Alhamdulillah. Masih lagi mempunyai peluang untuk menulis di blog ini. Masih lagi diberi masa oleh Allah. Syukur. Korang pun kena bersyukur selalu sebab still lagi dapat bernafas pada tahun baru 2012 ini. Masih lagi diberi masa untuk bertaubat dan melakukan apa yang sepatutnya diperintahkan.
Macam mana dengan sambutan tahun baru korang? Harap tidaklah melakukan perkara yang lara yea. Perkara yang melalaikan kita. Ingat lagi pada entry aku yang lepas? Sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan Shah Alam tu. Jom tengok video ni. Memang best. Dari mula sebelum maghrib sampailah ke lewat malam, aku tak rasa macam berada di Shah Alam. Sebab terlalu ramai orang yang berkopiah dan bertudung labuh. Alhamdulillah, nak dekat 80ribu jemaah yang datang. Syukur sangat sebab Allah gerakkan hati nak pergi majlis macam nie. Harap lepas nie akan menjadi 1 majlis yang wajib ada di Selangor! dan semua negeri.
Jom tengok video semalam, masa Zizan main gitar. Ustaz Azhar pun pandai goreng gitar weh! Mula-mula tu ustaz macam malu-malu, tapi bila dia goreng..cewahh.
Cara Ustaz Azhar berdakwah, memang berkesan. Terbaik pendekatan yang dia buat, boleh tarik ramai anak muda. Pakcik sebelah aku semalam, siap tak percaya ramai yang muda-muda.
Okeh, cukup la setakat tu. Kalau korang nak tau, macam-macam soalan pelik diajukan ke Ustaz. Ade yang tanye meter kereta Ustaz bawak laju, traffic light langgar lampu merah masa pukul 12 malam pun ada, ambil wuduk bogel pun ada, dan yang nak jadi menantu Ustaz pun ada!!
Korang search lah dekat youtube. Banyak video tentang semalam.
Permulaan hari yang baik untuk 1.1.2012 ini, sebabnya macam dapat semangat lain untuk berubah. Insyallah. Harap dapat berubah.
Jadi wishlist aku yang pertama dapat ditunaikan sudah. Jarang sekali awal-awal tahun aku akan dapt tunaikan hajat. Ternyata tahun nie cepat tertunai. Alhamdulillah. Nak tengok?
Terima kasih atas jasa baik ibu aku yang mengajar buat cookies nie. Saje nak belajar buat. Nanti boleh buatkan untuk isteri tersayang. Betul tak? Kesedapan sesuatu makanan tuh, mesti susah nak buat. Cookies nie senang jek nampak, remeh sikit. Tapi bila dah start mengunyah, memang susah nak stop!
Yang penting disini, walau apa pun yang korang lakukan, buatlah dengan ikhlas. Insyallah, keberkatan tu ada. Bila hati ikhlas buat sesuatu, korang rasa tenang dan suka buat benda tu. Kalau hati tak ikhlas, buat apapun tak menjadi. Betul tak?
Jadi, sempenan tahun baru nie kan. Mana yang ada simpan azam untuk buat bisnes ke, atau kerja yang lebih baik ke. Just terus buat! Jangan tangguh-tangguh. Dah ada niat tuh, teruskan langkah dan jangan berhenti. Setiap permulaan yang kita buat tuh, mesti buat sampai habis!!
Goodluck for 2012!. Rasa tahun ni lebih banyak cabaran.
p/s : nak rasa tak cookies aku nie kengkawan?
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
waaaaaaaa..buat cookies...apsal x bulat? kekekeke..nak sebalanggggg :3
ReplyDeleteheee dah 6 kali dia tengok video tu . kelakar . sengal je zizan nyanyi lagu cina -__-'
ReplyDeletenak cookies tu . hantar depan rumah ye . harap makteh :)
waaa pandai buat ek
ReplyDeletesonoknya dapat pegi sambutan hepi nu yer ngan UAI..aku plak sibuk ngadap uku nak exam...
ReplyDeleteoren : tk buleh bulat sbb tkde acuan!hehehe.nk sebalang..meh cnie..
ReplyDeleteDila : mmg tuh..tk bosan tgk,mse malam tuh kjap sgt rasa dh pkul 12..huhu..sbb tk bosan..=)
ReplyDeleteyong : mau?hehehe..bleh la sket2..bru bljr~
ReplyDeletecimot : mmg terbaek..srnk sgt..=)
ReplyDeleteehem ehem happy new year bang biel..ehem sume perempuan yee yg komen?hehe
ReplyDeletemcm sedap je biskut tu bro,hehe slmt tahn baru,.
ReplyDeletefollow sini^^
follow cni jugak ^_^
ReplyDeleteustaz azhar tu dulu kan pemuzik jugak..hehe,, best tgk cermaha ustaz azhar
ReplyDeletealalaaa belajar buat cookies? sweetnye dia.. bertuah isteri nnt.. hehee~
ReplyDelete