfikir untuk anak-anak?

Berapa banyak masa kita dah habiskan hanya untuk dunia?

Bila lagi?

Sekian sahaja untuk PART 1.  Tunggu aku akan sambung lagi pada PART 2.

Terima kasih sebab sudi membaca sahabat.

p/s : apa yang korang nak sangat buat dalam hidup sebenarnya?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

2 comments:

  1. yeah setuju sekali dengan apa yg biel katakan..kehidupan ini terlalu singkat masanya so kita kenalah menghargainya seadanya

    ReplyDelete
  2. btol tu.. LIKE entri ni :)

    erm..cemana lah yong pk nabil ni keje cikgu hahaha..

    xde lah..yong bukan dok tanjung malim..ada biz partner ka situ..xpe..pasni ada biz partner kat area rawang..bole la roger2..
    ritu yong ada p klang.. mak aihh..jem giler. berjam2 dok sana.. huuu

    ReplyDelete

BeSt 4 me: