Friday, February 24

Tazkirah Jumaat : Hanya Kerana Seekor Lalat.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Berjumpa kita di hari yang penuh berkat. Penghulu segala hari. Jumaat!

Saya nak berkongsi 1 cerita dari sebuah buku yang di beli sebulan yang lepas, memang menarik buku ini dan banyak mesej-mesej dan cerita-cerita dari sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W dulu.


Cerita mengenai hanya seekor lalat, 2 orang sahabat boleh masuk syurga dan neraka.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Salman al-Farisi " Seorang lelaki masuk ke Syurga kerana seekor lalat, dan seorang lagi lelaki masuk ke Neraka kerana seekor lalat."

Beliau bercerita " Dua orang lelaki berjalan melalui sekelompok orang yang sedang menyembah berhala. Mereka tidak membiarkan sesiapa berlalu dari tempat itu sebelum mempersembahkan korban untuk berhala mereka. Kaum itu berkata kepada salah seorang daripada kedua-duanya,

"Persembahkanlah sesuatu untuk berhala"  

Dia menjawab "Aku tak memiliki apa-apa".

Mereka berkata " Persembahkanlah walau seekor lalat".

Lalu dia mengorbankan seekor lalat kepada berhala dan mereka pun melepaskannya. ( Orang ini masuk neraka).

Mereka berkata kepada lelaki yang lain "Persembahkanlah walau seekor lalat"

Dia menjawab " Aku tidak akan mempersembahkan apa-apa kepada selain Allah SWT!"

Lalu mereka memenggal kepalanya. (Orang ini masuk Syurga).

Rasulullah bersabda
" Jangan meremehkan sedikitpun tentang makruf (baik) meskipun hanya menjumpai kawan dengan berwajah ceria (senyum)". (HR. Muslim) 

Jangan kita meremehkan perkara yang kecil, walaupun hanya dengan senyuman. Amalan yang kecil itulah sebenarnya besar di sisi Allah. Sebab bukan semua orang boleh buat, betul tak?

Renung-renungkan.

p/s : hatta dengan solat sunat 2 rakaat pun kalau dibuat nampak besar disisi Allah. walaupun hanya 2 rakaat.

"CAKAP BIAR TERASA"

Tuesday, February 21

12 Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan SOLAT!

Assalamualaikum semua sahabat.


Kita semua tahu bahawa solat itu adalah tiang agama. Dan sebuah rumah yang tidak mempunyai tiang, tidak akan menjadi sebuat rumah. Bagi sesiapa yang mendirikan solat maknanya dia telah menegakkan agama dalam diri dia, bagi yang tidak menunaikan solat bermakna dia telah meruntuhkan agama.

Itu bermakna solat ini amat penting. Perkara yang utama, dan amalan yang pertama akan di soal di akhirat kelak. Kalau rongak solat kita, maka amalan lain tidak akan dikira. Nampak tak kepentingan solat? Kenapa perlu lagi kita melengah-lengah kan?

Rasulullah bersabda " Barangsiapa yang mengabaikan solat berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. 3 daripadanya akan dirasai semasa didunia antaranya :

  1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga rezkinya.
  2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
  3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
 
Antara 3 azab ketika berhadapan dengan sakaratul maut :
  1. Ruh dicabut ketika dia didalam keadaan tersangat haus walaupun dia telah meminum seluruh air lautan
  2. Dia akan merasa amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
  3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Antara 3 azab yang akan dihadapi ketika didalam kubur :
  1. Dia merasa susah untuk menjawab soalan dari Mungkar dan Nakir yang sangat mengerunkan.
  2. Kuburnya akan menjadi sangat gelap. ( Gelap dikubur lebih gelap dari kegelapan malam yang anda alami sekarang)
  3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul. (seperti jari bertemu jari).
Antara 3 lagi azab di akhirat kelak :
  1. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
  2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
  3. Allah S.W.T akan menyiksanya di dalam api neraka.

Lihatlah betapa pentingnya solat itu disisi Allah. Solat berjemaah adalah lebih penting dan banyak ganjarannya dari solat bersendirian.  Cubalah untuk solat berjemaah di surau atau di masjid. Tak rugi pun.
 
Pintu keampunan Allah itu terbuka luas untuk kita bertaubat.  Tapi Allah marah kenapa kita susah sangat nak bertaubat.  Sombong sangat nak sujud pada dia. Bila masa susah tahu untuk pergi solat, tapi bila diberikan kesenangan, terus dilupakan.  Kita ni kerdil jek, janganlah terlalu sombong dan angkuh di muka bumi ni.  Jangan terlalu cintakan dunia ini.  Yang hanya sementara.

Renung-renungkan.  Solat hanya memerlukan masa 10minit sahaja. Tapi kalau buat perkara yang lara, boleh pula berjam-jam kan? Sanggup.  Tapi untuk luangkan masa bersama Allah selama 10 minit pun tak boleh. Sedangkan Allah yang memberikan rahmat dan rezeki kepada kita.

p/s : dunia ini ibarat sebatang pokok yang kita datang untuk singgah sahaja, dan duduk dibawah sebelum memulakan perjalanan yang lebih panjang.

"CAKAP BIAR TERASA"

Sunday, February 19

Hanya Kepada Mu Ya Allah.



Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku memohon pertolongan

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku bersujud

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku berlindung

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku meluahkan segalanya

Hanya Kepada Mu Ya Allah...ku serahkan jiwa dan raga

Hanya Kepada Mu Ya Allah...ku serahkan segala urusanku

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku bertaubat

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku berzikir

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku menangis

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku merindui

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku mencintai

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku memohon petunjuk

"Ya Allah, tetapkanlah hati hamba mu ini, mantapkanlah hati hamba mu ini di atas agama Mu Ya Allah."

"Tiada yang lain selain Mu Ya Allah. Sesungguhnya kami amat merinduimu Ya Allah dan jugak merindui kekasih mu Muhammad S.A.W"

p/s : solatku..ibadahku..hidup dan matiku hanya kerana Allah.

"CAKAP BIAR TERASA"

Saturday, February 18

Jangan Kerana Kerja KITA LUPA. (part 2)

Assalamualaikum semua sahabat.

Jom kita sambung sembang pasal KERJA.



Seperti entry sebelum ini, cerita tentang kesibukan kita dengan hal dunia. Sehingga kan kita terlupa akan hal akhirat.

" Kita boleh sibuk dengan hal dunia..tapi jangan TERLALU sibuk.." -Ustaz Ismail Kamus-

Sibuk berpada-pada orang kata.  Jangan kita terlalu sibuk sampaikan kita tidak nampak surau/masjid, tidak nampak majlis ilmu dan begitu susah nak bangun malam beribadat. Zaman sekarang memang semuanya kejar ke arah duniawi, kebanyakkan yang aku jumpa Seruan BOS lebih penting dari seruan ALLAH. Kita lebih terkejar-kejar untuk sampai cepat ke pejabat, meeting dan berjumpa dengan sesiapa pun tentang kerja. Tetapi bila mana sampai seruan ILAHI untuk bersolat, kita seperti boleh melengah-lengahkan.  Mana yang lebih penting?

Kerja tidak salah, sebab ia 1 ibadat juga. Tapi berpada-pada lah, jangan sampai kita terleka. Kebanyakkan orang, bukan semua tapi kebanyakkannya kata masa muda inilah untuk kita bekerja keras untuk dinikmati masa tua nanti.

Bayangkan, kita bekerja keras. Hari-hari kerja sampai tak jumpa hari cuti, solat fardhu pun tertangguh-tangguh, kadang-kadang sampai tertinggal. Majlis ilmu langsung takde masa nak pergi apa lagi kalau nak buat solat-solat sunat? Lagi susah. Baca Quran? Rasanya Quran pun dah lupa letak mana. Kita buat macam ni sehinggalah umur kita mencecah 50an. Masa tu, badan dah sakit-sakit. Nak berehat, anak semua dah besar-besar dan berjaya. Sibuk jugak macam kita sampai takde masa nak melawat kita di kampung. Sunyi. Masa tu datang niat nak belajar agama. Pergi ke surau, dan baru tersedar yang dia telah banyak menghabiskan masa hanya dengan duniawi.

Mula rasa sedih dan bertaubat. Alhamdulillah jika sempat buat macam ini. Korang nak tunggu umur cecah 50 baru nak belajar agama ke? Mana korang tau yang korang akan sempat cecah 50? cecah umur tua? Maut bila-bila masa akan datang.

Tak takut ke bila besok nanti akan disoal jawab? Kita nak jawab apa depan Allah besok? Ada Allah nak tanya 

"Berapa gaji kamo sebulan?" 
"Berapa banyak kereta kamu dapat kumpul?"
 "Bulan-bulan simpan berapa dekat bank?".

Bukan itu yang akan disoal. Yang akan disoal amalan kita. Kebanyakkan orang hanya menunggu waktu tua untuk belajar agama. "Takpelah, nanti dah tua kita pegilah belajar agama". Sepatutnya semasa muda inilah kita kena banyak belajar dan buat persiapan. Kenapa?

Sebab masa muda banyak tenaga lagi untuk kemana-mana majlis ilmu, solat pun boleh buat yang terbaik. Boleh lagi bangun malam untuk beribadat. Baca Quran pun lancar lagi. Dan persiapan untuk kita sebelum melangkah ke alam perkhawinan. Sebab bila dah berkhawin, tanggungjawab kita lagi banyak. Isteri dan anak-anak yang perlu kita didik. Sebab semua atas tangunggan pemimpim keluarga, ketua keluarga iaitu SUAMI.

Fikir-fikirkan tentang anak anda, zaman akan datang rasanya lebih mencabar. Belum tentu subjek agama islam menjadi keutamaan lagi di sekolah-sekolah. Subjek-subjek lain yang akan lebih ditekankan. Subjek agama sekadar biasa-biasa jek.  Bila keluar keputusan peperiksaan, ada ibu bapa nak tanya "Agama Islam dapat berapa nakk?"

Ada ke? Takde kan? Yang kita nampak hanya Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Sains. Agama Islam?? Mana? Cuba tengok slip UPSR adik-adik kita. Ada tercatat pencapaian agama islam?

Korang fikir-fikirkan.  Takkan kita nak terapkan juga pada anak-anak kita, supaya waktu muda adalah untuk bekerja sahaja dan waktu tua adalah untuk agama? Bukan saya kata tak boleh kerja langsung, tapi cuba mencari rezki tu hanya pada waktu siang dan malam kita kejar akhirat. Hari minggu pun sama, kita kejarkan akhirat.

Kalau nak diikutkan sibuk, Rasulullah lebih sibuk dari kita, tapi dia boleh beribadat sehingga bengkak-bengka kaki. Kita? Nak bagi mata lebam sikit bangun lewat malam pun susah. Jom kita tengok apa yang di sibukkan Rasulullah :
  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  • Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)
Kita? Renung-renungkan. Kita jangan tunggu ilmu datang, kita yang kena pergi mencari ilmu tu.

Kerja-kerja jugak, ingat dunia ini hanya persinggahan. Jadi tidak perlu merugikan masa kita dengan hanya bekerja,tidur dan lain-lain. Masa inilah digunakan untuk kita mengumpulkan amal sebanyak mungkin supaya boleh dibawa bekal untuk ke akhirat yang kekal abadi.

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _Al-Imam Ghazali


Sumber : iluvislam

p/s : korang tak rasa kosong ke dalam hati bila takde ilmu tentang agama?

"CAKAP BIAR TERASA"

Wednesday, February 15

JIN PUN TAKUT BILA PEREMPUAN MEMBEBEL!

Assalamualaikum.
 
Nak share cerita ni dekat hangpa, nak kupas isu bebel ni rasanya macam aku dah pernah buat entry sebelum ini pasai membebel.

Tersebut la kisah sepasang suami isteri di sebuah perkampungan. Suaminya bekerja di kota, dan agak jauh perjalanan pergi dan balik ke rumah, manakala si isteri pula adalah full time suri rumah. Si suami ini mempunyai ciri-ciri lelaki yang baik. Soleh, penyabar, tidak suka marah-marah, romantik dan sebagainya la. Si isteri pun sama.  Tapi 1 yang kelemahan isterinya ialah kuat sangat membebel.  Sekali buka mulut mau berjam-jam tanpa henti.  Si suami ini memang sangat-sangat penyabar.

Nak dijadikan suatu cerita.

Pada hari itu si suami agak keletihan, terlalu banyak kerja di pejabat. Bila terlewat sikit saje balik, bukak-bukak pintu si isteri akan terus membebel. Membebel dan terus membebel. Di sebabkan keletihan si suami pun dah tak larat nak dengar isterinya membebel. Jadi setelah hilang kesabaran, dia nekad itu balik bila isterinya sudah tidur.

Pada keesokannya dia pulang ke rumah memang agak lewat. Sampai saja dirumah, dah gelap, semua lampu sudah ditutup.  Berasa amat lega sekali si suami dengan tidak kedengaran suara isterinya membebel.

"Alhamdulillah..lega rasanya malam ni!" kata suaminya.

Dia pun bersiap-siap untuk tidur, setelah siap mandi. Si suami pun ingin meneruskan hajat dia untuk beradu.  Masa tu, bilik agak gelap.  Taknak kejutkan si isteri dia pun berjalan perlahan-lahan menuju ke katil.  

Entah mana silapnya dia terlanggar barang, lalu isterinya tersedar!  Dari malam itu nak tidur nyenyak, tak dapat kerana isterinya tadi bangun saja terus membebel.

Suaminya hilang sabar. " Tak boleh jadi macam ni..tak tahan aku dengaq hang duk berleter jek. "

Pada keesokannya, si suami pulang awal.  Sampai saja, macam biasa la. Isterinya akan mula membebel. Tapi pada hari itu, dia nekad untuk mencampakkan isterinya ke dalam perigi buta di kawasan rumahnya. Di dukung isterinya, lalu dia bawa ke perigi tersebut dan campakkan dia ke dalam.

" Duduklah awak dalam tu. Nak membebel sangatkan? "

Si suami pun pulang ke rumah dengan hati yang amat senang sekali.  Lega rasa hati.  Tak terkata rasanya bila balik ke rumah tidak mendengar lagi bebelan isterinya.

Mula-mula dia rasa macam lega, tapi 2 ke 3 hari kemudian dia rasa macam sunyi la pulak.  Rasa macam tak lengkap pulak kalau tak dengar si isteri membebel.  Rasa macam 1 kehilangan.  Si suami pun bingung, lalu membuat keputusan untuk ambil balik isterinya dari perigi itu.

Dia pun pergi ke perigi tersebut.  Sampai saja di sana, dia pun melontarkan tali untuk si isteri naik.

" Cepatlah naik..Saya nak dengar awak membebel.  Tak sampai hati pulak nak biarkan lama-lama di bawah "

Tali tak bersahut.

" Hoiii! Cepatlah naik.." suami menjerit.

Akhirnya dia rasakan seperti ada sesuatu yang menarik tali tersebut. 

Tiba-tiba keluar 1 lembaga hitam berbulu. Besar sangat keluar dari perigi menggunakan tali si suami tadi.  Si suami bingung dan bertanya :

Suami : Eh, sapa kau ni? Besar dan berbulu. Isteri aku mana??

Jin : Aku Jin yang duduk di dalam perigi ini.

Suami : Kenapa kau keluar? Aku suruh isteri aku yang keluar la. Pulangkan balik isteri aku.

Jin : Isteri kau ada di bawah sana, aku naik sebab aku tak tahan dengar isteri kau MEMBEBEL di bawah sana. Semenjak kau campak dia ke dalam, aku lah yang jadi mangsa keadaan. Tiap-tiap hari aku berdoa supaya ada orang dapat membawa aku keluar.

Suami : ...............

Jin pun boleh tak tahan dengar perempuan itu membebel.  Cerita ini hanya rekaan. Tiada kena mengena dengan jin atau sesiapa.

The moral is, kawal-kawal sikit bebel tu. Silap-silap pasni tidur perigi buta.

p/s : jin tuh awal-awal lagi dah boleh terbang rasanya kan?hehe

Sunday, February 12

Sehari bersama THE DENTIST. (part 2)

Assalamualaikum dan selamat pagi.


Sepertimana yang hangpa tau semua, aku akan mula bergelar budak gigi besi tak lama lagi. Jangan main gila, gigi besi weh.  Braces la sebenarnya kan. So semalam macam biasa kena pergi jumpa dentist lagi.  Kalau tak appointment nya sabtu lepas, tapi terpaksa di tangguhkan ke semalam atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

Jadi pertemuan pada kali ini, ingatkan kena cabut gigi. Tapi belum lagi! Aku baru jek mendapat surat dari dentist tu, sebab aku kata dekat dia nak buat scalling dan cabut dekat luar. Sebab mahal kalau buat dekat klinik swasta ni.  Jadi dia pun bagi surat tu dekat aku, dapat jek surat aku pun baca.

Nampaknya memang 4 batang gigi aku kena cabut. Cukup menyeramkan bulu roma tengkuk. 4 batang? dulu pernah sebatang kena cabut, demamnya tak ingat.  Inikan 4 batang? Rasanya aku kena minta maaf dekat bos, sebab aku akan cuti lama. Sorry bos, bukan sengaja.

Jadi semalam bukan aku dapat surat jek, tapi semalam bermulah besi didalam mulut aku. Dentist tu pakaikan bracket dekat gigi aku. Dekat gigi tengah atas dan bawah.





So, dentist nie pakaikan aku bracket 4 ketul dulu. Supaya aku terbiasa dengan besi di dalam mulut. Semalam masa nak pasang bracket tu ade rasa takut jugak la.  Naseb baik takde kesakitan.  Memang rasa rimas bila ada besi dalam mulut korang. Rasa macam ada tulang ikan sangkut dalam mulut. Nak buang tak boleh. Nak taknak kenalah hadap.

Jadi setelah selesai kami di pasang besi di mulut, kami pun berangkat pulang.  Tapi sebelum balik tu, niat nak makan kfc,mcd ke dan makanan2 lain la. Tapi dentist tu dah pesan :

" Jangan makan kacang, kunyah ais dan coklat. Kalau kacang tu kena hancurkan "

Ais dan kacang tu aku macam tak kesah sangat. Tapi coklat tu aku tak boleh nak terima! COKELAT kot. Dah memang feberet.  Takkan 2 tahun tak boleh makan coklat? Kempunan. Tapi coklat cair boleh kot aku rasa.

Jadi kami mengambil keputusan untuk makan steamboat saje.  Makan dekat Johnny's Steamboat. Nak makan benda-benda yang lembut saje. Nak dijadikan cerita, belum sempat aku menjamah, bracket dekat gigi aku tercabut! Serius. (Lupa lak nak snap gambaq)

Aku agak terkejut jugak, belum mula makan tapi dah tercabut. Tapi bukan semua tercabut, blah bawah seketul jek yang tercabut. Tapi dengan selamber perot lapaqnya, kami pun makan dalam keadaan ketakutan.  Masing-masing kunyah perlahan-lahan, macam bayi baru belajar makan.

Yelah! tak biasa weh.  Takut bracket tu tercabut.

Then makan punya makan, tak dapat nak habiskan sebab kami rasa sungguh tak selesa. Dan cik puan pulak, seperatornya terputus.  Kawan aku ni tak pakai bracket sampai 4 ketul, dia pakai 2 ketul jek dekat gigi bawah, dan dekat atas pakai seperators.

Inilah dia seperators. Tapi ini bukan gigi dia lah, aku amik contoh dari guggle ni.  Seperators di pasang untuk menjarakkan gigi, sebab gigi terlalu rapat dan padat menyebabkan susah nak pasang braces nanti. Jadi dentist pasangkan dulu separators ni supaya giginya akan jadi jarang-jarang.




Dan seperators ini lah yang terputus! Jadi kami pun segera berlari ke dentist semula, nasib baik kami masih lagi dalam bangunan yang sama. Kalau dah keluar dari tempat tu, nak patah balik memang payah.

Sampai je dekat klinik, dentist tu dah tau. Ini mesti bracket tercabut. Senyum yang tak berapa manis inilah dapat diberikan. Then, dentist pun pasang semula bracket yang baru.  Dan masalahnya bracket baru dia pasangkan tu, terbesar sedikit dari yang lain. Macam marah dekat aku jek dentist ni.

So, pipi blah kiri aku rasa lain macam sikit, sebab bracket nye terlebih besar.  Nak taknak kena hadap.

Jadi sekian sudah cerita seorang budak yang bakal bergelar gigi besi.  Tak sangka 1 hari nanti aku akan pakai jugak besi ni dekat gigi.

p/s : alhamdulillah,bangun pagi tadi tak rasa jangal macam semalam. Nak pergi cari COKELAT jugak!

Saturday, February 11

Antara KEPERLUAN atau KEINGINAN.

Assalamualaikum. Bismillah.

Sudah menjadi kebiasaan bukan bila kita ada duit yang banyak akan dibelanjakan seboros yang mungkin. Lebih-lebih lagi kalau ada keluar perkataan yang menghantui ramai orang iaitu SALE, DISCOUNT, HARGA RUNTUH dan bermacam-macam lagi. Kemungkinan yang lebih naik 'hantu' ialah kaum hawa.  Bukan untuk menjatuhkan atau memperkecilkan, tapi dah memang wanita macam itu.  Suka nak menghabiskan duit. Lelaki memang kerjanya cari duit untuk wanita habiskan ( UAI ). Tapi kita kena saling ingat-mengingati. Dan diri sendiri pun kena beringat, sebelum terlambat.

Pembaziran itu kan amalan syaitan?
Macam mana kalau syaitan yang berada dengan korang segemuk ini? Apa maksudnya? Maksudnya korang adalah sahabat kepada syaitan!

Mari kita baca kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W (jangan lupa berselawat) iaitu Umar al-Khattab.

Pada suatu hari, Umar al-Khattab berkunjung ke rumah anaknya, Abdullah.  Tiba-tiba beliau melihat sepotong daging. Umar bertanya "Mengapakah ada daging di sini?"


Abdullah menjawab. "Aku teringin hendak makan daging,jadi aku membelinya"


Umar berkata "Apakah setiap kali teringin sesuatu, engkau terus memakannya? Cukuplah pembaziran yang dilakukan oleh seseorang, setiap kali menginginkan sesuatu, lalu ia memakannya".


****************

Keinginan pada hakikatnya adalah nafsu serakah yang mengenai batasan. Setiap kali diberi, ia akan meminta yang lain. Dan terakhir sekali akan jadilah pembaziran. Nampak tak?
Kalau ia adalah sesuatu keperluan asas, kita mesti menggunakan akal untuk membuat keputusan dan bukannya nafsu. Dan beruntunglah pada sesiapa yang mempunyai pemikiran seperti Umar, kerana boleh membahagikan dimana keperluan dan dimana keinginan. Yang mana patut dituruti untuk mengawal perbelanjaan.

Keadaan yang selalu kita alami atau lihat, bila barang yang dibeli itu sebenarnya sudah ada dirumah, dan masih boleh lagi di pakai.  Ini adalah pembaziran yang jelas sangat.  Kenapa perlu beli lagi 1, sedangkan dirumah belum habis digunakan? Perkara yang selalu terjadi begini ialah pada kaum wanita, betul tak?  Alasan yang selalu diberikan ialah "Nak buat spare atau simpanan".

Lepas itu, nanti dipertengahan bulan mula ikat perot sebab tak cukup duit. Barang yang dibeli itu pun tak guna lagi, dan boleh digunakan pula untuk bulan seterusnya, dan pada bulan seterusnya akan beli lagi barang yang sama.  Ini semua hanya mengikut nafsu semata-mata. Kenalah bijak berbelanja, bukan ikut nafsu, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ni taraf hidup makin tinggi.  Kenalah berjimat.  Bukan kedekut. Kena faham jimat dan kedekut adalah sesuatu perkara yang sangat berlainan.

Rasullulah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sepasang pakaian padahal dia mampu memakainya (kerana dorongan) tawadduk kerana Allah Tabaraka Taala maka Allah di Hari Kiamat akan memanggilnya di hadapan semua makhluk lalu membiarkannya memilih baju-baju iman yang dia kehendaki."

Ingatlah sahabat-sahabat, pembaziran itu amalan syaitan, ikutkan nafsu memang akan jahanam.  Beringat sebelum membeli sesuatu, kita beli barang itu atas niat keperluan atau keinginan? Jika keinginan baik kita tinggalkan.  Biasakan diri dengan membeli mengikut keperluan sahaja.  Selalu kita lihat orang beli pakaian bukan sebab pakaian dia dah koyak-koyak atau dia memang takde pakaian tetapi dia beli kerana ikut fesyen, suka-suka nak beli, tambah koleksi pakaian, ini namanya mengikut nafsu.

Jika kita dapat menundukkan nafsu, ada ganjaran dari Allah. Ada perkara yang baik kita akan dapat dari Allah sebab kita tinggalkan perkara yang membazir dan mengikut nafsu semata-mata. Setiap kali teringin..nak beli..Setiap kali teringin nak makan, pergi makan. Ikut kemampuan, bukan nafsu.

Ingat lah sahabat-sahabat semua.  Lebih baik wang yang banyak itu digunakan untuk kej jalan Allah.  Harta yang banyak mana sekali pun, bukan boleh bawak ke dalam kubur.  Harta-harta itu akan musnah jugak akhirnya nanti.

Untuk kita jadi orang yang lebih beriman, kita kena belajar mengawal nafsu. Hidup bersederhana itu lebih terhormat dan mulia.

Sekian Terima Kasih.

p/s : korang selalu buat pembaziran tak?

"CAKAP BIAR TERASA"

Tuesday, February 7

4 Jenis Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk NERAKA!

Assalamualaikum. 
Seperti yang anda semua tahu, kaum wanita adalah yang paling ramai akan menghuni api neraka.  Bukan untuk memperkecilkan, tapi inilah kebenarannya. Oleh sebab itu semua mesti memainkan peranan, bukan saja kaum wanita sendiri malah kaum lelaki yang sebagai pemimpin juga harus menunjukkan tauladan yang baik, kena tegas dalam mendidik wanita sekarang yang memang keras kepala.  Kaum lelaki memang besar tanggungjawabnya, janganlah wanita menganggap kaum lelaki hanya tau cari nafkah untuk diberi makan dan minum,pakaian dan sebagainya.  Wanita kena faham apa tanggungjawab yang dipikul bila menjadi pemimpin.
Jika ayah, suami, anak, abang, adik menegur kamu wahai wanita, janganlah berdegil atau melawan. Perkara itu untuk kebaikan bersama.  Seorang lelaki yang soleh dan sememangnya hati dia hanya untuk Allah dan Rasulnya, dia akan membuat perkara yang diperintahkan.  Akan menjaga maruah keluarga serta anak-anaknya.  Jika seorang lelaki itu cemburu bila awak keluar tidak menutup aurat, itu bukan cemburu buta, faham tak.  Itu cemburunya kerana Allah, kerana tuntutan, kerana ingin menyelamatkan "AWAK SEMUA WAHAI WANITA" dari menghuni api neraka.
Baik lelaki atau perempuan, semua kena faham tuntutan Islam, dan kenapa kita disuruh dan dilarang.  Dan lelaki, jangan ingat kaum wanita adalah yang paling ramai menghuni neraka anda akan TERLEPAS!. Tidak sama sekali, sebab anda pun akan terlibat sama wahai kaum adam.  Nak tahu macam mana kamu semua boleh terlibat?  Jom kita tengok artikel ini :
4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai.
Sumber : Facebook UAI.
Lihat kaum adam, besar kan tanggungjawab anda?  Jangan jadi lelaki yang DAYUS, yang membiarkan saja kaum-kaum hawa ini.  Banyak cara untuk kita menegur mereka, lakukan secara perlahan-perlahan.  Jangan kasar-kasar, nanti depa lari.  Kita lakukan sambil berdoa, insyaAllah Allah akan bukakan hati mereka.
Untuk kaum wanita, jangan nak tunggu bakal suami didik awak, ayah atau abang / adik menegur.  Kaum wanita juga harus selalu muhasabah diri, dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Hidayah dan Taufik kita kena mencari, dia takkan datang kalau kita tunggu saja.  Sebenarnya bila korang baca entry nie pun dah kira macam mendapat petunjuk, terpulang pada korang sendiri nak terima dan berubah atau baca sahaja dan buat tak tahu.  
Kalau terima dan berazam untuk berubah, Alhamdulillah. Itu tandanya korang terima hidayah, dan taufik itu adalah pertolongan dari Allah. (korang kena berdoa).  Kalau korang baca sahaja dan buat tak tahu, tandanya itu korang sendiri menolak hidayah.
" Apabila kita sesat di jalan raya, kita akan bertanya kepada seseorang yang mengetahui bagi menunjukkan jalan. Orang itu akan menunjukkan jalan dari tempat kita berada hinggalah ke destinasi. Segala yang ditunjukkan oleh orang tadi adalah petunjuk. Kita tidak akan sampai ke destinasi sekiranya kita tidak mendapat petunjuk.  Inilah contoh kedudukan hidayah Allah di dalam laluan hidup seorang hamba bagi melalui jalan Allah. Tanpa hidayah Allah, manusia tidak akan mendapat petunjuk.  Bila lengkap petunjuk, kita pun bergerak.  Kita tidak akan sampai ke destinasi jika hanya duduk diam dan tidak berbuat apa-apa. Apabila bergerak dan langkah itu selari seperti yang ditunjukkan, maka keupayaan untuk melangkah, bertepatan dan berbetulan dengan apa yang ditunjukkan kepada kita itulah taufik. Itulah taufik daripada Allah ( at-taufiq minallah) "
-Petikan dari Majalah Q&A, dari Ustaz Zul Ramli M. Razali.-
Faham sudah peranan masing-masing?  Wahai ibu-ibu, isteri-isteri, anak-anak, jika anda betul-betul sayangkan ayah,suami, dan anak lelaki anda.  Ikutlah perintahNya.  Bersama-sama lah kita sekeluarga memelihara maruah masing-masing untuk kita semua hidup bersama di Syurga nanti. Wallahualam.
Sekian. Assalamualaikum.
p/s : cermin diri anda selalu. betul ker kita mengikut Al-quran dan sunnah selama ini? 
"CAKAP BIAR TERASA"

Sunday, February 5

JOM KITA SAMBUT HARI KEKASIH.

Alhamdulillah. Syukur, masih lagi mampu untuk menaip. Buat entry.

Hari Kekasih merupakan hari yang amat istimewa untuk setiap orang yang ingin berkasih sayang.  Dalam erti kata lain ialah Valentine Day, yang akan berlangsung pada 14hb Febuary. Di mana hari yang penuh dengan kata-kata cinta yang palsu! Di mana berlakunya banyak kemaksiatan pada malam ini terutama yang beragama Islam sendiri jugak menyambutnya.! Astaghfirullahalazim.


Ok. Sebenarnya tajuk entry diberi bukanlah untuk menyambut Valentine Day or sewaktu dengannya, tetapi aku ingin mengajak korang untuk kita menyambut hari kelahiran Rasulullah kesayangan kita semua iaitu Nabi Muhammad S.A.W. (jangan lupa untuk berselawat). Inilah dia kekasih kita semua, Rasul yang banyak memberi syahfaat kepada kita. Marilah kita semua menyambut kelahiran dia, perbanyakkan selawat.

Mari aku ceritakan serba sedikit tentang diri Rasulullah :
  • Nama diberi Muhammad bin Abdullah
  • Dilahirkan pada Subuh isnin bersamaan dengan 12 Rabiulawal.
  • Di lahirkan di rumah Abu Talib.
  • Nama bapa ialah Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
  • Peristiwa pembelahan dada ialah pada usia Baginda 5 tahun oleh 2 malaikat.
  • Sudah terlibat dengan peperangan pada usia Baginda 20 tahun.(peperangan Fijar)
  • Menerima wahyu di Gua Hira pada usia 40 tahun.
  • Baginda wafat jugak pada 12 Rabiulawal,pada usianya sudah mencecah 63 tahun.
Antara isteri-isteri Rasulullah :
  • Khadijah Binti Khuwailid.
  • Saudah Binti Zam’ah.
  • Aisyah Binti Abu Bakar
  • Hafsah binti ‘ Umar
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah
  • Juayriya Binti Al-Harith
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Maimunah Binti Harith
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  • Zainab Binti Khuzaimah
Ini adalah salah satu sunnah Nabi yang kita tidak dibenarkan ikut,hanya pada Nabi sahaja. Kahwin lebih dari 4. Untuk umatnya kita hanya diharuskan sampai 4 sahaja yea.  Jangan gunakan alasan nak kahwin lain lebih dari 4 sebab ikut sunnah. Tak boleh! Haram!
    Itulah serba sedikit tentang diri Rasulullah. Jom kita tengok antara sunnahnya :
    • Solat tahajjud
    • Membaca Al-quran
    • Solat berjemaah
    • Solat dhuha
    • sedekah tiap-tiap hari
    • Jaga wuduk,
    • Amalkan istighfar setiap saat
    Ada banyak lagi sunnah Rasulullah, tapi yang 7 ini penting dan ada yang wajib kita lakukan contohnya bersolat 5 waktu.  Ingat Solat itu adalah tiang agama, macam mana korang nak bina sebuah rumah jika dah ada tapak dan bumbung, tapi tak bertiang?

    Mari kita tanamkan cinta pada Rasulullah, kerana bila kita mencintainya kita akan dapat pahala. Senang bukan?. Dan cinta kita akan berkait, sebab bila kita cintakan Nabi Muhammad, kita jugak kena cinta pada Allah dan bila kita cinta pada Allah, kita jugak mesti mencintai Nabi Muhammad S.A.W.

    Kenapa kita perlu cintakan Nabi? sebabnya Nabi pun cinta dan sayang sangat pada kita. Ingat semasa Baginda wafat, apa yang disebutnya ialah "ummati..ummati..(umatku..umatku)". Lihat lah kawan-kawan betapa sayangnya Baginda pada kita.

    Jom lihat kisah ini :
    Pada suatu hari..Rasulullah bertanya:"siapakah hamba Allah yg mulia?"
    Sahabat menjawab: "para malaikat ya Rasulullah"
    Sahabat menjawab lagi : "tentulah para nabi, merekalah yg mulia"

    Rasulullah tersenyum lalu berkata: "ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia"

    para sahabat terdiam lalu berkata:"adakah kami yg mulia itu ya Rasulullah?"

    Rasulullah berkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan"

    Rasulullah menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata...

    "wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mncintai Allah & tahukah kalian. Mereka tidak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku & saksiknlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU!
    Rindunya pada Rasulullah. Perbanyakkan la selawat ke atasnya kawan-kawan, tanda cinta kita padanya. Ikuti segala sunnah nya. Baca sirah Rasulullah.
    Kita bercinta sesama manusia sehingga sanggup lakukan apa saja untuk kekasih, sampai ada yang sanggup bunuh diri. Itulah 1 kerugian yang amat sangat.  Tapi jika kita terapkan kasih sayang dan cinta kita itu pada Allah dan Rasul? Ya Allah, besar pahalanya, malah kita akan rasa tenang, tidak serabut, kita boleh minta dan mengadu apa saja.  Inilah dia Cinta Teragung!
    Inilah hari kekasih yang kita perlu sambut dengan meriah dan rasa gembira dan kerinduaan yang amat sangat.  Salam maulidur rasul dari saya. Mari kita hayati selawat dari kumpulan nasyid ini :
     
    Dan kita ikuti kisah Dato Haron Din bertemu dengan Rasulullah. Sungguh menyayat hati kita.
    Sekian. Assalamualaikum.
    p/s : jika kita tidak mahu sesat di dunia, berpegang lah pada Al-Quran dan Sunnahnya. InsyaAllah.
    "CAKAP BIAR TERASA"

      Saturday, February 4

      SIAPA DIA BOS KITA YANG SEBENAR?

      Siapa dia BOS kita?

      Siapa lebih hebat?

      Sekarang pekerjaan memang perkara utama.  Pendapatan yang diperolehi itu lebih diutamakan dan dicari-cari. Maklum saja lah taraf hidup sekarang memang berbeza dengan zaman dahulu.  Semua harga makin naik, makin naik dan makin naik.  Tapi gaji masih ditakat itu saja bukan?

      Aku bukan nak menyentuh bab gaji kali ini.  Tapi bab kelakuan kita dengan bos di tempat kerja.  Biasa la kerja di dalam organisasi mesti ada BOS nye. Mesti ade pemimpinnya!

      Apa yang kita perlu buat pada pemimpin-pemimpin ini.  Takut atau Hormat?

      Sudah tentu la jawapan nya adalah Hormat, dan bukan Takut pada dia.  Kerana yang kita perlu takut hanya pada BOS yang paling besar di alam ini iaitu ALLAH!  Itu yang kita perlu takutkan.  Bukan Bos didunia ini yang hanya tahu beri arahan pada kita.


      Cuba lihat apa kita buat bila berhadapan dengan Bos di tempat kerja.  Hormat dan Takut terlebih betul?  Untuk menunjukkan tanda Hormat, kita ucapkan 'Selamat Pagi', kadang-kadang tu tolong buatkan air untuk dia, segala apa yang dia bagi tahu kita dengar dengan teliti, 

      Takut?

      Kita jadi takut dan tak berani nak tegur bila Bos kita buat kesalahan.  Contohnya macam dia tidak menunaikan Solat, ada kita berani nak pergi tegur?  Sedangkan sepatutnya kita ajak beramai-ramai untuk bersolat.  Dengan pekerja lain kita berani, tapi dengan Bos tak berani.  Seterusnya bila Bos memberi arahan supaya kita menipu sesuatu perkara.  Adakah kita akan tegur Bos atau terus senyap dan melakukannya?  Mesti yang ramai jawab akan terus senyap.  Sebabnya takut dengan Bos.

      Kita takut dengan Bos di dunia, tapi tak takot pulak dengan BOS yang SATU!  BOS pada langit dan bumi dan sekalian alam. BOS yang mencipta segala-galanya.  Kepandaian yang ada pada Bos kita ditempat kerja itu pun BOS yang lebih besar yang bagi. Jadi pada siapa kita perlu takut sebenarnya?

      Allah itu lah BOS besar kita di alam ini. Allah Maha Pencipta, Maha Besar. Maha Mengetahui, Pemberi Rezki.  Allah tahu apa yang kita tidak tahu. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah itu Maha Pelindung.

      Buatlah apa yang di perintah Allah dan Rasulullah.  Tak perlu takut dibuang kerja, dimarahi, di potong gaji dan tidak dapat pekerjaan, kerana Allah sentiasa akan aturkan yang terbaik untuk manusia yang mencintaiNya. Kita hanya perlu yakin dan percaya yang Allah akan bantu. Allah akan tunjukkan jalan.  Kalau kita menegakkan sesuatu perkara hanya kerana Allah, sesungguhnya akan banyak lagi perkara yang lebih baik akan berlaku.

      Siapa la nak tegur pemimpin yang buat salah kalau bukan kita? Tapi teguran itu mestilah cara berhemah. Ialah sebab mereka nie Bos, yang mempunyai ego yang besar. Serius!  Kadang-kadang ada setengah Bos pandai menasihatkan pekerjanya supaya  jangan melanggar peraturan itu dan ini, tetapi dia sendiri tak ikut, macam mana anak buat nak ikut? Renung-renungkan lah pemimpin macam tu.

      Kalau betul kita sayangkan Allah, kita tak akan risau kehilangan kerja disebabkan perkara betul yang kita lakukan, kita tidak akan risau jika pekerjaan yang gajinya lumayan kita tolak sebabnya pekerjaan itu lebih menambahkan dosa kita, kita tidak perlu takut untuk hidup susah jika gaji yang dapat tidak seberapa tetapi halal dan berkat, dan yang paling penting kita tidak perlu risaukan sangat tentang hal duniawi ini, kerana itu hanya sementara.

      Kita kaya, jawatan tinggi, beristeri, rumah besar, kereta besar, keluarga besar, semuanya serba sempurna di dunia.  Tetapi jika bekal untuk akhirat kita tidak ada, apa gunanya semua itu?  Sebab setiap kekayaan yang engkau ada didunia semuanya akan di soal di akhirat kelak.  Tau kan apa tanggungjawab kita sebagai orang yang banyak harta?  Banyak tanggungjawabnya.  Fikir-fikirkanlah.

      Lebih baik hidup sederhana, gaji tidak seberapa, pendapatan itu halal dan berkat, dan yang paling penting diri kita sentiasa dekat dengan Allah. Tanda kita sentiasa dekat dengan Allah ialah bila dengar saje seruan Ilahi (azan),kita akan berhenti melakukan sesuatu dan terus pergi menyambut seruanNya.

      Ada sesiapa boleh buat macam itu sekarang?  Ramai yang hanya beri alasan "Sibuk lagi" kan? Itu tandanya korang masih cintakan Dunia, walaupun korang solat jugak di akhirnya.  Tapi cinta pada Allah korang tak kuat lagi.

      Jadi ingatlah kawan-kawan, sesungguhnya Allah adalah segalanya.  Kita terlalu banyak takut untuk hidup susah di dunia, terlalu banyak fikirkan hal dunia, kejarkan sangat hal dunia.  Tapi kita leka dan lupa untuk hidup senang di akhirat kelak.  Bukan tak boleh berjaya di dunia, tapi takut kita leka dan terus hanyut.  Naudzubillah..

      Sentiasalah kita beringat. Maut itu tidak tertangguh.

      p/s : jika Malaikat Maut datang jumpa kita selepas baca entry ni, korang rasa sempat tak nak bertaubat?

      "CAKAP BIAR TERASA"