Tuesday, January 17

Tips mengelakkan diri dari dirogol,diraba dan ditipu (khas buat perempuan).

Sekarang tiap-tiap hari kalau kita lihat di muka hadapan suratkhabar mesti akan terpampang isu-isu hangat seperti kes rogol, pukul, urut sana, urut sini dan pelbagai lagi isu mengenai jenayah seks di Malaysia ini. Pelik ada setengah suratkhabar sanggup memaparkan isu tersebut dihadapan sekali, alasannya untuk menarik minat orang membaca dan tahu apa terjadi.  Tapi impaknya adalah pada kanak-kanak, apa anak-anak korang rasa bila tiap-tiap hari ade kes macam tuh? tiap-tiap hari keluar di muka-muka akhbar.  Mesti mereka akan bertanya tentang isu ini pada kedua ibu bapanya.  Nak jawab apa?  Fikirkanlah, sebab lama-kelamaan ia akan menghantui fikiran kanak-kanak itu untuk mengetahui perkara seperti itu.
 
************
 
Jadi mesti kaum-kaum wanita diluar sana ingin mengetahui Tips-tips yang nak saya berikan ini.  Lihat dan fahami betul-betul. Serta amalkan jika ada mahu SELAMAT! InsyaAllah jika diizinkan yea. Jom kita lihat antara tips-tips nya :


  1. Fahamkan tentang aurat-aurat perempuan yang sebenar di perintahkan Allah.
  2. Kalau dah faham, mesti tau menutup aurat tuh hanya sekadar pakai tudung ke? Tidak kan?
  3. Elakkan diri dari menonjolkan aset-aset anda yang tiada pada lelaki. (jangan salahkan lelaki tengok jika anda memang nak tunjuk!)
  4. Jangan melentok-lentokkan badan ketika berjumpa dengan lelaki yang bukan muhrim.  Kalau dah terkinja-kinja ke sana sini, rasanya jatuh tak martabat sebagai seorang wanita?
  5. Bila bercakap dengan lelaki yang bukan muhrim, jaga suara.  Jangan bermanja-manja atau mendayu-dayu kan suara tu.  Tegas sikit.
  6. Jangan memperdagangkan kecantikan kamu itu wahai wanita. Jangan jual diri.  Sebenarnya perempuan yang memperlihat-lihatkan kecantikan dia pada umum adalah rendah harga dirinya.
  7. Tutuplah aurat dengan sempurna seperti yang diperintahkan.
  8. Simpan segala kecantikkan mu itu untuk suami.
  9. Jaga hubungan kita dengan Allah.
  10. Tetapkan hati dan yakin dengan kasih sayang Allah.  Cinta dan jodoh itu akan datang, itu janji Allah.
Saya rasa cukuplah setakat 10 tips ini. Apa yang saya hendak sampaikan ialah tutuplah aurat anda dengan sempurna.  Ikut perintah Allah.  Jaga pergaulan.  Kalau korang nak tahu sebenarnya kaum wanita sendiri yang memberi ancaman kepada kaumnya sendiri. Faham?  Orang selalu kata, "alaa, perempuan yang pakai tudung labuh pun kena rogol, kanak-kanak pun sama".

Betul kan? Sebab saya sendiri pernah dengar orang kata begitu.  Bila difikirkan balik, kenapa yang bertudung labuh dan kanak-kanak pun menjadi mangsa.  Kerana kaum wanita sendiri lah!  Wanita di tempat-tempat lain memakai pakaian yang seksi sehinggah terliur lelaki dibuatnya.  Contoh paling dekat di dalam televisyen.  Artis?

Semua kena fikir, bila seseorang itu dah tak tertahan nafsunya, maka dia sanggup buat apa saja untuk memuaskan nafsu yang membuak-buak itu.

Allah berfirman :
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)


Pernah tak korang marah? mesti kadang-kadang tuh marah sampai campak barang, pukul orang dengan tidak sengaja, tertengking.  Pernah? Dan selepas itu, anda rasa menyesal.  Seperti itu jugak lelaki yang ingin melimpiaskan nafsunya, dia dah tak peduli siapa yang ada di depan mata.  Janji dia dapat memuaskan dirinya.  Faham dah?

Jadi wanita-wanita yang seksi, yang suka menunjuk-nunjukkan aset-asetnya.  Pendek kata, perempuan yang tidak menutup aurat dengan sempurna, anda sebenarnya memberi ancaman kepada wanita-wanita dan kanak-kanak yang lain yang tidak bersalah.  Jika semua wanita di dunia ini menutup aurat dengan sempurna, insyaAllah semuanya selamat dunia dan akhirat.

Jika anda ingin selamat wahai kaum wanita, tutuplah aurat dengan sempurna, kuatkan iman, dekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah para lelaki akan memandang kamu dengan rasa hormat yang sangat tinggi.  Tiada lagi isu dirogol, diraba atau ditipu dan ditinggalkan. Kerana semua kaum wanita melindungi di antara satu sama lain.

Kalau kita ikut pada Al-quran, dan mengamalkannya.  Confirm selamat!!

Sekian terima kasih.

p/s : kalau rasa diri dah sempurna tutup aurat, balik rumah cermin diri. kalau still pemakaian tu nampak pinggang korang. itu belum cukup sempurna lagi.

2 comments:

  1. perk0ngsian yg bg0s..

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  2. Ohhh..nabil keje pe?.cikgu ke? Yong ingat dok kat tanjung malim hehehe

    ReplyDelete

BeSt 4 me: