Monday, January 23

Siapa KOLOT..Siapa OPEN MINDED.

KOLOT atau dalam erti kata lain adalah ketinggalan zaman.  Pemikiran kuno.  Tak berkembang.  Pemikiran yang lama dan tidak membawa apa-apa faedah.

OPEN MINDED ialah pemikiran terbuka.  Yang boleh menerima apa sahaja.

Mungkin ada di antara korang yang sudah faham dengan maksud perkataan di atas. Di zaman sekarang ini korang akan jumpa orang yang anggap agama Islam adalah KOLOT. Yes, ini adalah realitinya, cuma maybe korang belum tempuhi. Zaman sekarang memang agak mencabar bila ingin menegakkan agama Allah, menegur sesuatu yang dilarang. Bila di akhir zaman sebenarnya kita kembali ke zaman jahiliyah.

Mereka-mereka yang telah jauh meninggalkan agama Islam, yang buta hati dan yang sudah biasakan diri dengan pemikiran Open Minded inilah yang mengatakan Islam adalah agama Kolot.  Kolot sebab melarang macam-macam, semua tak boleh, tak bebas dan terkongkong.  Orang yang memakai jubah atau berpurdah dikatakan pemikiran yang Kolot atau tertutup.

Kami menegur agar jangan tinggal Solat, tutup aurat dengan sempurna, jangan tinggal puasa, jangan bebas bercampur gaul, jangan pergi ke tempat-tempat yang melalaikan dan sebagainya itu dikatakan Kolot?  Bukankah itu adalah perintah dari Allah.  Membuat segala apa yang disuruhNya, dan meninggalkan laranganNya. Kolot ke?

Untuk pengetahuan, orang-orang yang dikatakan 'Kolot' ini hatinya tenang, muka berseri-seri, mereka tidak pernah hiraukan tentang duniawi.  Hati mereka hanya milik yang Maha Esa.  Selalu memikirkan Allah.  Selalu merendahkan diri pada penciptaNya.  Saya ulang penciptaNya.  Bukan kah kita semua adalah makhluk ciptaanNya?  Kenapa kita perlu sombong, angkuh dan ego?

Tak semestinya orang-orang 'Kolot' ini tidak boleh berjaya, mereka lebih berjaya dari orang yang 'Open Minded' sangat.  Apa yang mereka lakukan semua kerana Allah, jadi mereka akan terselamat dari melakukan kejahatan, maksiat yang boleh mengundang kemurkaan Allah.

Kita lihat pula, pemikiran orang yang terlalu 'Open Minded' ni. Mereka tidak gemar menutup aurat, meninggalkan solat, minum arak, berjudi, suka berdusta, mencintai duniawi lebih dari akhirat, tidak menolak homoseksual, bebas bergaul.  Mereka inilah yang menolak Islam.  Terlalu 'Open Minded' sampaikan tidak dapat membezakan mana yang haram dan mana yang halal!

Sekarang aku nak mengingatkan kembali tentang kehidupan orang zaman jahiliyah dulu sebelum kedatangan Islam dalam hidup mereka.  Mesti tau kisah Firaun?  Lihat saja macam mana Firaun itu sendiri. Bertindak dan memakai subang dan pelbagai lagi barangan kemas.  Seterusnya kaum Nabi Luth yang mengamalkan homoseksual.  Mengamalkan perkara syirik. Sembah matahari dan sebagainya.  Zaman Jahiliyah dulu bebas mengadakan seks, minum arak, bunuh-membunuh.  Dan oleh sebab itulah Allah utuskan Nabi untuk menyedarkan mereka.

Lihat saja lah apa yang berlaku di zaman jahiliyah dulu, dan akhir zaman sekarang.  Benda itu berulang bukan?  Dan sekarang bagi mereka-mereka yang tak dapat bezakan antara KOLOT dan OPEN MINDED itu macam mana, sekarang boleh fikir.  Tepuk dada, dan tanya iman.  Sapa yang sebenarnya Kolot dan siapa yang sebenarnya Open Minded.

Semoga kita tidak tergolong diantara orang-orang yang munafik.  Yang mengaku Islam dan cintakan agama, tapi tidak langsung menunjukkan ciri-ciri Islam, tidak langsung menegakkan agama Allah. Nau'zubillah.

Pendapat aku sebenarnya, orang yang tidak mengikut perintahNya adalah pemikiran yang Kolot, sebab mereka melakukan perkara yang dilakukan oleh kaum yang berada di zaman sebelum kedatangan Islam.  Back to the past.

Renung-renungkan, dimana kita berada sekarang.

p/s : jangan putus asa untuk terus berdakwa dan perbaiki diri wahai sahabat semua.

"FRIENDSHIP IS PRICELES"

2 comments:

  1. back to the basic! <<<--- ramai yg kata ini kolot..sedangkan mmg fitrah kejadian manusia sikapnya suka membuat pahala dan mengikut segala tuntutan agama..tp bila ego mengatasi hakikat hidup berlandaskn quran n sunnah, jd 'open minded' lah sgt kan...

    its' very typical among us la nabiel..jaja tgk ramai yg mcm 'nie' dlm kalangan kita..sedara mara kita..rakan2 kita..hmmm..

    ReplyDelete
  2. ckgu jaja : yup.bila diri tuh dh terbiasa mlakukan dosa,mmg mcm tuh.hati hitam.ssh sangat nk trima basic yg sbnrnye.huhu..

    p/s : biasalah tuh sis,even fmily sndiri pun macam tu.dugaan Allah namenye kan..huhu

    ReplyDelete

BeSt 4 me: